Hotel Berdekatan Pulai Spring Resort
Akhir bulan November suami saya akan menghadiri majlis makan malam tempat kerjanya di Pulai Spring Resort, 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor. Masa tu dah cuti sekolah, hajatnya nak bawak anak-anak bercuti sekali tetapi bila cuba booking bilik semua dah penuh pulak pada tarikh tersebut di tempat yang sama. Mungkin syarikat tempat suami bekerja sudah buat tempahan awal secara besar-besaran. Berkenan sangat dah dengan resort ni, cantik dan nampak nyaman sahaja. Saya sudah menghantar email untuk bertanya kekosongan bilik tetapi malangnya tiada juga yang kosong pada tarikh tersebut.
Hotel besar cam gini boleh fully booked. Sob...sob...
Teruja wehhh nengok swimming pool dia walaupun tak tau berenang...wakakaaa...
Ini kali pertama saya akan ke Selatan Tanahair, sebelum ini kalau pergi Johor paling jauh pun hanya sampai ke Muar sahaja. Jalan-jalan di sana pun saya tidak mahir tetapi tak kisah sangat sebab suami akan jadi co-pilot. Masalah besar sekarang saya ingin mencari hotel yang terdekat dengan Pulai Spring Resort supaya senang suami hendak pergi ke Majlis Makan Malam anjuran pejabatnya nanti. Saya sudah minta bantuan google tetapi skill saya agak kurang jadi hanya sedikit info yang saya dapat.
Ada tak antara kawan-kawan yang boleh tolong?
1. Senarai hotel berdekatan dengan Pulai Spring Resort.
2. Tempat-tempat menarik terdekat yang boleh kami lawati sekitar kawasan tersebut.
3. Tempat makan yang menarik dan sedap yang boleh kami sekeluarga kunjungi.
Makan malam tersebut hanya untuk kakitangan sahaja jadinya malam itu saya bolehlah jalan-jalan dengan anak-anak dan biarkan abahnya berhappy-happy dengan kawan-kawan. Sesekali bagi peluang apa salahnya tapi masih dalam pengawasanlah!



