Cabaran Ramadhan Satu Hari Rm10

11:41 PG JunAina 29 Comments


Sudah 4 hari kita berpuasa juga entri pertama setelah Ramadahan yang sempat ditulis. Alhamdulillah. Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita. Sama-samalah kita meningkatkan ibadah di bulan mulia ini.


Berkat ujian yang akan datang bersama seribu rahmat. Setelah berpindah pejabat baru Ramadahan ini menjadi lebih teratur. Allah s.w.t melapangkan sedikit masa untuk memasak buat anak-anak setiap hari walaupun dengan hidangan yang sangat mudah tetapi anak-anak tetap makan dengan berselera. Berbanding tahun-tahun sebelumnya saya lebih banyak membeli dari memasak dek kekangan masa. Singgah di bazar pun sekadar membeli kuih, laksam atau roti john.


Sempena Ramadhan ini juga saya menetapkan satu cabaran untuk diri sendiri. “Cabaran Ramadhan Setiap Hari Rm10”. Insyaallah menjelang Syawal akan ada Rm300. Duit cabaran Ramadhan ini juga akan menjadi sebahagian daripada sedekah sempena Syawal nanti. Setiap hari saya akan memasukkan Rm10 yang biasanya digunakan untuk perbelanjaan sarapan dan makan tengahari ke dalam tabung cabaran ini. Ini adalah sebahagian dari insiatif untuk bersedekah di Ramadhan ini. Sedikit sebanyak mengajar diri untuk menabung di masa hadapan. Duit walau sebanyak mana pun akan habis begitu sahaja dan kadang-kadang kita tidak pasti ke mana alirannya.



Hari keempat. Insyaallah akan semakin bertambah kelak. Di dalam rezeki kita akan ada rezeki orang lain yang perlu kita agih-agihkan.


Cabaran ini juga mungkin dapat menjadi pencetus idea kepada kawan-kawan yang lain. Paling penting cabar diri ikut kemampuan, semampu yang ada selagi kita ada.


You Might Also Like

29 ulasan:

  1. insya Allah...

    psst..
    jangan di' pinjam kejaplah ' tabungan tu ya! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh pinjam2 tabung kunci dalam laci kat pejabat!

      Padam
  2. Good idealah Aina. Tapi kakak kalau tak puasa kerja memang bawa bekal.
    Yg pasti hujung bulan dah ada RM300 ye Aina.

    BalasPadam
  3. Boleh ikut cara ni.. bagus kak.. dapat mendidik diri untuk menyimpan

    BalasPadam
  4. bagus ni kak, cukup sebulan banyak boleh disedekahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap kali masukkan duit dalam tabung terus niatkan sedekah.

      Padam
  5. wahh.. bagus jugak buat macam ni kan kak.. sikit2 tu tak perasan sangat.. tp kalau dah sebulan mmg banyak jadinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak buat utk setahun pulak tapi tak le sehari Rm10...yg ada skrg Rm1 sehari...utk stahun.

      Padam
  6. Idea yg bagus kak..mmg boleh dicontohi..dI

    BalasPadam
  7. Bagus tu aina. Kak biasa buat tabung utk anak2 pada hari biasa utuk sedekah di masjid pd hr jumaat. Sepanjang minggu kalau ada kebih, terjumpa duit (dalam rumah sendirilah,,) depa masuk dlm tabung tu. bulan ramadhani lagulah berganda pahala sedekah aina tu nanti, in sha -Allah.

    BalasPadam
  8. wah. menyeronokkan ni kak..

    BalasPadam
  9. sy surirumah sepenuh ms ...takder income lah nak sambut cabaran...huhuhu..selamat berpuasa..:)

    BalasPadam
  10. selamat berpuasa kak..
    betul tu, mmg kena menabung hari2...nanti tak la terasa sangat bila nak raya..at least dah dpt RM300....hihihih

    BalasPadam
  11. bagus aina.keep up the gd deed.

    BalasPadam
  12. Salam ramadhan june...idea yg bagus. klau tak menabung terasa juga klau nak keluarkan duit sebanyak itu.

    BalasPadam
  13. pindah pejabat jer kbukan kerjakan!!... tuler tahunni pun sempat gak nak masak22ni.. seronok sikitkan.. selallunyer beli kat pasarni memang frust memanjang.. tak kenajer ngan tekak.. tapi biasa beli kat tempat yang selalunyer kita beli masa sebelum ramadhan,... kot idak takut nak membelinyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sudah tukar tempat kerjalah...opis baru...

      Masih pegang rekod tak beli lauk, sekadar beli kuih je sesekali.

      Padam
  14. hai kak ape kabar? hope akak sihat2....

    menarik plak lieya tgk cabaran ramadhan akak tu.... kalo displin tgi mmg dpt capai target tu kak...kat opis lieya plak geng2 buat cabaran rm5 dari dulu lagi.... kalo dapat jek rm5 balance2 beli barang cepat simpan dlm tabung heheeheh...bile tgk note hijau banyak2 tu nampak mcm cantik plak...

    BalasPadam
  15. Bagusnyer akak... Nak follow x terfollow style akak.... huhuhu

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...simpanan dan sedekah untuk saham akhirat nanti...InsyaAllah..

    BalasPadam
  17. Chaiyok akak.. InsyaAllah mesti boleh.. nak try buat jugak la.. =D

    BalasPadam
  18. Betul....banyak mana duit mmg tak pernah tak habis sekurangnya menyimpan sebagai duit raya jugak tu.... Bagus idea ni JA.....hari ni sure dah capai RM110 ni dlm tabung tu

    BalasPadam