Cendol Dan Laksa Sedap Di Bandar Baru Bangi

11:46 PG JunAina 18 Comments


Saya jumpa 'port' cendol dan laksa sedap di Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Kebetulan kami lepak sekeluarga menemani adik ipar memancing dan anak-anak pulak ada ruang untuk berlarian di taman permainan berhampiran. Bila dahaga mak minta bungkuskan cendol rupanya sedap jadi kami 'lepakking' dekat gerai selepas itu.


Gerai ini terletak di Taman Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi, bersebelahan perpustakaan. Parking luas tak menjadi masalah. Boleh pilih makan di bahagian hadapan atau untuk lebih santai ke bahagian belakang berhadapan tasik. Minum cendol dan makan laksa sambil menikmati pemandangan, tau-tau habis semangkuk.



Teruja tak? Ini cendol pulut saya punya. Kuahnya tu tidaklah terasa susu sahaja ada rasa lemak santannya. Kena dengan selera kami sekeluarga.



Cendol biasa. Meriahkan warnanya. Anak-anak teruja tengok warna-warni dalam mangkuk cendol. Kacang  besar-besar dan jagung tu banyak pulak diletaknya. Cendol pun banyak jadi terasa makan cendolnya berbanding sesetengah tempat hanya kuah sahaja banyak cendolnya adalah seurat-dua.



Saya teruja tengok cara dia hidangkan laksa ini. Dalam mangkuk bertutup! Buka sahaja mangkuk bau laksa semerbak mewangi.



Close up sikit lagi. Laksa kedah yang tak banyak beza dengan laksa Perlis tanah kelahiran saya. Laksa yang pekat kuahnya berwarna agak pucat kecoklatan dengan ulam daun selom, timun dan bawang besar. Boleh tambah 'cabai melaka' dan otak udang yang didatangkan secara berasingan.



Kami sekeluarga, mula-mula oder 4 mangkuk laksa kononnya nak share sorang sikit, bila rasa sedap masing-masing oder seorang semangkuk. 


Puas hati makan kat sini. Laksa Rm3.50, cendol biasa Rm1.70 dan cendol pulut rasanya Rm2.50 (saya agak sahaja sebab dah lupa). Kat sini makannya hanya ada laksa dan pau. Minum banyak pilihan sejuk dan panas selain cendolnya yang sedap tu. Saya lupa nama kedai ini nanti kalau jumpa bisnes kad gerai ini saya akan lekatkan kat blog. Gerai ini cuma cawangan sebab depa ada kedai di Teras Jernang.


You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Askm, Tak ajak pun ... Lama tak jumpa ... Salam pd suami

    BalasPadam
  2. tiba2 rasa terliur... laksa memang kegemaranku... teringat kesedapan laksa perlis... ehm...
    konon nak kongsi yerk...

    BalasPadam
  3. semalam pekena abc... hari ni .. depa tayang cendoii plakkk . Blah utara ni tengah panaih ni ....

    BalasPadam
  4. Macam sedap ni kak.

    Weekend ni balik umah suami kat Bangi Lama, memang nak ajak dia singgah sinilah plannye hehehe

    BalasPadam
  5. wow..port baru ke? kena cuba tengok jugak ni

    BalasPadam
  6. Tengok gambar cendol tu cepat-cepat skroll ke bawah. Terus nampak gambar laksa. Ahh terus la pi part komen, saya tengah lapar gila ni.

    BalasPadam
  7. lama betul tak makan cendol..tengok gambar dah meleleh.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Aina

    kalau dapat GPS...senang boleh terjah

    BalasPadam
  9. wah kak!! ni bagai pucuk di cita ulam mendatang...nanti lieya nak cube laaa..selalu lieya pekena cendol kat uniten jek tak pun kat lori2 bawah pokok area bangi depan2 kilang tu.. nanti lieya nak try yg kat sini laa...mmg betul nampak meanriknyer...warna warni haa cendolnye....

    BalasPadam
  10. Adoi sedapnya. Rs cam nak terbang pi sana. Dua dua sy suka.

    BalasPadam
  11. telan liiur... nengok pun dh tau sedap punya

    BalasPadam
  12. Lansung tak perasan bila lalu sini
    Lainkali kena pelan2 dan kepala pandang kiri...
    Menarik sangat laksa dlm bekas tembikar cenggitu...

    BalasPadam
  13. Amboii,,sedapnya. Yang bulat-bulat merah namanya apa?

    BalasPadam