Politik Yang Di Politikkan.

11:33 PG JunAina 0 Comments

Mengapa le orang suka sangat copy & paste post kat dalam blog berkaitan politik dan kemudian foward sana foward sini dan termasuklah aku yang menerima email-email yg entah apa-apa. Tak kiralah post dari parti politik berhaluan kiri atau berhaluan kanan, kalau setakat bagi link ok lagi, ini tidak sepanjang-panjangnya di copy & paste.

Bukan aku tak suka politik tapi aku tak suka orang yang mempergunakan politik. Lagipun pada pandangan aku orang zaman sekarang berpolitik bukan berteraskan pejuangan untuk agama, bangsa dan negara. Politik sekarang terlalu penuh dengan perjuangan yang memerlukan pembalasan atau imbuhan, politik zaman sekarang boleh diketegorikan sebagai kotor. Bukan di sebelah pihak malah kedua-dua belah pihak tetap ada permainan kotornya. Perjuangan sebenar hanya wujud pada orang yang pernah memperjuangkan kemerdekaan dan yang pernah merasa susahnya kehidupan selepas mendapat kemerdekaan dan membangunkan negara dari kegelapan.

Kadang-kadang mereka mempolitikkan hadis dan Al-Quran, menonjol kebenaran maksud hadis dan Al-Quran tanpa meneliti huraian yg sahih. Tak terfikir dek akal ke andai apa yg di tulis atau dibicarakan itu tidak benar ia sudah menjadi fitnah. sekiranya tahu hadis dan Al-Quran semestinya tahu apa hukum fitnah. Itu antara contoh yg terlalu kecil. Aku tidak meletakkan kerajaan betul atau pembangkang salah tetapi kadang-kadang apa yang di post di dalam blog terlalu menjelekkan seolah-olah satu pihak terlalu berdosa dan satu pihak lagi terlalu suci.

Tanah Melayu telah menjadi Malaysia selepas ni apa yang akan tinggal pada bangsa Melayu. Sekarang kita hanya mempunyai kuasa sedangkan ekonomi telah di pegang oleh bangsa lain. Tidakkah cukup lagi kita sedar. Bangsa kita cukup goyah. Berpecah kepada tiga bahagian, bergaduh sesama sendiri, bertelagah kerana berlainan aliran politik sedangkan bangsa lain bertepuk tangan menunggu masa untuk merebut apa yg bangsa Melayu ada selama ini yg hanya tinggal satu iaitu kuasa. Tidak takutkah kita menjadi seperti Melayu Singapura? Terpinggir di tanah sendiri dan pendatang menjadi tuan. Tak mustahil juga suatu hari nanti kita sudah tidak bebas memperjaungkan agama suci kita lagi sekiranya kita terus bersengketa.

Sedarlah semua bangsaku janganlah mempolitikkan politik kita untuk kepentingan diri sendiri, jangan juga mempolitikkan agama kita. Bertolak ansurlah demi agama, bangsa dan negara. Jangan meletakkan kepentingan diri sendiri di tempat teratas. Pandanglah masa hadapan jangan sampai kita menggadaikan masa depan anak bangsa.

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: