Pengedar DNA Walit Ginseng dan DNA Walit Stevia

11:55 PG JunAina 1 Comments

Emak saya memang tidak reti untuk duduk diam, sejak dari muda dia telah bekerja keras untuk membesarkan anak-anak setelah pemergian ayah. Dunia kerja dari kilang, kedai jahit sehinggalah membuka kedai makan, mengedar kerepek, menjual nasi lemak, cendol dan cucur udang di tepi jalan semua di lalui penuh ketabahan. Semangatnya sangat kental.


Sejak akhir-akhir ini seiring dengan pertambahan umur yang kudratnya semakin sedikit emak mula menyertai perniagaan MLM yang telah membawa dia ke serata negeri. Ke terujaan emak terhadap makanan tambahan dan penjagaan kesihatan pernah membawa emak ke Singapura menaiki Star Cruise selama 3 hari 2 malam tanpa perlu mebayar apa-apa pun. Kegigihan emak memang selalu membuahkan hasil.


Emak pernah menyertai Luxor sehingga di kenali sebagai Kak Zah Luxor oleh kawan dan lawan kemudian mak menyertai Gamat Emas kerana produk ini lebih mampu milik untuk orang kampung. Kini mak beralih arah tanpa meninggalkan cintanya pada gamat. Emak mula belajar kehebatan walit  dan ginseng pulak melalui produk DNA Global iaitu DNA Walit Ginseng dan DNA Walit Stevia yang terbukti keberkesanan melalui sejarah masyarakat Cina sejak berdekad yang lalu. Emak bukan sahaja menjual tetapi emak belajar tentang apa yang dijualnya., jadi dia tidak kekok untuk bercakap mengenai produk yang dijualnya.



Kini emak mula mengembangkan sayap menjadi pengedar DNA Global yang berasaskan gabungan ramuan herba terpilih yang memang telah diketahui mempunyai nilai khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Antara ramuan utamanya ialah ekstrak sarang burung walet, air mineral, ginseng Amerika, Stevia, kurma dan badam. 







Inilah kehebatan emak saya masih terus bekerja di usia emas, tahun ini dia akan meyambut ulangtahun kelahiran yang ke-64. Moga emak terus sihat agar kami dapat memanjakan emak mengkut segala kemahuan dia, menyantuninya penuh adab. Berilah kesihatan yang baik kepadanya dan umur yang panjang penuh manafaat.



Berminat dengan DNA Walit Ginseng dan DNA Walit Stevia?
Anda yang berada di Kedah/Perlis berdekatan Arau dapatkan dari Puan Hazizah Senapi di nombor telefon 019-2416743. Harga adalah setanding dengan mutu. Telah ramai yang menggunakan produk ini insyaallah berkesan. Kesembuhan itu datang dari Allah s.w.t jua kita hanya berikhtiar.



You Might Also Like

1 ulasan: