Berhati-hati Bila Menggunakan Surau Putrajaya Sentral

8:50 PG JunAina 25 Comments


Putrajaya Sentral merupakan terminal bas yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti mahupun bas ekpress untuk perjalanan jarak jauh. Di sini juga terdapat kemudahan-kemudahan lain termasuk surau untuk kegunaan umum. Ingatan buat pengguna surau di Putrajaya Sentral supaya berhati-hati dengan beg yang di bawa terutama beg tangan mahupun beg sandang yang kita letakkan barangan berharga terutama beg duit. Rasanya banyak pengalaman orang lain yang dapat kita baca di internet.


Jumaat yang lalu anak saudara Pak Tuan Nurul yang belajar di Cyberjaya telah menjadi mangsa. Naif. Tanpa prasangka. Almaklumlah pertama kali hidup berdikari dan berjauhan dari ibubapa. Bila semua bersolat dia meletakkan beg agak kebelakang. Usai bersolat bersiap dia ke kedai untuk membeli air dan ketika itu barulah dia tersedar beg duit dan telefon bimbitnya telah lesap. Pencuri itu hanya mengambil barang kecil yang bernilai besar. Menangis dia. Duit tak ada, kad bank lesap, telefon bimbit juga hilang malahan tiket balik juga dikebas.


Dia kehilangan arah. Bila sedikit tenang dia menghubungi bank untuk menyekat penggunaan kad tetapi sayang Rm2000++ pinjaman pelajaran MARA telah dikeluarkan dari akaun bank, telefon satu lagi bank juga sama Rm300 langsai. Alhamdulillah duit Baitulmal di dalam Bank Islam tidak terusik. Bagaimana duit dapat dikeluarkan? Kesilapan dia apabila menggunakan tarikh lahir sendiri sebagai pin nombor atm kad. Penyangak memang cekap sebab itu kerja mereka jadi perkara pertama tentulah nombor kad pengenalan yang akan dia cuba dulu.


Bumi Allah yang luas ini masih ada manusia baik-baik. Nurul di pertemukan dengan seorang wanita baik hati. Memberi pinjam telefon dan memberi duit untuk beli tiket serta duit belanja buat Nurul. Bila kakak Pak Tuan meminta nombor telefon dan nombor akaun dia kata pertolongannya adalah ikhlas kerana Allah. Kasihan Nurul katanya.


Jadi berhati-hati di mana juga kita berada, syaitan yang bertopengkan manusia ada di mana-mana walaupun di dalam surau mahu pun masjid. Mereka tidak segan-silu untuk mencuri walaupun di rumah Allah. Tidak hairan zaman sekarang andai kita terlihat orang bersolat dengan beg komputer riba tersandang di belakang!



You Might Also Like

25 ulasan:

  1. salam akak...selalu ke sini cuma x sempat nak komen....sekarang ni macam-macam boleh jadi....kena berhati-hati dan sentiasa beringat...sama-sama kita ambil ni untuk lebih beringat lagi....kesian kat Nurul...jumlah yang banyak tu telah dicuri....

    BalasPadam
  2. ya Allah. ujian besar untuk nurul. patut jadi pengajaran untuk semua. zaman sekarang ni being naive is not an option anymore. otak putar belit dan syak wasangka perlu ada dalam diri masing-masing. kalau nurul tekad nak tangkap siapa pencurinya, pasti ada cara...

    bersabar itu boleh tapi kalau sampai teraniaya sampai macam ni, something have to be done..

    BalasPadam
  3. Pernah guna kemudahan surau ni sekali dua...
    Terima kaseh kerana kisah dan peringatan ini.. Mmg sgt berguna sbb tak menyangka akan berlaku disini....
    Kita bersangka baik bahawa setiap yg masuk situ sebab nak solat... Tunaikan kewajipan..

    BalasPadam
  4. YaAllah. tergamaknya!! kesian Nurul..nasib ada yang sudi membantu..
    peringatan utk diri sendiri jg tu.. sis you take care too yer ;)

    BalasPadam
  5. Takutnya dgr...sy ni slalu gak kua sndri..kdg kalo pk mmg mcm2 takutnya...tp nk buat mcm mne..kne hti2..
    Silap jgk letak tarikh lahir...huhu...benda dah jadi...

    BalasPadam
  6. ya Allah ya tuhan ku . kat surau pon jadi kerja nooo.. buruk nya lah perangai.. semoga Allah memberi balasan yang setimpal ..

    BalasPadam
  7. Kesiannye dekat Nurul.. Iye laa kena beringat2 laa walaupun dalam surau.. Penyangak nie bukan kira kalau nak mencuri..dalam surau pun dia boleh buat keje gitu.. Pura2 nak solat tapi buat business mencuri...

