BFF Day

9:49 PG JunAina 10 Comments

Selama belajar dari sekolah kebangsaan, masuk sekolah menengah tak pernah ada kawan baik bak kata budak-budak sekarang 'BFF'. Entahlah kenapa. Berkawan tetap berkawan tetapi terlalu rapat tu tidaklah. Tak tahu kenapa. Perasaan nak feeling lebih-lebih tu tak ada. Sebab tu ramai kawan-kawan zaman sekolah semuanya lost contact berjumpa balik bila masing-masing pandai berFace Book.


Bila sambung belajar selepas SPM rapat dengan seorang kawan berlainan krusus. Kami memang betul-betul rapat. Kami jadi kawan baik. Kebetulan pulak kami dari utara seorang Kedah dan seorang Perlis, serasi.  Selalu berkepit dalam banyak situasi. Dating pun dia yang temankan (opsss...hahahaa...). Bila habis belajar, masing-masing membawa haluan sendiri. Dia kembali ke SP dan Aina tercampak di kota metropolitan. Lama-lama kami terputus hubungan. Pasrah. Dulu-dulu tak macam sekarang internet tak begitu popular, hanya orang yang betul-betul ber'duit' sahaja yang mampu ada internet.


Sama-sama satu krusus pula ada dua orang yang agak rapat. Sifat rendah diri mungkin mempengaruhi cara pergaulan ketika itu. Kami rapat tetapi tidaklah sehingga menjadi kawan sejati. Bila masing-masing bekerja, sama-sama berada di kota metropolitan. Hubungan kami masih terjalin. Saling bantu membantu. Lama-kelamaan kami jadi semakin rapat, menjadi kawan baik. Susah, senang, masalah semua kami kongsi bersama. Masing-masing akan beri pendapat. Kami menyokong antara satu sama lain. Sehingga kini kami masih begitu.


Sehingga kini walaupun masing-masing sudah berkeluarga sendiri. Ada komitment tugasan sesekali kami akan curi masa untuk keluar makan-makan dan berborak. Sekejap cuma tetapi itulah masa-masa berharga buat kami. Merekalah teman baik kini. Akrab. Bak kata budak-budak sekarang 'best friend forever'. Berkawan sejak belajar kini hampir 19 tahun. Kami masih berkawan. Masih menyokong antara satu sama lain. Masih bantu membantu. Masih berkongsi masalah dan saling memberi pandangan serta nasihat.



Kami jumpa sebab Miza akan bercuti panjang, balik Terengganu selama dua bulan. Insyaallah andai rezeki mungkin akan dapat baby girl setelah dua anak sebelumnya lelaki. 11 tahun dah anak nomor dua dia. Doa yang terbaik buat temanku ini. Khabarnya 24hb Jun sudah di masukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, minggu ke 38 terus induce doktor bimbang berlaku komplikasi kerana Miza dapat kencing manis semasa kandungan berusia 6 bulan (kalau tak silaplah). Empat hari berlalu masih juga belum bersalin. Bertabahlah teman Allah s.w.t sedang mengujimu.



Ijan. Dulu-dulu kecik molek disebabkan Hizam iaitu encik suaminya pandai sangat jaga dia sampai jadi macam tu, bam-bam dah. Alhamdulillah. Dia sangat bahagia juga sangat murah rezeki. Bulan April lepas telah selamat menunaikan umrah bersama suami tersayang. Hari tu juga di bawakan buah tangan dari sana buat Aina coz masa jumpa lepas dia balik umrah Aina tak dapat datang kebetulan balik kampung. Terima kasih teman. Terim kasih juga kerana mendoakan ku ketika di sana.




Tuan punya blog yang sentiasa ceria. Ya sejak akhir-akhir ini saya memang begitu. Kenapa? Tiada sebab. Sudah sampai masanya kubiarkan angin yang berlalu membawa bersama lara di hati ini. Pergi jauh-jauh. Hidup ini seharusnya dinikmati bukan ditangisi.


Alhamdulillah. Saya punya teman-teman yang sangat memahami, pandai menghargai dan sentiasa berada di sisi saat suka mahupun duka. Sanggup menyapu air mata saya di tika sedih dan mahu bergelak ketawa bersama ketika saya bahagia. Bukan mereka berdua sahaja tetapi kini saya punya ramai teman-teman yang sebegitu walapun saya hanya mengenali mereka melalui alam maya. Berhubung di alam maya. Ada juga yang telah berjumpa tetapi kamu semua tetap teman-teman saya yang sentiasa buat saya tersenyum.



You Might Also Like

10 ulasan:

  1. best kn bla dpt kwn2 yg baik dan penyayang

    BalasPadam
  2. kawan2 memang manusia paling hebat untuk kita :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah kita dikelilingi kawan dan family yang memahami dan menyayangi kita.. ;)

    BalasPadam
  4. Aina
    Punya BFF bg kebahagiaan selain dari kasih keluarga sendiri....
    Masih punya BFF sejak zaman sekolah..

    BalasPadam
  5. Carilah SAHABAT...

    BFF boleh jadi kawan...boleh jadi sahabat...

    :)

    Tu sebab Rasul SAW dikelilingi para sahabat...
    :)

    BalasPadam
  6. Sebenarnya kalau kita baik insya-allah ramai yg suka utk menjadikan kita sebagai teman. Bermakna Aina boleh dijadikan teman maka itu teman itu pun sayang pada hubungan tersebut.

    Moga ukhuwah terus kekal indah..

    BalasPadam
  7. bff sy sume dari sekolah je..masa bljr kat uni dgn keje ni xde bff.. sume kawan2 je.

    BalasPadam
  8. Hidup sgt bermakna punya teman yg memahami... only women know women.. tak sama kongsi masalah dgn hubby dgn kawan wanita (ni saya la tu...)

    BalasPadam
  9. hidup rasa bahagia ada bff...selain keluarga, mereka juga sebahagian dalam hidup saya...sebab bila dah kenal lama ni, banyak suka duka dilalui bersama :)

    BalasPadam