Senangnya Depa
Cerita ini tentang jiran. Depa dok tingkat bawah sekali ataupun kat ground. Baru ini buat kenduri khatankan dua anak lelaki depa pas tu kebetulan hari jadi anak perempuan depa. Masa memanggey bagitau minta tolong apa yang patut dan senarai barang-barang yang nak di pinjam. Senyum.Sehari sebelum kenduri ceq kalut pi makan kenduri di Beranang. Balik pulak ceq singgah ziarah seorang kenalan. Jadinya sepetang tu tak dak di rhumah la. Masa balik jiran-jiran dok di rhumah kenduri tegoq la. Berjalan ka? Jawab apa yang patut pas tu terus naik. Letih. Segan pon ada nak pi. Pasai sebelum pi dah dengaq macam-macam. Langsir saya tempah Rm700 kak. Buat khenduri ni saya habis Rm3 ribu kak. Haishhhh...pening wey. Memang la rumah dia tu berbelas kali lagi cantiq dari rumah ceq tapi besaq dia lagu tu jugak la. Pas tu barang-barang dalam rumah ceq tu COD okeh no hutang-hutang!
Rhupanya jiran-jiran sekeliling dok pi tolong depa dari petang, malam sampai pagi isoknya. Mana daknya lauk semua masak sendiri yang di tempahnya nasi putih dan nasi beriani. Ayam goreng berempah, masak merah ayam, kurma daging, acar mentah, pucuk gulai tempoyak dengan udang, sambal belacan, ulam-ulaman dan agar-agar semua buat sendiri. Ada muffin yg di tempah. Pas tu datang sambal ijo dan sambal tempoyak. Durian berbakol-bakol dan air kepala. Termasuk buah tembikai, air mangga dan air sirap. Ada jugak tiga biji kek harijadi dan segala jajan untuk kanak-kanak. Meriah. Alhamdulillah rezeki depa dan rezeki jiran-jiranlah.
Pagi isoknya Aina turun la dalam pukoi 10am tu pun sebab rasa bersalah tak jengok pi langsung. Tulung la cedok-cedok lauk, buat ayaq mangga, ayaq sirap, kemaih meja hidangan dan potong tembikai. Lepas tu laju-laju naik ataih tukaq baju untuk acara bacaan Yassin. Paih tu makan. Masa tengah makan tu la jiran terdekat tuan rumah cuit.
'Jun cha hang tengok meja depan tu'
'Pasai kak?'
'Tu la abang long-abang long'
Berkerut kening aku. 'Abang long sapa pulak kak?'
'Abang long yang dok jaga area sini'
Patut la dia keras kepala sangat. Ada kutu dok jaga rupanya. Layan baik punya. Siap bagi pinggan kaca, gelas kaca, bawak jug ayaq turun, makan pun hidang-hidang tang tu. Jiran yang satu ni dua-duanya Indonesia laki orang Padang bini rasanya Medan kot. Berniaga. Baran. Semua orang buat tak betoi tapi depa buat boleh je. Pak Tuan tak sebulu. Pandang pun tidak. Hari tu dah kena jerkah pasainya depa pecah rumah sebelah yang kosong dan boh barang-barang depa dalam tu. Pas tu ada la kutu tu dok renung ja Pak Tuan tapi orang tua tu mana ada heran semua tu.
Siap pesan dengan kakak jiran depa tu kalau nak kawinkan anak bagitau ja. Depa boleh bagi apa saja yang kak nak nanti dia bagi tau la adik dia yang nak kawen. Patutlah khemah dah seminggu dok situ tak punggah khemah free rupanya. Satu lagi pasai meter ayaq yang kena potong. Rasanya dah berkali-kali Syabas mai kunci meter ayaq rumah yang tak dak penghuni. Selamba dia buka balik guna basuh kereta, basuh lori macam ayaq tu mak bapak depa punya. Kadang-kadang tu siap bawak kolam bagi anak-anak berenag-renang depan tu,pas tu lagi best getah paip tu gantung di kayu bagi tinggi pas tu jadilah ayaq terjun masuk dalam kolam tu.
Kerja di bumi Malaysia yang bertuah. Hormatlah orang setempat yang IC berwarna biru yang terang lagi bersuluh menjunjung bumi bertuah ini. Jangan nak besaq kepala. Berlagak tak ketahwan hala. Apa ingat hang ada geng boleh suka-suka buat apa saja. Banyak cekadak balai cerita!
Salam Jun,
BalasPadamTakut pulak berjiran macam tu yer.
Bukan takut je kak tapi naik menyampah. Asik2 dok tunjuk dia hero kat flat kita org tu.
Padamjun jaga mulut n jaga diri baik2.. elak la slalu duk menegoq depa neh..
BalasPadamtakut puak2 neh jenis penaya org ja.. huhu..
ada melayu mudah lupa diri..
duit kabur mata..tuh depa melampau..
duit segalanya zaman la...
Memang dia ni besaq kepala. Satu hari tu dia tempeleng Inda dok sapu sampah kat flat tu hanya kerana tegoq anak2 dia sepah sampah rata2. Kalau India tu hanya cari makan kat Malaysia dia pun kena sedang la dia pun tumpang kat negara kita.
PadamAs salam Jun..
BalasPadamHmm faham sebab kat area rumah mak kat penang nie pun penuh depa-depa sampaikan kita ni rasa pelik.tambah pelik sebab yg duk bagi sewa tu la..senangnya depa dapat duit bagi depa-depa ni sewa tapi tak fikir jiran tetangga..kalau ye pun sewakanla kat yang pegang ic biru..huwa..terover pulak jun..hehehe
Takut juga mendengar cerita Jun.ni..nasib baik jiran2 saya baik2 belaka.
BalasPadamKak. Depa ni berani pasai ada yg 'jaga'la......
BalasPadamKiranya mcm...... "berani tak puas hati dgn aku?"...
Tu psl suruh akak tgk abg long depa tu :)
Tulah pasal. Konon ada org jaga tapi ada akak kisah POLIS pencen akak bukan sebarang pencen tau...ahahaaa...
PadamKebai kat muka bumi ni belum tentu kebai kat akhirat.
Abg Long tu siapa? Pekida?
BalasPadamKalau PEKIDA, maka saya tak salahkan Indon tu..salahnya org Melayu Malaysia sendiri...demi kepentingan peribadi, sanggup jadi gangster taik kucing lindungi kesalahan warga asing di bumi sendiri.
Tak tau la pulak dari JURUS mana wahai DZ tapi pakaian depa tu macam ala2 gengster je. Konon macam org tengok GERUN. Macam negara kita tak dak undang2.
Padamdepa guna hukum rimba ke? Ini yg geram ni bagi rakyat yg patuh undang2 mcm awak dan saya ni
BalasPadamAgaknya depa ni membesar dengan MONYET sebab tu depa pakai hukum RIMBA. Hukum tolak AKAI.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Aina.(may I call u that? )well, bestnya baca post you sekali ni.rasa macm dok Perlih pulak.maklum la dialog tu mcm perlih friendly he he.Jiran di mana pun sama.my daughter's place in KL pun sama.tahan saja la..depa letak kepala depa di lutut, malam nak tidur baru depa letak balik di atas.he he.
BalasPadamwoh. bestnye diorang buat negara kita macam negara sendiri ek...
BalasPadamsalam Aina.best baca post u kali ni.rasa macm tengok drama di Perlih..he he
BalasPadamisyh isyh.. macam2 lah.... tak tahu nk ckp apa... hmm hnya membaca.
BalasPadambest baca entry sekali ni.sakit hati pun ada dgr cerita pasai jiran u tu.and sronok pasal dialog macam dok di Perlih..
BalasPadamhehe garang oi kakcik...mmg la depa ni mai sini kadang lagak lebih pada kita sendiri....
BalasPadam