Pak Tuan Terima Menantu

5:53 PTG JunAina 10 Comments

Hujung minggu yang akan menjadi sangat sibuk. Esok akan bercuti menguruskan goodies bag untuk majlis perkahwinan pada Sabtu, 1 Oktober 2011. Sekali lagi Pak Tuan menerima menantu perempuan dan bertambahlah ahli keluarga, kemeriahan pun bertambahlah kerana keluarga semakin membesar.

Baulu berjumlah 3200 biji telah sampai dalam 5 kotak besar hari Rabu lepas, import dari Perlis. Malam tadi siap membungkus kotak yang terakhir. Cenderahati juga telah siap di kemaskan dan disusun cantik. Telur bersusun-susun dalam rumah yang kecik.Sesak!

Esok nak mula operasi merebus telur. Memasukkan telur ke dalam bekas dan menyiapkan goodies bag. Tengahari tadi bunga telur pula di hantar sedangkan sebelum ini bunga telur tiada dalam agenda tugasan. Malamnya akan dihantar ke vanue majlis. Kesibukan belum habis bila harus menyambung dengan perjuangan membuat bubur kacang untuk pencuci mulut majlis pulak.

Harap semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa cacat dan cela. Buat Pak Tuan TAHNIAH! Buat kawan-kawan maaf tidak dapat menjemput kerana majlis ini bukanlah majlisku.

* Kesibukan mengalahkan mak pengantin!

10 Rider Beraksi:

Program Put & Go

11:21 PG JunAina 2 Comments

Bulan puasa sakit gigi. Pergi Klinik Kesihatan Semenyih coz kebiasaannya rawatan gigi lebih suka ke Klinik Kerajaan sahaja. Orang tak ramai dan perkhidmatan yang di berikan memang memuaskan. Kalau menunggu pun tidaklah terlalu lama. Rezeki diri sendiri agaknya coz setakat ini belum pernah melalui pengalaman ngeri di Klinik Kesihatan samaada Semenyih mahupun Bangi. Jururawat dan doktor yang merawat memberi perkhidmatan terbaik. Kekadang kalau kat pendaftaran tu biasalah yang penting masa rawatan.

Selepas rawatan terus turun ke bahagian Farmasi kat bawah untuk ambil ubat. Sementara menunggu Aina memerhati sekeliling. Banyak yang berubah. Perubahan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Pertama kali tengok banner ini. Bagi yang selalu ke Klinik Kesihatan mungkin sudah biasa. Program Put & Go untuk pesakit yang memerlukan bekalan ubatan secara rutin dan berterusan sepaerti pesakit kencing manis dan darah tinggi.


Jangan ingat Mc Donald je ada drive-thru kat Kelinik Kesihatan pun ada drive-thru pharmacy. Antara kemudahan yang boleh menjimatkan masa.


Inilah dia program Put & Go di Klinik kesihatan Semenyih yang sempat Aina snap pic. Harap program ini berjaya. Memudahkan pesakit dan menyenangkan pekerja menjalankan tugasan. Melalui program ini pesakit tak perlu tunggu lama untuk mengambil ubat. Apa yang perlu buat appointment melalui telefon, sms atau melalui email. Kemudian drive-thru ke pharmacy untuk mengambil ubat.


2 Rider Beraksi:

RWP-Annual Dinner

12:15 PTG JunAina 15 Comments

Telah berlalu event yang telah di rancang lewat 2 bulan yang lalu. Majlis gilang-gemilang telah diadakan di One World Hotel, Bandar Utama setelah dua tahun tiada dalam kalendar syarikat. Temanya Dazzling Masquerade Gala Ball seperti yang pernah ditulis kat SINI.

Sekadar berkongsi kegembiraan walaupun MALDIVES yang menjadi idaman setiap staff malam itu menjadi milik orang lain tetapi tetap berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis.

Sekitar Majlis.

Menyambut para tetamu pada malam itu. Sekitar 1600 staff dan pasangan masing-masing. Ice ini juga menjadi antara tempat wajib untuk snap gambar.

Tuan punya diri. Sendirian. Masih sempat berposing diluar dewan dalam keriuhan majlis.

CEO Ranhill Worley Parson MR. Roni Adrian diarak masuk ke dewan dengan penuh bergaya sebelum berucap bagi memulakan majlis. Terpaksa memenuhi permintaan untuk  mengikut tema!

