Tautan Dua Jiwa - Dia Terima Nikahnya
Keluarga telah mula berkumpul seawal hari Khamis 15hb November 2012 bagi meraikan majlis pernikahan mereka berdua. Aina hanya tiba pada hari Sabtu kerana urusan yang tak dapat di elakkan. Majlis Pernikahan Sheila dan Fendi berlangsung pada sebelah malamnya.
Pelamin pernikahan yang bertemakan merah putih berhias indah di dalam rumah. Persediaan pernikahan yang sedikit lebih kerana inilah satu-satunya anak perempuan emak dan bapa saudara Aina.
Hantaran kedua belah pihak. Bunga-bunga segar terdiri dari kekwa dan mawar menghias dulang dari pihak perempuan kepada pihak lelaki manakala dari pihak lelaki betemakan putih.
Ceq belanja hantaran berhias indah. Dulu-dulu duit tunai masuk dalam album zaman sekarang bagi je sekeping kertas.
Suasana di dalam rumah tika berlangsungnya majlis pernikahan. Di penuhi sanak saudara kedua belah pihak. Ruangan agak terhad. Majlis berlangsung dengan selamatnya. Di mulai tazkirah oleh kadi yang menikahkan mereka. Nasihat dalam melalui alam rumah tangga.
Upacara membatakan air sembahyang setelah sah menjadi suami isteri. Fendi memakaikan gelang tangan sebagai hadiah kepada isteri.
Sheila menyarungkan cincin perkahwinan buat Fendi.
Bergambar bersama kedua ibu-bapa pengantin. Baju kuning dan biru itu adalah emak saudara Aina dan suaminya Rosnani Senapi dan Othman Ali.
Mak dan dua anak perempuan serta cucu-cucunya (tuan tanah nak gak menyelit).
Mak dan dua anak perempuan serta cucu-cucunya (tuan tanah nak gak menyelit).
Ketika berlangsungnya majlis akad nikah Aina telah di pertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis pada malam tersebut. Tuan rumah telah mengamanahkan untuk menguruskan segala kerja-kerja untuk meraikan tetamu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
wak ingatkan gambor anak dara kat atas tu pengantin pompuan.. ihiKKKs
BalasPadamKena cuti lebih sikit Aina sebab dah jadi org kuat majlis. Cantiklah pelamin dia..
BalasPadamSemoga rumahtangga mereka berbahagia sepanjang usia dan hingga ke syurga. :)
BalasPadamtuan tanah mestiler menyelit kot..
BalasPadamcantik pelamin dia kombinasi yang meriah gitu.. tahniah untuk pasangan pengantin...
fendi?? aiyarkkk kena tengok betul2 pengantin lelakinye nih! hahahahaha just kidding :D
BalasPadamleeza suka warna kelabu..
BalasPadamtahniah kepada pengantin.
BalasPadammemang nampak cantik betul lah pelamin tu. tapi muka pengantin tak nampak clear lorrr~
selamat pengantin baru...pelamin cantik sgt..
BalasPadamSemoga kekal hingga hujung nyawa,insyaallah
BalasPadamPelamin warna merah tu sangat menarik. Terang dan menangkap mata.
BalasPadamHantaran lelaki kaler silver tu pun cantek!
*ni ler kenduri yang tak boleh join gathering blogger tu kan?
Assalamualaikum Aina
BalasPadammoga bahagia Fendi sekeluarga sehingga ke Syurga