Pho Mee - JJCM Vietnam
Tayang-tayang cerita makan di Ho Chin Minh City, Vietnam. Disebabkan Kedai Hajah Basiroh adalah kedai makanan halal paling dekat dan paling mudah rasanya kami banyak makan kat sini sahaja. Dari Ava Hotel jalan ke Benh Than Market belok kanan lintas jalan ambik lorong tengah dekat kedai emas tu staraight je, jumpalah kedainya. Depan Kedai Hajah Basiroh ada Saigon Pink 2 Hotel, kalau nak senang makan booking je kat situ.
Pho Mee gigih aku hari-hari mengadap benda ni. Tengahari makan pho nanti malam ulang lagi tak jemu. Sup dia macam light sikit tak macam kita makan sup tulang atau daging kat Malaysia tapi ada rasa. Harga dalam 65k dong rasanya tapi masa tu kita convert dalam Rm8. Intai-intai kat dapur rupanya sup dia siap pack dalam plastik. Satu plastik tu untuk semangkuk mee. Rebus mee masuk mangkuk, tuang kuah dalam periuk dan panaskan. Curah kuah dalam mangkuk letakkan hiasan dan hidang untuk pelanggan.
Ini peneman tika makan Pho Mee. Daun pudina, cili potong dan hirisan limau. Awas cili tu nampak cantik tapi kalau makan mau berdesing telinga. Konon sekali tu nak pedas sikitlah makan satu slice bersama mee sekali sampai menangis dia punya pedas. Lepas tu taubat.
Inilah antara keistimewaan bila berkunjung ke Vietnam. Kopi ais yang marbeles. Cara buat pun berbeza dari orang Malaysia. Kopi pekat atau pati terlebih dulu disediakan, masuk dalam botol. Bila ada yg oder tuang pati kopi dalam gelas masuk susu kacau. Masuk ais. Sapa yg buka kedai makan boleh praktik. Harga Rm3.50 segelas (nasib baik kat Vietnam kalau kat Malaysia kedai tu dah kena boikot).
Sarapan pagi hari pertama. Nasi goreng kosong dengan telur mata kerbau. Memang tak tertelan tapi lapar punya pasal makan jugak. Pejam mata telan laju-laju. Nasi goreng Rm8. Karipap Rm2.50 sebijik! Nasib baik masa pergi sempat bawak roti, bubur segera dan megi.
Pilihan makanan di Kedai Hajah Basiroh memang agak terhad. Tengahari biasanya ada nasi putih kari ayam atau ikan. Ikan goreng, telur goreng, ayam sambal dan sayur. Rasanya kalau kat Malaysia memang rakyat yang kaya dengan pilihan makanan halal tak akan pandang menu macam tu.
Harga makanan halal di Vietnam memang agak mahal. Banyak kedai makanan halal yang boleh dipilih, ada jugak restoran besar tapi kami pelancong budget so makan jelah kat Kedai Hajah Basiroh. Lagipun duit yang ada nak buat shopping!
wah..best la kak p jenjalan tgk tempat orang...
BalasPadamWahh seronoknyaa Ju dpt jalan2 ke vietnam.. Nampak makanannya pun sedap laa plak.. :)
BalasPadamUish...mhl2 gak makanan sana. TErkejut tgknye...
BalasPadamHalal food memang mencekik regenya tapi kalau pergi sesuatu tempat nak jugak merasa keenakan makanan depa. Bekalan pun bawak jugak tapi takkan asik2 nak ngadap megi je...hehehe...
PadamMak datuk! Mahalnya harga makanan!
BalasPadamAssalamualaikum Jun
BalasPadamsaya tu hari tak jumpa pulak kedai ni...
hadoiii sis...
BalasPadamnaper tak amik cili tu sket wat benih?
bila nak pi lagi? kalu pi akak nak kirim la heheh
daun pudina tu macam daun selasih la sis..daun selasih tu kot? hehe
Kak Q...daun tu memang nampak cam daun salam tapi rasanya macam daun pudina mungkin Vietnam Pudina kot...:)
Padammahainya makan kat sana!
BalasPadamtapi kalau tgk memang sedap je makanan ni.. rasa tu tak pasti lg... harga pun boleh tahan ye..
BalasPadamDia punya mee tu sedap agaknya kena dgn tekak akak kots.
PadamMakannya biasa, yang penting shopping nya luar biasa.
BalasPadamlezatnya,,,,Obat Asam Urat
BalasPadam