Memang Dia Lupa Pun

9:33 PG JunAina 25 Comments


Sehingga pukul 1.30pm 'dia' masih tak wish untuk saya. 'Dia' call bagitahu tak dapat nak ambik pergi makan tengahari sebab ada kerja lain pun dia masih tak ingat juga. Saya diam. Dah petang sikit baru saya sms dia bagitahu bertalu-talu sms saya dapat wish birthday begitu juga di dinding muka buku. Saya bagitahu bukan nak hadiah beribu-ribu yang saya minta cukuplah ingatan itu pun dah buat saya happy. Saya merajuk! Saya minta dipujuk tapi dia mana nak reti pujuk-pujuk.


Pagi ini dia buat muka kesian sebab saya tak layan....ahahhaa... Sarapan pagi seorang kawan join kami jadi hendak atau tidak terpaksa bercakap juga dengan 'dia'. Saya kalah lagi. Kata 'dia' kakak tu penyelamat keadaan dari muncung macam mulut ikan puyu saya boleh borak-borak dan gelak-gelak. Takkan nak muncung-muncung juga depan orang kan. Harga diri suami nak juga kena jaga.


Tengahari nanti 'dia' minta saya pilih sendiri hadiah dengan budget yang telah diberi tapi saya jual mahallah sikit. Tak apalah saya tak nak apa-apa. Pujuk punya pujuk saya pun setuju sahajalah tapi saya kata nantilah saya fikir dulu nak beli apa.


Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Lama mana pun nak gaduh, setakat gaduh-gaduh manja minta perhatian lebih dari suami je pun. Pesanan buat suami-suami yang lain sila perihatin kepada tarikh-tarik penting disekeliling anda terutama yang berkait rapat dengan isteri. Suami saya memang gitulah, ate orang tua mana dia nak ambik pusing semua tu!


You Might Also Like

25 ulasan:

  1. hehehe.. memang sedih kan kak kalau orang tersayang dan terdekat terlupa birthday kita..

    happy belated birthday kak..

    pstt.. pilih hadiah apa?

    BalasPadam
  2. ala... majok plak... tapi best jugak kan majok ni...

    BalasPadam
  3. hehehe majok2 jg.. manja2 jg.. dah "dia" nak bagi hadiah tu terima je kak hehehe
    sweet =)

    BalasPadam
  4. org lelaki mmg mcm tu kak..benda2 remeh mcm ni dia mmg 'xnmpk'...sy pn penah kena last year...da 2 mggu lps birthday br nk wish...panas je heheheheh

    BalasPadam
  5. Hehehe..Setakat ni hubby masih hafal lagi la tapi tak taulah bila usia makin meningkat ni, redha je la yea tak..

    BalasPadam
  6. Heheh...siannya ..takperlah ..janji dlm hati dia ttp sayang pada kita..
    kalau sy sedih jugak tp buat macho jer lah taknak gaduh2..heheh

    BalasPadam
  7. memang la merajuk kan klw laki x igt bday bini. klw sy pun camtu kak.

    BalasPadam
  8. tkpe majuk skit2 itu harus ..
    beli hadiah apa?

    BalasPadam
  9. alahai kak...jangan sedih-sedih..meh saya wish Happy Birthday kat kak..semoga sentiasa berbahagia dengan Pak Tuan...walau dia lupa saya pasti ingatan dan kasih sayang dia kat kak sentiasa berbunga-bunga ^_^

    BalasPadam
  10. alahai....merajuk pun sweet je kan...SA xde la nak merajuk mcm tu..paling koman pun diam je..tp xde makna..sampai ke sudah macam tu je..xde nak dipujuk2 de..

    BalasPadam
  11. ololo merajukyer...takper lepas ni dapat hadiah.. hadiah apa la tu yek

    BalasPadam
  12. perempuan mcm tu la kak. mana nak merajuk lama dengan org tersayang :)

    BalasPadam
  13. hee..happy bday kak! ..jgn majok2 ye.. tp kalo laki pandai pujuk mcm sweet jgk..eheh

    BalasPadam
  14. hehe tergelak akak membayangkan muncung cam mulut ikan puyu tu. Akak rasa kebanyakan lelaki mm ggitu kot, bukan sebab umur dah tua. Teringat masa akak ngandungkan anak kelima dulu, dia terlupa jugak birthday akak, sebenarnya akak tak kisah pun tp ntah naper, agaknya sebab tgh sarat mengandung, akak boleh kecik ati. Malam tu dia balik bawak kek ngan sejambak rose. Akak pun menyombong gak jual mahal, sekali tu pagi esok terus bersalin, cepat seminggu! terus terpaksa berdamai hehehe....anak kelima kami lahir 3 hari dari birthday akak, kami sama zodiac, nasib baik perangai tak sama ngan mak dia hahaha...

    BalasPadam
  15. lelaki macam tulah kadang-kadang lupa mungkin terlalu sebuk mencari rezeki.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum

    Ater demer ajer memang pelupa manjang. hehehe.... Tapi baguih ler kerak nasi udoh lembut...sodap

    BalasPadam
  17. Ahahahah dah duga dah kak. Tak pe la, merajuk-rajuk sayang la tu.

    BalasPadam
  18. Merajuk pada yang sayang...

    kak Zai ucapkan selamat hari jadi. Semoga sentiasa bahagia disamping suami dan anak2. dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik2,in shaAllah.

    BalasPadam
  19. Takpe Aina..merajuk pada yang sayang...biasalah org lelaki...pada mereka semua nya remeh temeh...
    anyway nekcik ucapkan belated besday kat Aina...semuga sentiasa bahagia di dunia hingga ke akhirat..amiin...

    BalasPadam
  20. orang lelaki banyak lupa tarikh la aina bukan macam kita, tarikh tunang, tarik dating pun ingat. rasa kak ada buat entry fasal ni hasil kajian seorang doktor..lama dah..huhu

    anyway, happy belated to aina. muda lagi you...

    BalasPadam
  21. Kesian.. tapi tak pe jugak dapat pilih hadiah lepas tu heheee :D
    Orang lelaki banyak komitmen kot.. tu yang terlupa jer hehehee..
    Bersabar je la insyallah ada keredhaan untuk syurga yg kekal abadi :D

    BalasPadam
  22. lelaki mmg gitulah... bab2 tarikh penting ni payah benor nak ingat, bkn x sayang tapi entahdlah dh namanyer lelaki kan hehehe.. sesekali merajuk seronok jugakan !

    BalasPadam
  23. ha..ha.. sayapun tiap tahun tak penah diingati.. dah jadi tak kisahler pulak.. dah nasib dapat suami yang tak macam dalam drama atau novel.. akak redhojerler...

    BalasPadam
  24. Haha......sabo jelah JA....nak buat mcm mana....dah gitu caranya hehe...apa kata siap siapkan alarm dlm hp dia tu

    BalasPadam