Catatan Kenangan : Impian Kami Sama

9:50 PG JunAina 7 Comments

Catatan Kenangan 1.

Buat kami untuk dikenang dan diingati. Buat anak-anak moga-moga mereka tahu susah payah kami. Perjuangan kehidupan yang suatu hari akan sampai titik noktahnya.

Syukur pada MU ALLAH. Kau menguji dan kau juga telah memberi. Pengertian yang hanya aku sahaja mengetahuinya. Ujian yang aku tempuhi dengan penuh kekuatan hati dan redza. Memperbaiki diri belajar dari kesilapan lampau yang hampir-hampir menghitamkan keseluruhan penghidupanku. Tanpa menyerah kalah. Kini aku di sini. Menghitung bahagia yang kian mewangi.

Aina pernah bercerita tentang impan di sini dalam entri MY DREAM. Cita-cita yang sedang diusahakan supaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Salah satu impian itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kami sedang berusaha menyelesaikan segala-galanya secepat mungkin. Kepuasan maksima apabila semuanya adalah hasil penat lelah sendiri.

Semuanya bermula di sini. Hasil jalan-jalan jamu mata yang akhirnya Pak Tuan berkenan sangat. Terjebak. Selepas dipujuk rayu semahunya akhirnya Aina mengalah. Mengikut sahaja kehendaknya. Selepas ditolak campur darab dan bahagi ada sedikit lebihan untuk perbelanjaan tetapi banyak benda terpaksa diketepikan. Bermaksud tiada lagi booking AirAsia untuk setahun dua ini. Hanya keperluan yang boleh dipenuhi tidak kemahuan. Shopping berlebihan juga dihentikan buat seisi keluarga.

Seminggu selepas kami melawat tapak hati dibulatkan. Nekad. Sudah sampai masanya kami melangkah setapak kehadapan dalam memperbaiki taraf hidup. Booking fees di bayar sebanyak 2%. Bermulalah episod menjengah serta bank di Kuala Lumpur.

Mengikut track record RHB paling bagus packagenya. Sayangnya valuer hanya menilai sebanyak Rm260k sahaja, mana nak cari selebihnya sedangkan untuk membayar 10% deposit sudah amat menyakitkan. Sebelum itu telah ke Maybank dan Aina kecewa bila hanya pemegang ijazah boleh memohon pinjaman sehingga maksimum berusia 70 tahun. Kaki di hayun lagi kali ini ke CIMB Bank. Harapan yang terlalu tinggi dengan muka yang hitam kelam. Petugas bank menerima dokumen dengan senyum. Petangnya dia menelefon memberitahu yang valuer setuju dengan harga rumah tersebut (katanya dia risau tengok muka Aina yang sangat-sangat runsing). Bermakna CIMB boleh bagi pinjaman sebanyak harga rumah yang diletakkan. Horeyyyyy... Alhamdulillah. 

Syukur alhamdulillah. Pinjaman pun sudah lulus. Latter Offer pun sudah tandatangan pada 17hb Oktober 2012. Menanti masa untuk tandatangan segala dokumen dengan pihak peguam. Insyaallah andai itu rezeki kami kunci rumah tersebut akan bertukar tangan tak lama lagi. Alhamdulillah akhirnya kami dapat membeli landed property walaupun itu bukanlah rumah idaman kalbu (mengidam jelah semi-d tu).

19 September 2012 kami bayar booking fees Pak Tuan mengamuk sakan kat kedai makan malam tu marahkan agent. Ada ke patut kalau loan tak approve dia nak potong Rm1k dari booking fees. Malu. Apa taknya ramai dok perhati. Akhirnya Aina cakap kalau tak nak beli jom balik tak payah bayar. Bila balik rumah baca booking form tu terang-terang dah tulis yang agent perlu bayar balik sepenuhnya. Mesti budak tu kecut bila Pak Tuan gertak dia (pengalaman Pak Tuan kat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial membuatkan dia sangat berhati-hati).

Sebelum tu pun kita orang dah jumpa nak bayar booking fees tapi agent tersalah tulis nama jalan pada alamatnya, rasanya tertinggal satu perkataan terus Pak Tuan reject minta isi borang baru. Borang pulak bawak satu. Adeh. kata Pak Tuan ini kalau pergi mahkamah kami kalah!

Beli rumah subsale ni macam tulah banyak perlu dikorbankan, banyak perlu belajar terutama dari pengalaman orang lain. Banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan segalanya. Banyak jugak modal yang perlu didahulukan. Kami korbankan semuanya itu.


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Tapi langkah berati-hati macam yg Pak Tuan buat betul Aina. Apa lagi ini bukan beli dari developer. Selepas loan approve pun banyak hal kena buat Aina sebab kakak dah pernah lalui. Tukar nama semua bil-bil seperti TNB/Air/Cukai pintu. Kemudian pejabat tanah pun sama kalau tak susah andai terjadi sesuatu.

    BalasPadam
  2. dari pengalaman kita berjaya mencapai impian..
    moga dipermudahkan.....

    BalasPadam
  3. semuga semuanya berjalan lancar jun.. insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah..akhirnya berjaya juga beli rumah idaman..landed property...Memang bagus Pak Tuan gertak macam tu, mesti gertak gaya tengah soal siasat kan? heheheehhe...

    BalasPadam
  5. tq share pengalaman ye !

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Ju.. Moga apa yg dihajati itu akan tercapai.. Insysallah kena laa berkorban iye tak.. tak per..nanti2 boleh pergi cuti2 plak lepas tuh kan.. :)

    BalasPadam
  7. as salam..

    semuga dipermudahkan semua urusan..insya Allah

    BalasPadam