Lazada - Saya Gembira Dengan Barangan Anda

12:43 PTG JunAina 17 Comments


Lazada rasanya nama yang tak asing lagi bagi yang gemarkan shopping online. Sebelum membuat keputusan membeli secara online saya buat carian jugak di internet. Ina blogger IntanBerlian kata service bagus barang pun bagus dengan diskaun menarik boleh tengok kat sini dan sini tetapi saya terlepas pandang pengalaman Eyriqazz kat sini tetapi Lazada telah meminta maaf atas kesilapan mereka boleh baca di entri ini. Jadi terpulang pada pendapat masing-masinglah untuk shopping dengan Lazada ini.


Saya buat keputusan untuk membeli sebuah tablet untuk Hikram anak bungsu saya tetapi hanya memilih tablet yang murah dengan call facility. Jadi dia boleh call dan sms mama juga, jimat tak payah beli telefon bimbit untuk dia. Saya beli tablet jenama EASTCOM dengan potongan harga 50% dapatlah Rm299 dengan penghantaran percuma. Alhamdulillah telah selamat sampai walaupun ada sedikit masalah penghantaran di mana saya terpaksa menunggu 6 hari untuk barang di hantar dari Kuala Lumpur ke Kajang entri itu boleh baca kat sini.



Janjinya GD Express nak hantar malam jadi dalam pukul 8.20pm depa pun sampai depan pintu. Hikram dah suka sangat, cepat-cepat mama buka. Ini bungkusan bahagian dalam, dibungkus kemas tanpa ada cacat celanya.



Buka sahaja Hikram dah mula senyum-senyum dan happy sangat. Tiada yang lebih membahagiakan seorang mak selain dapat menggembirakan orang yang di sayangi. 



Inilah dia rupanya tablet EASTCOM tersebut. Cantik juga design dia taklah gedabak tebal seperti saya tengok di kedai telefon tempoh hari pulak harga pun agak mahal jugak. Saya happy tengok barang dalam keadaan baik dan cantik!


Alhamdulillah setakat ini tak ada sebarang masalah lagi. Kalau ada masalah boleh pulangkan dalam tempoh 14 hari dan saya berharap tak akan ada masalahlah. Sudah masuk sim kad, boleh buat call boleh sms tanpa masalah. Internet juga smooth sahaja lagipun bukan heavy duty user pun. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk pembelian seterusnya.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. wah..seronoklah Hikram ya...mama pun ble tumpang sama

    BalasPadam
  2. Haa dia bungkus elok2 je kan kak.. setakat ni saya order ok lagilah servis dia..

    BalasPadam
  3. Saya pun dah banyak kali membeli di Lazada. Barang memang takda masalah. Cuma sekali aje penghantarannya agak lewat walaupun ada logo Lazada Promise. Kira OKlah ni, boleh cuba banyak kali lagi :D

    BalasPadam
  4. saya pun cuak lepas baca pengalaman eyriqazz tu aritu.. teruk jugak kan..

    BalasPadam
  5. Selalu juga tengok Lazada ni, tapi belum pernah order apa2 lagi.
    Waa nampak ok juga tablet tu, memang berbaloi dengan harganya kan Jun.

    BalasPadam
  6. puas hati kan kalau apa yg kita idam-idamkan sampai dlm keadaan sempurna tanpa cacat sela :)

    BalasPadam
  7. Seronoknyer dia shopping... Bak satu! hehehe

    BalasPadam
  8. wah! tentu seronok sangat siHikram kan...

    BalasPadam
  9. kalau services bagus..kita pun tak teragak2 nak beli lagi lain kali,kan..

    BalasPadam
  10. kalau ada masalah pada produk akak perlu adukan pada producer produk itu, bukan pada Lazada, (kalau produk itu bukan keluaran Lazada.)

    BalasPadam
  11. brapa RM ek? nak skodeng web tu lah.hehe

    BalasPadam
  12. berapa harga nyer kak... cantik nampaknyer tuh

    BalasPadam
  13. wahh ni servis baik ni kak...mcm ni la bagus kan....kalo bagi servis bagus kite pun tak segan2 nak ulang order atau pun promot kat kawan2.....

    BalasPadam
  14. akhirnya sampai jugak yer kak :)

    BalasPadam