Borak Kedai Kopi - Makan-makan Lepas Penat Berjalan
Kisah beberapa minggu lepas. Aktiviti asal membeli selipar si kakak. Abang dengan senyum sengih menarik diri dari acara, motor ada kat rumah jadi panjanglah langkah dia nanti. Hanya adik, kakak, Alya dan emak yang mengikut. Kemudian ke Romantika di Metro Point, Kajang kerana membeli hadiah untuk sepupu yang akan berkahwin. Masing-masing sudah lapar. Adik sudah mula merengek. Di sebabkan selepas tu nak pergi Kamdar Aina terus pusing setereng kereta ke Prima Saujana. Menyusur ke kawasan perumahan membawa mak jengah-jengah rumah baru (ambik berkat mak). Senyum je orang tua tu. Pusing cari kedai makan pulak. Mak Aina sedikit cerewet kalau bab memilih kedai, merayau-rayau dengan kereta sekitar kawasan Prima Saujana dan akhirnya jumpa kedai ini.
Borak Kedai Kopi. Lokasi rumah kedai bersebelahan Giant Prima Saujana. Sampai je mak terus pergi ke bilik air. Jangan ingat dia saja-saja pergi coz kebiasaannya toilet kat belakang jadi bila lalu akan nampak dapur. Dari situ mak menilai kebersihan sesebuah kedai makan. Bila balik ke meja dia senyum. Bersih katanya.
Menu.
Mak gigih melihat menu yang akhirnya dia sendiri pening nak order. Kami hanya duduk di bahagian luar. Dekorasi kat dalamnya memang nampak best, ala-ala kedai kopi zaman dedulu atau kopitiam.
Kakak dan adik pun sibuk buka menu.
Mak suka jus buah-buahan. Hari tu mak minum jus epal hijau dan asam boi. Nama kat menu lupa sudah coz kat menu depa dah letak nama komersial.
Typical...milo ais. Pergilah mana pun. Kalau tak milo ais 100 plus.
Sepesen tak reti oder air lain. Teh ais.
Mama punya. Soya cincau. Entah kenapa tiba-tiba hari tu order ais pulak. Selalu kalau makan Aina just share minum je dengan anak-anak. Kalau Pak Tuan ada kami share je kopi o (sama-sama hantu kopi).
Alya dengan favoutite colournya. Bandung cincau. Tak habis pun tapi tak nak membazir punya pasal terus buka bekas air masak dia dan tapau bawak balik.
Mee kari. Adik punya. Banyak dan sedap. Rencah kat dalam pun banyak.
Mee udang. Kakak kata bolehlah tapi lagi sedap mee udang mak tok! Senyum-senyum mak tok kat sebelah cucunya puji. Udang dah siap kopek kulit. Kalau nak lagi cantik letak je udang tu sekor-sekor jangan buang kepala pun.
Ini nasi goreng Adam aka nasi goreng cina. Agaknya tuan kedai ini ada anak nama Adam kot yang tak makan pedas. Dihidangkan dengan keropok dan sambal.
Mak sama jugak typical. Kalau tak nasi goreng cendawan mesti order nasi goreng ikan masin!
Harga makanan kat Borak Kedai Kopi ini tak le mahal sangat. Semua yang kami makan hari tu hanya Rm35.00. Kebanyakan makanan bermula dengan Rm5.50. Pekerja kat sini pun ramah, mudah senyum. Sejuk je hati. Service pun cepat. Masa kami sampai orang tak ramai, sangat selesa. Makanan tak le sedap sangat tapi bagi Aina yang tak cerewet bab makan kira sedaplah cuma ikan masin dia sedikit kurang rasanya.
Borak Kedai Kopi ini pernah masuk jalan-jalan cari makan tapi dah lupa edisi bila. Rajin-rajinlah korang google cari info. Mak dah bunyi-bunyi bila balik hari tu. Katanya agaknya sedap kot minum kopi ala-ala kopitiam dengan roti bakar untuk sarapan atau minum petang. Maknanya dia dah hint-hint nak pergi lagi le tu.
Nampak sedap2 makanannya.
BalasPadamBaguslah cara mak Aina 'mengintip' dapur sebelum buat pesanan. :)
eemm.... nampak macam best je kann... mana tau terjengah ke sana nanti.. leh lah cubaa..
BalasPadamwak pon X penah try borak kedai kopi nii jugakk..UUUhhu
BalasPadamjangan tak tau dee ni rajin ke semenyih..hahaha..so kedai borak kedai kopi ni dee dah terjah..tp pendapat dee bolehlah foodnya..harga pun murah..breakfast je tak try lagi..ntah2 sedap..hehehe..
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadampandai cucu tu bodek neneknya...he he
Pandai ower dia cari nama.
BalasPadamStyle masak macam di Secret Recipe ye mangkuk dan pinggan tu tambah nampak sedap Aina.
mengiurkan...
BalasPadamrm35 - ye. agak berpatutan. memanggil2 untuk saya menerai. hehehe~
BalasPadamsedapnya makan-makan..kami anak beranak selalu order minuman air teh o ais
BalasPadamboleh tahan jugak makanan dia ...restoren ni mcam kt sungai petani...^_^
BalasPadamhujan2 tgk makanan terus lapaq... waaaaaaaaa~
BalasPadamSalam Jun
BalasPadamMoga mak terus sihat dan gembira bersama cucu2.Nampak makanan2 kat situ menarik2 belaka.Mama kalau ke kedai biasa order air kosong, epas tu adalah air sesiappa yg kena!
yummmieee... nama kedai best. kedai kopi.
BalasPadamsedap nye teh ais. air fav ni.
BalasPadamtengok makanan jadi lapar balik .. heee :D
BalasPadamSama laa ngan anak saya..kalau gi makan kat kedai mesti order milo ais..heheh
BalasPadamTgk makanan tu pun nampak sedap.. Baru2 pergi ke pasar tani dekat ngan giant tuh.. :)