Hikram Dyslexia?

3:27 PTG JunAina 2 Comments



DYSLEXIA sumber WIKIPEDIA - Berasal dari
perkataan Yunani iaitu `DYN' bermakna susah dan `LEXIA' bermakna tulisan. Dyslexia bukannya penyakit tetapi merupakan gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya masalah pelajaran yang dihadapi seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yg normal.

Malam tadi aku berkesempatan berjumpa dengan seorang doktor, terlajak bersembang aku suarakan kerisauan aku tentang perkembangan pembelajaran si Junior. Alahai kesian si bongsu ni. Dia mencadangkan aku berjumpa dengan orang yang pakar tentang pembelajaran kanak-kanak `Dyslexia'.

Tak perlulah aku luaskan skop `Dyslexia' ini, cukuplah sekadar menumpukan kepada Junior. Sekarang aku telah mulai membuat carian di internet dan membaca buku utk menambah pengetahuan mengenai `Dyslexia', mencari orang yang mampu membimbing aku untuk menolong Junior menghadapi kehidupan yang masih panjang. Aku tidak mahu Junior menjadi mangsa kebodohan dan keegoan aku sendiri.
















Sikap-sikap junior yang membuatkan hati aku rawan.
1. Sedikit hyperaktif.
2. Kurang tumpuan terhadap pelajaran.
3. Tidak boleh memberi tumpuan khusus pada sesuatu perkara.
4. Terlalu obses dengan kartun dan permainan.
5. Akan memberontak bila kemahuan tidak dipenuhi.
6. Menulis abjad dengan terbalik atau mirror image.
7. Kurangnya keupayaan dalam bahasa. Contohnya: teringatkan nenek, dia akan cakap Junior termimpikan nenek. Tercekik jadi terkecek. Tumpah jadi terpecah.
8. Sukar mengikut arahan sekiranya diberi secara am. Perlu menyebut namanya dan memberi arahan secara terperinci.
9. Sukar mengingat sukukata yg diajar, walaupun hanya dua sukukata.

Ini antara yang dapat aku kesan. Doktor bertanya jugak apa keistimewaan dia yang aku nampak setakat ini, sebagai ibu aku terpukul dengan soalan ini kerana aku sendiri tidak pernah memberi perhatian tentang keistimewaan yang dia ada. Mengikut doktor kanak-kanak `Dyslexia' mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun menghadapi masalah pembelajaran. Bertapa lalainya aku sebagai seorang ibu...
Mengejar kerjaya aku yang tak akan kemana lagi ini sehingga melupakan masa depan anak sendiri yang masih panjang. Alhamdulillah...aku masih punya masa untuk memperbetulkan segalanya.

Mulai dua bulan lepas setiap sabtu menjadi kemestian aku membawa anak-anak ke perpustakaan sekiranya tidak ditutup. Niat utamanya hendak menarik minat si bongsu terhadap buku dan pelajaran, disamping itu aku juga dapat menambah ilmu. Sekarang aku sudah menjumpai hala tuju yang sebenar untuk mendidik Junior, mencari orang yang sepatutnya yang boleh membimbing aku disamping bacaan sendiri. Duit ringgit bukan galang gantinya dengan masa depan anak-anak.

Syukur alhamdulillah Allah cepat menyedarkan aku...Syed Mohamad Hikram Bin Syed Hussin berilah peluang utk mama menjadi ibu terbaik buat kamu.

2 Rider Beraksi:

Perkembangan Kanak-kanak

1:34 PTG JunAina 0 Comments

Kali ini aku cuma nak kongsi delima yang dihadapi berkenaan perkembangan anak-anak, tiga permata hati aku mempunyai tahap perkembangan berlainan. Alhamdulillah yang sulung dan nombor dua dapat membaca pada usia 5 tahun walaupun mereka tidak dihantar ke tadika yg mahal dan berprestij cuma bersekolah di Tabika Perpaduan di tempat aku sahaja. Berkat kesungguhan cikgu dan minat anak-anak mereka menjadi antara pelajar yang agak cemerlang. Berbeza sekali dengan anak ketiga dimana tumbesarannya adalah normal tetapi sedikit mempunyai ciri-ciri hyper aktif. Walaupun telah dua tahun belajar ditadika anak ini masih tidak dapat membaca tetapi sedikit bersyukur kerana dia dapat mengenal huruf. Dia dapat menulis abjad-abjad dengan betul turutannya tetapi yg menjadi masalahnya kebanyakan abjad adalah terbalik atau `mirror image'.

Hati ibu mana tidak gundah dengan keadaan sebegini. Aku banyak membuat carian di internet dan membaca buku tentang perkembangan dan psikologi kanak-kanak, mencari rujukan yang sesuai untuk membantu anak yg satu ini. Memberi lebih tumpuan kepada dia walaupun ada ketikanya terlalu stress dengan kesibukan kerja dan perangainya. Memilih utk menulis sedikit sebanyak maklumat untuk mengingatkan diri sendiri jugak perkongsian dengan insan-insan yang mempunyai anak sebegini.

Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka atau keturunan serta faktor pesekitaran. Ciri-ciri fizikal diwarisi termasuk had keupayaan, kemampuan mental serta tahap daya pemikiran samaada pandai atau tidak.
Kajian ahli psikologi - ibubapa cerdas pintar akan melahirkan anak-anak yg juga cerdas pintar. Emosi turut diwarisi daripada baka ibubapa, sekiranya ibubapa mempunyai emosi kurang stabil akan melahirkan anak yg agresif dan autokratik. Disamping itu faktor seperti keluarga rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan, sumber teknologi, guru dan sekolah juga mempunyai pengaruh tersendiri disetiap peringkat pertumbuhan. Makanan juga antara faktor yg tidak boleh dipandang ringan utk perkembangan mental dan fizikal.

Kurangnya rangsangan dan pemerhatian boleh mempengaruhi perkembangan pelajaran anak. Kurangnya motivasi dikalangan anak-anak sendiri membuatkan mereka agak lambat mendapat kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan apabila ibubapa dan guru lebih memberikan tumpuan dan galakkan, secara tidak langsung anak-anak dpt memotivasikan diri sendiri.

Menyediakan alat bantuan pembelajaran yang boleh menarik minat anak-anak contohnya flash card, menggunakan teknologi spt perisian komputer juga boleh memilih CD pendidikan yg banyak terdapat dipasaran. Mungkin boleh berkorban waktu membawa anak -anak ke perpustakaan yang boleh memberi pesekitaran yang agak berlainan kepada anak.

Aku memberi sedikit penekanan pada diri sendiri berkenaan anak hyperaktif. Anak-anak yang mempunyai daya penumpuan yang terlalu singkat terhadap sesuatu perkara, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Sekiranya dipaksa utk duduk diam akan memilih utk menggigit kuku utk menghilangkan keresahan. Kadang kala kanak-kanak sebegini mempunyai keupayaan intelek yg baik tetapi kurangnya tumpuan dan sikap resah membuatkan mereka sukar dikawal. Kanak-kanak hyperaktif memerlukan lebih tumpuan, latihan khas adalah penting untuk mengubah tingkah laku dan yang paling berkesan menggunakan pendekatan satu lawan satu(one to one approach).

Mampukah aku menjadi ibu terbaik buat ketiga-tiga anak ini, memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang yg lain akan iri hati. Semoga ada kekuatan utk aku terus menghadapi ujian ini, akan berusaha yang terbaik buat semua anak-anak. Memberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan andai tiada perubahan aku nekad membawa anak ini berjumpa dengan pakar yang sepatutnya.

JunAina

0 Rider Beraksi:

Peha dan lengan.

9:18 PG JunAina 0 Comments

Aku bukan obsess untuk kurus kerana bagi aku sudah cukup sempurna apa yg aku miliki sekarang, menjaga makan dan berjogging bukan utk kurus tetapi lebih kepada menjaga kesihatan disamping membuang lemak-lemak yg tidak diingini.
Bukan sedikit ayat-ayat cinta yg menyakitkan hati terpaksa menjadi santapan seharian tetapi kupekakkan telinga kerana bagi aku ayat-ayat itulah yang memotivasikan aku.

Ada persoalan yang sukar dijawab berkenaan lemak yg berkumpul dilengan dan peha yang membuatkan bahagian itu nampak besar atau dalam ertikata lain gemoookkk (wanita tak suka dengan perkataan ini). Aku mencari jugak rujukan di internet dan buku dan kebanyakannya mengatakan tiada senaman khusus utk membuang lemak dibahagian ini. Biasanya senaman hanya boleh membina otot dan lemak masih berkumpul disitu.

Kesimpulan yang boleh dibuat dari pemerhatian dan pembacaan senaman secara global lebih baik utk tubuh. Tubuh kita sendiri yang mengatur pembakaran lemak bergantung pada kondisi badan individu. Kita boleh memberi tumpuan yang lebih pada bahagian lengan dah peha tanpa mengabaikan bahagian tubuh yang lain. Lakukan exercise yang global untuk pembakaran lemak yg sekata dan seimbang.

Perhatikan bahagian badan mana yang mengalami kegemukan dahulu, contohnya pada awalnya peha gemuk dahulu, diikuti punggung, perut, lengan dan pipi, Begitulah sebaliknya dalam proses menghilangkan lemak bermula dengan pipi, lengan, perut, punggung dan peha. Semuanya akan bergantung pada aturan tubuh individu.

Hormon jugak mempengaruhi kehidupan seharian dengan senaman harian boleh membantu kadar hormon ketahap normal, bila hormon stabil dapat mengelakkan selulit dan gangguan emosi. Pengaliran darah akan meningkat bila kita bersenam, ianya dapat menyihatkan tisu-tisu dan dapat membantu membuang cecair berlebihan.

Pililhlah untuk hidup sihat, cantik dan bergaya. Berjogging, melakukan aerobik dan berenang dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat.


`Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu
mengorbankan sesuatu yang lain.'



JunAina









0 Rider Beraksi:

Jaga makan jaga badan.

4:59 PTG JunAina 0 Comments

Persoalan yang kawan baikku timbulkan baru-baru ini. Macam mana nak jaga badan untuk tidak gemuk walaupun tidak dapat selangsing model-model kat tv dan dengan senang hati aku menjawap segalanya perlukan pengorbanan sama ada pengorbanan wang ringgit jugak pengorbanan nafsu makan.

Khas buat wanita yang fobia dengan berat badan yang semakin menaik tanpa ada tanda-tanda untuk turun, juga perkongsian buat semua disamping menjaga kecantikan kita juga dapat mengekalkan kesihata. Bukan sahaja untuk wanita tetapi juga untuk lelaki kerana seandainya anda ingin melihat isteri atau teman wanita anda kekal langsing begitulah sebaliknya mereka juga ingin anda kekal sebegitu walaupun sudah pencen.

Pemakanan.

Diet bukan bererti tidak makan sebaliknya mengawal cara pemakanan dan kumpulan makanan yang kita ambil setiap hari. diet tanpa pengetahuan dan panduan akan memudaratkan diri sendiri. Info dibawah mungkin dapat membantu.

1. Bijirin penuh.
Sumber tenaga, karbohidrat kompleks dan sumber serat terbaik.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penting untuk membekalka vitamin, mineral, serat dan sumber terbaik antioksidan. Pilihlah sayuran dan buahan yg segar dan pelbagai warna.

3. Makan makanan yg rendah lemak dan kolesterol.
Lebih baik memilih utk merebus, panggang atau kukus makanan, elakkan penggunaan minyak yg banyak. Kurangkan makanan yang tinggi kolesterol seperti organ dalama, makanan laut, telur kuning. Ikan dan hasil soya lebih sesuai diamalkan kerana rendah kolesterol.

