Ehsan
Sifat ehsan bukan sahaja di luahkan kepada manusia sesama manusia juga terhadap haiwan. Hati yang manusia mudah tersentuh, mudah jatuh kasihan kecuali pada manusia yang Allah telah tutup pintu hatinya. Nauzubillah.Balik kerja beberapa hari yang lalu. Seperti biasa melalui Lebuhraya Plus Arah Selatan. Berhenti mengisis minyak di Shell selepas Tol Sungai Besai. Hari semakin gelap kerana lewat petang dan mendung yang sedikit masa lagi bakal memuntahkan isinya. Keluar dari Shell ternampak seekor anak kucing di tengah jalan keluar masuk dari Shell. Kami berhenti. Pak Tuan berpusing berlari anak hendak mengalihkannya tiba-tiba sebuah kereta Swift berwarna hitam menerjah. Aku menjerit sambil menunjukkan ke arah kereta tersebut. Alhamdulillah. Sebaik kereta itu melepasinya anak kucing itu masih di situ dan seorang lelaki pemandu lori menghalaunya ke tepi.
Pak Tuan berpusing ke motor semula. Termenung. Walaupun Pak Tuan seorang yang tegas, nampak garang dan serius tetapi dalam hatinya tetap ada taman. Katanya kalau anak kucing dibiarkan kat situ apa yang hendak dimakannya. Dia berpusing mengejar anak kucing tersebut.
Anak kucing tu berlari sehingga ke BP bila Pak Tuan cuba tangkapnya. Hampir-hampir kena lenyek dengan sebuah Alza tetapi nasib baik Pak Tuan bertindak ala-ala polis trafik kat situ. Kesian sangat-sangat. Orang yang tengah berjalan itu adalah Pak Tuan yang menuju semula ke motor selepas dapat tangkap anak kucing tersebut.
Anak kucing yang comot. Tercungap-cungap. Lidah terjelir. Bila berjalan pun nampak sangat letihnya. Siapalah yang sampai hati buang kat tepi highway macam tu. Kalau nak buang pun carilah tempat kucing tu boleh cari sumber makanan.
Ingatkan Pak Tuan nak bawak balik. Rupanya dia singgah di Hentian Rehat dan Rawat selepas tol Sungai Besi. Lepaskan kucing malang kat situ. Sekurang-kurangnya kat situ ada kedai makan. Di sambut dingin oleh seekor kucing, siap marah-marah. Semoga panjanglah umur engkau kat sini wahai anak kucing.
Nilai-nilai kemanusiaan yang semakin terhakis akhir-akhir ini. Sedangkan anak sanggup orang buang inikan pula seekor kucing yang tidak bernilai nyawanya bagi mereka. Bukankah kucing ini juga berhak untuk hidup setelah Allah ciptakannya untuk lahirkannya di muka bumi ini. Ingatlah antara penghuni syurga itu adalah mereka yang suka pada kucing.
si anak kucing pasti berdoa untuk Pak Tuan dan keluarganya :)
BalasPadamSemoga Allah merahmati Pak Tuan yg penuh dgn sifat ehsan..
BalasPadamharap2 panjang la umor kucing tu kat situ...
BalasPadamSemoga anak kucing itu dapat hidup dengan sihat dan selamat.
BalasPadamSalute kakak dgn Pak Tuan.
BalasPadamBesar ganjaran Aina. Itulah betul kata Aina kalau nak buang pun tengoklah tempat.
Belakang rumah kakak jadi tempat org buang kucing Aina.
ala baguihnyer gitulerkan..
BalasPadambayangkan anakpun di buang yerk inikan pulak kucing... tak patut..
Alhamdulillah...semoga Pak Tuan mendapat Rahmat dari kebaikan nya itu...
BalasPadam