Dah Pandai Memilih

12:07 PTG JunAina 4 Comments

Sejak anak-anak besar ini dah mula rasa lain. Masing-masing nak ikut tekak sendiri. Ikut taste masing-masing. Dulu-dulu masa kecik mak beli apapun dipakainya jelah. Tanpa banyak songel atau banyak cekadak. Abang sudah 12 tahun, kakak 11 tahun dan adik 8 tahun.

Bukan apa bulan Julai hari tu Aina pergi Ho Chin Minh City, Vietnam macam yang Aina cerita-cerita kat sini, sini dan sini. Jalan-jalan kat sana, sambil-sambil shopping. Ho Chin Minh memang syorga membeli belah untuk kaum perempuan. Korang gugellah ok dak pun klik-kliklah kat link tu.

Shopping-shopping tu kebetulan dah nak raya. Terus shopping t-shirt raya untuk anak-anak. Kat sana terkenallah dengan jersey. Aina beli brand Adidas harga tak delah mahal sangat. Kat sana kalau Made In Singapore tu murah dalam Rm12 kalau yang Made In Vietnam tu mahallah sikit ye. Berbeza tau harganya. Mostly kualiti dari Vietnam tu lagi baguslah. Silap-silap kita boleh dapat yang original punya Adidas lahkan. Ala kalau uolls beli kat Al-Ikhsan pun kebanyakannya Made In Vietnam jugak. Licence pengilangan tu keluar untuk Vietnamlah.

Sekali balik. Dak perempuan tu ok je. Semua yang mak beli dia pakai terutama baju kurung lip-lap. Jersey Adidas warna hijau pun dia pakai. Beg Kipling yang dibeli masih simpan untuk buka sekolah tahun hadapan (ini pun sebab dia kat kampung beg kat Kajang). Dah lupa apa lagi beli untuk dia. Kalau pergi kedai baju, mak baru belek-belek dia dah siap pegang tanya cantik tak. Mak diam so anak jelah yang beli. Biasanya dia akan pilih sendirilah ikut selera dia. Selera remaja zaman sekarang.

Adik pun sama 2 helai t-shirt Polo dan satu jersey Adidas. Dia belasah je pakai. Jadi lawak punya cerita jersey Adidas untuk adik beli sepasang. Sekali balik rumah bila buka baru nengok betul-betul, alahai skirt rupanya bukan seluar. Cam ner nak tukar kena booking tiket gi Vietnam lagi sekalilah. Baju boleh je nak pakai tapi dia nengok je coz bila pakai jersey tu macam ada shape sikit tapi Aina suka kaler dia merah dan hitam. Sebenarnya dia tak kisah baju apapun yang di beli dipakainya sahaja tapi ada pantangnya dalam bab pakaian ni. Dok rumah janganlah hulur seluar jeans, mau muncung mulut macam mulut itik. Bagi dia jeans itu hanya nak pergi jalan je boleh pakai. Mungkin dia tak selesa bila pakai jeans kot.

Bab abang ni. Pening. Beli satu t-shirt polo, satu t-shirt Gap dan satu jersey warna hitam. T-shirt Gap je dia pakai. Jersey Adidas yang beli kat Vietnam mak dia pakai sebab sayang. Beli jauh-jauh nanti bagi orang mcm tu je, sebab saiz ok je mama belasah pakai. Ini memanglah memilih bab baju, mungkin sebab dah besar kot. Dah pandai nak trendy ikut kawan-kawan.

Jalan selamat bila nak membeli kain baju untuk dia orang terpaksalah bawak rombongan Cik Kiah. Kadang-kadang malas bukan apa, jalan sikit penatlah, laparlah. Mcam-macam alasan dia orang yang kasi mama rasa macam nak tumbuh tanduk!

You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Anak2 sekarang memang banyak kehendak dan kareak mereka...

    BalasPadam
  2. Anak2 saya pun demand ...kalau bab beli baju ni ...

    BalasPadam
  3. betul juga, kalau nak bestm kena bawa semuanya..buat rombongan cik kiah...boleh pilih sendiri..heheheheh..cuma bila dah ramai, mmg ramai lah ragamnya :P

    BalasPadam
  4. Semakin besar semakin pandai memilih Aina. Sebaiknya memang biar mereke pilih sendiri drp kita beli simpan aje tak nak pakai - rugikan.

    BalasPadam