Perkahwinan Satu Perjuangan

12:22 PTG JunAina 14 Comments

Pengalaman akan menjadi guru terbaik dalam kita melalui kehidupan seharian. Walaupun ada sesetengah pengalaman itu kita kutip dari pengalaman orang lain, kemudiannya digarap dalam kehidupan seharian kita. Itu semua menjadi pedoman, pengajaran menghadapi kehidupan yang kian mencabar. Mengambil iktibar yang mana terbaik.

Tidak dinafikan usia banyak mempengaruhi setiap keputusan di dalam hidup kita. Semasa muda kebanyakan keputusan lebih banyak mengikut emosi. Kita menolak setiap keputusan akal walaupun sesekali kita mengakui kebenarannya tetapi kita tetap tidak menerima. Jiwa kita sentiasa memberontak. Meronta. Setiap perkataan tidak itu umpama api. Jika dapat apa yang dikata tidak itulah yang paling hendak dibuat. Jiwa muda yang sukar dikawal.

Inilah tempoh ujian sesebuah rumahtangga. Masa kritikal yang perlu dihadapi. Andai sabar mungkin kita akan sama-sama sampai ke tepi. Kalau tidak kemungkinan karam adalah tinggi. Apatah lagi di zaman sekarang yang banyak menuntut hak kesamaan gender. Wanita juga punya pendapatan sendiri apa digusar andai hidup sendiri. Tepuklah dada tanyalah hati. Jiwa yang menanggung tak akan mampu diubat sendiri.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perkahwinan adalah perjuangan yang panjang. Fasa mengenali akan mengambil masa yang lama, bukan setakat hati budinya tetapi juga sikap diri juga habitnya. Kemudian memahami. Setiap kejadian pasti ada sebabnya jadi kita perlu memahami kenapa ia begitu. Menerima. Sebolehnya terimalah seadanya kebaikan mahupun keburukan pasangan. Masa bercinta mungkin kita hanya menonjolkan yang baik-baik sahaja bila berkahwin mungkin ada sifat diri yang terlalu berat untuk diterima pasangan. Selagi tidak memudaratkan terimalah seadanya.

Selagi bergelar suami dan isteri selagi itulah perjuangan kita tidak akan selesai. Perjuangan seumur hidup selagi adanya nyawa. Pertahankanlah perjuangan kita sehabis kudrat yang ada. Pergunakanlah akal dalam mengawal perjuangan kita. Jangan sampai ada anasir jahat menembusi kubu kita. Apa yang pasti kita hanya mampu berusaha selebihnya percaturan datang dari ALLAH jua. Selagi mampu memberilah terbaik dan menerima seadanya. Kita tidak sempurna.

Perjalanan hidup yang kusam dan kelam pasti dihujungnya ada cahaya. Pada awalnya ceria dan berwarna tak semestinya hidup akan terus bermakna selamanya. Jangan dikesal takdir yang datang. Usah ditangisi rawan dan walang kerana ALLAH maha memberi. Seketika DIA menyembunyika cahaya, menurunkan hujan dalam gelap awan tetapi jangan kita lupa gelap itu datang bersama nikmat kerana selepas itu mungkin pelangi yang indah bakal mewarnai alam.

Bersyukurlah pada insan yang ALLAH beri nikmat bahagia dari awal sehingga keakhirnya. Berusahalah memperbaiki diri kepada insan yang ALLAH berikan ujian. Mungkin ALLAH menguji kemudian akan memberi supaya kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur. Sekali lagi kita juga tidak sempurna. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik.

Jangan asyik mendongak kelangit, jatuhkan mata juga ketanah jangan sampai kaki tersadung tunggul nan kering.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Begitulah hendaknya Jun. Apa lagi sebagai wanita kita punya nafsu berganda-ganda berbanding lelaki. Kena selalu ingatkan diri kita sebagai hambaNya, isteri, ibu dan anak juga milik masyarakat. Tergelincir sikit padah menanti..

    BalasPadam
  2. setuju sgt...:)

    perjuangan yg tak pernah selesai..pasang surut gaduh gelak tawa sepanjang hayat..:)

    BalasPadam
  3. perkongsian 2 keluarga juga...
    yg penting ada sepakat dlm hubungan....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Jun

    moga kita diberi kebahagian hingga ke Syurga

    BalasPadam
  5. sangat mendalam isinya.. indah bahasanya.. semoga kita dapat sama-sama memainkan peranan untuk menjaga rumahtangga kita sebaiknya, insyaAllah..

    BalasPadam
  6. Semoga kita berjaya dalam perjuangan itu...membawa ke syurga!

    BalasPadam
  7. setiap perkara itu ada cabarannya..

    dari blog NUR

    BalasPadam
  8. berusaha tuk menjadi yg terbaik... insyaALLAH...

    BalasPadam
  9. "assalamu'alaikum..slmt malam...amboi,tgh2 mlm mcm ni bc entri ko..perghh mmg dasyat ahhh...tp mmg betullah hidup ni mmg 1 perjuangan...perjuangan yg sgt2 hebat...hanya org yg betul2 tabah dn cekal jer boleh menang...tp yg pasti kita jgn mengalah sblm berjuang atau berjuang hanya separuh jln...terusknlah perjuangan kita ini smpai ke titisan nyawa yg terakhir..."

    BalasPadam
  10. saya ni belum lagi kawin kak. asyik terberada di relationship yang complicated. wuwuwuwuw~

    takpelah, mungkin saya belum sedia berjuang kot..

    BalasPadam
  11. jun, kami selalu kata pada anak2. Belajar dari pengalaman orang lain. Kalau belajar dari pengalaman sendiri, perit...

    perkahwinan juga bukan ikatan semalaman. perlukan pelbagai bentuk pengorbanan untuk menjadikannya kekal sepanjang hayat.

    BalasPadam