Bos Perempuan Bila Naik Angin Meroyan

2:14 PTG JunAina 14 Comments


Kesibukan menyiapkan kerja dengan terpaksa mendapatkan data dari department lain sangat mencabar serta memerlukan kesabaran. Kadang-kadang kerja kita sedikit tersasar dari jadual asal apabila terpaksa menunggu data yang diminta. Persefahaman dan tolak ansur kedua belah pihak menjadi sangat perlu di titik ini. 


Di dalam ketekunan melakukan kerja tiba-tiba keheningan pejabat terganggu dengan suara nyaring seorang perempuan. Semua memanjangkan leher ke arah suara tersebut. Lama dia seolah menjerit-jerit tidak puas hati kepada seorang pelajar yang sedang menjalani latihan 'intern'. Sehingga seorang lelaki yang berada di dalam bilik mesyuarat keluar dan merenung kearahnya sambil meletakkan jari dibibir lalu memberi isyarat supaya budak tersebut beredar. Masih jelas suaranya lagi meluahkan kemarahan walaupun berada di bilik sendiri. Beremosi sungguh dia.


Dia hanya belajar di sini walaupun pekerja jagalah emosi. Lantunan suara kita akan menjadi kayu pengukur untuk menjadi seorang ketua yang baik. Bergelar ketua bukan lesen untuk kita menengking sesuka hati kepada setiap orang yang melakukan kesilapan. Jadilah ketua yang adanya di hormati tiadanya diingati, bukan lembutnya kita untuk dipijak tetapi lembut penuh ketegasan.


Ramai wanita yang menjadi ketua di luar sana dengan karekter masing-masing namun masih ramai juga mereka melebihkan emosi berbanding pertimbangan wajar. Bos perempuan biasanya dilabelkan sebagai cerewet, emosi dan lebih suka membebel kepada perkara yang tidak perlu. Sering terpengaruh dengan mood sendiri andainya mempunyai masalah di luar. 


Persekitaran menilai kita berapa banyak mata yang melihat telinga yang mendengar dan mulut yang bakal bercakap. Bersabar 5 minit akan lebih banyak membawa manafaat bukan kepada kita mahupun orang sekeliling berbanding kemaranah setengah jam yang akan merosakkan persepsi orang lain kepada kita untuk selama-lamanya. Jadilah rakan sekerja yang saling bertolak ansur.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Betul kak.. selalunya lady boss ni suka ikutkan perasaan..

    BalasPadam
  2. setuju.. sama lah bos pompuan juga.. ikut suka dia nak buat apa.. tapi orang lain tak boleh.. stressssssss

    BalasPadam
  3. kesiannya.. kenapalah sampai begitu jadinya..

    BalasPadam
  4. Ramai(bukan semua) wanita bila berkerjaya hebat, tinggi..mcm tu la perangainya...mcm singa lapar ..teringat saya consultant saya dulu masa saya kerja di hospital kerajaan...suaranya mcm halilintar

    BalasPadam
  5. Lelaki dan perempuan masing-masing ada kelemahan tapi sama ada suka atau terpaksa, lelaki lebih layak jadi ketua.

    BalasPadam
  6. salah satu sebab akak berhenti 24 jam masa jadi cikgu dulu.. GB perempuan meroyan.heeee

    BalasPadam
  7. kat ofis acu pun ada gak yang macam tu
    cuma beberapa tahun kebelakangan ni dia dah boleh control sikit dah volume dia

    BalasPadam
  8. Saya pernah bekerja dgn bos wanita. Tak pernah menenking. Sgt friendly..sbb penah tolong saya google utk bercuti destinasi menarik. Pernah bg saya kek coklat sbb dapat siapkan kerja yg bukan dlm job scope sy. Kesimpulan...ada bos wanita yg mmg bagus.

    BalasPadam
  9. Kak zai setuju dengan pendapat Aina.Jangan bawa masaalah luar untuk melepaskan kemarahan ditempat kerja.

    BalasPadam
  10. huhuhu setuju kak... kebanyakan bos wanita kt opis dana pun gitu, mana yg tak suke sampai mati lah dia tak suke walaupun cuma sekali salah pekerja itu...

    sbb tu dana lebih senang berurusan ngn pegawai atau bos lelaki n dana beruntung kebanyakan bos yg dana jaga lelaki, lbh mudah nk bekerja sbb jarang yg terlalu ikutkan emosi

    BalasPadam
  11. Lady Boss,
    Cerita-cerita macam ni.. been there done that..
    Rezeki masing-masing la kan.

    BalasPadam
  12. Saya pernah bekerja dengan ramai boss wanita, kebanyakannya macam tu lah...sangat cepat emo, terutama boss wanita andartu!! Bukan saja staff lelaki, sebenarnya staff pompuan juga tak suka boss wanita jadi ketua mereka. Tapi bukan semuanya begitu, ada juga boss pompuan yg sangat baik...

    BalasPadam
  13. sekeras2 hati perempuan ada lembutnya kan...garang la mcm mna pon bos tu dorang tetap ada hati dn perasaan cuma ego menguasai "mereka2" itewww ;p sbb tu la jdi mcm tu...

    BalasPadam