Projek Menjelang Raya

9:30 PG JunAina 17 Comments


Menjelang 17 Ramadhan di rumah tanpa persediaan biskut raya langsung. Bahkan bahan-bahan pun masih belum di beli apatah lagi untuk membuat pelbagai biskut. Mood berhari-raya seolah-olah belum berkembang sangat lagi. Kereta pun masih belum di service. Masih berlengah-lengah.


Pak Tuan dah bertanya. 'Tart Nenas Gulung abah tak ada ke tahun ini?'
Hahahaa...dah dapat soalan cepu emas. Apa taknya selalu seminggu puasa si isteri sibuk membeli bahan sebab kebiasaannya terpaksa bekerja pada hari Sabtu. Tahun ini tiada overtime jadinya isteri boleh bedondang sayang sikitlah.


Jadi projek hujung minggu ini gigihlah menyaipkan permintaan Pak Tuan dan anak-anak. Almod London, Tart Nenas Gulung dan Cornflake Coklat. Kalau rajin sikit teringin nak buat Biskut Kelapa Nostalgia.     Nostalgia sebab dulu-dulu zaman sekolah, zaman kecik-kecik biskut ini adalah yang wajib dibuat bersama kakak. Bancuh, gentel bulat-bulat, golek dalam kelapa kering dan letak ceri. Kadang-kadang kami warnakan kelapa tu dengan warna merah atau hijau sekarang lagi banyak warna-warna menarik boleh cuba warna biru nanti!



Resepi Cornflake Coklat koboi saya (hasil tahun lepas). Hanya cornflake diramas dan coklat dicairkan campur sedikit butter untuk kilatkan. Hias dengan manik urai. Alasan buat koboi gitu Pak Tuan tak boleh makan badam mahupun perisa hazelnut yang selalu digunakan. Goutkan nanti dikatanya saya sabotaj dia pulak!





You Might Also Like

17 ulasan:

  1. nampak sedap sgt :) salam kenal..jmput follow kmbali :)

    BalasPadam
  2. Rozie ade 4 jenis blm dibikin.... Buat ckit2 sudah la.....

    BalasPadam
  3. rumah saya masih belum ada bayang biskut mahupun bau..hehehe....tunggu minggu depan baru berbau. tu pun bau kedai :D

    BalasPadam
  4. harum bakar biskut sampai ke SP dah, jun..heee

    BalasPadam
  5. seronoknya..... saya tahun ni langsung takder persiapan untuk biskut raya

    BalasPadam
  6. dah beberapa tahun kami tak buat biskut raya..hehe peceh tembelang., tahun ni pon sama jugak...memang tak teringin nak buat..."support orang meniga biskut raya" itu alasan kami...

    BalasPadam
  7. hi Aina, ish berkobar2 nak buat kueh raya.? tart nenas pilihan saya.Kueh apa pun dlm balang, tart nenas juga pilihan hati.dgn jem nenas buat sndiri.letak banyak sikit baru sedap...kan?

    BalasPadam
  8. rajinnye buat kuih...sy tunjuk kat kedai je

    BalasPadam
  9. a'ah..biskut kelapa yang letak ceri sebagai hiasan tu. saya ingat! mak pun selalu buat biskut tu masa saya kecik dulu. memang nostalgia. sekarang nak buat biskut pun rasa malas amat. dengan komitmen keja..balik rumah je dah nak fengsan. servis keta tu..nak balik kampung..nak pegi beraya nanti, takde la last minit menunggu berjam-jam kat service centre.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,
    Wow!
    Dah kembanglah tu semangat membiskut!

    BalasPadam
  11. sama la ngan wawa...tak start buat lagi pun akak...smlm try buat cheesekut je...sebab teringin tengok blogger lain share resepi kan...nampak sedap...resepi pun simple je ;)

    BalasPadam
  12. Orang gout memang tak boleh makan kacang, sayur kacang or apa saja jenis kacang, kan? Sama ler dgn orang tua kat rumah nih.

    Tu kira rajin la jugak, nak buat 3 jenis biskut. Kak Azie ni langsung la tak boleh harap kalu bab kuih raya ni...

    BalasPadam
  13. sedap nyerr

    Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...

    BalasPadam
  14. Ramai dh start dok buat biskut raya kan.. semangat nk raya dah..yeay...:)

    BalasPadam
  15. anak2 bunda suka sangat biskut cornflake ni...

    BalasPadam