4. Kurangkan gula dan garam.
Elakkan penggunaan garam dan gula yg terlalu banyak dalam makanan dan minuman. Lebihkan minum air kosong sebaiknya 8 gelas sehari.

5. Bersederhana ketika makan.
Masak sekadar untuk makan, sekiranya makan diluar ambil makanan secara berqualiti.

6. Bersenam (part paling penting).
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, bagi ibu-ibu yang berkerja curilah masa utk diri sendiri. Kita boleh memilih utk berjogging, berjalan laju atau berenang, andai berminat boleh juga berbasikal tetapi perlu berhati-hati utk elakkan kecederaan.

7. Kurangkan mengambil snek yg tinggi lemak dan kolesterol dan gantikan dengan potongan buah-buahan atau yogurt rendah lemak.

Berdiet dan bersukanlah mengikut ruang masa sendiri, setiap orang mempunyai pengurusan masa yg berlainan. Bagi seorang ibu menjadi delima antara kesibukan menguruskan keperluan keluarga dan rumahtangga kerana masa selalu menjadi kekangan, jadi pandai-pandailah menyelitkan waktu utk sihat dan cantik sentiasa.

Diet caraku :

Memilih utk berjogging dihujung minggu, bangun seawal 5.30 pagi siapkan kerja rumah dan sarapan. Keluar berjogging atau aktiviti riadah pukul 6.45 - 7.45.
Rutin setiap pagi selepas bangun tidur 15 minit pertama adalah utk senaman ringan, kalau mampu buat sit up lakukanlah utk kebaikan diri sendiri.

Makan nasi sehari 1 kali sahaja, kalau pagi makan nasi tengahari makan buah, malam makan oat sahaja begitulah sebaliknya. Kalau ada masa sup sayur sebagai makan malam.

Paksa diri untuk minum air putih walaupun dah penat berulang ke tandas.

Jadi tepuklah dada tanyalah selera, untuk mendapatkan sesuatu kita perlu mengorbankan sesuatu yang lain. Kekal sihat, cantik dan langsing dengan pemakanan yang betul.


JunAina

0 Rider Beraksi:

Hilanglah senyuman...

10:00 PG JunAina 0 Comments

Hilanglah senyuman di pagi hari tatkala mendengar celoteh dan merapunya di corong radio ketika memandu ke pejabat, rasa tidak sempurna hari. Walaupun aku bukanlah peminat setianya tetapi sesekali ada kesempatan terhibur jugak dek perangai gila-gila empunya diri.
Al-fatihah buat arwah Din Bramboi semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Sesungguhnya daripadanya kita datang dan kepadanya jugaklah kita kembali.

Sebetulnya bukan kisah itu menjadi pokok utamanya, hanya ingin mengingatkan teman-teman dan juga diri sendiri perihatinlah pada tahap kesihatan diri kita, suami atau isteri kita, jugak anak-anak serta orang disekeliling kita. Penyakit zaman sekarang memberi terlalu banyak kejutan-kejutannya yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menghadapinya.
Jangan dipandang ringan pada perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita dan orang yg kita sayangi.

Kita selalu mengambil ringan andai demam, paling senang pergi keklinik ambil ubat dan makan. Adalah lebih baik pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut nadainya demam berlarutan lebih tiga hari. Biarlah berlama menunggu giliran dihospital dari kita mederita kemudian hari dan orang disekeliling kita bersedih dengan keadaan kita. Pekalah pada persekitaran dan kejiranan andai terdapat kes-kes sakit berjangkit yang mungkin kita jugak berisiko utk mendapatnya.

Memang janji Allah (s.w.t) andai sampai waktu kembalilah kita mengadapnya tetapi kita jugak harus berusaha dan berikhtiar. Mungkin hari ini kita ketawa tetapi tak mustahil esok kita akan menangis atas kelalaian kita sendiri.


JunAina

0 Rider Beraksi: