Kerinduan...

5:02 PTG JunAina 0 Comments

Dah lama benar rasanya aku tak menjengah ke sini dalam kesibukan menguruskan masalah disekeliling. Hari ini aku menjengah seketika, melepas rindu menarikan jemariku di papan kekunci...terasa ingin menulis sesuatu...

Sejak akhir-akhir ini agak di himpit keletihan, ada sahaja urusan yg perlu dibereskan sama ada dirancang ataupun secara tiba-tiba. Paling meletihkan bulan lepas apabila terpaksa berulang dari Pusrawi ke Kajang dalam menguruskan anak-anak dan menjaga suami dihospital kerana mengalami kecederaan pada pergelanggan kaki. Hujung minggu berkampunglah dengan anak-anak di Pusrawi.

Minggu lepas sekali lagi kejutan utk aku, panggilan telefon yg aku terima serasa menghentikan darah yg mengalir dalam tubuhku. Anak sulung mengalami kekejangan badan dan jatuh di rumah dia tidak mampu utk bercakap, tidak demam dan tiada tanda-tanda dia tidak sihat kecuali batuk yg agak lama tetapi tidak sembuh. Suami pula sedang berkrusus.

Sekali lagi kami anak beranak berkampung di hospital kali ini aku memilih yg terdekat dengan rumah iaitu KPJ Kajang Specialist, dulu di sini jugalah dia kehilangan sebahagian dari jari manisnya bila doktor membuat kesimpulan jari itu tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan bermain mesin basuh.
Hanya doa dan air mata...

Pneumonia yg dihidapi akibat batuk yg berpanjangan, paru-paru telah dijangkiti kuman kerana kahak telah banyak tersumbat disitu. Bacaan pernafasan hanya 250 berbanding bacaan normal kanak-kanak seusia dia adalah 350 dan doktor memberitahu keadaan paru-paru dia tidak sekuat kanak-kanak lain. Mengenai kejang yg dihadapi Doktor Normahani membuat kesimpulan kemungkinan kesan dari ubat batuk yg diambil. Bagi aku mungkin juga kesan dari main air yg terlalu lama kerana jumaat sebelum itu aku membawa anak-anak ke Hutan Lipur Kanching.

Alhamdulillah...selepas rawatan dia semakin pulih tetapi aku perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatannya. Doaku semoga aku tidak diuji sebegini lagi...tidak sanggup rasanya tetapi andai itu takdirnya...aku pasrah dalam derita.

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: