Memaparkan catatan dengan label suka dan duka.. Papar semua catatan

Oh My English!

Masa sekolah tak mau belajar betul-betul bila dah tua bangka macam ni baru rasa nak menyesal, tak berguna dah semua tu. Ibarat nasi dah menjadi bubur. Macam mana pulak le nak jadikan nasi balik coz dah lembik berair. Nak tak nak telanlah jugak walaupun makan bubur ni kejap je kenyangnya.

Membebel!

Masa sekolah dulu tak ambik port sangat pun tentang ilmu yg kita dapat. Belajar untuk lulus periksa supaya dapat sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Lepas habis belajar dapat kerja bagus-bagus. Dapat gaji banyak-banyak. Boleh beli barang sendiri suka-suka. Ada duit lebih boleh jalan-jalan. Lebih banyak lagi joli katak.

Budak kampung. Sekolah biasa-biasa sahaja. Tak ada yang istimewa. Tiada jugak yang menarik. Pandai tidak. Cantik jauh sekali. Kami berusaha untuk keluar dari kepompong kehidupan anak bendang (walaupun mak langsung tak dak bendang). Usaha untuk menjadi yang lebih baik dari ibu-bapa sendiri sekurang-kurangnya (bagi aku mak sahajalah coz bapa dah tak ada sejak aku kecik).

Cabaran utama budak kampung yang sekolah kampung tentulah persekitaran. Ibu bapa tak ambik port sangat berkenaan pelajaran anak-anak. Bila periksa pun tak tau yang tau bila anak-anak bawak balik buku laporan masa tu lah nak pedih peha (itu kalau bawak balik ada jugak yang sign sendiri). Kelas tuisyen jauh sekali, haraplah kelas tambahan yang cikgu bagi. Buku rujukan bergantunglah pada buku kat perpustakaan sekolah, hanya yang berada mampu beli.

Melencong lagi!

Aku dulu English dapat 7 masa SPM. Kira oklah dari tak lulus. Bukan dok MRSM...hikhik. Budak kampung yang tak dak motivasi. Habis SPM kawan-kawan naik tingkatan 6. Aku dok fikir nak sambung belajar dan dapat kerja cepat nak tolong mak. Satu hari bapa saudara bawak pergi rumah dia di KL, dia ambikan borang IKM. Ini adalah langkah pertama yang mengubah hidup aku sampai sekarang. Teringat lagi lepas isi borang jalan kaki ke Pejabat Pos Pantai Baharu melalui Kampung Kerinci dari Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam dengan anak sulung dia masa tu belum sekolah lagi pun.

Balik ke pangkal jalan!

Kesedaran berkenaan Bahasa Inggeris ni kena ada. Penting bagi setiap orang. Bukan bermakna kita mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa sendiri. Tak salah pandai bahasa asing bukankah itu satu cabang ilmu jugak. Banyak kelebihannya kalau kita tahu coz banyak buku-buku ilmiah dalam Bahasa Inggeris dan banyak yang tak diterjemahkan. Itu dari segi ilmu. Pergaulan pulak? Kalau tak pandai sangat pun paling penting ada keyakinan untuk bercakap. Buat salah ketika bercakap itu adalah normal. Belajar dari kesilapan.

Pengalaman. Biasa bekerja dalam kelompok Melayu sahaja membuatkan Bahasa Inggeris yang senipis kulit bawang bertambah bersawang. Suatu hari dipanggil temuduga. Tunggu penuh debaran tiba-tiba seorang lelaki Cina masuk bersama seorang perempuan India. Nasib baik depa cakap campur dengan Bahasa Inggreis dan Bahasa Melayu. Habis sesi dibawak ke bilik bos. Mahu pitam bila seorang Mat Saleh senyum sambil hulur tangan. Pertama dia sebut 'Mistake Make You Perfect. Just talk'. Hahahaaa...tengok muka aku pun dia tau dah Bahasa Inggeris hancoq, muka blur.

Jadinya di samping memartabatkan dan mengagungkan Bahasa Melayu jangan diketepikan Bahasa Inggeris. Kita perlu belajar kerana ia adalah ilmu. Bukan mengangungkan. Kenapa tidak berusaha untuk jadikan Bahasa Melayu setara Bahasa Inggeris? Semua itu akan ambik masa. Kita perlu berubah sebelum minta orang lain berubah.