Terima Kasih Kerana Sudi Mengikut Saya.

Perghhh...selepas satu tahun dan enam bulan follower Aina baru mencecah 100 orang. Terima kasih pada semua YANG TELAH SUDI mencemar duli dan yang paling best RINNA menjadi orang yang paling bertuah, menjadi follower yang ke 100.


Agak-agaknya patutkah RINNA mendapat hadiah terkejut dari Aina (terasa macam nak bermurah hati pulak hari ini). Sebagai menghargai sokongan semua Aina dengan gembiranya ingin menghadiahkan sesuatu kepada follower yang ke 100 DARI MATA PENA LAHIRLAH SEBUAH RASA. Buat RINNA rajin-rajinkanlah diri untuk emailkan nama dan alamat. Lepas ini Aina tak akan segan-segan bagi hadiah lagi kepada sesiapa sahaja yang bertuah. Tak semestinya FOLLOWER bertuah sahaja, akan dinilai dari semua segi...ngeeee..(lepas ni kena buat stok cenderahati khas untuk pengunjung blog Aina lepas tu boleh buka kedai cenderahati online pulak...).

Buat semua rakan-rakan di alam maya ini yang sentiasa megunjungi blog DARI MATA PENA LAHIRLAH SEBUAH RASA setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Walaupun blog ini hanyalah catatan peribadi dan kadang-kadang merapu masih ada yang sudi singgah. Sekali lagi TERIMA KASIH semua!

Merah sungguh si agar-agar
Buat bekalan pergi ke pekan
Saya masih sedang belajar
Silap dan salah tegur-tegurkan

Pergi ke pekan membeli durian
Hendak dijamu tetamu yang datang
Terima kasih pada kalian
Jangan serik datang bertandang

 

Raya yang tak berapa nak best!

Akhirnya selepas dua minggu baru dapat update blog. Bukan apa bila balik kampung banyak sangat aktiviti-aktiviti yang membataskan waktu untuk mengadap blog terutama aktiviti kekeluargaan. Kebetulah tahun ini semua anak-anak mak berkumpul dan kebetulan jugak semua anak-anak tok (mak dan bapak saudara ceq le tu) juga balik beraya kat kampung.

Sabtu, 27hb Ogos 2011. Line clear. 7 jam memandu sampailah ke rumah mak kat Perlis, mak tersenyum lebar 2 biji kereta masuk ke halaman. Anak, menantu dan cucu-cuucnya dah sampai, rumah dah bersih walaupun kat rumah yang tinggal semuanya teruna. Mak puas hati dapat berbuka beramai-ramai tiga hari berturut-turut.

Raya keempat mak ke Kelantan bersama adik menziarah abang iparnya yang meninggal. Esoknya apalagi angkat bungkus le balik Kajang. Kampung pun dah mula sunyi. Sampai je kat Juru dah mula jem dan semakin menyesakkan dada bila melalui Bukit Gantang sehingga Slim River, 9 jam memandu terasa amat memenatkan dan itupun bernasib baik kerana kereta gear auto.

Raya yang terlalu sibuk makan pun ikut sedap mulut, nasi pun berhari-hari tak dijamah kalau adapun nasi tomato itupun sangat sedikit. Perut mula meragam. Sabtu manja-manja je menyapa, hari Ahad dah tak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya terpaksa menyambung cuti dengan cuti sakit pula. Sekarang masih makan bubur, minum susu dan berpantang makan. Biskut bagai semuanya tengok aje. Memang tak besh! Jemputan rumah terbuka pula berderet-deret, tak pergi tuan rumah kecil hati dah pergi terpaksa pula tahan hati dengan hidangan yang ada.

Apapun sabar berpantang coz Jumaat minggu depan nak golek kambing lagi dengan geng AnakPerlis, sabar-sabar...


 Suatu hari di hari raya. Acara wajib selepas balik masjid, berada di rumah tok yang hanya bersebelahan dengan rumah mak.


Tema asal kuning tetapi terbabas kepada oren. Tiga ibu pingitan...hehehee...



Alya dengan ayah dan umi (my sis).


 

Iqbal Hadi dengan ayah, tak pernah berenggang dari kecil. Kasih sayangnya tumpah di sini. Kat sebelah pula mak. Tak banyak gambar istimewa dapat disnap coz kamera awal-awal lagi dah hilang entah kemana, masing-masing nak bergambar dengan girlfriend di hari raya.


Lari tema. Baju raya tahun 2 tahun lepas. Recycle! Masing-masing menolak untuk membeli baju melayu baru dengan alasan jarang di pakai. Dari kiri Shaiful (anak saudara), Adik Ab (their best friend), Syafiq (adik bongsu) dan Shahizat (adik no 2 bongsu).


 Pagi raya di rumah tok, nampak sangat usianya yang lanjut tetapi dengan kudrat yang tak seberapa itu dia tetap gembira dikelilingi anak-anak yang masih ada 8 orang, cucu-cucu pula berjumlah 41 orang yang masih ada dan cicit-cicitnya berjumlah 27 orang.


Bapa saudara yang sulung Ahmad Senapi dan lelaki yang berada di belakangnya pula adalah anaknya yang sulung Asmadi.



Antara aktiviti lain mengimbau kenangan lalu. Tanah tempat kedua ibu-bapa mencurah bakti, menyiram rambutan dan chempedak. Tanah ini di tinggalkan bila arwah abah kembali kerahmatullah. Kenangan 34 tahun... Tanah ini kini milik ibu dan bapa saudara yang turut berposing sakan dalam gambar ini.