    BalasPadam
  8. ya Allah kak....besar dugaan..... tekedu lieya tgk jumlah wang yg di sapu tu...pandai betol penyangak tu ...laju2 die ke bank buat transaksi....

    mmg kak, mane2 tempat pun tak selamat skrang...mmg kene hati2....kawan lieya baru jek kene, die letak kereta anta anak pi taska yg tak sampai pun 5 langkah....penyangak dah ready nak samun henbeg...mmg tak dpt ape pun....moga kuat semangat anak saudara tu yeak kak....dugaan yg pasti ade hikmahnyer....

    BalasPadam
  9. kt surau pun nk bt dosa mencuri, mereka2 tuh mmg dtg sana bkn nk bersolat tp nk mencuri.. tak tkt agaknyer pd dosa mencuri tuh... kesian nyer pd nurul mujur ada insan yg ikhlas membantu... kalu lah ditakdirkan tgh2 mencuri tuh di turunkan bala dr Allah bagus betul... biarlah mereka insaf

    BalasPadam
  10. ya allah...besar sungguh ujian..orang zaman sekarang mmg dah tak takut balasan Allah.. kat surau pun mencuri.. takut..kesian nurul..

    BalasPadam
  11. Kasihan Nurul..Tp ALLAH tidak akn membiarkan Nurul terus susah...ditemukan Nurul dgn seorg wanita yg baik..Semoga ALLAH merahmati wanita yg menolong Nurul..buat sipencuri masih ada waktu utk bertaubat...doa org teraniaya ini kan sgt MAKBUL...takut bala besar pula menimpa kamu nnt...

    BalasPadam
  12. Memang zaman sekarang kita kena lebih berhati2..
    Moga Nurul tabah dengan ujian tu..

    BalasPadam
  13. Skrg jenayah dimana2 akak.. kita yg kena alert semua tue.. kesian kt dia.. tak pe la benda dh jadi.. lps nie jadikan pengajaran supaya lebih berhati2..

    BalasPadam
  14. Penyangak yg begini memang mencari surau dan masjid sebagai sasaran. Mereka akan dtg waktu org bersolat dan mencari kelalaian org. Tapi itulah walau teraniaya tetap org baik akan ditemukan juga org baik utk membantu. Jelas yg jahat itu pun ada balasannya..

    BalasPadam
  15. Salam Kak Jun,
    Tahun lepas masa berulang alik Putrajaya-Melaka saya selalu singgah kat surau Putrajya Central. ruangnya agak sempit mungkin itu salah satu faktor. bila dah ramai-ramai kat dalam senang la orang nak kebas barang berharga. macam saya mesti tutup hand bag dgn tdung n letak kat depan masa solat..kesian dekat nurul. moga tiada la mangsa seterusnya. sedih dengar bila ada kes macam ni

    BalasPadam
  16. Sekarang ni, dalam surau/masjid pun dah tak selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. DZ, tak selamat ya. Kotor pun ya. Kertas dan tisu berterabur di saf solat.

      Padam
  17. Assalamualaikum,
    Insha allah semua tu jd peringatan untuk Nurul. kena sentiasa beringat.

    BalasPadam
  18. semoga pencuri d beri kesedaran la... iskkk xtau nak komen apa... rasa hangin jer...

    BalasPadam
  19. ya allah ... kenapalah kat situ pun nak mencuri saboo je lah... mujurlah ada yg ikhlas nak membantu

    BalasPadam
  20. kesiannya nye die.. saya selalu guna surau putrajaya sentral ni. pas ni tak nak letak beg kat belakang la.. sebelum terkena, lebih baik beware.. tq kak jun for the info

    BalasPadam
  21. Allahu Robbi, syukur ditemukan dengan hamba Allah yang sungguh baik hati.. alhamdulillah,.. memang sekarang ni surau mana pun kena jaga2 kan kak. syaitan bertopeng manusia..

    BalasPadam
  22. Saya pernah alami macam tu. Nasihat saya supaya Nurul ikhlas dan redha dengan apa yang berlaku. Jangan dikenang lagi dan jangan sesekali fikir, "Kalau la aku ini.." "Kalau la aku itu..". Jangan fikir macam tu lagi.

    Jadi kan peristiwa itu sebagai pengalaman dan pastikan berhati-hati di lain kali. Ingat ayat ini, kita hilang RM2K mungkin sebab Dia nak bagi kita rezeki yang lebih besar lagi nilainya. Cuma kita perlu sabar dan yakin pada Dia.

    BalasPadam
  23. penyangak tak kenal kat mana pun dia nak merompak hak orang.......

    BalasPadam
  24. Ya Allah. sampai tempat kita beribadah tu pun dia nak buat kerja jahat tu kan. Apa nak jadi la sekarang ni. Bahaya betul.

    BalasPadam