Ada berani?

Hanya ini yang saya makan malam tersebut. Juga sedikit pencuci mulut yang tak berapa nak sedap tapi habis jugak semangkuk. Rata-rata berpendapat makanan kat sini tak sesedap mana atau juga mungkin orang yang datang food testing tak tau nak merasa makanan!

 Perghhhh...terbaik! Awie dan Annuar Zain berjaya menarik perhatian penonton malam tersebut. ramai yang menunggu didepan stage samada untuk merakam nyanyian atau mengambil gambar. Persembahan Anuar Zain di jemput ke pentas 10 orang yang naik sampai tak muat pentas. Memang terbaekkk...!!! Awie mendendangkan satu lagu bonus buat semua...HUSSIN...HUSSIN...Cer cite...Cer cite...
 Shila mendendangkan lagu-lagu Inggeris. N.D Lala tunggu kat luar dewan.

 Sehebat namanya. Noryn dengan rangkaian lagu-lagu Inggeris. Saya tidak sangat memberi tumpuan kepada penggesek biola dan juga dua orang pelawak di dalam gambar di atas!


 Best dress yang bertepatan dengan tema majlis. Mak Buyong tu pun boleh menang! Best Dress Lelaki dan Wanita membawa balik wang tunai sebanyak Rm 500.00 dan bagi couple membawa balik wang tunai Rm1000. Bestnyaaaa....tapi rasanya saya tidak sanggup mengenakan baju sebegitu. Dress Code: Black Tie, Formal Dress & Evening Gown.

 Menjamu mata!
 
 Berangan-angan menjadi model. Baju Koleksi Peribadi dari Butik Hasniza.


Maldives melepas hanya ini yang saya dapat. DOOR GIFT!

15 Rider Beraksi:

Sensasi Dialog Zizan-Hantu Bonceng

2:42 PTG JunAina 12 Comments




Kontroversi yang bakal menaikkan kutipan Hantu Bonceng.

Salah satu babak yang dilakonkan pada pendapat sestengah orang sangat menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar....Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berlainan. Sebagai seorang yang sangat cetek ilmu agamanya saya tidak layak untuk menjatuhkan hukuman. Sekadar borak-borak kosong mengisi masa yang terluang dan berkongsi pendapat kawan-kawan (sebenarnya cari isu nak menulis kat blog dah tak der idea).

Tengok cerita ini pun belum apatah lagi le nak baca skripnya. Cerita pun namanya komedi seram. Ada part lawak tak kira le lawak betul-betul lawak atau lawak bodoh (tapi kita tetap gelak jugak paling kurang sengih...). Ada jugak part seramnya (walaupun seramnya cuma anak-anak kecil sahaja yang sembunyikan kepala dibawah selimut dan tutup telinga dengan bantal).

Pendapat Ustaz Idrus pun masih menjirus kepada niat bila Zizan merujuk kepadanya.

Mungkin panel skrip terlepas pandang, mungkin masa di atas kertas nampak ok tetapi bila di lafazkan nampak jadi dua macam. Masa penpisan filem sebelum penayangan pun scence tu nampak lawak (sibuk gelak tak sempat fikir pun).

Jadi kepada semua jangan cepat melatah, jangan cepat menunding jari dan jangan cepat jatuhkan hukuman. Setiap kita ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Kesilapan akan berlaku di mana-mana dalam hidup kita. Oleh itu segala yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Masalahnya orang zaman sekarang pelik sikit. Kalau dapat buka aib orang, cerita buruk orang memang le sesangat le sukanya. Perkara sekecil hama pun boleh jadi sebukit! Bila dah keluar ayat 'Ehhhh...Cik Bedah ko tahuuuuu....'. Alamat le tu...
Tetapi zaman sekarang bukan PEREMPUAN je suka bawak mulut dan mulut macam longkang LELAKI kalau dah mula bercakap lagi terserlah kewibawaannya!

12 Rider Beraksi:

Merempit Sendirian

11:33 PG JunAina 33 Comments

Jumaat datang lagi. Alhamdulillah bila buka mata kita masih bernyawa. Kesihatan pun baik. Harapan untuk melunaskan setiap impian masih ada.

Hari ini Pak Tuan sibuk! Bercuti tetapi sibuk!

Hari ini isteri Pak Tuan terpaksa merempit sendirian pergi kerja. Bila dah lama tak merempit terasa lenguh-lenguh belakang. Nak sampai ke opis dalam jalan jem terasa lamanya.

Aduahi bila le nak boleh tukar motor. Beli yang best sikit coz KRISS BIRU ini dan semput-semput. Kalau tukar mesti tukar yang betul-betul best, kena upgrade lesen ke B FULL pulak le.

Order yang ni sebijik ok tak? Berdesup dari Kajang ke Jalan Tun Razak!

Sekejap lagi dah nak balik. Hari Jumaat merupakan hari kerja yang paling pendek. Bekerja separuh hari. Merempit di panas terik pulak hari ini.

Esok ada majlis menanti. Baju baru halfway siap. Tukang jahit demam pulak semalam. Kasut terpaksa beli baru coz tiada koleksi HIGH HILL lagi dah kat lemari takkan nak pakai kasut leper ngan GOWN hahahaa... (itupun beli yang paling murah dan paling simple). Tudung dah ada cuma nak balik bega-bega apa yang patut. Beg kena keluarkan dari kotak pusaka, lap-lap debunya. Makeup semua dah complete cuma harap bila dah di make over tak jadi muka hantu!

Huh!!! Hujung minggu yang pasti sibuk. Sibuk kerana Pak Tuan akan mengadakan majlis menerima menantu minggu hadapan. Sibuk menguruskan 1000 GOODIES bag. Sibuk menguruskan keluarga Pak Tuan yang akan datang dari Perak. Harap semuanya berjalan dengan lancar.Walaupun aku hanya SEMUT KECIL!

33 Rider Beraksi:

Ku Cari Pengganti

3:52 PTG JunAina 21 Comments

Usia dah bau-bau 40an. Kulit muka dah mula sensetif. Salah guna produk kulit muka jadi luka-luka. Kena angin pedih, kering duduk dalam aircon pun pedih. Dulu cuba produk Tia Emilia, tak sesuai. Di nasihatkan berhenti gunakan apa juga krim kat muka termasuk bedak. Kesian. Pergi kerja macam orang baru bangun tido. Tiga bulan macam tu.

Mencuba produk Sari Ayu bila kulit muka dah stabil. Sesuai mungkin sebab alami tetapi masalah lain pulak timbul. Black head pulak.

Hari ini try beli Safi Rania. Hari tu dah try, nampak macam ok tiada kegatalan atau merah-merah pada kulit muka. Harap akan serasilah. Kita tunggu kesannya lagi tiga bulan.

Bukan nak kulit seputih dan secantik Era Fazira coz kita memang tak cantik. Cuma nak jaga jugak le yang tak cantik jangan jadi pulak macam hantu pulak...ngeeee...

Inilah dia pengganti yang dicari. Hanya mencuba pelembab dan krim kecantikan dan yang lain-lainnya akan menyusul nanti mengikut kesesuaian barangan pada kulit.


21 Rider Beraksi:

Dazzling Masquerade Gala Ball

3:17 PTG JunAina 11 Comments

Sebulan yang lepas mendapat jemputan ke majlis ini. Khamis lepas kad jemputan selamat tiba. Setelah dua tahun tanpa khabar tahun ini ia kembali. Menerima jemputan seadanya tetapi temanya yang membuatkan kerisauan tahap melampau.

Inilah kad jemputan yang tiba pada Khamis lepas. Ranhill Worley Annual Dinner 2011. Jawapan ya telah di beri. Sekarang pening memikirkan apa yang perlu di pakai supaya tidak keluar tema. Mask tidak menjadi masalah kerana akan disediakan oleh penyelaras. Masalahnya Dress Code: FORMAL WEAR, BLACK TIE, EVENING GOWN. Alahai...mana nak cari evening gown ni... macam tak seswai jerk...


 Inilah dia jemputan khas buat tuan punya diri dan pasangan tetapi pasangan pula ada agenda lain pada hari yang sama dan tidak dapat menemani. Lagi satu hal...rasa segan pulak nak bersendirian melintasi red carpet...cewahhhh....


Ini pula artis-artis jemputan yang bakal memeriahkan majlis. Ini kali kedua Anuar Zain di jemput dalam majlis sebegini. Anita Sarawak juga antara artis kesukaan penyelaras tetapi tahun ini tiada pula.

 Gaya anggun dan bersopan. Cantik dan sedap mata memandang.

