Buat Duit - Boleh Buat ke?

8:28 PG JunAina 8 Comments

Senang je cakap buat duit ye? Agaknya macam senang cari kertas, mesin dan terus je cop duit tu berapa keping kita nak dan apa not pilihan kita. Kalau macam tu seronok. Cop je duit tu bebanyak dengan not yang paling besar lepas tu joli katak lepas tu silap-silap hari bulan masuk jel guna duit palsu. Huh! Mau ka?

Berfikir-fikir juga macam mana nak buat duit dengan duit yang ada. Pak Tuan kini sudah bersara banyak masa dihabiskan di rumah. Banyak masa dihabiskan di kebun sekangkang keranya (dah jenuh makan pisang mana taknya setiap minggu setandan dapat dipetik dan dah tak ada lagi rumput nak dicabutnya). Merasa jugaklah jiran-jiran dan kawan-kawan opis hasil kerahan tenaga Pak Tuan.

Ingat nak suruh dia berniaga sahaja tapi memang jenis tak ada bakat. Berminat pun tidak. Isteri berminat dia pulak tak memberi galakan. Katanya kerja jelah. Berniaga perlu komitment tinggi. Semangat pun kena kuat. Serba salah. Kalau ikut keluarga memang keturunan ahi perniagaan (cewahhh). Bukanlah bisnes besar-besar pun.

Sekarang dok fikir macam mana nak buat duit dengan duit yang ada. Sesiapa ada cadangan yang bergeliga boleh le kongsi-kongsi. Rasa macam dah penat je merempit tiap-tiap hari ulang-alik 60km sehari (padahal jeles Pak Tuan dok rumah hari-hari). Dah cemuih asik kena arah buat itu buat ini pas tu belakang kita macam-macam diumpatnya. Damn you man!

Duit yang seciput tu sekarang ada di simpan dengan selamat. Dibekukan. Kalau tak jadi air, tau-tau dah tak ada mengalir celah-celah jari...hiksss... Dok fikir cara yang lebih agresif nak kembangkan duit tu. Pantang paling besar MLM, no...no...no... Jun haramkan dri untuk sertai MLM. Takut melingkup pulak. Bukan jenis yang boleh konsistent. Nak gi kelas bagai. Banyak jugak contoh dah dok tengok, yang di atas berjaya hat bawah dok buat kerja sakan kayakan depa kat atas. Ini cuma pandangan peribadi. Lain orang lain pendapatnya. Cuma Aina bukan jenis boleh bertahan macam tu. Nak cakap-cakap dengan orang pun segan inikan pulak nak cari downline.

Sekarang serious tengah cari peluang untuk kembangkan duit tu. Kalau dah banyak boleh tolong orang lain pulak. Memberi selagi mampu!


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Ajak Pak Tuan buat kolam untuk pelihara ikan pulak. :)

    BalasPadam
  2. kalau orang yg bijak, mmg dia akan cari jalan untuk bykkan lagi duit yg dia ada sekarang.mungkin bisnes

    BalasPadam
  3. Kakak kan Aina tak ada business-minded, so kalau nak bagi cadangan memang zerolah... kadang macam bosan juga kerja tapi nak buat apa kalau duduk rumah.

    BalasPadam
  4. rezeki tu ada dimana2 kena usaha lebih sikit je !insyaALlah

    BalasPadam
  5. ada banyak perniagaan yg risiko rendah boleh buat kak..jadi ejen ke..kalau akak berminat nak jual rempah frozen saya ada sorang kenalan..

    kalau nak buat dropshipping pun banyak boleh buat..

    nak jadi tukang mekap..boleh belajar dulu.. awal bulan 12 nanti ada kelas kawan saya buat di nilai..

    kalau nak buat katering (tapi penat sikit lah) pun boleh jugak...

    BalasPadam
  6. jenuh juga fikir nak cari duit tambahan...
    no idea..no idea....

    BalasPadam
  7. cara yg terbukti utk kembangkan duit, dan Nabi SAW dah ajar: bisnes. Bisnes ni maksudnya bisnes sendiri, bukan MLM, bukan direct selling, bukan jadi agent..sebab bagi saya, tu semua buka pure bisnes, kita tetap jadi kuli...

    Nak berjaya, kena berani ambil risiko. Itu fitrah nya..

    BalasPadam
  8. xminat mlm..tak suke nk cari downline..hehehe
    stkt ni makan gaji je la dulu :)

    BalasPadam