Rezeki datang dan pergi tanpa kita jangka kerana semua itu
ketentuan Allah s.w.t kerana Dia sebaik-baik perancang. Berkeluh kesah adalah
sifat manusia jadi bila berlaku sesuatu kehilangan jiwa akan resah, meratapi
sebuah kehilangan walaupun kita tahu apa yang hilang akan Allah s.w.t gantikan
dengan yang lebih baik. Resah akhirnya akan hilang bersama masa yang terlekat
di hati redha dengan kehendak Ilahi.
Cincin yang bertahun disarung di jari kenangan hari lahir
lama dulu hilang entah ke mana begitu juga cincin yang di tukar beli bila yang
lama patah semakin terkilan baru tiga bulan sempat dipakai. Tersalah letak
mungkin. Hati gusar. Hati gundah. Sedih. Menyesal. Namun akhirnya perasaan
redha itu menyapa juga dengan memegang ‘Allah akan menggantikan yang lebih baik’.
Hilang tanpa di kesan mungkin itu yang terbaik.
Allah tidak pernah mungkir janji, rezeki itu
akan datang tepat pada alamatnya tidak akan tercepat tidak juga akan terlewat
dan datang dengan yang lebih baik. Alhamdulillah. Sebulan menghadam kehilangan
dua bentuk cincin pada akhir Ramadhan akhirnya Allah s.w.t gantikan dengan
sesuatu yang lebih baik. Walaupun yang hilang masih dirindu namun hai tetap
riang menerima rezeki baru
Cantik design gelang tangan emas ini berat 30 gram ++ kena dengan tangan orang yang memakainya.
Inilah rezeki pengganti cincin yang dah hilang entah ke mana, Alhamdulillah Allah s.w.t ganti dengan yang lebih baik. Paling penting yakin dengan qada dan qadar yang telah Allah tentuka selebihnya berserah kerana sesungguhnya jajni Allah itu benar.
Saya beli rantai tangan ini pada 8hb Ogos 2015 dengan harga emas semasa Rm138 sedangkan di kedai-kedai lain harga emas masih lagi tinggi sekitar Rm150-Rm160. Saya masih mendapat tambahan diskaun sebab kawan sepejabat dulu belajar satu tempat dengan tuan punya kedai. Kedai ini pula adalah kedai emas kepunyaan bumiputera jadi sama-samalah kita membangun ekonomi orang Islam.
Emas Baroqah
No. 5, Ground Floor Wisma Yakin
Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
Kemeriahan Aidilfitri keluarga besar kami semakin bertambah meriah tahun ini apabila pada 3 Syawal berlangsung majlis pertunangan adik tersayang. Persiapan yang agak kalang kabut apabila majlis yang di rancang pada raya puasa 6 di percepatkan ke 3 hari raya. Pihak kami langsung tidak membuat apa-apa persiapan untuk hantaran. Hari raya ke dua kebanyakan kedai di Perlis masih tutup namun Allah s.w.t permudahkan juga urusan bila ada sebuah kedai Melayu yang buka hari tersebut dan pemiliknya sangat baik dan tidak lokek dalam memberi perkhidmatan.

19hb Julai 2015 tersarunglah cincin di jari manis si dara mengikat janji insyaallah bakal disatukan mengikut kesesuaian masa serta perbincangan keluarga kelak. 5 hantaran berbalas 7 dari pihak perempuan dan kebiasaannya bagi majlis pertunangan di Perlis adatnya hanya manisan menghias dulang. Pada hari tersebut pihak kami membawa dulang cincin, gula dan garam menjadi pelengkap adat, kek, buah dan agar-agar kering dihias cantik dengan hijau sebagai warna tema dan kami sekeluarga turut mengenakan baju hijau.
Hari raya tentulah ahli keluarga masih ramai berkumpul di kampung, keluarga besar kami pula sangat bersepakat. Jadinya pada hari pertunangan tersebut 11 kereta mengiringi cincin yang bakal di hantar. Ibu pengantin perempuan pun nampaknya agak terkejut tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mana mungkin kami mampu menolak emak saudara serta sepupu-sepupu yang ingin menyertai rombongan kami.
Raya kedua malam keluarga kami sibuk uruskan dulang hantaran, bapak saudara sibuk hias dulang kami yang perempuan tengok sahaja. Dia seorang mekanik tetapi berjiwa seni pandai menggubah pandai menghias, pandai melukis dan pandai juga mengukir.
Setahun mungkin mengikat janji majlis akan dilangsungkan bermakna dalam tempoh tersebut kakak-kakak akan mula membuat sedikit sebanyak persiapan sebab anak lelaki bila kahwin semuanya mengharapkan kakak atau adik perempuan. Harapan agar majlis ini nanti akan lebih sempurna berbanding majlis Angah dahulu.
Merdeka Promo serendah Rm5.90. Banyak barang yang boleh dipertimbangkan sempena bulan kemerdekaan ini. GEMFIVE menawarkan yang terbaik buat kaki shopping. Mudah hanya dihujung jari dan buatlah pilihan barangan anda.