Sekolah Menengah Syed Ahmad Kenangan Bersama Guru-Guru

3:50 PTG JunAina 12 Comments



Inilah sekolah lama saya, photo cilok dari sini.


Zaman sekolah adalah zaman paling seronok dalam hidup selain zaman remaja masa sambung belajar kat Terengganulah. Pada yang sudah bekerja ni pun akan kata zaman itu zaman yang paling manis. Kalau dapat ulang syokkk sangat.


Masa sekolah rendah memang tak ingat sangat tapi cikgu-cikgu sekolah menengah memang lekat kat hati. Dulu-dulu naik Tingkatan 1 seorang mak menakan iaitu Cikgu Normah adik arwah abah mengajaq sekolah yang sama, sampai naik tingkatan dua pun kawan-kawan tak tau tu mak menakan saya. Segan sigh nak mengaku sebab dia kuat mencarut! Perghhh... Nampak tak ibu-bapa zaman dulu tak ambik port sangat benda-benda macam tu selagi anak tak patah-riuk.


Al-kisah dia mengajar Rampaian Sains, tiap-tiap hari tahan le telinga kami. Kebetulan dia juga guru kelas. Pu** mak hampa aihhh...gila kot ada lagi ke cikgu zaman la dok cakap gitu, kalau ada mau dapat surat tunjuk sebab. Lagi satu sambil mulut cakap sambil tu jugak tangan dia capai pemadam papan hitam debushhhh! Nasib la kena tang mana. Azab masa kena malu kowt tapi la ni bila teringat sengih sorang-sorang.


Ustaz Abdul Rahman Adam pula lain ceritanya. Masuk kelas semua kena berdiri sapa dapat jawab soalan, dapat hafal hadis dan ayat Al-Quran boleh duduk. Kalau tak nasib badanlah. Cikgu Narita guru Sejarah masa Tingkatan 5 sama jugak perangainya tu yang buat saya dapat 1 untuk matapelajaran sejarah masa SPM. Takut kowt kat dia. Tegas! Cikgu Othman ada dua orang kat sekolah so kami namakan cikgu ni Othman White sebab bapanya nama Puteh! Dia tinggi lampai suka buat lawak dalam kelas tapi kalau dia marah telinga sendiri pun dia tak nampak! Hang pi keluaq kelaih berdiri kat luaq!


Cikgu Hashimah ajaq Matematik. Fav dia cubit perut! Kalau kena tu siap cubit dan tarik. Pedih dowh. Selalu jugak pinjam buku kawan tiru bila kerja sekolah tak siap sebab tu sampai sekarang lembab Math...kehkehkehhh... Paling best Cikgu Asma ajaq Geografi, lawak saja dalam kelas tapi dalam lawak tu kadang-kadang kena jugak.


Cikgu Rokiah ajar Bahasa Malaysia antara yang di segani, sampai sekarang kalau jumpa memang dia kenal sangat. Cucu Pengurusi PIBG sekolah, behave...behave...ekekekeee... Begitu juga Cikgu Hashim ajar Geografi masa Tingkatan 3, takotttt... Cikgu disiplin ma... Tapi dua-dua pun masih keep in touch melalui FB. 


Dulu saya admire sangat dengan cikgu nan seorang ni, bujang terlajak...hahahaaa...(sebab admire cikgu bujang terlajak akhirnya saya dapat suami pun tua banyakkk dari saya) Cikgu Rosli ajaq Sains Pertanian, saya dulu tak ambik Sains Rumah Tangga. Sebab admire dia saya jadi Pelajar Terbaik Matapelajaran Sains Pertanian untuk SPM batch kami! Dia selalu panggil saya Tuan Puteri sebab saya selalu kena asthma, kalau duduk tengah panas cepat-cepat dia bagi ruang kat tempat teduh. Terasa diri begitu berharga...kahkahkahhhh...


Cikgu Zainab ajar saya Bahasa Inggeris di Tingkatan 3, cikgu ni comey dan sangat lembut. Kenapa saya tak boleh lupa dia? Masa Tingkatan 3 mata saya sudah rabun sangat, cikgu pindahkan ke depan sekali pun saya masih terpaksa kecilkan mata untuk melihat papan hitam. Suatu hari dia bagi saya frame untuk buat cermin mata dan itulah cermin mata pertama saya! See..jasanya sangat besar. Dulu frame cermin mata mahal tau.


Ramai lagi cikgu-cikgu lain yang sangat berjasa dalam kehidupan seharian kita. Cuma cikgu yang ada keistimewaan kat hati kita tu tentulah kita ingat lama betul tak?



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. wah...bagusnya. tetiba ingat hari guru. Tapi guru bukan dikenang masa hari guru shj kan. Berjasa betul pd kita. dah pencen pun org pangil cikgu...

    BalasPadam
  2. bagusnya dapat anak murid macam jun ni...satu2 cikgu dia ingat..

    BalasPadam
  3. Raya ni mama beraya ke rumah cikgu darjah 2 dan cikgu F1. Wah seronoknya tua2 jumpa cikgu!

    BalasPadam
  4. Aina, masih ingat dgn detail no? baguih baguih.saya pun ingat semua cikgu saya(yg melekat dihati saja la..) yg garang gila tu lagi ingat tapi menyampah.of course saya pun ada ckgu pujaan..memang slalu bagi special attention kat saya..just becos I always sing di cncert sekolah.dia peminat setia saya...ha ha

    BalasPadam
  5. Baca entry akak ni...terus teringat zaman skolah duly...jasa guru tiada tolok bandingnya

    BalasPadam
  6. Salam. Jun ni suka merempit ye? hihi...hati2 nak merempit dgn cik abg sekali tau. Teringat cikgu sains pertanian akak, garang tapi dia baik sgt dgn akak. Mungkin sb akak tak bnyk buat kerenah. Rupa dia sampai skrg akak tak lupa, garang gila. Cikgu sekolah agama pula suka baling duster dan loceng (dulu pakai loceng tgn) Banding dgn cikgu skrg jauh beza, rotan sikit dah report kat parent, termasuk la anak akak...haha..tapi ibu dia tambah lg kat rumah.

    BalasPadam
  7. hihihi rindu zaman sekolah dulu... kena cubitla kena denda la..suma tak da hal...sekarang ni??

    cikgu suruh anak buat kerja banyak pon mak bapak dh merungut

    BalasPadam
  8. bile bace kisah akak ni...lieya terpikir kak...tu la beza cikgu dulu dgn cikgu skarang....dulu cubit, rotan semua kite terima sbb tu tuk mendidik supaya kite rajin dan paham....tapi skrang, mak bapak cepat melenting kalo anak kene rotan, jgn kate rotan kene marah pun mak bapak dah melenting......

    BalasPadam
  9. As-salam aina..

    indahnya kenangan.. seronok bila dapat mengimbaunya kembali.. banyak betul jasa guru pada kita kan..

    BalasPadam
  10. Pergh! Sorang sorang cikgu dihafalnya...salute spring ni hehe.... Setuju, sebab ada hallah cikgu berkenaan dekat dihati hehe....tak suka, benci atau mengajar best!

    BalasPadam
  11. tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu juga.. semua cikgu-cikgu berjasa kepada kita..
    p.s: dah lama aiza tak jumpa insan-insan yang berjasa kepada aiza tu..

    BalasPadam