Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

11:30 PG JunAina 29 Comments


Penting ke trafik blog kepada seorang blogger?


Perumpamaan paling mudah. Kita buka sebuah kedai makan semakin banyak pelanggan semakin banyaklah pendapatan. Kita masak sedap-sedap semakin pelanggan suka, sepertinya kita buat entri yang bagus serta berkualiti semakin pembaca hendak datang. Bila pelangan datang secara automatiknya mereka akan bercakap mengenai kesedapan makanan kedai kita jadinya akan jadi iklan mulut ke mulut bermakna semakin bertambahlah pelanggan. Begitulah juga blog kita. Semakin berkualiti serta berguna entri yang kita buat semakin akan ramai pembaca akan datang.


Jika tukang jahit bergantung kepada kualiti jahitan serta design baju yang dibuat begitu juga dengan penulis blog. Selain isi kandungan, design blog yang cantik dan bagus juga penting untuk menarik minta pembaca kembali bagi membantu menaikkan trafik blog. Bayangkan design blog yang cantik, kemas serta mesra pengguna pembaca tidak akan berfikir banyak kali untuk datang lagi.


Menulis blog sama ada mengharapkan pendapatan sebagaimana penulis blog sepenuh masa tetapi juga merupakan bonus bagi penulis blog separuh masa. Menulis tiba-tiba dapat duit! Mesti senyum-senyum sampai telinga. Duit terpijak dari hobi menulis serta berkongsi kisah. Mudah.




Apabila trafik blog tinggi ini akan menarik pengiklan untuk menggunakan khidmat kita. Zaman telah berubah ramai pengiklan mula beralih arah untuk menggunakan khidmat blogger. Pengiklan dapat menjimatkan kos kerana untuk mengiklan di media cetak dan media elektronik mereka memerlukan modal untuk membuat iklan juga membayar pengiklan. Sekiranya mengiklan dengan blog mereka hanya memerlukan input barangan yang hendak diiklan dan selebihnya tuan punya blog akan selesaikan. Mudah. Bila trafik sesebuah blog tinggi bermakna pembacanya ramai jadi pengiklan akan lebih percaya untuk mengiklankan produk dengan kita.


Contoh paling mudah kenapa trafik sangat penting kepada blog adalah Nuffnang. Ramai blogger berlumba-lumba memasang iklan Nuffnang di blog masing-masing terutama blogger yang baru hendak mengenal sepak terajang dunia blog, pendapatan pula bergantung kepada jumlah pengunjung blog semakin tinggi trafik sesebuah blog semakin tinggi juga pendapatan itu contoh mudah. Banyak lagi contoh pengikalan yang menawarkan pendapatan mudah sebegini. Bukankah trafik itu sangat penting?


Berkerja keraslah untuk menaikkan mahupun mengekalkan trafik blog masing-masing. Bukan mudah untuk dikenali kerana sesebuah blog perlu kekuatan tersendiri. Trafik blog sangat penting bagi sesebuah blog kerana ia menunjukkan kekuatan sesebuah blog dialam maya.


Ingin mendapat hadiah bernilai RM300 jadi utarakanlah pendapat anda di Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? Mungkin pendapat anda dapat membantu blogger-blogger di sekeliling kita, berkongsi ilmu. Sesekali memberi lebih baik dari asyik menerima!




You Might Also Like

29 ulasan:

  1. gud sharing sis.. will keep it up.. ;)

    BalasPadam
  2. traffic tuh sebagai bonuslah kepada kita sebagai penulis blog..tinggi trafik, tinggilah sambutan maknanyer..

    BalasPadam
  3. Kakak ni sebab tak apply pun apa-apa pengiklan so tak ada iklan dlm blog kakak. Tak perlukan traffic pun, just suka-suka dapat kawan ramai:)

    BalasPadam
  4. dulu letah nuffnang skrg dah tak letak...sebab kalau nuffnang ni terhad..tak boleh letak iklan lain dlm blog

    BalasPadam
  5. Trafik blog kakcik dah lama menjunam2... nuffnang pun dah berpatah arang dengan blog kakcik... :(

    BalasPadam
  6. patut la ayat akak tersusun cntik sedap mmbacanya...join contest rupanya...:)

    gud luck...

    mmg trafik sngt2 pnting...:)

    BalasPadam
  7. kekadang fikir dan kekadang buat taktau pon ada jugak pasal trafik blog.., tapi memang sangat membatu dari segi semangat...ada orang bg respon makin semangat nak menulis..macamtulah saya tak fokus sangat pasal duit !

    BalasPadam
  8. kakain letak untuk suka2 jer..
    buat blog pun suka2 jugak..alhamdulillah daat ramai kawan2..termasuk la aina..kalau tak ada blog tak kenal dengan aina ni kann...

    salam peluk cium dari kakain..bila nak jumpa..

    BalasPadam
  9. good article kak. :) good luck.

    BalasPadam
  10. pendapatan sampingan juga..
    kena rajin kalau nak lebih kan..

    BalasPadam
  11. Saya pun berminat dgn peraduan ni...tengah mengarang. Menarik entri anda! Semoga anda berjaya ya...

    BalasPadam
  12. penting trafik sesuaru blog.. hehe.. untung2 boleh dpt buat duit sikit2...:)

    BalasPadam
  13. sy tabik spring kepada bloggers yang banyak idea dan kreatif dalam menulis. macam sy ni, selalu tak tahu nak tulis apa. saya ada seorang kawan blogger yang menulis kisah harian sahaja tetapi gaya penulisan dia sangat kreatif, menarik minat orang dan dalam bahasa inggeris yang sangat bagus! blog dia memang mashuk!!! yang dimaksudkan ialah: www.diyanazman.com

    BalasPadam
  14. amboi..berilmiah rasanya baca entri akak ni..hehehe..

    BalasPadam
  15. betul kak...dulu lieya tak kisah sgt pasal trafik....rasenye skrang pun lieya tak kisah sgt...yg penting lieya masuk blog2 kawan2, bace kisah mereka n komen dari hati...bukan komen setakat nak harap kan balasan komen balik....

    BalasPadam
  16. Aina, kebelakangan ni memang Aina rajin update blog.bagus2 saya suka.suka baca...he he.

    BalasPadam
  17. menarik segmen ini.. semoga berjaya.. :D

    BalasPadam
  18. Saya ni masih tersangat baru. Masih terkial2 lagi. Apa sahaja tentang penulisan dan blog, mmg saya akan ikuti.

    BalasPadam
  19. Ada kalanya JA, bila mood down serasa tak hirau traffic blog lebat ke tak.....tp bila baca entri yg bermotivasi mcm ni semangat tu tetiba ada! Tq JA

    BalasPadam
  20. Perkongsian yg sangat baik utk org mcm I nie yg masih baru dalam dunia blogging.. rupanya penting jugak yer trafik nie..insyaallah i akan berusaha meningkatkan trafik blog I..thanks 4 sharing..=D

    BalasPadam
  21. betol tu kak.. hari2 mesti akan check traffic blog ^_^

    BalasPadam
  22. boleh juga dijadikan pendapatan sampingan.. ;)

    BalasPadam
  23. good luck ...

    iyerlah zaman dah maju.. cara pengiklanan pilihan di blog lbh berkesan.. naik traffic dapat bayaran iklan oklah tu kan...

    BalasPadam
  24. Depends on apa tujuan berblogging kot. Kalau mmg blog jual brg, mmg la nak trafik hebat. Ataupun berblog untuk nak income nuffnang. Mcm i tujuan berblog untuk suka2 aje. Dan diblog i mmg tak ada iklan. Sebabnya mmg tak suka iklan. Paling stress kalo bukak blog orang yang bersepah kiri kanan atas bawah iklan nuffnang. Semak! Lagi stress kalo tersilap klik..pastu kluar popup iklan. Grrr..

    Tapi mmg syok la kalo bukak report traffic tgk ada page view, ada orang follow, ada org komen. Terus rasa best sbb tu mcm bukti (konon) yang aku ni takde la syok sendiri. Ada jugak orang baca tulisan merapu aku nih..

    Kiranya mcm self motivation gitu..

    BalasPadam
  25. Kalau serius dalam berblog dan tujuaan utama untuk mendapatkan duit, trafik blog memang sangat penting. kalau sekadar hobi untuk isi masa lapang, trafik kurang pun takpa.

    BalasPadam
  26. kalau orang kata trafik tak penting, bukan ke jadinya blog itu syok sendiri? jadi, ke mana ilmu itu hendak disalurkan? mari kita semua blogger fikirkan..

    BalasPadam
  27. thanks akak....berkongsi ilmu untuk semua...bagi wawa...ber belog lah dengan ikhlas....kerana melalui keikhlasan itu kita akan sentiasa beroleh ketenangan dan kebahagiaan...mudah-mudahan

    BalasPadam
  28. Jika nak berniaga kena ada lokasi yang sesuai, yang ada ramai pembeli. Pada mulanya memang nampak macam tak bernilai, tetapi apabila ramai pelawat secara tidak langsung blog itu juga menghasilkan pelawat yang berpotensi menjadi pembeli. Semoga berjaya :).

    BalasPadam
  29. ni msti dah selalu dapat income ni, boleh senyum2 hhe

    BalasPadam