Mee Kari Mudah Aidiladha

12:32 PTG JunAina 40 Comments


Rasanya hampir 8 tahun juga saya meninggalkan menu mee kari dari hidangan keluarga, tak pernah memasak. Kalau teringin hendak makan pun saya cuma membeli. Entah kenapa. Biasanya Aidiladha hidangan mee kari akan menjadi menu utama 'tukang jahit' saya. Tahun ini saya penuhi permintaan Pak Tuan yang meminta saya masakkan mee kari menongkah arus dari hidangan biasa hari raya iaitu rendang dan ketupat.


Inilah hidangan ala kadar Aidiladha kami sekeluarga. Kegembiraan yang hanya dikongsi bersama jiran-jiran tanpa keluarga di sisi. Hidangan set mee kari, sepinggan pulut kuning dan rendang kerang, semangkuk laksa serta 2 potong kek oren dari jiran sebelah. Paginya ziarah jiran terdekat dan sebelah petangnya ziarah ke Musolla Ehsan.






Terima kasih buat Kak Ita kerana berkongsi resepi yang sedap ini tetapi saya telah ubahsuai sedikit mengikut bahan mentah yang ada di dapur. Ada benda yang tidak dimasukkan kerana tiada stok di salam peti ais juga makanan laut terpaksa dikeluarkan dari menu. Juga bahan-bahan untuk karinya telah saya ubah suai mengikut kehendak sendiri.





Resepi Mee Kari
Resepi asal dari Kak Ita

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
5 tangkai cili kering - dikisar (saya guna 5 tangkai sahaja)
6 bungkus kecil rempah kari daging
I biji kelapa diambil santannya
serai dan lengkus di titik
(halia tak ada stok jadi saya tak masukkan)
3 keping asam gelugor
ayam dipotong halus
fishball
fishcake
(tak ada seafood dan unsur kacang soya sebab Pak Tuan tak boleh makan)

Mee kuning
Tauger dicelur
Sayur sawi dicelur
Telur rebus
Limau
Bawang goreng (stok tak ada dan malas pulak nak menggoreng bawang kecil)


Cara-cara memasak:

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili dan serbuk kari yang telah di bancuh dengan santan pekat.
Masukkan juga serai dan lengkuas dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
Kemudian masukkan ayam, asam gelugur dan sedikit garam untuk menggelakkan ayam hancur.
Agak kering air ayam masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
Apabila ayam masak masukkan fishcake dan fisahball dan biar mendidih sekejap.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
Tutup api dan siap untuk di hidangkan.


Selari dengan Raya Korban saya tetap melakukan pengorbanan dengan cara tersendiri. Syukur dengan nikmat rezeki bahagia  yang Allah beri selama ini moga pengorbanan saya saban tahun akan mendapat keberkataan dari Ilahi.


You Might Also Like

40 ulasan:

  1. Pak Tuan ada gaut ke Aina. Walau tak ada seafoodnya tapi nampak menggoda juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak, dia memang sangat berpantang makan kalau bab gout ni. Jadi bila memasak perlu fikirkan selera Pak Tuan juga selera anak2.

      Padam
  2. telan liur tgk mee kari nie..sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kerang lagi sedap ummu tapi tulah kan kesian pulak kat en suami yang tak boleh makan sea food.

      Padam
  3. TERBAIK la kak tengok kari dia.. yummy!!

    BalasPadam
  4. Salam, Terima kasih sudi datang ... Best mee kari .. kegemaran saya, takde kerang pun takpe .. balik isteri dari Finland nanti, nak minta tolong
    buat mee kari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uncle tu mee kari simple je tapi kalau untie yang buat lagiiii sedap agaknya.

      Padam
  5. last sy buat mee kari masa raya aidilfitri...hehehe
    sedapnya tgk..!

    BalasPadam
  6. mee kari sentiasa sedap walau occasion apa pon ;)

    BalasPadam
  7. lama tak buat mee kari...
    mudah dan kenyang juga...

    BalasPadam
  8. Sedap mee kari, sesekali tukar selera dari kebiasaan...apa salahnya. Ianya pasti memberi mood segar yg berbeza. Salam aidiladha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidiladha. Betul tu lari dari kebiasaan kekadang menggoncang jiwa juga.

      Padam
  9. mee kari...saya pun dah lama tak masak mee kari..

    BalasPadam
  10. sedapnya sis..thx share resepi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi dengan bahan yang sgt mudah dan limited asal ada rempah kari jadilah mee kari...hehehee...

      Padam
  11. Menarik jugak pekena Mee Kari time-time Raya Haji ni. Asyik pulun ketupat dan lemang je, sesekali nak jugak tekak ni nak merasa juadah lain. hehe

    BalasPadam
  12. Mee kari JunAina mesti sedap.. salam aidil adha. dah start keja kan. apa khabrnya Tuan Haji Dato LF dan semuanya di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidiladha PCL. Dah start kerja tak ambik cuti pun raya haji ni.

      Dato' sihat adanya tapi kena tinggal dengan Datin pada pagi hari raya yang terbang ke Findland dua minggu.

      Padam
  13. siap resepi lagi.TQ Aina...sekali sekala syok jugak mkn mee kari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak ini namanya menu org penyegan, main hentam ja.

      Padam
  14. Kali terakhir buat mee kari raya baru ni JA....Anak anak nak makan masakan raya so...masaklah jugak OKje

    BalasPadam
  15. sy ni pandai mkn aje...buat sendiri lom lg...Sib baik MIL rajin melayan tekak ni...

    BalasPadam
  16. wak tengok pon sodappnyer makk.., uhUUuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh2 wak...ada lagi berbaki kat peti ais...hehehee...

      Padam
  17. sedap la kak
    x pernah lg yumida buat mee kari
    blh try resepi akak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi ni namanya resepi org penyegan aka malas, asal ada rempah kari je jadilah mee kari...ahhaaaa...

      Padam
  18. mana je mudah tapi nampak sungguh yummy!!!!

    BalasPadam
  19. saya tak penah buat sendiri mee kari ni. okeylah. next month saya masak mee kari bagi budak opis makan. hehehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak mau 8 tahun dah kot tak buat tetapi bila org yg kita sayang request tu berdesub le buat...cewahhhh...

      Padam
  20. saya suka makan je....masak malas..hehe

    BalasPadam
  21. terliur! mee kari memang kegemaran saya. dan kebetulan saya pun buat mee kari..tapi raya ke2...hehe.

    BalasPadam
  22. Lamanya tak mkn mee kari.....sdpnya..

    BalasPadam
  23. Salam bahagia. Mama teringinlah nak mkn mee kari Jun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama nanti bebila kita gather2 reramai kat Tasik Cempaka tu boleh le saya buat Mee Kari...:)

      Padam
  24. resepi kak ita memang sedap.. terliur saya tengok mee kari tu..

    BalasPadam
  25. sedapnya lama gak lah x msk mee kari
    fevret semua org lam umah
    terliur lahh lapaq dah ni huwaaaaaa

    BalasPadam
  26. fuh terbaik la..asyik jamu mata dengan makanan jer..terliur dan nie,, =D

    BalasPadam