Persediaan Hari Raya Aidilfitri

12:00 PTG JunAina 4 Comments


Lelah. Mengetart pada hari Sabtu bermula 9am sehingga 5 petang, masih berbaki doh dan terpaksa sambung ke malam. Oven kecik sudah 13 tahun berkhidmat nak beli yang baru rasa sayang dengan yang sedia ada. Kebetulan terpaksa bertungkus lumus tolong adik saya ada 9 pasang baju nak diambil jam 9 malam tiba-tiba budak yang jahit tangan, hujung dan leher baju pulangkan pada pukul 3 petang tanpa jahit walaupun dah seminggu diambil. Pengsan! Kesian adik saya. Suami dia pun sibuk dok tolong jahit juga. Dugaan bulan puasa. 


Ahad saya kemas sakan-sakan. Setengah lori kecik saya buang semua barang-barang tak perlu yang selama ini macam sayang-sayang nak buang (boleh cam tu eh?). Turunkan langsir, cuci dan itulah juga saya pasang balik bila dah kering. Cuci tingkap (abang Iqbal yang buat). Kemas bilik anak-anak yang dah macam tongkang pecah (bahagialah korang bila mama tak berleter bulan puasa ni eh paling banyak mainan budak kecik Hikram.) Kemaskan kabinet dapur, keluarkan barang-barang dari kotak untuk beri ruang pada barang-barang lain. Belek-belek deep frayer yang bertahun tak pakai, ada harapan hantar balik kampung (saya tak beli tapi dapat hadiah lucky draw masa kerja office lama). Kemas meja kopi yang kertas dan buku asyik beranak, laci kabinet tv pulak mainan asyik bertambah. Tukar alas meja makan. Cuci sarung bantal kecik atas sofa.


Selak bawah tikar berhabuk. Pakai mask untuk elakkan debu saya asthma mahu tercungap-cungap nanti. Dua-dua saya sampai kat luar ketuk-ketuk debu. Alih sofa sapu debu, mop lantai (3 kali untuk kebersihan maksimum!). Saya bekerja sampai ke patang dan akhirnya juadah berbuka kami dioder dari Kedai Tomyam belakang rumah. Malam saya sambung bentang tikar balik, gantung langsir, ganti alas meja makan. Keluarkan balang kuih raya cuci masuk bakul comel saya. Letih.


Sebolehnya saya mahu rumah kemas sebelum pulang ke kampung. Walaupun pada hari raya kami tiada di rumah tetapi biarlah semangat beraya tu menular dalam diri kami anak beranak. Suatu hari kami pasti akan meraikan hari lebaran di rumah sendiri, pasti akan tiba masanya.



You Might Also Like

4 ulasan:

  1. JunAina,
    Wow, seronoknye dia nak balik kampung. Saya, tahun (kali) kedua tak balik kampung. Emak-ayah dah tak ada. Sendiri lah pula tunggu anak-cucu balik beraya ...

    BalasPadam
  2. Baca pun pengsan!

    SAmpai hati budak yg buat hamming tu reject last minit. Kesiann...!

    BalasPadam
  3. Fuhhh!! Myra yg baca pun terasa lelahnya jua.. tapi semangat raya menebal sanggup punya :D

    BalasPadam
  4. selamat menyambut aidilfitri.. mohon maaf jika terlanjur kata/komen..

    BalasPadam