 Atau gaya sebegini, tampak segar dan bertenaga (sila abaikan bahagian atas).
Di gayakan dengan mask sebegini!

Inilah yang lebih menepati tema tetapi...sanggupkah aku? (Juga sila abaikan bahagian atasnya).

* Gambar hasil carian en.google.

11 Rider Beraksi:

Demam

12:12 PTG JunAina 18 Comments

 Badan tak sihat demam dan selsema. Malam tadi terjaga pukul 2 pagi tekak terasa perit sangat, ambil ubat sakit tekak dan cuba tidur. Gagal. Pagi ini terlewat bangun. Pukul 6.30 baru terjaga. Akhirnya tinggalkan duit sahaja untuk anak-anak beli sarapan, dah tak sempat nak memasak.

Esok aktiviti dengan geng AnakPerlis. Larat ke nak pergi. Kalau tak pergi rugi pulak, hati dah mula rindu dengan kawan-kawan. Majlis buka puasa pun tak sempat pergi bulan lepas. Menu yang disediakan pun memang menggoda perasaan tapi katanya tiada kambing golek yg ada daging kambing yang dah slice. Antara menunya ais kacang (ABC), satay, kambing bakar, laksa, kueateow goreng, lemang dan beberapa menu lain.

Rumah Dr. Dinon tetap menjadi venue rasmi aktiviti. Bawah pokok rambutan, tepi pokok cempedak dan kalau rebung tepi pagar tu ada hasil boleh di korbankan sekali. Dr. Dinon dan Kak E sentiasa berlapang hati untuk menerima kami saban tahun menyepahkan rumah mereka. Terima kasih atas murah hati tuan rumah dan hanya Allah (s.w.t) dapat membalasnya.

Demam oh demam...cepatlah baik supaya esok dapat berjumpa teman-teman. Hari ini nak balik separuh hari. Nak makan ubat, tidur dan rehat secukupnya.

Kenangan 3 tahun lepas. mesti kenalkan yang tengah angkat peyepit tu. Antara orang kuat dalam majlis AnakPerlis walaupun sebenarnya dia bukanlah orang Perlis... Jangan marah yeee...nanti kena jual....

Masing-masing pulun belah lemang. Walaupun lemang bukanlah makanan tradisional bagi penduduk Perlis tetapi akibat dari perkahwinan campur macam nilah jadinya. Lemang dah jadi universal.


18 Rider Beraksi:

Harta Pusaka.

2:33 PTG JunAina 18 Comments

Kisah sedih.
Entah kenapa hati ini begitu tersentuh. Bedebar dan menggigil rasanya, marah atau kecewa mungkin bercampur baur. Bukan kerana diri sendiri tetapi kerana adik beradik terutama abang yang terasa di pinggirkan hak kami.

Arwah abah meninggal dalam tahun 1978, arwah tok 3 tahun lepas dan diikuti arwah tok wan 2 minggu selepas tok meninggal. Mereka memang sehidup dan semati. Kasih sayang mereka sehingga sebegitu sekali, berkepit tak pernah berenggang dan bila tok pergi tok wan terus membawa hati sehingga hari takdirnya telah datang. Tak lama hanya 2 minggu tok wan mengikut tok pergi dan dikebumi disebelah pusara tok. Masih bersebelahan juga.

Kami 2 beradik kat Kajang tak balik. Entahlah marah ke atau mungkin kasih kami tak tumpah kepada mereka. Setelah abah pergi hanya emak yang membesarkan kami. Pernah tok wan dan tok meminta untuk memelihara salah seorang dari kami tetapi emak menolak. Biarlah anak-anak membesar didepan matanya walaupun dia terpaksa membanting tulang. Andai terpaksa makan nasi berlaukkan ikan kering biarlah kami berempat tetap bersama.

Mak berpindah balik ke kampung, duduk bersebelahan rumah tok ayah dan tok (nenek sebelah emak). Meninggalkan rumah yang dibina bersama arwah abah, tinggallah segala kenangan di sana. Mak membesarkan kami dengan kudrat yang ada, berkerja. Menjahit, berkerja kilang dan pernah membuka kedai makan. Semasa berkerja di kedai jahit di Arau mak mengayuh basikal sahaja sejauh 5 km setiap pagi dan pulang pada petangnya. Aina masih ingat tuan kedai itu yang Aina panggil Kak Faizah. Kedai itu pun sudah tidak wujud lagi dan sekarang telah menjadi Makam di Raja.

