SPR-Kenapa 6 Bulan?

4:10 PTG JunAina 6 Comments



March lepas pergi ke Pejabat Pos kat Ampang Park memang dah lama tertangguh niat yang satu ini. Lagipun bukan keperluan mendesak tetapi tetap penting. Kebetulan ada urusan di bank dan jugak di Pejabat Pos (malas nak menapak pergi Bangunan Tabung Haji). Ambik kesempatan tukar alamat untuk daftar pemilih.

Lamanya proses tukar alamat. Ambik masa 3-6 bulan. Macam tak puas hati lah jugak, ada ke patut 6 bulan. Sekarangkan zaman teknologi canggih. Zaman IT kata orang, dunia tanpa sempadan. Suami dok kat oversea isteri boleh tengok melalui komputer (so jangan buat hal).

Suatu hari Ahad yang damai, orang beri salam di pintu.
Tamu : Puan saya Polan bin Polan dari SPR.
Aku : Hah! SPR (bila pulak aku ambik dan beri rasuah ni coz dalam otak dah set Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...hahaha...)
Tamu : Ada tak penghuni di rumah ini yang bernama Junaina binti Abdullah.
Aku : Saya le tu.
Tamu : Mintak IC cik (tiba-tiba tukar tune dari Puan jadi Cik...hikhikkk...)
Kalangkabut masuk ke dalam carik IC dan bagi. Hati jangan cerita le cuak.
Tamu : Terima kasih Cik. Kedatangan kami hanya untuk mengesahkan pertukaran alamat untuk daftar pemilih ini adalah betul (sambil membandingkan IC dan senarai nama yang dibawak beliau).
Aku : Owhhh...(aiyaaa...macam mana boleh silap SPR tu Suruhanjaya Pilihan Raya...laaa... )

Malam tu cakap dengan suami. Hidup kita ni banyak prasangka buruk. Pasal tukar alamat SPR pun jadi isu siap kutuk-kutuk lambat sangat ambik masa, tapi bila nampak dia orang buat kerja baru terfikir. Patutlah ambik masa lama mereka perlu sahkan dulu pertukaran alamat tersebut dengan membuat pemeriksaan ke rumah. Lepas tu kena tunggu sekiranya ada apa-apa bantahan. Takkan setiap kali ada orang buat pertukaran alamat mereka kena keluar periksa, mungkin 2 bulan sekali mereka keluar setelah terkumpul jumlah yang agak ramai.

PRU13 insyaallah masih balik memangkah di bumi kelahiran. Periksa di laman web SPR permohonan masih sedang diproses. Agaknya masih menunggu bantahan dari mana-mana pihak. Sama-samalah kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Jom semak daftar mengundi kat sini. Kalau belum mendaftar sama-samalh kita mendaftar dan boleh semak tempat mendaftar di sini. Lepas tu nak memangkah apa suka hati korang le. Bak kata seorang kawan sebelum memangkah buat solat istikharah mintak petujuk dari Allah (s.w.t) minta keredaan Allah (s.wt) agar pilihan kita berada di landasan yang betul.


Alamat asal. Perlis bumi kelahiran. Abaikan nama kampung yang tertera kerana jalan di kampung tersebut bukan lagi sekerat telah menjadi dua kerat setelah ditambak sawahnya sehingga ke kampung seberang.

 Ini pula pertukaran ke alamat baru. Taman Kajang Utama letaknya teratak kecil bertingkat-tingkat kami, hanya itu yang termampu setakat ini tetapi alhamdulillah sekurang-kurangnya bukan lagi menyewa dan tidak lagi menanggung hutang.


You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Kakcik masih belum dapat 'petunjuk' sama ada akan mengundi atau tidak. ;-)

    BalasPadam
  2. saya mungkin akan balik mengundi kat kedah. first time nih hihihi. tak tukar alamat pulak tu. takpelah. after PRU ni saya tukar alamat ke rawang.

    BalasPadam
  3. Salam Jun.. takpe la.. sekurang-kurangnya ada can dan alasan balik kampung time p/raya nanti..

    BalasPadam
  4. mungkin smpi mati sy mengundi d kg walaupun bertahun berkelana kt kl ni

    BalasPadam
  5. Salam,
    Maafkan LF kerana pada masa ghathering kat tasik tak dapat berbual dengan JA. InsyaAllah kita bertemu lagi masa perjumpaan Hari Raya nanti (harap jadi)

    BalasPadam
  6. nama acu ada yang memandai daftar kan acu di Dun Serdang...magik betul tak penah mendaftar tau2 je bila check nama dah didaftarkan...acu asyik lupa je nak tukar alamat balik mengundi di kampung..

    BalasPadam