Happy Birthday Nur Fatihah Hayani
Hari ini tanggal 1 November 2012 genap sudah umur anak dara nan seorang 11 tahun.Tahun ini menyambut hari lahir dengan mak tok di kampung.
Entah apa yang mak tok rancangkan untuk dia.
Kalau dengan mama pastinya sebiji kek menjadi habuan.
Hampir juga setahun dia meninggalkan rumah tempat dibesarkan.
Meninggalkan mama di dalam linangan air mata.
Memasak hati abah dengan rindu yang disimpan.
Membuat garis pemisah untuk adik dan abang.
Rumah menjadi sunyi tanpanya.
Tiada lagi usikan abang segenap ruang.
Hilang juga jeritan nyaring menceriakan suasana.
Sunyi sudah suara mama meninggikan suara meleraikan keadaan.
Doa yang terbaik buat mu sayang.
Dimana juga kamu berada limpahan kasih sayang mama tak pernah kering.
LoVe YoU So MuCH.
Nur Fatihah Hayani ketika berusia 2 bulan. Masa ini baru lepas pantang. Dilahirkan pada hari Khamis bersamaan 1hb November 2001, jam 12.05 tengahari. Berat ketika lahir 3.70kg.
Kakak dan mama ketika mengikuti abah menguruskan Krusus Peralihan Detektif (Narkotik) di Pantai Teluk Batik. Masa ni mama berusia 26 tahun.
Ketika berusia 4 bulan.
Posing-posing depan kamera.
Tarikh gambar ini 11.8.02 bermakna umur kakak sekitar 10 bulan. Masa ini kakak dah pandai jalan sikit-sikit, dia start jalan ketika berusia 9 bulan.
Sukan Sekolah Tabika Perpaduan daerah Hulu Langat yang di adakan di Stadium Bukit Jalil. Ketika ini kakak berusia 5 tahun.
Hari graduan Pra-sekolah.
Kakak ketika berusia 8 tahun. Berjimba di Taman Botani, Putrajaya. Bersama Lania Pricilia Ayu.
Menaiki tram ketika pameran MAHA 2010. Ketika ini kakak berusia 9 tahun.
Kakak sekarang. Menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke 11. Gambar ini diambil ketika di KLCC, jalan-jalan ke Petrosains awal tahun yang lalu. Cepatnya masa berlalu.
hepi beday kakak...
BalasPadamsemoga jadi anak kebanggaan keluarga ye...
comelnya masa kecik...
Masa kecik comey bila dah beso comot... Hilang dia punya kegebuan tambah2 bila sekarang ni duduk kat kampung asik2 kayuh gerek tengah panas lit2...
Padamas salam
BalasPadamwajah iras mama nya, happy birthday :)
Tinggi Fatihah nie Aina. Moga sentiasa di dalam peliharaan Allah.
BalasPadamHappy 11th birthday Nur Fatihah Hayani..
selamat hari jadi buat Nur Fatihah Hayani..
BalasPadambetul tu, masa rasa cepat berlalu..tu sebab saya selagi boleh cuba luangkan masa setiap ketika yg mampu dgn anak anak...nanti kalau tidak, sedar2 mereka dah besar..
Happy birthday buat Nur Fatihah Hayani semoga berjaya dalam kehidupan didunia dan diakhirat juga menjadi anak kebanggaan ibu dan bapa.
BalasPadamhepi besday Nur Fatihah Hayani...
BalasPadammoga jadi anak yg solehah......
happy buffday...
BalasPadamcantiknya kakak.. secantik namanya.. semoga kakak terus membesar menjadi anak yg soleh..
BalasPadamTinggal ngn mktok eh..kt kpg?...perlis?
BalasPadamPCL...Aina ni ada sorg tu je anak pompuan tapi dia buat keputusan nak dok dgn mak tok. Sekolah kat Perlis.
PadamHappy Birthday kakak Fatihah..dah anak dara skrg ye..cenggini gak kot feeling saya bila Mimi dah besar sok..sebak lak rasa..ntah sempat tgk ke tidak..
BalasPadam