Stress

4:57 PTG JunAina 12 Comments

Pagi-pagi lagi telah terdengar suara sumbang di meja. Terdengar 'lead engineer' berborak dengan seseorang yang boleh mencairkan tahi telingaku. Arggghhhh...kenapa le pagi-pagi mesti ada suara dia? Kawan yang telah menjadi musuh, berbulan lamanya sudah tiada lagi bicara antara kami. Mungkin bagi dia orang yang lembut hati dan naif seperti aku boleh di injak-injak sesuka hati. Dia silap, sekali hati ini terluka tak mungkin ada maaf di penghujungnya.

Syukur alhamdulillah, selepas peristiwa melukakan itu Aina dipindahkan ke The Intermark untuk satu projek task force. Sekurang-kurangnya tidak perlulah memandang dan mendengar suaranya yang manja mengada-ngada serta mengadap perangainya yang suka melentok-liuk dan meleser (adoyaiii...luahan perasaan betul!).

Bertambah strees hari ini bila berita gembira yang ditunggu-tunggu saban tahun iaitu surat kenaikan gaji dan bayaran bonus telah keluar (management close account pada bulan June), bos pulak telah ke Turki sehingga 20hb Julai. Lagilah hangin satu badan... Stress berganda bila mulai 19hb-22hb Aina pulak akan bercuti dan hanya kembali berkerja pada 25hb Julai yang kebiasaannya tarikh tersebut gaji pun dah keluar. Argghhhh...kesian..kesian...sangat-sangat kesian kat diri sendiri...

Sebagai penghilang stress hari ini terus angkat handbag ajak Pak Tuan keluar berpoya-poya. Makan-makan kat KFC dan jalan-jalan window shopping. Keluar 11.45 pagi masuk kerja balik pukul 2 petang...:)

**Aku tak mungkin menangis kerana dia kerana hati ini telah keras menjadi sekeras kerikil. Masa telah menjadi guru terbaik dalam mengharungi kehidupan...



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum aina..
    bila kamu meluahkan...

    kak dapat merasakan apa yang terbuku dihati kamu

    moga kamu terbuka satu hari nanti pintu kemaafaan utk yang pernah kamu gelar kawan..
    walau pahit, walau beribu kemarahan,...

    kita sesama insan...
    buang yang keruh ya dik..
    Insyallah..
    kalau kita yang memaafkan dahulu..
    walau bukan dr segi perkataan.. hanya perbuatan..

    kak ayu tahu, disana seribu kesalan

    PS: maaf..kak menulis agak panjang, barangkali menyakiti hati kamu....

    BalasPadam
  2. kemaafan dendam yg terindah...tetapi bukan sekarang masanya, hati ini masih terlalu pedih rasanya...

    terima kasih kak ayu...

    BalasPadam
  3. patutlah orang yang stressed selalu naik badannya. tambah2 kalau suka makan kfc.

    lagipun stressed tu kalau di terbalikkan ejaannya jadi 'desserts" !

    BalasPadam
  4. sabar ye kak aina , amy faham apa akak rasa sebab amy ada pengalaman macam tue.pape pun dalam keadaan skrg baik akak tenangkan diri dulu ok..

    BalasPadam
  5. Insyaallah suatu hari nanti..
    tapi acik tau..walaupun boleh memaafkan..tapi sukar untuk melupakan..

    BalasPadam
  6. Pernah terjadi juga pada kak Zai,mentang2 kita lembut sesuka hati dia aje nak cakap.Sampai sekarang kak Zai tak tegur biarlah masa yang menentukan.

    BalasPadam
  7. salam

    kita pun mengalami masalah y sama di tempat kerja...jangan diduga hati gadis yang tenang ini, kerana sekali bah melanda...tiada lagi rintik hujan atau angin sempoi-sempoi bahasa...ahaha...

    selagi saya boleh buat kerja tanpa dia, apa nak kisah kan ...punch card masing-masing, balik masing-masing, datang masing-masing ...tapikan... tandas tetap kena kongsi..huhu...

    sabar k...bukan kehidupan jika tiada musibah =)

    BalasPadam
  8. tuan haji...

    macam mana aina selama ini tak pernah terfikir pun yg stressed yg di terbalikkan...tp apapun aina memang penggemar 'desserts'.

    lagi suka kalau time2 cam gitu dapat pergi shopping bukan 'window shopping'...

    BalasPadam
  9. amy...

    kak aina jarang nak marah org, hari kejadian tu memang akak tinggikan suara dan terus naik ke surau. kalau ikutkan hati ada yg makan penampar(boleh tahan garangnya)...hahhaaaa...

    BalasPadam
  10. acik...

    kawan sendiri, masuk kerja pun guna tiket aina sebagai staff. bila dah lama kerja boleh pulak tikam belakang kita...sapa tak sedih & sakit hati...

    BalasPadam
  11. haih...sabar je la...

    erm..tak try cari kerja baru ke...? :)

    BalasPadam
  12. sabar banyak2..cik sakura dulu pun sukar memaafkan seseorang akibat kesilapan yang memang cik sakura tak boleh terima..cuma masa yang akan menetukan..tapi cik sakura memaafkan dia supaya hati cik sakura dapat hidup dengan lebih tenang..dan rasa tenang bila memaafkan orang itu seikhlas yang mungkin sesuatu yang sangat indah..ambil masa seberapa banyak yang anda perlukan..insyaallah kemaafan itu akan memberi ganjaran kepada diri kita sendiri..

    BalasPadam