Water World@i-City

3:14 PTG JunAina 10 Comments

Cuti sekolah sudah makin hampir. Minggu depan adalah minggu terakhir anak-anak bersekolah lepas tu horey-horey. Bermulalah edisi pening mak bapak melayan kerenah anak-anak kat rumah. Bertambah jugak kerja mak-mak kat rumah.

Salah satu yang tak boleh nak di tolak apabila ada permintaan anak-anak untuk pergi jalan-jalan. Bagi yang mempunyai bajet besar just choose and pick mana nak pergi. Lepas tu boleh bergembira sepuas hati bersama ank-anak. Kebiasannya ada ibu bapa yang simpan cuti untuk acara akhir tahun seperti ini.

Kalau tak ada cuti pun boleh sahaja nak bawak anak jalan-jalan. Pilih sahaja tempat yang berdekatan. Paling penting menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak. Bajet pun boleh simpan untuk persekolahan tahun hadapan.

Cuti kali ini mungkin kita boleh masukkan i-City dalam senarai. Kalau sudah pernah pergi ke i-City sebelum ini mesti pergi sekali lagi. Kali ini kita main air pulak. Jom ramai-ramai pergi WATER WORLD@i-City. Mempunyai keluasan 174,240 kaki persegi. Tarikan kat sini termasuklah Wave Pool with Giant LED Screen, River Adventure, Giant Jacuzzi Pool with Fun Rides, Children Adventure Pool, Rainbow Slides, Tube Slides dan Tornado Ride yang pertama kat Asia Tenggara.

Sempena pembukaan rasmi WaterWorld@i-City pada 9hb November ada 50% less. Kita akan bayar hanya Rm25 untuk dewasa dan Rm20 untuk kanak-kanak. 40% less pulak dari 10hb hingga 18hb November 2012. Iaitu Rm30 untuk dewasa dan Rm24 untuk kanak-kanak (harga asal tiket adalah Rm50 dewasa dan Rm40 kanak-kanak). Water World@i-City ini dibuka dari jam 11am sehingga 7pm dari hari Isnin sehingga Jumaat dan 9am sehingga 7pm pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan pada musim cuti sekolah.

Water worl @ i-City
Maklumat lanjut sila terjah kat sini.

 Jangan fikir panjang-panjang lagi. Moh ramai-ramai!


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Anak anak ckLah baru masuk snowwalk minggu lepas lepa ambik kakak mereka di Uitm. Lepas ni...harus mereka mengendeng ibu ke sini lagi kalau tau....huhu.

    BalasPadam
  2. I-city tu 10 minit jer Dari umah kakya.. Tapi sampai sekarang baru sekali Pegi... Itu pun masa opening launching.. Tunggu cucu2 balik nanti nak juga bawak jalan2 ke situ. :)

    BalasPadam
  3. syoknya.. harga diskaun pun bykkk.
    ayu tumpang happy.. maklumlah time cuti sek cari duit saku lebih sikit

    happy holiday

    BalasPadam
  4. Wow. .Memang water world jd pilihan kami musim cuti2 skokah kali ni...good news for them insyaAllah.

    BalasPadam
  5. macam bestje...tapi snowalk i-city pn nana xp lagi,huhu....

    BalasPadam
  6. Kami tak plan pun lagi nak pegi mana. Budak budak macam tak kisah jer pun.

    BalasPadam
  7. wahh dah ada water world pasti seronok, kalau pergi story mory ye...

    BalasPadam
  8. sepatutnye , mak dan ayah . bukan mak bapak . ( jangan terasa )

    BalasPadam
  9. sepatutnyer, mak dan ayah . bukan mak bapak ( jangan terasa ) huhuh!

    BalasPadam