Wordless Wednesday - Walaupun Hitam Kau Tetap Menjadi Pujaan Hati

3:58 PTG JunAina 23 Comments




Korang ada?


23 Rider Beraksi:

Shopping Bazar Raya di Jalan TAR

8:09 PG JunAina 27 Comments


Syurga membeli belah bagi penghuni ibukota. Sebut sahaja Jalan Tuanku Abdul Rahman di bulan puasa pasti terbayang di mata ratusan gerai yang menjual pelbagai kelengkapan untuk menyambut lebaran terutama pakaian, tudung dan biskut raya. Tak kurang juga barang perhiasan rumah seperti alas meja dan bunga-bunga hiasan turut dijual kerepek, ketupat, serunding dan pelbagai barangan lain.


Seperti biasa pada hari Jumaat menyusur jalan dari pejabat ke Cap Square, melintas jalan melalui Jakel dan Ariani terus ke Jalan Masjid India telah penuh gerai-gerai. Kemudian menyusup masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, seribu satu macam pilihan yang ada. Tepuk dada tanyalah poket, poket bajet masing-masing. Harga barang agak berpatutan, banyak pilihan cuma perlu sabar ketika berjalan.


Tahun ini kelihatannya gerai-gerai sedikit teratur di Jalan Masjid India. Jalan tidak di tutup tiada juga gerai yang berada di atas jalan raya yang menghadkan ruang untuk kereta melaluinya. Parking moto juga masih ada kerana tahun lepas saya salah seorang yang menerima saman kerana parking motor di laluan pejalan kaki. Lalu saya bertanya kepada penguatkuasa DBKL. Seharusnya di mana kami perlu parking sedangkan lot parking motor dijadikan gerai, bila parking merata kami disaman jadinya DBKL kutip hasil umpama serampang dua mata, dua-dua dapat hasil. Tahun ini alhamdulillah parking motor tidak di usik cuma sedikit mengganggu hadapan gerai peniagalah. Penguatkuasa pun ada di merata-rata menjalankan tanggungjawab dengan amanah, begitu juga dengan pasukan polis dan juga persatuan peniaga di situ masing-masing ada tanggungjawab sendiri.



Lautan manusia di Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman menguji kesabaran pada bulan puasa. Kunjungan pada hari cuti Nuzul Quran, sesungguhnya saya lupa hari tersebut Selangor bercuti, jadinya saya turut terperangkap dalam kesesakan orang ramai padahal tiada apa yang penting yang saya cari cuma singgah dalam perjalanan ke Stesyen Komuter Bank Negara.



Pelbagai tudung dan baju yang terdapat di Bazar RayaJalan Tuanku Abdul Rahman.



Baju kanak-kanak perempuan yang cantik dan comel. Harga? Saya tidak pulak peduli kerana di rumah tiada lagi anak kecil (anak tumpang saya dah belikan baju).



Pelbagai jenis biskut raya, beraneka pilihan. Terdapat juga popia simpul, dodol dan kuih-kuih tradisional yang lain.


Selain memberi kemudahan kepada warga kota untuk membuat persiapan raya bazar raya ini juga membantu   menjana pendapatan berganda buat peniaga-peniaga di sini. Bayangkanlah tapak-tapak gerai di sini mejadi rebutan ramai, ada yang sanggup membeli dengan harga puluhan ribu ringgit. Bilangan pengunjung yang ramai kerana Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman berada ditempat yang sangat strategik memberi kelebihan kepada peniaga-peniaga di sini. Kemudahan pengangkutan awam terutama bas dan LRT juga memudahkan pengujung untuk ke sini tanpa perlu melalui kesesakan lalu-lintas.


Masih buntu dengan persiapan raya apa kata kunjungilah Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman pasti tidak mengecewakan.





27 Rider Beraksi:

Cabaran Sepuluh Malam Terakhir

3:15 PTG JunAina 14 Comments


Syukur alhamdulillah kita melalui Ramadhan dengan limpah kurnia kesihatan yang baik, membolehkan kita melakukan ibadah sesempurna mungkin. Berpuasa tanpa tinggal, berterawikh setiap malam dan berqimullail selagi mampu. Satu bulan dari 12 bulan yang perlu sedikit pengorbanan untuk pahala berganda.


Suatu hari saya berkesempatan untuk menonton televisyen rancangan Unsung Places - Echoes Of Ummah yang dihoskan oleh Fakhrulradhi, kembara Vietnam ke sebuah perkampungan terapung yang dihuni oleh penduduk Islam. Menemubual seorang penduduk Islam di sana nyata mereka lebih menghargai Ramadhan yang datang setahun sekali, kedatangan yang membawa seribu rahmat dan pahala berganda. '11 bulan bekerja mencari rezeki demi tuntutan dunia Ramadhan akan dipenuhi dengan amal ibadah dan meninggalkan semua kerja lain, hanya menumpukan kepada ibadah.' Kagum. Bermakna pada bulan Ramadhan dia akan bercuti dari melakukan kerja dan walaupun ada pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lumayan sekali pun dia akan meolak demi menumpukan pada ibadah. Masyaallah. Semoga pengorbanannya terbalas.


Tidak dinafikan setelah melalui 20 hari puasa badan mungkin agak semakin keletihan sementelah pula seharian bekerja, balik kerja menghadap jem yang agak teruk. Inilah antara cabaran yang besar. Fizikal semakin letih tetapi minda perlulah kuat, lawan tuntutan badan dan mata. Setkan di minda arah serta tujuan kita yang sebenarnya berserta niat insyaallah semua akan berjalan dengan baik. Allah s.w.t akan membantu. 


Kaum ibu pula lain cabarannya. Persiapan hari raya yang tak pernah habis sehingga tiba pagi lebaran. Berlumba-lumba menyiapkan baju, langsir dan juga biskut raya. Kadang-kadang sehingga terlupa pada sisi-sisi penting hadirnya Ramadhan (ini termasuklah saya letih menguruskan segalanya kadang-kadang tidur pun nyenyak).


Pertambahan umur mempengaruhi cara kita berfikir dan menerima Ramadhan. Suatu ketika dahulu kita berkeinginan biarlah Ramadhan cepat berlalu. Puasa seperti rasanya tersiksa, zaman kanak-kanak yang sentiasa manis. Bila semakin dewasa kita menerima seadanya, berterawikh seperti orang lain. Memasuki usia matang berbeza pula cara penerimaannya. Kita menghayati, merebut apa juga nikmat dan rahmat yang Allah s.w.t bawa bersama Ramadhan. Kita mula memahami dan menghayati ertikata sebenar bulan mulia ini.



أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kuatkan mental bersama-sama kita mencari Lailatul-Qadar moga kita akan mendapat apa yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t yang sentiasa pasti. Beruntunglah bagi orang yang sentiasa penuhi jiwanya denga keimanan. Sekiranya mampu beriktikaflah di masjid kerana itu adalah yang terbaik. Sekiranya tidak buatlah sehabis baik di bulan ini berbanding 11 bulan yang lain.



14 Rider Beraksi:

Tip : Ubahsuai Ruang Tamu

9:14 PG JunAina 21 Comments


Menjelang perayaan yang bakal tiba pastinya wanita adalah paling pening memikirkan segalanya. Dari persiapan baju anak-anak, biskut yang bakal dihidang mahu pun juadah utama untuk hari lebaran yang bakal menjelma. Itu belum dikira kisah langsir yang pelu diganti, bunga dijambangan yang mula lusuh mahupun sofa yang telah lama diguna.


Walaupun tidaklah semua diganti kepada baru tetapi terasa juga ingin mengubaah selera mata diruang tamu rumah kerana tempat ini bakal diberi tumpuan utama oleh tetamu selain meja makan. Tatarias sebolehnya hendaklah sedap mata memandang dan tidak berserabut. Paling penting olahan yang dilakukan menampakkan perubahan dari tahun lepas walaupun kita hanya menggunakan barang-barang yang sama.


Idea tambahan mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalm mengurangkan kos perbelanjaan yang meningkat menjelang hari raya.

1. Mengubah kedudukan perabut di dalam rumah. Alihkan tv dari kebiasaan. Susun atur kembali sofa dan meja kopi. Sekiranya ada rak-rak hiasan alih ditempat yang bersesuaian tetapi jangan sehingga mengganggu pergerakan. Pastikan juga kedudukan perabot tidak menjadikan ruang semakin sempit dan terhad.

2. Menggantikan alas meja, meja kopi dan alas teleivesyen (beli baru tak mahal sangat berbading tukar meja baru).

3. Menggubah semula bunga sedia ada dengan gubahan yang lebih segar. Cucilah bunga-bunga lama di rumah dan rombak semula gubahan.

4. Langsir walaupun tidak diganti baru cucilah supaya bersih. Boleh juga menggunakan idea-idea bunga tisu yang berkembang dan gantungkan di bahagian atas untuk menambah seri. Kos membeli tisu sangatlah sedikit berbanding hasilnya nanti. Boleh juga dihias dengan gantungan rama-rama berterbangan, kos membelinya tidaklah semahal kos membuat langsir baru.



Ruang tamu ini typical setiap tahun tak pernah berubah, kalau ada perubahan pun selalunya perubahan besar yang bermaksud apa yang ada ditukar baru. Ruang untuk susun atur sangat terhad.


Berjimatlah selagi boleh berjimat. Menghabiskan duit kepada benda-benda yang bukan keperluan bukanlah tidakan yang bijak. Berhemahlah ketika berbelanja walaupun dimusim perayaan. Duit yang berlebihan mungkin boleh di simpan untuk perkara-perkara yang lebih penting dan mungkin mendesak suatu hari nanti.


21 Rider Beraksi:

Resepi Gulai/Kari Cair Jenahak Rebung Madu

2:54 PTG JunAina 16 Comments


Bulan puasa sepatutnya dikurangkan pengambilan makanan berasaskan cili dan berempah. Bagi kami sekeluarga yang berasal dari Perlis gulai atau kari adalah masakan seharian jadinya menu ini tak dapat di skip sepanjang puasa ini, bezanya resepi diubahsuai sedikit untuk menyesuaikan dengan keadaan.


Rebung madu sangat sinonim dengan rakyat Perlis, banyak petani di negeri kelahiran saya mengusahakan secara komersial. Kadang-kadang permintaan melebihi penawaran, tak menang tangan pengusaha tanaman rebung madu ini terutama bila tiba musim kenduri tak kitalah kenduri kahwin atau kenduri bersunat. Biasanya rebung madu akan dimasak gulai/kari bersama daging atau tulang. Acar rebung pun sedap sama seperti acar buah cuma isi diganti dengan rebung tetapi jangan tanya bagaimana cara memasak. Dulu-dulu semasa arwah emak bapa tiri saya masih ada rendang ayam bersama rebung adalah menu wajib hari raya yang dimakan bersama ketupat palas, rebung yang diracik halus. Rebung buluh yang kecil-kecil bukan yang besar tu.





Gulai Cair Jenahak Rabung Madu

Bahan-bahan :

4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari ikan
Halba campur
Daun kari
Santan
Sedikit air asam jawa
2 potong ikan jenahak
Rebung siap di gubah (rebung ini direbus dahulu)


Cara memasak:

Tumis bawang merah, bawang putih dan masukkan halba campur dan daun kari.
Bancuh serbuk kari ikan bersama santan pekat dan masukkan kedalam periuk setelah bahan tumisan berbau wangi serta bawang bertukar keperangan.
Masak sehingga pecah minyak serta garing.
Masukkan air asam jawa
Tuang santan.
Masukkan ikan.
Didihkan dengan api perlahan.
Masukkan rebung yang siap digubah dan biarkan mendidih.
Masukkan garam dan siap dihidang.
(Kadang-kadang saya masukkan rebung semasa memasak rempah untuk mesrakan rasa rempah ke dalam rebung).


Gulai/kari ini memang sedikit cair hasilnya kerana penggunaan rempah yang terhad dan santan yang sedikit. Sekiranya ingin mengelakkan penggunaan santan bolehlah masak kari mamak sahaja, tanpa penggunaan santan. Gulai/kari ikan yang berasa sedikit rasa masam asam jawa sangat menambat selera di bulan ramadhan.


16 Rider Beraksi:

Tart Nenas Gulung Tak Menjadi

9:18 PG JunAina 22 Comments


Tengok resepi dalam blog sahaja, konon nak try resepi baru untuk tahun ini nak jadikan tart mencair di dalam mulut. Kononya. Resepi sudah cantik, gambar dalam blog tuan punya pun menggoda sesangat. Akhirnya saya jatuh cinta. Print resepi.


Jumaat saya gigih ke Yummy di Bandar Baru Bangi tetapi parking punyalah susah lepas tu masa lalu kat depan kedai orang punyalah ramai akhirnya saya pusing setereng kereta balik ke Kajang. Terus ke Mama Deli kat Jalan Reko, kedai biasa saya pergi. Lenggang sedikit cuma kat sini parking terhad dan bila nak keluar agak susah kerana berdekatan dengan traffic light.


Sabtu lepas sahur saya bertungkus lumus kemas rumah, kemudian keluarkan segala bahan-bahan. Di sebabkan Pak Tuan sudah bertanya Tart Nenas Gulung dia jadi saya start dengan itu dulu berbanding kebiasaan saya akan mulakan dengan Almond London (kalau tak menjadi sagat pun apa kisah biskut kat dalam orang tak nampak bila letak coklat semua sedap) yang saya biarkan bogel tanpa choclate coated buat sementara waktu.


Entah di mana silapnya 'Tart Nenas Gulung' saya kurang menjadi. Stress. Dulang pertama perang bila di keluarkan nasib baik tak hangus. Saya salahkan diri sendiri kerana lalai. Dulang kedua dan seterusnya saya lebih hati-hati tetapi saya tetap tak puas hati. Akhirnya saya kemas barang dan berkata kat Pak Tuan 'Jom kita pi shopping'. Agaknya tangan belum lembut lagi kot, faktor utama oven baru nak warming up, jarang-jarang guna macam tulah. Pewarna kuning pun tak ada jadinya tart saya nampak hambar.


Biskut ke tepi kami suami isteri keluar pergi service kereta kemudian jalan-jalan shopping ke AEON, Equine Park. Habis shopping (beli kasut sepasang untuk diri sendiri dan baju sehelai untuk Pk Tuan sahaja pun) ke Pasar Borong beli ayam dan sotong. Balik. Stok tak boleh beli banyak kerana minggu depan dah nak balik kampung.



Hasil Tart Nenas Gulung saya, dua tona warna. Saya tak puas hati tapi...


22 Rider Beraksi:

Projek Menjelang Raya

9:30 PG JunAina 17 Comments


Menjelang 17 Ramadhan di rumah tanpa persediaan biskut raya langsung. Bahkan bahan-bahan pun masih belum di beli apatah lagi untuk membuat pelbagai biskut. Mood berhari-raya seolah-olah belum berkembang sangat lagi. Kereta pun masih belum di service. Masih berlengah-lengah.


Pak Tuan dah bertanya. 'Tart Nenas Gulung abah tak ada ke tahun ini?'
Hahahaa...dah dapat soalan cepu emas. Apa taknya selalu seminggu puasa si isteri sibuk membeli bahan sebab kebiasaannya terpaksa bekerja pada hari Sabtu. Tahun ini tiada overtime jadinya isteri boleh bedondang sayang sikitlah.


Jadi projek hujung minggu ini gigihlah menyaipkan permintaan Pak Tuan dan anak-anak. Almod London, Tart Nenas Gulung dan Cornflake Coklat. Kalau rajin sikit teringin nak buat Biskut Kelapa Nostalgia.     Nostalgia sebab dulu-dulu zaman sekolah, zaman kecik-kecik biskut ini adalah yang wajib dibuat bersama kakak. Bancuh, gentel bulat-bulat, golek dalam kelapa kering dan letak ceri. Kadang-kadang kami warnakan kelapa tu dengan warna merah atau hijau sekarang lagi banyak warna-warna menarik boleh cuba warna biru nanti!



Resepi Cornflake Coklat koboi saya (hasil tahun lepas). Hanya cornflake diramas dan coklat dicairkan campur sedikit butter untuk kilatkan. Hias dengan manik urai. Alasan buat koboi gitu Pak Tuan tak boleh makan badam mahupun perisa hazelnut yang selalu digunakan. Goutkan nanti dikatanya saya sabotaj dia pulak!





17 Rider Beraksi:

Rezeki Jumaat Penuh Barokah

1:00 PTG JunAina 14 Comments


Syukur alhamdulillah syukur padamu Ya-Allah selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pagi-pagi dapat dua berita baik. Rezeki pagi Jumaat. Tak terluah dengan perkataan.


Rezeki pertama tentulah berkenaan tempat kerja yang dikatakan sedikit goyah bila lesen telah digantung oleh sebab-sebab tertentu. Masuk suratkhabar. Saya juga menulis tetapi terpaksa menarik balik atas arahan pejabat (depa skodeng blog saya rupanya). Hari ini masuk suratkhabar lagi The Star. Statement yang buat semua staff bertepuk tangan semasa Town Hall Meeting tadi “The uptsream licence has been fully reinstated...(selanjutnya baca kat Suratkhabarlah ye).


Perkara kedua yang buat saya senyum-senyum bila saya dapat satu lagi CPUV/BE dari Nuffnang. Alhamdulillah. Bermakna ada dua iklan sekarang yang menari-nari kat blog saya. Bertambah-tambah rezeki pagi Jumaat ini.



Yeyyyy...dua iklan sedang menari-nari di blog saya.


Terima kasih Nuffnang sebab masih sudi bagi iklan CPUV/BE pada blog Rider Sejati. Satu hari mana tahu boleh dapat Advertorial pulak (huh berangan!). Cita-citau mesti mau besar tapi mesti seiring dengan usahalah.


Jumaat yang indah buat saya semoga indah juga buat semua pembaca blog Rider Sejati.


14 Rider Beraksi:

Motivasi : Menjadi Lebih Baik Dari Semalam

8:57 PG JunAina 11 Comments



Berjalan terus ke hadapan kutiplah semalam sebagai kenangan dan pengajaran. Usah berpaling untuk ditangisi.


Saya berjalan tanpa menoleh ke belakang, tak ingin mengutip setiap detik yang ditinggalkan kembali juga memang tidak boleh. Biarlah ia berlalu umpama angin yang bertiup pergi. Jika hati ingin berpaling pandanglah sekabur mungkin usah di biarkan hati terbuai dengan kekecewaan lalu, kepahitan yang terpaksa ditelan atau kesakitan-kesakitan lampau yang boleh memunahkan semangat.


Menjadi lebih baik dari semalam, membina semangat baru dalam menghadapi kehidupan. Apa perlunya ditangisi masa nan lalu, membilang kesilapan diri, merenung kealpaan atau saling menyalahkan takdir. Binalah benteng kekuatan dan memusatkan fikiran untuk memperbaiki hidup di masa hadapan. Perbetulkan jalan-jalan pulang bukan berpaling pada tapak yang telah di tinggalkan.


Kenangan itu pasti sentiasa hidup, berakar dihati cuma jangan sampai tebawa-bawa di buai rasa. Kenangan manis simpan dengan senyuman, kenangan pahit jadikan pedoman semoga langkah-langkah seterusnya kita tidak lagi melalui kepahitan. Belajar dari kesilapan. Tekadkan azam kearah yang lebih positif. Nekad.


Melihat kenangan berlalu, binalah hari esok dengan lebih baik. Menjadi lebih baik dari semalam adalah yang terbaik. Berusahalah. Kenyataan hari ini yang harus kita hadapi. Jagalah ia, mantapkan setiap apa yang ada. Perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk esok yang lebih baik. Tanamkan di hati tiada hari sebaik esok kerana semalam telah menjadi pengajaran.


Gagal atau berjaya bergantung kepada keupayaan diri mengenal kehebatan diri sendiri. Berusahalah untuk esok yang cemerlang.





11 Rider Beraksi:

Hiburan - Wasiat Hassan Al-Banna

5:32 PTG JunAina 6 Comments



'Wahai sahabat, senyumlah selalu bersederhanalah dalam ketawa.
Rasulullah s.a.w adalah paling banyak senyum. 
Beliau ketawa kena pada tempatnya. 
Tapi berpada-pada sahaja.

Wahai kawan ku, Plato juga berkata pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu banyak mencetuskan gelak tawa hanyalah di saksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! 
Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang menyebabkan hiburan melampau supaya tidak menular.'


 Wasiat yang mungkin di pandang remeh oleh sesetangah orang. Renungkanlah sedalam-dalamnya faedah dari wasiat yang ada. Teleklah apa yang berlaku zaman sekarang yang dikatakan fenomena 'Dunia Akhir Zaman'. 


Hiburan berleluasa sehinggakan melampaui batasan. Tidak salah berhibur selagi tidak melanggar hukum-hukum syarak. Berhibur dengan cara yang betul.



From digital photos to lasting photo books. Start preserving your memories now!



6 Rider Beraksi:

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Anak Encik Mintak Tahan Wad

1:09 PTG JunAina 20 Comments


Dulu masa dia masih bertugas sebagai Pegawai Polis di Bukit Aman (sekarang sudah bersara) Pak Tuan lah tu, tiap-tiap hari menjadi kemestian menghantar dan mengambil isteri di tempat kerja. Tak jauh pun pejabat kami berjalan kaki pun boleh sampai sebab setiap hari Jumaat saya akan jalan ke sana dan lepak kat bilik dia sehingga petang (Jumaat saya kerja separuh harikan).


Suatu hari dia dengan bergayanya berdiri di bahagian hadapan San Francissco Coffe yang terletak dibangunan pejabat saya. Memberi senyuman paling manis buat isteri yang berlenggang kangkung bagai itik pulang petang bersama kawan-kawan. Dia dengan yakinnya terus menghulurkan kaki ke jalan raya tempat parking motosikal dan ketinggian antara lantai ke jalan raya tidak sampai 1 kaki (bayangkan anda memegang pembaris panjang 30cm). Tiba-tiba kaki Pak Tuan terpelecok, rupanya di situ ada satu longkang kecil lorong air yang lebih dalam dan memang diluar jangkaan.


Esoknya bekerja seperti biasa, buku lali bengkak. Sampai di pejabat agaknya sudah tidak mampu menahan sakit. Telefon isteri dan saya bergegas berjalan kaki ke sana, start motor dan bawak Pak Tuan ke klinik panel di Vista Tower. Doktor minta saya pilih mana-mana hospital untuk di rujuk. Buku lali Pak Tuan bengkak sangat, perlu x-ray dan rawatan lanjut. Saya memilih Pusrawi yang paling dekat dengan keadaan Pak Tuan yang tidak mampu berjalan, untuk ke klinik di tingkat 16 pun terpaksa menggunakan kerusi roda. Akhirnya klinik pinjamkan tongkat. Bayangkan saya bawak motor dengan Pak Tuan yang besar kat belakang siap dengan tongkat!


Terus ke bahagian kecemasan petugas ambil kerusi roda dan saya pergi parking motor. Kemudian uruskan pendaftaran. Bila jumpa doktor saya minta jasa baik untuk tahan Pak Tuan kat hospital sebab saya tahu walaupun dalam kesakitan dia tetap akan pergi kerja jadi kaki akan lambat baik. Di bawa ke tempat rawatan kecemasan untuk letak support bahagian kaki sementara saya menguruskan kemasukan ke wad. Masa di katil dia sibuk hendak balik. Kebetulan saya sampai tetapi di belakang langsir terdengar jururawat berkata. 'Encik tak boleh balik kena masuk hospital, anak encik minta doktor tahan encik kat wad'. Masuk ja saya senyum-senyum dan dia gelak besar.


Esoknya semasa doktor melawat saya masih di sisi Pak Tuan sebagai seorang isteri yang setia. Doktor memberi penerangan berkenaan rawatan yang akan diberi. Saya yang banyak bercakap bertanya itu dan ini, Pak Tuan hanya diam. Doktor pandang saya dengan satu tanda soal besar agaknya. Tanpa di minta saya beritahu 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!'. Senyum.


Buat MRI. Ligamen koyak. Rehat di hospital 3 hari 2 malam kemudian sambung cuti sakit selama sebulan. Saya puas hati kerana dapat memaksa Pak Tuan bercuti kalau tidak cuti tahunnya tak pernah berkurang cuti sakit jauh sekali. Namanya lelaki tentulah sangat memberi komitment yang tinggi pada kerjaya, masih ke pejabat sekiranya terdapat keperluan walaupun dalam cuti sakit.


Kesinambungan cerita dari sini dan sini.




20 Rider Beraksi:

Projek Iqra - Shopping Raya 2013

8:16 PG JunAina 11 Comments


Sila rujuk entri sebelumnya di  Mereka Yang Perlu DiBantu - 'Projek Iqra'.


Syukur alhamdulillah. Saya berkongsi idea bersama teman-teman untuk sama-sama memberi sumbangan, mengumpul jumlah yang kecil seorang sedikit ibarat kata pepatah 'Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit'. Teman-teman sepejabat yang sentiasa tak lokek, yang sentiasa merendah diri untuk sama membantu.


Saham akhirat ini moga dapat membantu meringankan sedikit beban pihak penjaga anak yatim/asnaf terbabit. Memberi dengan harapan ada segaris senyuman disebalik kepayahan yang dilalui. Rawan hati tak dapat kami bantu cuma sedikit perhatian meringankan beban hati yang ada.


Terima kasih terutamanya buat Kak Idah yang banyak menyalurkan sumbangan peribadi dan juga dari teman-teman akak yang lain. Buat Kak Habsah, Fadzli, Rose, Faizah dan Eti keikhlasan kalian membantu hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya. Sedikit atau banyak bukan pokonya tetapi hati yang ikhlas hanya Allah mampu membalasnya.


Sumbangan telah di masukkan ke akaun Projek Iqra dengan selamatnya. Juga telah mendapat pengesahan daripada petugas di sana. Jumlah keseluruhan yang terkumpul Rm616 membolehkan kita menaja 3 orang anak yatim/asnaf dan selebihnya sedekah kepada rumah kebajikan terbabit untuk kegunaan lain.


Insyaallah tahun hadapan kita boleh berkongsi lagi membantu setakat yang kita mampu. Banyak atau sedikit tidak penting paling penting ikhlas. Semakin banyak kita memberi semakin banyak juga kita akan menerima. Semoga Allah s.w.t meberkati usaha kita ini.



11 Rider Beraksi:

Permohonan Maaf

3:06 PTG JunAina 24 Comments

Bagi sesiapa yang dah baca dan komen entri sebelum ini saya minta maaf kerana bos kecik sikit dari bos besar telefon saya minta remove that entry. Silap saya jugak letak tajuk copy paste dari akhbar terus. Lepas tu siap copy bahagian yang penting tu dan paste kat entri.


Benda yang lepas usah di kenang tapi saya terkejutlah, ada juga orang pejabat yang tahu saya ada blog atau mungkin dia google je kot tiba-tiba jumpa. Tak kisahlah saya sudah pun dah delete entri tu seperti diminta dan no big issue now. Tapi terkejut dinasour jugaklah tadi. Siap tanya dia blog apa? Hahahaaa...


Benda tu P&C tapi dah keluar surat khabar bagai P&C lagi ke? Entahlah. Apa yang pasti kami ni kena kunci mulutlah. Zip terus dan harus mengikut media protocol yang telah diedarkan kepada staff.


Saya minta maaf kepada semua kawan-kawan yang sudah baca dan komen. Kesilapan tidak dapat dielakkan (saya harap jugak benda ni tak kecoh satu pejabat!).


A thousand apologies to our management also.



24 Rider Beraksi:

Ramadhan 15 - Rindu Mak

8:41 PG JunAina 21 Comments


Syukur alhamdulillah. Menginjak 15 Ramadhan kita melalui bulan yang penuh keberkatan ini. Terlalu pantas masa berlalu. Terasa masih banyak yang perlu dikejar dan dibuat sebelum ia berlalu pergi. Suntuk rasanya masa apatah lagi bagi wanita yang sememangnya akan ada masa perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu, rasa rugi tetapi itu adalah kehendak Allah juga. Terasa rugi sangat bila seminggu tidak dapat menunaikan ibadah puasa, berterawikh, membaca Al-Quran barang sehelai-dua paling sedih bila terpaksa melupakan solat malam. Doa yang tidak terhijab di bulan Ramadhan, sungguh saya terasa rugi.


Menjelang pertengahan puasa hati tiba-tiba terasa hiba. Teringatkan mak di kampung. Usia sudah 62 tahun menguruskan 3 anak lelaki yang semuanya belum kahwin termasuk cucu perempuan berumur 12 tahun (anak sayalah tu). Kudrat yang semakin berkurangan dia terpaksa menguruskan semuanya, makan dan pakai mereka, mengurus rumah. Kalau saya mampu mahu sahaja gajikan amah tetapi mak pula tidak mahu katanya dia masih kuat. Sebenarnya semangat sahaja kuat badan taklah kuat sangat.


Awal puasa mungkin mak masih kuat tetapi sehari dua ni nampaknya sahur mak seperti sudah hilang rentaknya. Biasanya 3.30am mak sudah sibuk di dapur. Dua hari lepas sehingga saya telefon hampir pukul 5am mak baru teraba-raba mengangkat telefon, lewatlah sahur. Hari ini 4.30am saya telefon katanya baru bangun. Nampak mak semakin letih, tidak berdaya seperti awal puasa dulu. Rutin saya memang begitu setiap tahun akan telefon mak setiap kali bersahur, saya akan pastikan mak bangun. Lepas itu saya akan telefon tukang jahit (adik sayalah tu) depan rumah kejutkan sahur jugak manalah tahu penat menjahit tidurnya nyenyak pula.


Doa saya setiap kali sujud solat malam nan satu belum tertunai, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik hendak di beri. Jodoh. Bukan buat saya buat Angah iaitu abang saya. Hanya kepada DIA saya meminta (bukankah begitu selayaknya kita sebagai hambaNya). 'Pertemukalah jodoh Angah dengan wanita yang mampu membimbingnya ke jalan yang diredai olehMu, yang mampu memberi kebahagiaan buat Angah dan buat mak'. Bukan memilih, bukan tidak dipilih tetapi Angah bimbang andai menantu yang dibawa balik ke rumah tidak dapat melayan emak selayaknya.


Kerinduan ini saya simpan kemas setiap saat ada dihati saya. Setiap doa saya akan diulang-ulang penuh kesabaran, percaturan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat setiap hambanya. Saya percaya dan saya berserah.



21 Rider Beraksi:

Ramadhan Giveaway by Angahjudin

6:19 PTG JunAina 7 Comments


  


Sementara nak tunggu Pak Tuan ambik masih blogwalking. Dari rumah PCL terus terjah ke rumah Angahjudin. Teringin jugak nak menang Collagen Plus Vitamin E Whitening Beauty Set yang di tawarkan, almaklumlah sejak nak masuk 40an ni pelbagai masalah kulit pulak yang timbul. Manatahu tiba-tiba rezeki dapat dan tiba-tiba pulak serasi, dah dua kali rezeki.

Jom sama-sama meriahkan GA Angahjudin, mudah sangat.





7 Rider Beraksi:

Resepi Roti Goreng Mudah dan Sedap

12:16 PTG JunAina 23 Comments


Sebagai seorang wanita berkerjaya yang sentiasa dihambat waktu semestinya memilih menu yang mudah di siapkan buat keluarga tetapi mutu kesedapan tetap perlu dijaga. Kesibukan bekerja, kesesakan lalu lintas semuanya itu terlalu membataskan waktu untuk menyediakan hidangan yang renyah buat keluarga. Hari ini saya ingin berkongsi resepi mudah dan sedap yang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak.


Resepi ini juga dapat mengelakkan pembaziran kerana intinya boleh gunakan leftover iftar hari sebelumnya. Contohnya seperti sambal sardin dan sambal ikan bilis yang saya guna.


roti goreng mudah dan sedap


Resepi Roti Goreng

Bahan:

Roti Putih Gardenia (boleh juga guna jenama lain)
Sambal ikan bilis/sambal ikan sardin
Tepung gandum
Tepung beras
Garam
(Boleh juga masukkan tepung goreng pisang + tepung gandum)

Cara-cara:

Campurkan tepung gandum dan tepung beras dengan nisbah 2:1
Bancuh dengan air dan tambah garam serta sedikit kunyit (untuk serikan warna roti)
Roti dipotong empat secara menyerong
Letakkkan sambal ikan bilis/sambal sardin ke atas roti dan ambil sekeping lagi letak di bahagian atas (seperti buat sandwich)
Celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan


Resepi mudah, cepat dan sedap telah siap. Ini adalah menu kegemaran anak-anak saya. Biasanya mereka tidak suka menjamah kuih sewaktu berbuka tetapi bila roti ini dihidangkan mereka pasti mengulang sampai habis. Intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh menggunakan daging cincang yang dimasak bersama sayuran atau dimasak dengan kentang. Boleh juga diganti dengan sayuran campur yang ada kacang, jagung dan carrot di masak dengan telur atau daging/ayam cincang atau boleh juga guna sosej. Sekiranya suka manis boleh diganti dengan inti kelapa lebihan buat ketayap, inti kacang merah lebihan buat pau mahupun inti kacang hijau lebihan kuih kasturi. Pendek kata ikut kreativiti masing-masing.


Saya sentiasa menjadikan masak-memasak tempat saya melepaskan lelah bekerja. Puas hati tengok hasil setelah bertungkus-lumus memasak dan selepas itu keluarga makan dengan penuh berselera. Masak dengan ikhlas akan terbit kasih sayang dan dengan kasih sayang walaupun makanan itu hanyalah menu biasa-biasa akan terasa luar biasa bagi anak-anak. 


Contohnya semalam saya lewat balik kerja, mengharapkan si abang di rumah masak nasi, rebus telur dan keluarkan ayam. Sampai di rumah saya bersilat di dapur memanaskan sambal yang memang saya masak untuk stok seminggu, masukkan telur siap sambal telur saya. Sementara itu saya garam kunyitkan ayam, masuk rempah kari daging, campak tepung gandum dan sedikit tepung beras dan goreng siap ayam goreng celup tepung saya. Dua resepi mudah berbuka puasa menjadi tiga bila sambal goreng masih berbaki (ini pun saya buat semasa cuti hujung minggu, sambal goreng kering dan garing yang tahan berhari-hari).


Ibu bekerjaya perlu bijak mengurus masa tambahan pula saya tiada pembantu.




23 Rider Beraksi:

Mimpi Ngeri - Kelu

9:02 PG JunAina 10 Comments


Berita sedih. Berlegar-legar di alam maya sejak akhir minggu lepas.

Ramai kaki tangan menerima sms yang tersebar, jugak di twitter, di Facebook juga di laman sosial yang lain.

Media?

Akan ada juga atau mungkin dah ada.

Kami?

Di jemput ke 'Town Hall Briefing By Management'.

Any question from client, vendor please refer to me : COO

Kena zip mulutlah.

Bidang ni kecik jadi cepat sahaja tersebar, dulu hanya khabar angin sekarang sudah terang lagi bersuluh. Tuan tanah sudah mengeluarkan surat hitam putih. Our big boss ke Malaysia bersama dengan share partner kat Malaysia  seorang Tan Sri yang anaknya jadi penyanyi menang Juara Lagu tahun lepas  untuk mengadap tuan tanah. Kasihanilah kami pekerja-pekerja tempatan ni wahai tuan tanah. Marahkan nyamuk usahlah kelambu dibakar.

No more Malaysia projek. Struggle projek oversea sahajalah lepas ni. Itupun kalau ada.

Di Ramadhan yang mulia ini permudahkanlah perbincangan ini demi kakitangan Muslim yang bekerja di sini. Kini kami pekerja tempatan hanya mengharapkan ehsan tuan tanah.



10 Rider Beraksi:

Ganjaran Pinjaman ASB

1:05 PTG JunAina 29 Comments

Tahun lepas akhir tahun lebih kurang saya membuat pinjaman untuk membeli sebuah rumah yang mungkin lebih selesa untuk keluarga kecil kami. Semuanya berjalan dengan lancar kerana saya mempunyai sejarah yang baik dengan pihak bank dan semua urusan keluar masuk serta pembayaran sebelum ini sangat teratur. Pihak bank telah memberi kepercayaan memberi pinjaman kepada saya. 


Sebaik sahaja pinjaman saya lulus pegawai bank telefon dan beritahu juga mempromosi 'Pinjaman ASB'. Katanya kalau dia boleh beli ASB mungkin dia akan ambik semaksimum mungkin dan macam-macam lagilah (almaklumlah nak promote). Sebelum itu pun semasa mengisi borang pinjaman perumahan dia sudah buat pengiraan tetapi saya masih mengelak. Kali ini saya termakan pujuk pula, almaklumlah saya seorang yang sangat lembut hatinya. Mudah sangat kesiankan orang (sebenarnya saya rasa terhutang budi atas kesungguhan dia mempermudah dan mempercepatkan urusan pinjaman saya). Saya setuju dengan jumlah yang dikira sebelum ini. Bayaran pun tidaklah banyak setiap bulan. Lagipun sekiranya di tolak dividen setiap tahun saya hanya perlu menambah sedikit sahaja untuk pembayaran lengkap setahun.


Tiga minggu lepas ada seorang perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai wakil pihak bank memberitahu saya terpilih untuk memenangi hadiah Rm1k dari pihak bank sempena promosi 'Pinjaman ASB' yang saya buat tahun lepas. Saya tidak terkejut sebaliknya menganggap itu hanyalah panggilan seorang penipu. Suara saya hanya mendatar sehinggakan dia minta nombor akaun pun saya tak bagi dengan alasan ada dalam telefon bimbit yang sedang saya guna. Akhirnya dia kata akan check system bank untuk cari nombor akaun saya. Dia bagi nama dan nombor telefon dan minta hubungi sekiranya dalam masa sebulan duit tidak di masukkan. 


Sehinggalah pagi 19hb Julai saya terkejut, akaun bank saya telah meningkat Rm1k. Sibuk login ke akaun ternyata ada transaksi berbunyi 'Credit Advice' yang bermakna duit itu telah di masukkan oleh pihak bank sendiri. Tiba-tiba saya rasa bersalah pada perempuan yang telefon saya dulu kerana melayan dia secara sambil lewa.


Mencari di dalam internet saya terjumpa link ini. Tiba-tiba terasa kalau dapat hadiah 2nd prize tu pun best jugakkan. Haihhh... Apa pun alhamdulillah. Raya tahun ini tak ada bonus jadinya inilah rezeki anak-anak saya, rezeki kanak-kanak dan orang tua yang bakal terima duit raya dari saya. Jadinya tahun ini tiada pengurangan budget sebab Allah s.w.t dah merancang yang terbaik buat saya.


Terima kasih CIMB. Walaupun hanya Rm1k saya tetap senyum-senyum sepanjang hari.



29 Rider Beraksi:

Ariani Hari Raya Sale 2013

9:28 PG JunAina 37 Comments

Jumaat seperti biasa balik 12 tengahari. Ada masa saya meleser berjalan dari Cap Square melintas ke Jalan Masjid India dan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kemudian melintas Sogo dan ke Stesyen Komuter Bank Negara untuk balik ke Kajang.


Saya bukanlah peminat tegar tudung Ariani tetapi sekiranya punya duit berlebih memang saya tak akan sayang untuk membeli tudung-tudung dari Ariani. Kualiti kainnya sangat memuaskan hati, awningnya pulak jika dipakai memang cantik terletak dimuka. Paling saya suka labuh tudung memang kena dengan citarasa saya. Pilihan tudung di Araini juga semakin banyak. Ada tudung bersaiz XXL jugak, tudung bertutup di bahagian dagu, tudung Chiffon dan selendang Chiffon. Harga? Ada yang mampu milik dan ada juga walaupun mampu membeli saya tetap akan berfikir 1000 kali untuk membeli.


Ariani Sale Raya 2013 telah bermula nampaknya sehingga 24 Ogos 2013. Selepas menjengah happy hours di Jakel yang menawarkan baju kurung berharga Rm69 turun menjadi Rm35 yang tapinya saya tidak membeli kemudian saya ke Ariani. Orang sememangnya ramai almaklumlah Jumaat banyak pejabat berehat 2 jam. Saya hanya jengah-jengah tapi tak ada yang nak melayan, pusing-pusing, pegang pegang kemudian saya keluar. Tunggulah saya bawak big boss boleh belek-belek lama sikit dan pasti ada yang nak mengikut bontot saya nanti. Kena pastikan jugak pakai tudung Ariani juga, hari tu saya pakai tudung Rm5 agaknya sebab tu depa layan tak layan hahaaa... Ada sehelai dua yang saya dah berkenan kat hati tapi tunggulah dulu.


40% less untuk Ariani Raya Sale kali ini. Tudung yang biasa saya beli dan yang saya berkenan tu kini berharga Rm88 selepas diskaun, dulu printed tudung seperti itu kalau sale cuma Rm66 sahaja sekarang semakin naik harganya. Ada juga 3 helai Rm100 tetapi tudung agak pendek. Kalau mampu boleh sahaja beli yang berharga Rm450. Saya? Tidak itu bukan taraf saya untuk pakai tudung beratus, bahkan beribu-ribu pun ada. Tepuk dada tanyalah poket.










Sumber : Ariani Website (Wardina masih menjadi Duta Ariani)

Saya bukanlah seorang yang mementingkan jenama, selagi cantik di mata sedap dipakai saya akan membeli. Tudung saya ada yang hanya berharga Rm3 sehinggalah paling mahal pun tudung Ariani sahajalah itu pun saya beli masa sale. Kalau ada lebihan memang saya simpan untuk beli tudung Ariani setahun sekali itupun masa raya, paling banyak pun 3 itulah untuk sepanjang tahun. Tudung-tudung di Muaz sepanjang tahun saya beli. Ada masa walaupun tak membeli saya tawaf juga di Muaz tengok-tengok fesyen terbaru. Paling penting bagi saya bukan harga tudung yang kita beli tetapi nilai aurat yang kita litupi.


37 Rider Beraksi:

Fesyen Baju Raya

9:51 PG JunAina 25 Comments

Ramadhan 10.

Sibuk memikir baju raya tetapi sebenarnya baju raya dah siap sebelum puasa lagi. Almaklumlah nak booking tukang jahit bukannya senang (walaupun adik sendiri), kalau lambat penuh pulak terpaksa beli yang dah siap. Sekarang banyak pilihan baju siap, pilih sahaja banyak sangat butik termasuk butik maya. Jalan TAR berlambak-lambak baju tapinya mungkin tak mengikut citarasa sendirilah, saiz pun taklah mengikut ukuran badan sendiri. Kadang-kadang baju dah cantik masuk, kain pula gedabak besar.


Sebelum puasa lagi baju dah siap tergantung kat rumah tukang jahit (adik sayalah tu), cuma hujung tangan dan kaki baju belum berjahit nampak gayanya ada harapanlah kena jahit sendiri. Kain belum siap lagi, jangan pakai baju sahaja sudahlah raya nanti. Adik saya tukang jahit merangkap pereka design baju untuk saya, baju raya, dress dinner semua dia design dan jahit untuk saya. Banyak tempahan baju pengantin jugak tetapi masa-masa seperti sekarang ini dia tolak sebab nak bagi tumpuan untuk tempahan baju raya sahaja. Pening kadang tengok dia mereka design kain bertingkat, baju berlapis, beropol bagai untuk pengantin tapi bila siap puas hati sangatlah cantik. Puas hati dia pening-pening pusing kain bagai. Dulu adik saya buka kedai jahit di Fasa 1, Bandar Baru Bangi tapi kedai 2-3 kali kena pecah masuk dia ambik keputusan untuk tutup dan balik menjahit di rumah. Rupanya Allah s.w.t nak bagi rezeki lain kat dia, lepas tu dia dapat baby after 8 years kahwin.


Melalut!


Tahun ini tukang jahit saya beraya di kampung haruslah saya tempah baju sakan-sakan. Mak kalau anak tak cukup sorang kat rumah dia jadi lemau di hari raya. Letih, monyok dan tak ada semangat hendak beraya.  Jadinya kami taklah jalan sakan-sakan. Jadi kalau tukang jahit tak balik saya hanya buat sepasang baju, tahun ini banyak sikit. Dua pasang telah siap dijahit, sepasang cotton blink-blik readymade dan sehelai jubah beli awal tahun dulu belum dipakai. Banyaknya? Inilah baju baru sepanjang tahun saya kerana saya hanya beli/buat baju kurung time raya sahaja. Baju 10 tahun lepas pun saya masih pakai. Begitu juga blouse saya. Agaknya kawan-kawan pejabat naik jemu tengok saya pakai baju yang sama sahaja. Di ulang.


Tukang jahit jarang buat baju kurung biasa untuk saya, pilihan utama dia akan buat kurung pahang, pesak gantung atau kurung moden. Saya bukanlah orang yang mengejar trend. Pakai apa yang rasa cantik di mata kerana bagi saya cantik pada orang belum tentu cantik apabila kita yang sarungkannya. Saya suka color bloc tapi dengan usia diambang 40an begini rasa tidak kena dengan jiwa (sebenarnya suami tak suka). Pernah saya memilih kain bercorak tribal, berkerut kening Pak Tuan memandang. Jadi saya kembali ke alam nyata. Trend tak semestinya sesuai untuk kita. Peplum saya suka tapi untuk menyarungkannya tidak rasanya.



 Jubah dress kembang payung, kainnya di potong. Warna mengikut tema majlis perkahwinan sepupu November 2012. Design dari adik saya, jahit pun adik saya. bahagian tangan tersusun butang balut, senang nak berwuduk.




Kurung moden kain lace, dinner company tahun 2008. Recycle Mess Nite 2010.




Dress satin potongan A kembang di bawah tapi kain still 2 pices. Tiada potongan di bahagian pinggang. Jahitan sulam tampal berwarna dihitam di bahagian dada dan tangan di sulami labuci. Tali pinggang dari kain lembut dan diletakkan brooch besar. Semua idea tukang jahit (adik sayalah tu). Dinner 2011.




Kebaya kesayangan saya. Di buat hampir 9 tahun lepas, sehingga kini saya masih memakai baju ini, sebab sayang sebab suka. Menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat 2 tahun yang lepas.



Seiring peningkatan usia, fesyen saya juga turut sedikit berubah. Tiada lagi kebaya yang ditempah tetapi masih mengenakan juga kebaya yang dibuat 6-7 tahun lalu. Pemilihan t-shirt, blouse, tudung juga turut berubah. Sebabnya manusia sehingga sampai satu tahap dia akan berubah dan mungkin telah sampai masanya saya melalui fasa itu. Berfesyen tetap berfesyen tetapi saya meletakkan satu had untuk diri sendiri sebagai guidline.




25 Rider Beraksi:

Ganjaran Nuffnang

4:12 PTG JunAina 15 Comments

Selama berblog inilah pertama kali dapat CPUV/BE daripada Nuffnang. Lama tu dok tunggu mula berblog sejak 2010 tapi start daftar Nuffnang pada 1 Jan 2011. Oklah tu lagipun dulu-dulu jarang update blog, tak reti nak blogwalking sekarang dah pandai sikit visitor pun dah ramai sikitlah. Kalau saya aktif FB, Twitter dan Instagram mesti lagi masyuk.


Apapun terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV/BE kat blog Rider Sejati. Coke Campaign 2013. Bolehlah penuhkan tabung superbike saya. Satu permulaan baik buat blog Rider Sejati bila saya sertai Nuffnang event Julai lalu.




Harap lepas ini adalah magic-magic yang Nuffnang buat kat blog Rider Sejati ini. Sesekali dapat kejutan pun best jugak kan?




15 Rider Beraksi:

Pemilihan Nama Blog

9:39 PG JunAina 34 Comments

Masa nak buat blog dulu tak pernah pun terfikir yang nama blog ini akan mempengaruhi hidup atau tidak pengunjung ke blog kita. Senang diingati, ringkas, pendek atau mempunyai daya tarikan tersendiri serta unik. Banyak panduan untuk memilih nama blog ada dikongsi oleh blogger-blogger hebat, cari sahaja mesti banyak yang dikongsi. Masa buat blog dulu buta segalanya jadi main hentam keromo sahaja asal ada. Tak reti. Bukan tak nak belajar tetapi kita tak tahu pulak semua itu mempunyai kepentingan tersendiri. Buat blog pun hanya untuk suka-suka. Bila dah lama-lama belajar sikit-sikit baru tahu yang dengan blog pun boleh jana duit, ada juga yang menjadikan blog ni sebagai pekerjaan tetap. Memula melopong jugak. Hebat tu. Jadi saya  mula banyak membaca dari blog-blog yang ada. Sikit-sikit dan pelan-pelan kata orang.


Sebagai permulaan budak baru belajar saya gunakan platform blogspot, percuma ja pun. Eloklah untuk budak baru nak belajar macam saya. Merancang jugak untuk menggunakan domain sendiri nanti. Masih menilai pro and kontra. Asalnya pun saya hanya ingin menjadikan blog sebagai e-diary tetapi sekiranya ia dapat menjana pendapatan sampingan rasanya tak salah untuk lebih serius. Buat sesuatu kerja mesti bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasilnya. Yang bulat takkan datang bergolek yang pipih tak akan datang melayang.


Relaks Minda pernah mengajukan persoalan kepada saya kenapa nama blog saya 'Rider Sejati' dalam komen di salah satu entri saya. Sebelum menggunakan Rider Sejati saya menggunakan 'Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa' tetapi ramai pulak kawan-kawan sukar mengingati kerana terlalu panjang kemudian saya megubah arah. Rider Sejati terbit dari idea gelaran ibu saudara kerana sememangnya saya seorang 'rider'. Setiap kali dia ingin mencari alamat sekitar Kuala Lumpur pasti dia akan telefon saya untuk memastikan alamat tersebut dan jalan yang perlu dilaluinya. Hampir 6 tahun saya menunggung motosikal bekerja di PJS1, Petaling Jaya. Saban hari Kajang-PJ-Kajang. Kemudian saya beralih angin ke Kuala Lumpur saya masih menunggang motosikal. Sekarang masuk tahun ke-7. Bayangkan saya terpaksa melalui Jalan Tun Razak yang sangat sesak saban hari.


Impian gila saya suatu hari ingin memiliki motor berkuasa tinggi, mula-mula dulu saya lebih meminati Honda tetapi sedikit tergugat dengan kehebatan Kawasaki yang menguasi jalan ketika ini dan mungkin ini sahaja jenama yang mampu saya miliki dengan model yang saya berkenan dihati dan berkenan kat poker jugaklah. Hajat dihati ingin memiliki Ducati, lebih teruja jika tiba-tiba ada yang memberi BMW tetapi keduanya diluar kemampuan. Pakai baju kenalah ukur di badan sendiri. Saya kurang meminati easy rider lebih kepada superbike. Saya gila motor berkuasa tinggi tetapi buat masa sekarang segalanya saya simpan dihati, insyaallah ada rezeki saya akan usahakan untuk milikinya juga. Saya bukanlah wanita lasak tetapi saya berhati lasak.




Ducati Monster 795 ABS Rm66,888 (Sumber Bikers Magazine). Kalau ada yang tiba-tiba nak penuhi impian saya dengan Ducati ini haruslah saya melompat bintang berkali-kali.



http://juneaina.blogspot.sg/ saya pilih nama sendiri June panggilan keluarga dan kawan-kawan Aina pula saya lebih di kenali dikalangan rakan siber. Saya gembira menggunakan nama sendiri. Sekiranya memilih menggunakan domain sendiri mungkin akan memilih nama yang lebih padat dan ringkas. Nama yang menggambarkan kerekter saya sendiri kerana saya masinh ingin mengekalkan blog 'Rider Sejati'. Biarlah ia di sini sebagai monumen peringatan buat saya. Kenangan untuk selamanya.


Penulisan di dalam blog ini lahir dari jiwa saya. Apa yang di lalui saban hari, terlintas, terfikir mahupun pengalaman sendiri atau pengamatan sekeliling. Lahir dari pandangan kacamata seorang aku yang tidak sempurna.



34 Rider Beraksi:

Entri Lucah

8:06 PG JunAina 30 Comments

Puasa yang melangkah hari yang ke 8. Kita sama-sama bersemangat mengharunginya dan sama-sama gigih serta berlumba-lumba merebut pahala berganda. Puasa, terawikh, sedekah, qiamullai, membaca Al-Quran buatlah semampu dan sedaya mungkin. Setahun sekali kita berjuang habis-habisan mengutip segala kebaikan yang ada pada Ramadhan yang penuh barakah ini.

Rupanya ada juga yang jenis tak faham bahasa, tidak tahu menghormati Ramadhan. Dalam orang lain berebut-rebut mengejar pahala ada juga yang teringin hendak berbuat dosa, mencemari bulan yang mulia. Maksiat tetap berleluasa, bertabahlah pada mata kita yang memandang tak mampu ditegur dengan secara lisan tegurlah di dalam hati minta dilindungi keluarga terutama anak-anak kita dari perkara sebegitu. Suatu hari pasti akan terbit rasa insaf dalam diri mereka, insyaallah.

Semalam juga amarah menguasai diri. Blog saya, entri saya bukanlah berunsur lucah! Tiada ciri-ciri seumpamanya langsung dan saya juga tidak ingin menulis tentangnya juga diulangi lagi tidak ada entri lucah! Biarlah apa yang saya kongsi menjadi tempat saya menjana pahala kelak bukan membilang dosa. Nauzubillah! Saya menyimpan sabar, nasiblah di bulan Ramadhan ini tingkat kesabaran saya lebih.

Hamba Allah ini memberi komen pada salah satu entri saya. Terima kasih. Apa yang membuatkan saya marah kenapa mesti berunsur lucah sedangkan dalam entri tersebut langsung tidak melibatkan perkataan yang boleh menaikkan syahwat. Agaknya inilah golongan orang yang sudah tidak siuman, tidak mampu lagi membezakan yang baik dan buruk.



Saya marah sebab tu saya publishkan sahaja apa yang ditulis, siapa dia dan bila. Komenlah secara berhemah. Hormatilah tuan punya blog sekurang-kurangnya. Profile saya bertudung, bukan berseksi terselak pakai baju bagai kain tak cukup atau tertetas benang. Saya wanita Muslim yang ada maruah. Jangan di perkotak-katikkan semangat juang yang ada di dalam diri kami walaupun wanita. Kalaupun tidak bertudung sekalipun hormatilah dia sebagai wanita yang selayaknya di hormati. Kami bukanlah jenis pelacur jalanan.

Maaf kepada semua saya memang marah tetapi marah yang bertempat. Bagi saya pengomen sebegini tidak dialu-alukan di sini. Tidak mengapa jika tiada pengunjung dari ada pengunjung yang sakit jiwa sebegini. Komen biarlah ikhlas, gunakanlah akal jangan diguna nafsu semata!



30 Rider Beraksi:

Berbuka Puasa Resepi Sup Ikan Mudah

12:32 PTG JunAina 25 Comments


Saya memasak ikut kehendak anak-anak tetapi sesekali saya memasak juga mengikut selera sendiri dan biasanya ini adalah lauk kedua bermakna lauk anak ada jugaklah. Jadinya hari tersebut mesti ada dua main dish selain sayur dan ikan/telur goreng.

Selera tak pernah berubah cumanya jarang dapat memasak mengikut kehendak sendiri.

Resepi Sup Ikan Mudah.

Bahan:
Potongan Ikan Jenahak/Ikan Merah (2 potongl)
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah (bawang kecil)
Seinci halia
(Tiga bahan ini di tumbuk agak kasar)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu makan serbuk sup (biasa saya guna Adabi)

Hiasan:
Tomato potong dadu (buang biji).
Daun bawang
Daun sup


Cara memasak :

Panaskan minyak masak.
Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Biar sampai wangi.
Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk kasar goreng kekuningan.
Masukkan air biarkan mendidih, masukkan lada hitam dan ikan.
Didihkan dengan api perlahan sehingga ikan masak.
Masuk garam secukup rasa.
Hiaskan dengan tomato, daun bawang dan daun sup.



Sup ikan entah bila. Tanpa daun bawang dan daun sup tapi rasa masih sedap.

Biasanya saya memasak mengikut apa yang ada di dapur. Sekiranya saya hendak masak kari buka sahaja peti sejuk santan kotak sudah habis (tak perasan) saya masak juga kari tapi jadilah kari mamak, kari tanpa santan. Macam nak buat sup ikan ini jugaklah tanpa kadang-kadang serbuk sup tak ada saya tumis ja bahan rempah yang ada di dapur. Memasak ini memerluka kreativiti. Kita buat dia so hentam sahajalah.



25 Rider Beraksi: