Mampukah aku setabah dia...
~KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.~
Subhanallah...Sesungguhnya daripadanya kita datang dan kepadanya juga kita kembali, mengadap yang Maha Esa, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Bertapa kuatnya semangat si isteri mengadap jenazah suami yang kaku terbaring di atas jalan, masih sempat menyatakan bertapa dia sayangkan sang suami dengan kucupan didahi walaupun dia tahu sang suami telah kembali mengadap Yang Maha Esa. Masih mampu mengiringi jenazah insan tersayang yang berbalut plastik hitam ke HKL.
Aku betul-betul kagum...bertapa kuat hatimu wanita...
DBKL perlu lebih berhati-hati, jangan sampai pisang berbuah berkali-kali, jangan sampai ada lagi mangsa ke-2, ke-3 dan seterusnya... Jangan sahaja pandai hendak menyaman bila rakyat tersalah parking, menyita bila rakyat tidak membayar cukai tetapi alpa pada tanggungjawab yang lain-lainnya.
Jangan menyalahkan rakyat bila ada pihak menunding jari atas kelemahan kita. Menjaga kecantikan bandaraya sehingga mengabaikan pada keselamatan di persekitaran. Mulai sekarang jangan hanya mengharap orang bawahan membuat kerja tetapi sesekali orang atasan perlu turun padang memantau. Jangan hanya alpa melayan akhbar bila `driver' memandu apa salahnya tinjau-tinjaulah persekitaran laluan di jalanan...
Perihatinlah pada keperluan rakyar marhaen...
0 Rider Beraksi: