Hutan Rekreasi Sungai Tekala

4:41 PTG JunAina 13 Comments

Cuti sekolah kali ini planning serba tak menjadi. Mula-mula ingat nak pi Penang lepakking kat sana pas tu terus balik Perlis makan kenduri seorang kawan yang kahwinkan anaknya. Melepas. Plan kedua nak bawak anak-anak main laut kat Pantai Pengkalan Balak, sewa chalet kat sana buang semalam. Last-last terpaksa di batalkan jugak. Sedih gila. Sebagai memujuk hati mama yang sedih tak dapat bawak anak tawaf Malaysia jalan-jalan mama bawak anak-anak pi terjun tiruk kat Hutan Rekreasi Sungai Tekala.

Hari Ahad pukul 9.30am kami bergerak 2 biji kereta bersama adik ke Semenyih. Dari situ masuk simpang Sungai Lalang untuk ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Lalulah dekat Nirvana Memorial Center. Habis berbukit-bukit dah tanah-tanah kat situ jadi kawasan depa. Paling tak boleh blah ada satu awek ni siap berhenti ambik gamar berlatar belakang burung-burung camar yang terbang kat pintu masuk memorial ni. Tak tau la apa yang dia pikiaq.

Ingatkan kami la orang terawal sampai, almaklumlah belum pun pukul 10am. Rupanya kena jalan jauh jugak la untuk parking. Tak boleh le nak booking port best-best. Nasib baik sebelum nak pi tu dah bawak tikaq dah-dah. Hampaq la tikaq sebelah satu pondok rehat yang dihuni oleh satu keluarga Melayu. Tak boleh jalan jauh-jauh sebab bawak mak. Bukan pasai tak larat jalan tapi pasai dia dok beletiag situ air pusarlah, sana tu dalamlah tak sesuai untuk cucunya.

Seperti biasa kalau cerita bab ayaq terjun nih (ayaq terjun ka nampak macam anak sungai tapi kalau hampa nak ayaq terjun sila panjat ke atas). Sejuk gedi la weyy... Ayaq bersih. Anak ikan kecik-kecik nampak berenang-renang dalam ayaq. Budak-budak nampak ayaq ja mula la nak terjun tiruk tapi semua kena tahan untuk sarapan. Mak goreng kueateow. Boh toge dan teloq ja pun tapi licin satu tapware. Lepas tu depa semua kebum dalam ayaq.

Aina dengan mak cuma santai rehat, lepak-lepak tepi ayaq sambil baca suratkhabaq. Layan mak sembang-sembang. Goi rojak buah ngap-ngap (kuah rojak mak buat sediri tu...meleleh ayaq lioq). Buka keropok ikan siap goreng ngap lagi. Hirih buah ngap. Agak-agak lapaq ayaq pusing, tekan bekaih ayaq keluaq sirap soda (ayaq lapaq ka bukan dahaga?). Lepas tu dalam pukoi 12 panggey depa semua naik makan nasik. Ada sambai ayam, gulai ayam, ikan masin, ulam petai dan goreng sosej untuk budak-budak (mak pak budak tibai gak).


 Rojak buah yang marbeles. Sengkuang, nenas dan timun tuang kuah rojak. kacau-kacau sampai sebati pas tu tabur kacang lebih. Ngap-ngap orang dok lalu kot belakang pun buat-buat tak nampak.

mandi, anak-anak
Sejuk weiiii ayaq tu. Walaupun cangkat macam tu tapi best la boleh berkubang tang tu. Teringin jugak tapi segan la nak tukaq baju nanti. Layan budak-budak pun dah penat. Lagipun sejuk sangat takut pulak penat (asthma) sesia ja.

My sista and her husband. Dia ni pantang jumpa ayaq.

Makan-makan yang sangat sempoi. Nasi dalam periuk teruih angkat hangat-hangat masuk dalam bakul. Lauk pauk dalam tupware. Angkat sana angkat sini je.

 Depa semua makan dengan baju yang basah. Masing-masing dah lapaq sangat lepaih penat main ayaq. Kenyang makan depa terjun tiruk lagi sampai la nak petang. Berhenti bila hujan turun kalau dak mau depa dok berendam macam badak lagi dalam tu.

Walaupun tak dapat overnight anak-anak dah cukup puas hati dapat menghabiskan masa dengan mandi-manda di Sungai Tekala. Mungkin sebelum kakak balik ke Perlis nak jugak bawak dia sekali lagi mandi-manda kat sini. Hujung minggu mungkin akan berada di Felda Cemomoi. Mak saudara yang mengidap batu di hempedu semakin tidak stabil kesihatannya. Dengar cerita seluruh badan telah kuning. Tak pasti adakah dia terkena Hepitatis tetapi menurut doktor saluran ke hempedu telah mengalami infection dan bernanah. Masalahnya dia masih di rumah. Masih bergantung dengan perubatan tradisional. Doa yang terbaik buatnya.

You Might Also Like

13 ulasan:

  1. tk byk dah tmpt yg bersih macam ni kan

    BalasPadam
  2. wah...bestnya air terjun..sejuk..lapar..mmg sinonim lah..

    apapun, moga mak saudara sis cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  3. tu dia kak ainaa..syoknya mandi ayaq terjun. haih bila la boleh gebang ngan org utagha nih..asyik x menempat ja..next KKA gath leh kot!

    BalasPadam
  4. tengah pujuk suami gi janda baik.. sebab nak mandi2 cam giniler.. dah lama betoiler tak mandi sungait apatah lagi air terjun...
    kalau dah mandi kat sini memang lapar kan kena bawak bekal banyak2..
    teringat kecik2 bapak selalu bawak tempat gini sebab tak payah bayar.. makanan bawak banyak2 dari rumah...

    BalasPadam
  5. Best kalau dapat pergi berkelah begini...

    BalasPadam
  6. betul laaa... meleleh ayaq lioq bila baca pasal rojak tu (sambil kesat mulut pd lengan baju..)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum dan salam kenal..sori banyak2, baru terjah n follow sini..

    seronoknya picnic camni..boleh bayang kuah rojak tu camne best nya..

    BalasPadam
  8. seronoknya dapat mandi air terjun..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,

    Wahhh...bestnya berkelah dekat tempat2 yang macam ni kan,mesti lagi selera lah makan tu kan JunAina he.he...

    BalasPadam
  10. selalu pergi tp x pernah mandi hehehe

    BalasPadam
  11. weeee...seronoknya...kat Melaka takde air terjun la...kena pi jauh sikit ke tangkak... :)

    BalasPadam
  12. uwaaa best nyer.. lama tak mandi sungai. musim hujan kan.

    BalasPadam
  13. hi dear, bestnya depa pi bkelah.sronok baca bahasa Perlih,rasa mcm dok sembang dgn kawan di tpi rumah saja.
    tapi tengok pakat dok makan nasi dgn lauk pauk tradisi Perlih..sedap.nasib baik ayaq liuq tk menitik sama.
    pasai mak menakan tu pujuk la dia pi gedung(hospital bahasa Perlih ).jgn biaq di rumah lagu tu cek oi,bahaya tau.


    BalasPadam