Keputusan Semakan MRSM Tingkatan 1

4:18 PTG JunAina 8 Comments


Sejak pagi laman web MARA gagal saya masuk. Kemungkinan besar ramai sedang cuba mendapatkan keputusan permohonan ke MRSM anak masing-masing. Petang baru saya dapat masuk. Hari ini dua kali hati saya agak terguris. Kakak Hayani gagal menempatkan diri di MRSM. Suara dia kedengaran sangat kecewa bila saya maklumkan pada dia pukul 3pm tadi. Dia berharap sangat dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM.


Inilah yang saya dapat apabila memasukkan angka giliran Kakak Hayani. Sedih tapi saya redha.


Sebagai ibu saya juga sangat tersentuh, saya akui sedikit kecewa bertambah sedih bila mendengar keluhan kecil Kakak Hayani di hujung telefon yang sarat kekecewaan. Di mana-mana pun boleh belajar dan boleh berjaya, saya harap Kakak Hayani tidak akan menurut kata hatinya yang sedang kecewa.


Insyaallah bila rayuan di buka saya akan mencuba nasib lagi sekali. Mana tahu tiba-tiba ada rezeki Kakak Hayani untuk pengambilan ke dua. Berusaha sudah, berdoa sudah selebihnya kami bertawakkal dan inilah keputusannya, walapun sedikit kecewa saya tetap berpegang 'perancangan Allah s.w.t adalah lebih baik untuk kami'.



You Might Also Like

8 ulasan:

  1. jangan sedih2 ye kak..pasti ada hikmah disebaliknya :)

    BalasPadam
  2. Semoga ada yg terbaik buat kakak Hayani

    BalasPadam
  3. mungkin rezeki masuk teknik bila form4 nanti
    all d bez buat anak akak

    BalasPadam
  4. boleh buat rayuan tu Aina...jgn putus asa...
    tulis surat rayuan, hantar ke pejabat Mara..asap ya.

    BalasPadam
  5. Semoga selepas ini berjaya ..AMIN~

    BalasPadam
  6. InsyaAllah, kalau usha belajar kt mana2 pn pasti cemerlang..dr pengalaman ank2 sy 4 org pernah ditawarkan ke SBP ttp mrk memilih ke sk harian...Alhamdulillah 2 org dh dh jejak kaki ke u n cemerlang dlm SPM, yg ke 3 pn cemerlang dlm PMR n skrg menunggu result SPM...Alhamdulillah.
    Jgn sedih2 ye kakak, rezeki di mana2..yg pnting usha tngga kejayaan......

    BalasPadam
  7. DIA sebaik perancangan. Pasti ada hikmah disebaliknya..

    BalasPadam
  8. Kat mana mana pun boleh bljr dan berjaya. Anak ank sy pulak x nak masuk asrama. Sy kata kalau korang bljr pandai pandai x krn masuk asrama. Klw bljr main main ibu hntr pi asrama

    BalasPadam