Selama tok sakit Yong (kak sulung) dan mak setiap hari pergi menjengahnya yang tinggal di rumah Pak Ngah berdekatan rumah mak. Walaupun kami hanya cucu terbuang tapi Yong tetap merendahkan diri selayaknya seorang cucu. Kekadang memandikan tok, memberi makan adalah perkara rutin dan apalah sangat yang tok dah uzur tu nak makan. Kadang-kadang mak kikis-kikis isi epal suap ke mulut tok. Semasa sakitnya tok pernah berkata tanah sawah miliknya tak jauh dari rumah Pak Ngah hendak diberi kepada kami adik beradik sekurang-kurangnya sebagai tapak rumah. Kalau bahagian tok wan tok tak mau campur suka hati tok wan katanya. Pemberiannya tanpa hitam putih tetapi ada saksi yang mendengar.

Kemudian tok di bawa ke rumah Pak Tih di Ulu Pauh dan tapak rumah asal Pak Tih duduk adalah tapak rumah arwah abah dulu. Sehinggalah tok menghembuskan nafas yang terakhir di sana dan juga dikbumikan di Ulu Pauh. Tok Wan bermenung sepanjang hari, kemudia di bawa balik ke rumah Wa (anak yang sulung), kehilangan isteri membuatkan hidupnya tidak sempurna. Pincanglah hidup. Tok Wan menghembuskan nafas yang terakhir di rumah Wa tanpa sakit yang menyusahkan anak-anak. Kami tak balik juga, Yong dan Angah sahaja yang pergi. Terdengar suara sumbang di telinga mak, menyoal kenapa kami tak balik. Kapal terbang ada sekejap sahaja sampai. Aku marah! Mak patut menjawab siapa nak tanggung perbelanjaannya? Masa itu memang Aina susah, kerja pun dengan pendapatan tak seberapa, masalah pula banyak. Itulah waktu susah kami.

Selepas tok wan menhadap Ilahi mereka membahagi-bahagikan harta pusaka di antara mereka 6 beradik. Tapak rumah yang Pak Tih dan Pak cik duduk kerajaan ambil dan bayar pampasan. Mereka membeli tanah baru dan membina rumah yang lebih besar. Kami tetap begitu! Tanah Felcra milik Tok Wan juga ada projek menunggu mungkin mereka telah menjualnya dan berita yang di dengar semsa balik raya mungkin bernilai RM750,000. Juga kami di ketepikan. Dulu Pak Ngah memberi alasan Wa mengenepikan hak kami katanya kami waris yang tak layak dapat harta pusaka. Kini Pak Ngah juga membuat perkara yang sama.

Wa kembali kerahmatullah sehari sebelum PRU 12. Sakit yang sukar nak di ungkap. Sehingga 3 hari sebelum pemergiannya Angah pergi menziarah. Mak telefon minta aku balik, minta adik balik ziarah Wa. Aina bagi tahu kat mak `Mak. Kak Yang wakilkan angah pergi ziarah Wa. Dia anak lelaki tunggal arwah abah. Dia waris kami.' Mak putus harapan. Puas dia pujuk Angah. Mungkin Allah (s.w.t) membuka pintu hati Angah setelah berbulanWa sakit untuk menziarah. Selepas 3 hari kedatangan Angah Wa menghembuskan nafas yang terakhir dan mulai kedengaran cerita-cerita sumbang orang kampung yang mengatakan Wa jadi begitu kerana tidak amanah terhadap kami sebagai anak yatim. Hanya Allah yang tahu rahsianya. Bermasam mukalah anak-anak Wa dengan mak padahal semua itu bukan dari mulut mak tetapi dari mulut orang kampung.

Menurut sistem pembahagiah harta pusaka Islam, cucu yang bapa mereka meninggal dahulu daripada datuk dan nenek tidak berhak mewarisi harta pusaka datuk dan nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara atau ibu saudara. Persoalannya apabila anak-anak ini kehilangan tempat bergantung kepada siapa pulakkah tanggungjawab ini pergi? Sudahlah hilang pergantungan, apa yang sepatutnya menjadi milik bapa juga dinafikan terhadap anak-anak.

Nampak kejam tetapi Isalm itu mudah. Bila bapa meninggal dunia saudara-saudara lelaki sebelah bapa sepatutnya menggalas tanggungjawab terhadap anak-anak yatim yang di tinggalkan. Malang sekali di zaman serba moden ini ramai yang terleka dan terlupa pada tanggungjawab mereka. Kita mudah lupa pada janji Allah (s.w.t) kepada mereka yang menganiaya anak yatim.

Kami empat beradik adalah antara mangsanya. Membesar dengan kudrat emak dan perhatian serta bantuan dari arwah tok ayah dan adik beradik sebelah emak. Kalau tiada ingatan kepada kami cukuplah ingatan buat Angah satu-satunya waris abah, pandanglah dia dan keadaannya. Bagi Aina setakat ini alhamdulillah, ada kerja yang baik, mendapat suami yang bertanggungjawab dan kehidupan agak selesa dan sempurna, begitu juga Adik. Yong juga bukanlah senang tambahan suaminya juga meninggal semasa anak-anaknya masih kecil, walaupun sudah berkahwin lain tetapi anak-anaknya tetap menjadi tanggungjawab kami semua.

Apa yang membuatkan aku sedih. Pak Tih dan Pak Cik buat rumah besar. Mak Ndak jangan cerita tanah berekar-ekar, masa sakit Yonglah jadi amah di rumahnya tetapi bila sihat pandang sebelah mata pun tidak. Pak Ngah berura-ura nak menukar kereta Wiranya kepada kereta Vios sedang kudratnya juga sudah tidak seberapa. Mak Su tetap begitu sesekali singgah juga ke rumah emak. Pak Njang jangan cerita dari dulu tak pernah sebulu, kami ibarat melukut di tapi gantang.

Paling aku simpan dihati bila Mak Ndak telefon mendayu-dayu, surat saman telah sampai kerana dia menjadi penjamin masa adik masuk universiti dan adik pulak menagguh bayaran hutangnya. 'Manalah mak ndak nak cari duit 20 ribu tu, tanah mana pulak hendak dijual'. Kalau aku berhati batu, kalau mulut tidak diajar mungkin sebegini akan dijawab. 'Eloklah Mak Ndak jual sahaja bahagian arwah abah yang mak menakan dan pak menakan dah bahagi-bahagikan tu!'

Kami tetap bersyukur mak tak pernah mengajar kami menjadi anak kurang ajar. Bila berjumpa tangan mereka tetap ku cium tetapi untuk bertandang meraikan Aidilfitri ampun dan maaf kami pohon. Andai kalian mampu mengatakan kami waris tak layak apa lagi yang harus di pandang.


Apapun sedikit keliru dengan info ini keputusan_muzakarah. Ada sesiapa yang mahir boleh terangkan?

Coretan ini bukanlah untuk membuka pekung di dada sekadar melepaskan apa yang menyesakkan hati dan perasaan. Juga buat pedoman dan ingatan kita bersama anak yatim jangan di perlekehkan. Doa mereka makbul!

18 Rider Beraksi:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengikut Saya.

4:13 PTG JunAina 8 Comments

Perghhh...selepas satu tahun dan enam bulan follower Aina baru mencecah 100 orang. Terima kasih pada semua YANG TELAH SUDI mencemar duli dan yang paling best RINNA menjadi orang yang paling bertuah, menjadi follower yang ke 100.


Agak-agaknya patutkah RINNA mendapat hadiah terkejut dari Aina (terasa macam nak bermurah hati pulak hari ini). Sebagai menghargai sokongan semua Aina dengan gembiranya ingin menghadiahkan sesuatu kepada follower yang ke 100 DARI MATA PENA LAHIRLAH SEBUAH RASA. Buat RINNA rajin-rajinkanlah diri untuk emailkan nama dan alamat. Lepas ini Aina tak akan segan-segan bagi hadiah lagi kepada sesiapa sahaja yang bertuah. Tak semestinya FOLLOWER bertuah sahaja, akan dinilai dari semua segi...ngeeee..(lepas ni kena buat stok cenderahati khas untuk pengunjung blog Aina lepas tu boleh buka kedai cenderahati online pulak...).

Buat semua rakan-rakan di alam maya ini yang sentiasa megunjungi blog DARI MATA PENA LAHIRLAH SEBUAH RASA setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Walaupun blog ini hanyalah catatan peribadi dan kadang-kadang merapu masih ada yang sudi singgah. Sekali lagi TERIMA KASIH semua!

Merah sungguh si agar-agar
Buat bekalan pergi ke pekan
Saya masih sedang belajar
Silap dan salah tegur-tegurkan

Pergi ke pekan membeli durian
Hendak dijamu tetamu yang datang
Terima kasih pada kalian
Jangan serik datang bertandang

 

8 Rider Beraksi:

Raya yang tak berapa nak best!

1:06 PTG JunAina 10 Comments

Akhirnya selepas dua minggu baru dapat update blog. Bukan apa bila balik kampung banyak sangat aktiviti-aktiviti yang membataskan waktu untuk mengadap blog terutama aktiviti kekeluargaan. Kebetulah tahun ini semua anak-anak mak berkumpul dan kebetulan jugak semua anak-anak tok (mak dan bapak saudara ceq le tu) juga balik beraya kat kampung.

Sabtu, 27hb Ogos 2011. Line clear. 7 jam memandu sampailah ke rumah mak kat Perlis, mak tersenyum lebar 2 biji kereta masuk ke halaman. Anak, menantu dan cucu-cuucnya dah sampai, rumah dah bersih walaupun kat rumah yang tinggal semuanya teruna. Mak puas hati dapat berbuka beramai-ramai tiga hari berturut-turut.

Raya keempat mak ke Kelantan bersama adik menziarah abang iparnya yang meninggal. Esoknya apalagi angkat bungkus le balik Kajang. Kampung pun dah mula sunyi. Sampai je kat Juru dah mula jem dan semakin menyesakkan dada bila melalui Bukit Gantang sehingga Slim River, 9 jam memandu terasa amat memenatkan dan itupun bernasib baik kerana kereta gear auto.

Raya yang terlalu sibuk makan pun ikut sedap mulut, nasi pun berhari-hari tak dijamah kalau adapun nasi tomato itupun sangat sedikit. Perut mula meragam. Sabtu manja-manja je menyapa, hari Ahad dah tak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya terpaksa menyambung cuti dengan cuti sakit pula. Sekarang masih makan bubur, minum susu dan berpantang makan. Biskut bagai semuanya tengok aje. Memang tak besh! Jemputan rumah terbuka pula berderet-deret, tak pergi tuan rumah kecil hati dah pergi terpaksa pula tahan hati dengan hidangan yang ada.

Apapun sabar berpantang coz Jumaat minggu depan nak golek kambing lagi dengan geng AnakPerlis, sabar-sabar...


 Suatu hari di hari raya. Acara wajib selepas balik masjid, berada di rumah tok yang hanya bersebelahan dengan rumah mak.


Tema asal kuning tetapi terbabas kepada oren. Tiga ibu pingitan...hehehee...



Alya dengan ayah dan umi (my sis).


 

Iqbal Hadi dengan ayah, tak pernah berenggang dari kecil. Kasih sayangnya tumpah di sini. Kat sebelah pula mak. Tak banyak gambar istimewa dapat disnap coz kamera awal-awal lagi dah hilang entah kemana, masing-masing nak bergambar dengan girlfriend di hari raya.


Lari tema. Baju raya tahun 2 tahun lepas. Recycle! Masing-masing menolak untuk membeli baju melayu baru dengan alasan jarang di pakai. Dari kiri Shaiful (anak saudara), Adik Ab (their best friend), Syafiq (adik bongsu) dan Shahizat (adik no 2 bongsu).


 Pagi raya di rumah tok, nampak sangat usianya yang lanjut tetapi dengan kudrat yang tak seberapa itu dia tetap gembira dikelilingi anak-anak yang masih ada 8 orang, cucu-cucu pula berjumlah 41 orang yang masih ada dan cicit-cicitnya berjumlah 27 orang.


Bapa saudara yang sulung Ahmad Senapi dan lelaki yang berada di belakangnya pula adalah anaknya yang sulung Asmadi.



Antara aktiviti lain mengimbau kenangan lalu. Tanah tempat kedua ibu-bapa mencurah bakti, menyiram rambutan dan chempedak. Tanah ini di tinggalkan bila arwah abah kembali kerahmatullah. Kenangan 34 tahun... Tanah ini kini milik ibu dan bapa saudara yang turut berposing sakan dalam gambar ini.


10 Rider Beraksi: