63 Tahun Derita Pergi Bersama Masa

10:31 PG JunAina 18 Comments




Ya-Allah kurniakanlah seribu kebaikan buat wanita yang melahirkan aku di hari ulangtahun kelahirannya yang ke-63. Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya untuk meneruskan kehidupan ini, permudahkan setiap urusannya dunia dan akhirat. Berilah kesempatan kepadaku untuk memenuhi impiannya satu persatu. Sesungguhnya hanya Engkau jugaklah yang maha mengetahui.


7hb Julai setiap tahun kami anak-anak tak pernah lupa pada tarikh ini, yang dekat cara dekat yang jauh mesti ada ucap selamat. Tahun ini saya agak ketinggalan kerana terlupa sehingga diingatkan oleh Shahizat adik yang tinggal bersama mak. Katanya mak nampak tak ceria. Allah...macam mana saya boleh lupa. Urusan dunia membuatkan saya alpa sehingga membuatkan mak menyimpan rasa.


Petangnya saya telefon lagi tetapi tidak berangkat telefon bimbit mak. Allah. Allah. Di dalam hati tertanya-tanya berkecil hatikah emak. Akhirnya setelah berkali-kali telefon mak angkat juga katanya tak dengar bunyi telefon. Saya terus ucap selamat ualngtahun kelahiran buat mak, suara dia ceria walaupun tahun ini agak lambat. Padahal setiap kali bersahur saya akan bercakap dengan mak sama ada saya yang menelefon atau mak yang menelefon tak pernah terlepas.


Semalam juga Shahizat merancang sambutan hari kelahiran mak dengan membawa mak berbuka puasa di luar. Dua orang adik, Shahizat dan Syafiq bersama kak sulung Sharum dan anak-anak Hakim dan Aiman sama-sama menggembirakan hati mak. Angah Affendi tidak dapat bersama kerana berada di rumah mertua. Saya dan seorang lagi adik perempuan Hasniza jauh di Kajang tetapi kami tetap gembira bila nampak gambar mak yang tersenyum begitu. Shala Pizza menjadi pilihan Shahizat dengan persetujuan mak. Pizza yang berkulit lembut dan divariasikan dengan citarasa orang Melayu.


Alhamdulillah. Syukur padamu Ya-Allah. Ya-Rabb. Mak berjaya mendidik anak menjadi manusia walaupun dalam kesukaran dan kesusahan. Mendidik kami adik beradik punya kasih, punya sayang yang mendalam terhadap mak dan antara satu sama lain. Saya gembira. Semoga ikatan kami adik beradik akan terus kukuh tanpa ada tembok yang memisahkan walaupun masing-masing telah berkeluarga.



You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Alhamdullah.. makcik nampak masih tegap yer kak..
    Selamat Hari Lahir makcik.. semoga sentiasa dalam lindunganNya, diberi kesihatan yang baik, bahagia bersama anak2 tersayang.. luv you mak.. ehhh hahahahaha

    BalasPadam
  2. Aminnn....
    Doa itu baik juga utk aku...Aminnn...

    BalasPadam
  3. air dicincang xkan putus mak kanns., aminn

    BalasPadam
  4. hari lahir mak akak same ngan hari lahri adik lieya yg last kak heheheehe...

    tu le kak, kdg2 telupa kan kak...lieya pun penah telupa sekali...mujur ade group wasap adik beradik so adik lain yg ingatkan heheeheh...

    selamat hari lahir buat mak akak...semoga dipanjangkan usia dan dimurah rezeki....

    BalasPadam
  5. Selamat Ulangtahun kelahiran buat mak akak.. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang..=D

    BalasPadam
  6. Kakak pulak yg sayu hati
    Alhamduillah mak masih sihat Aina
    Moga diberi peluang lagi-lagi dan lagi utk terus menikmati kasih sayangnya

    Selamat ulangtahun buat mak Aina..

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir mak cik semoga sihat dan sentiasa dilimpahi rezeki-Nya aaamiinnnn

    BalasPadam
  8. Ye kan ; alangkah bagusnya silaturrahim dijaga dgn baik..cara terbaik antaranya dgn mengigati birthday dgn tujuan dan niat kebaikan bersama.. Semoga pannjang umur dan merah rezeki makcik di samping ank2 cucu yg penyanyang.

    BalasPadam
  9. semoga makcik terus diberi kesihatan yg baik..berbahagia bersama anak2 dan cucu..

    BalasPadam
  10. Tiada yang lebih mengembirakan bila melihat ibu kita gembira....uhukz

    BalasPadam
  11. moga mak akak diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu

    BalasPadam
  12. Selamat hari lahir buat bonda June.. semoga usia sentiasa didalam rahmat Ilahi..

    BalasPadam
  13. selamat hari lahir tuk mak akak..nampak muka mak nie ade iras anak yg pompuan tuh kan..heheh

    BalasPadam
  14. happy birthday, makcik..

    p.s esok, kalau kita dah seusia mak aina..kita pun sama juga kan..mudah sensitif..

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Jadi jugak buat mak.....
    Sama muka dgn JA yeh emak ni....Syukur mak punya anak anak yg menyayangi sepenuh hati....

    BalasPadam
  16. salam kenal salam ramadhan, selamat hari lahir buat mak JunAina, moga diberkati selalu.

    BalasPadam
  17. semoga Allah berkati hidup mak akak...mak akak mesti gembira bila anak anak igt bezday dia

    BalasPadam
  18. Selamat hari lahir makcik.....semoga allah berikan kesihatan yg baik

    BalasPadam