12.12.12 Inginku Abadikan Kenangan
8.8.88Keriuhan di kelas tingkatan 1A. Cikgu sebelah menjengah kerana terlalu bising. Bercekak pinggang bagai harimau lapar. Cikgu perempuan yang telah kabur ingatanku siapa namanya Cikgu Asma, Cikgu Normah atau Cikgu Hashimah. 8.8.88 tarikh yang cantik. Saya harap kamu semua dapat buat sesuatu supaya kamu dapat kenang sampai bila-bila pada tarikh ini. Kelas diam. Terkesima. Cikgu yang serius mukanya melangkah menang.
12.12.12
Mengenang tarikh cantik 24 tahun yang lalu. Kata-kata cikgu masih terpahat dalam ingatan. Hari ini tiada yang istimewa hanya menjalani urusan harian seperti biasa. Hanya ulangan angka 1 dan 2 pada tarik ini. Tiada membawa apa-apa makna. Pagi tadi hampir melanggar kereta yang keluar dari barisan secara tiba-tiba di dalam kesesakan. Alhamdulillah masih sempat mengelak dari terus melanggar cumanya ibu kaki sedikit cedera bila motor di break mengejut.
tahun 88 saya baru darjah dua kak...hehe..
BalasPadamsaya suka tarikh ni...hari ni hari lahir anak saya si abang tu yg ke 7 tahun...
:)
Akak dah tingkatan satu!
Padamdisebabkan ianya nombor cantik... semua update status 12.12.12 pada fb..
BalasPadamAkak jarang dapat UPDATE FB Ema...
Padamtiada apa yang istimewa hari ini dan tidak juga merancang pun utk membuat sesuatu yang istemewa .. cuma terajin pulak basu kereta saya dan makngahnya sebentar tadi.
BalasPadamUdah le tu Pak Ngah jangan terfikir nak create sesuatu yg istimewa pulak hari ini...hehehee...
PadamHari ini pergelangan kaki kiri kakcik sangat sakit. satu lagi, orang yang berjanji nak bayar hutang hari ini, memungkiri janjinya buat kali kedua dalam tempoh beberapa hari saja... :(
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamAlhamdulillah
tak jadi apa2 pd 12.12.12
8888
BalasPadamsaya baru 8 tahunnn
sayang.. xingat apa2
kak..
syukur.. dirimu dilindungi olehNya
121212 moga beri sinar harapan bt mu
kebetulan..tarikh ni genap setahun dee kerja di syarikat sekarang..dan happy..itu yg penting :)
BalasPadamTahniah Dee. Duit penting tapi keserasian tempat kerja pun kena ambik kira.
Padamkenangan manis 8.8.88
BalasPadamada juga kenangan di 12.12.12...
nasib baik tiada apa2...
Salam .kenangan manis sapa pun tak kan boleh lupa kan? you tak dak ke kenangan di Perlih yang mengusik jiwa..cerita la..
BalasPadam