Adam Syukri - Deritamu Deritaku

9:58 PG JunAina 8 Comments

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah ini sudah lama berlegar-legar di alam maya juga di media massa. Banyak blog-blog yang bercerita tentangnya. Blog KakCik Seroja  selalu update tentang kisah Adam Syukri.

Lahirnya adalah rezeki. Buat kedua orang tuanya ini adalah ujian maha hebat. Mereka menjadi insan terpilih untuk menempuhinya. Semalam Adam Syukri telah di bawa ke HKL dengan penerbangan ehsan. Menerima rawatan yang lebih sempurna kerana doktor pakar terbaik ada di HKL. Alhamdulillah.

Satu yang sangat-sangat menyentuh hati melihat ketabahan ibu Adam Syukri Noraisah Mohamad Malena bercakap di kaca telivisyen malam tadi. Tidak mengharapkan Adam Syukri pulih sepenuhnya kerana dia faham fungsi otak sukar untuk dipulihkan. Bermakna dia redza dengan ketentuan Ilahi. Wajahnya cukup tenang tanpa ada air mata yang bergenang walaupun kita tahu dihatinya ada seribu gelora.

Buat kedua ibu dan bapa Adam Syukri Sherma dan Noraisah tabahlah menghadapi ujian ini. Kami mendoakan yang terbaik buat Adam Syukri. Permudahkanlah perjalanan hidupnya Tuhanku.




You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Setiap kali terbaca dan tepandang Adam Syukri ini hati kakak bagai disentap Aina. Besar betul ujian mak-ayahnya...

    BalasPadam
  2. salam kenal.. mmg sedih sgt baca kisah penderitaan adik adam ni..

    BalasPadam
  3. moga adam syukri bertambah sihat..

    skrang dah kat key el kan. ya Allah sedih la tgk gambar dia >_<

    BalasPadam
  4. sedih melihat keadaan Adam Syukri...semoga ibubapa Adam tabah menghadapi ujian dariNYA.

    BalasPadam
  5. semalam tgk berita tv3...
    berat sungguh kesakitan adik adam nih...
    moga keluarga beliau tabah....

    BalasPadam
  6. tak kuat hati akak nak ikuti derita 3 beranak ni.....moga dipermudahkan segala urusan mereka dan adam mendapat rawatan sewajarnya...

    kagum habis ngan emak dia..

    BalasPadam
  7. memang besar ujian nya tu..Tapi Allah itu Maha Mengetahui...dan tidak di turunkan ujianNya kpd hambaNya yg tak mampu hadapi ujian tersebut

    BalasPadam
  8. Tak terbayang kalu kita yang ditimpa ujian begitu.

    BalasPadam