Majlis Kahwin Dulu-Dulu

11:57 PG JunAina 41 Comments


Setiap tempat di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri dalam amalan adat serta budayanya, kita boleh lihat kepelbagaian adat walapun kita satu bangsa. Teringat zaman kecil-kecil dulu kenangan yang sentiasa manis di jiwa tatkala ada kenduri besar-besaran di rumah Tok Ayah yang tentunya majlis perkahwinan.


Beberapa bulan sebelum majlis berlangsung satu lori kayu yang bakal jadi bahan api akan dibeli, diletakkan di depan laman berpanas. Kayu getah ataupun reja kayu kata orang tempat saya akan menjadi pilihan. Kalau kayu getah ada harapan nak kutip cendawan sisir! Persediaan lain termasuklah lembu yang bakal di korbankan dan stok beras. Bila semakin dekat harinya barulah barang-barang kering yang bakal digunakan dibeli.


Persediaan pengantin tidaklah beria-ia seperti zaman sekarang, sederhana mengikut kehendak keluarga. Baju pun hanya sepasang untuk nikah dan sepasang untuk majlis kenduri keesokannya itu pun tak adalah blink-blink macam pengantin zaman sekarang tapi saya suka songket bunga tabur zaman dulu tu (biasanya majlis nikan diadakan sebelah malam). Hantaran pun kebiasaannya kain pasang, sejadah, telekung, Al-Quran dan yang banyaknya manisan dengan harapan moga-moga perkahwinan pengantin nanti pun manis sahaja.


Paling seronok 2-3 hari sebelum majlis berlangsung rumah Tok Ayah akan dipenuhi saudara-mara Tok Ayah dan Tok yang datang bermalam serta membantu mana yang patut. Meriah sangat. Masing-masing datang bawak keluarga, masa itulah nak bermain dengan sepupu-sepapat bagai sepertinya kenduri 3 hari 3 malam. Zaman dulu susah tak ada kereta sendiri yang ada hanya bas dan 'perebet sapu' sahaja jadi perlulah datang awal bagi yang tinggal jauh.


Pada hari langsung biasanya diuruskan secara gotong-royong, orang kampung akan bermesyuarat seminggu sebelum majlis dan membahagikan tugas. Sehari sebelum kenduri akan dibina balai di depan rumah (pondok kayu tanpa dinding) yang akan menjadi tempat makan lelaki, kaum ibu pula akan makan di dalam rumah. Pada sebelah pagi akan diadakan Majlis Marhaban dan bezanya ianya hanya untuk kaum lelaki. Biasanya kalau kita lihat sekarang kebanyakan kumpulan marhaban terdiri dari kaum wanita. Marhaban akan diadakan di atas balai.


Buah tangan buat tetamu pula hanyalah bunga telur. Biasanya telur tu hanya dibalut dengan plastik lip-lap yang di stepler kat hujungnya. Simple sangat. Baru-baru ini saya ada terlihat tempat telur sebegitu di Nilai. Kenangan mengusik jiwa betul! Biasanya juga kenduri akan di adakan sama sehari jadinya rombongan pengantin lelaki akan datang 'menyambut'  pada sebelah tengaharinya kemudian bawa balik pengantin perempuan ke rumah sana. Malamnya pula pihak perempuan akan ke rumah pengantin lelaki untuk acara 'makan besan'. Esoknya lagi sekali rombongan dari pihak perempuan akan ke rumah penganti lelaki untuk membawa balik kedua-dua pengantin sebagai tanda menerima dan meraikan penagantin keduanya.


Tiada majlis persandingan apatah lagi menepung tawar bagai, hanya salam mohon restu dari kedua ibu-bapa.  Pengantin akan di bawa oleh mak andam ke halaman ambik kerusi dan duduk sahaja ala-ala sanding  untuk di tunjukkan pada tetamu (kadang-kadang kerusi pun berkarat je) kemudian ke 'kedehoq' atau tempat orang dapur yang memasak dan menghidang.


Bila majlis berlangsung saya selalu duduk di balai sambil merenung bulan. Agaknya bila tiba masa saya nanti mesti indah seperti bulan, sambil letak tangan atas dahi dan pejam mata...ahaahahhaaa....





Ini selendang yang mak saya guna ketika majlis pernikahan dia bersama arwah abah hampir 44 tahun yang lalu. Masih cantik dan elok keadaannya sebab mak simpan berbalut surat khabar agaknya begitulah mak simpan sayang pada arwah abah yang merupakan cinta pertamanya. Cinta selepas kahwin!



You Might Also Like

41 ulasan:

  1. satu lagi..
    bunga telor yang balut dengan kertas 'crepe' tu/ kertas jagung..
    nanti kaler dia lekat kat telor

    BalasPadam
  2. byk beza dlu dan skg..

    dari sgi ekonomi mmg jauh beza pula..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak sangat bezanya Yui...dulu kereta tu hanya org berada mampu pakai tetapi skrg kereta tu keperluan.

      Padam
    2. dulu tak pikir sgt ekonomi cam skrg....ekonomi dulu sepakat membawa berkat

      Padam
  3. masih cantik lagi selendang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selendang tu masih cantik tapi ada sikit lubang-lubang kecik. Almaklumlah dah lama simpan.

      Padam
  4. wow memori yang mahal btul kain selendang mak akak tu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menyimpan kenangan sangat sebab arwah abah meninggal masa tu mak baru berumur 26 tahun kot.

      Padam
  5. zaman skrg costly kan. tp kalau ikut suruhan agama...jgn lbihkan kemahuan.. in sha allah.. taklah datang pbziran..

    emosi juga baca part mak akak simpan selendang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun buat majlis kecil2 pun makan belanja besar jugak...

      Padam
  6. Ini adat negeri mana Jun.. kalau tempat che mid, kadang-kadang lapik kerusi pengantin di laman tu guna kain batik je.. silat tak tinggal.. kalau budak-budak selalu disuruh melilit bunga manggar. lekatkan guna gam tepung kanji he he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini adat org Perlis Che Mid tapi sekarang ni kebanyakannya buat kenduri berlainan hari walaupun kawin satu negeri. Silat tu kadang2 ada jugakkk...

      Padam
  7. masih elok lagi simpan.. kenangan kan :)

    BalasPadam
  8. majlis kawen dulu2 best..mcm2 nostalgia..penah g uma org kawen masa kecik dulu..dpt teur dibalut ngan kertas tisu kaler pink..heehe

    BalasPadam
  9. best kan zaman dulu2.tk bnyak guna duit mcm la ni.srba sdrhana tpi meriah, sebab berminggu sbelum kwin jiran tetangga, sanak saudara dah mula brkumpul..berkampung. now semua catering...

    BalasPadam
  10. majlis kahwin dulu2 memang meriah! Bukan sehari dua...tapi sebulan sebelum kenduri sudah terasa kemeriahannya. Ya...gotong royong itulah yg menambah kemeriahan. Dikampung mertua kat Tg Karang masih dapat rasai suasana sebegitu.

    BalasPadam
  11. Meriah lagi majlis masa dahulu kerana saudara mara adik beradik datang bermalam kat rumah pengantin berhari2 juga lamanya...
    Sekarang mana ada. Adik beradik dtg sama macam tetamu yg lain.. Lepas makan.. Balik....

    BalasPadam
  12. hehehe...zaman sekarang ni kalau tak de 10k and above jgn kawin le. kekadang tu 10K pun untuk pelamin je. lelaki perempuan pun sama kosnya...

    BalasPadam
  13. 44tahun kak? Ya Allah.lama tu.tu lah kan kak.sy ingat lg majlis kawen makcik2 sy dulu.mmg meriah.gotong royong.best sgt!

    BalasPadam
  14. Ye kak...ingt dlu masa kecik...umur bru 9 thun...last kwin maksu sy...mmg dpn umh arwah Tok...gotong royong buat balai...cnderahatinya telor yg diwarnakan...pastu diikat dgn kertas tisu...mcm2 lg lah...nostalgia btul...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nostalgia sesangat... Skrg macam2 dah org bg sebagai cenderahati.

      Padam
  15. elok lagi selendang tu....kena jaga elok elok :) Boleh buat macam mat saleh, gown kahwin nenek nya pass ke cucu :)

    Zaman sekarang, dah susah nak merewang..
    Masing2 sibuk dgn komitmen..
    Catering aja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah mak dok simpan je...

      Zaman berubah doc tapi kampung akak ada lagi aktiviti merewang ni.

      Padam
  16. mmg betul2 legend itu selendang!!

    tak boleh dijual beli...

    BalasPadam
  17. wahhh..msh ada lg selendang berumor cenggitu kan..
    ape petua awet muda selendang tu..hihi..
    wedding skrg xsm dgn dulu..dulu sgt meriah..teringt ms kecik2..
    skrg xde joget lambak dah..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petua awet mudanya simpan kemas2 dalam lipatan suratkhabar, org tua yg menyimpannya.

      Skrg tak de joget lambak tapi ada karaoke...bingit!

      Padam
  18. kalu selendang tu ltk kt muzium, sure mahal tu ;-)

    BalasPadam
  19. jun, dulu2 lepas kahwin, pengantin dah salin baju sebab kena cuci periuk..huhu..maklum, zaman kak takde katering bagai..
    zaman la..lepas kenduri pengantin hilang.bila ditanya, pengantin p keluar buat photoshoot. p bendang, taman bunga, tasik...aduhai...

    BalasPadam
  20. ha ah, selendang tu tetap cantik berkilat dalam simpanan.... benar kata Jun, cinta mama terhadap arwah ayah tak pudar dek masa.... Al-fatihah buat arwah ayah...
    Saya tak sempat merasa majlis kenduri sebegitu... dari zaman makcik2, mmg arwah nenek dah suka tempah gulai kenduri... tak merasa kemeriahan kenduri seperti yg digambarkan :)

    BalasPadam
  21. wah selendang tu
    klasik...sure mak akak jenis org yg teliti
    brg kenangan ni
    yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

    BalasPadam
  22. Terharunya..begitu kuat kasih sayang ibu akak kat arwah ayh kan..

    BalasPadam
  23. Banyak bezanya. Yang pasti, sekarang nak kahwin dah macam majlis kenduri kahwin orang Cina. Ribu riban habis duit!

    BalasPadam
  24. mengusik jiwa la aina baca mrmalwm ni... mmg kalut bila mlm sbl kenduri dgn kerja gotong royong. klu kat kg sy ada makn sup tulang..wuh terliurnya rasa... knk2 hepi main dan org dewasa tgk wrestling...bila dah maju sikit haha.

    BalasPadam
  25. Betul apa yg awak kata JA.....
    Zaman ni mmg cukup berlainan gayanya.... Tapi best jugak tau JA tak yah nak menolong sangat hehe.... tu ckp org yg malas mcn okje hehe

    BalasPadam
  26. teringat filem Madu Tiga..p ramlee kawin number dua..bini first mai serang lari berteraboq..hahaha

    BalasPadam