Seiring peningkatan usia kulit akan menjadi lebih kering, perubahan cuaca yang tidak menentu dan kurang meminum air memburukkan lagi keadaan. Selain itu penyakit 'malas' menggunakan losyen pelembab juga antara faktor. Terima kasih kepada NIVEA In-Shower Skin Conditioner yang banyak membantu melembabkan kulit menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Produk dengan inovasi terbaru dalam memberi perlindungan kepada kulit wanita. NIVEA In-Shower Skin Conditioner juga dapat menjimatkan masa kerana penggunaannya sangat efektif. Mandi seperti biasa, cuci badan menggunakan 'shower foam' pilihan, bilas dan sapukan NIVEA In-Shower Skin Conditioner di seluruh bandan anda dan bilas lagi sekali. Lap dengan tuala lembut dan rasai kelainan kulit anda! Produk ini sangat lembut, tidak berbuih, tidak melekit, wangi dan paling penting ia menghilangkan kekeringan kulit dengan segera serta bertahan lama. Selepas mandi kulit terasa lembab, lembut dan mulus. Semua kekeringan pada kulit akan hilang sekelip mata.

NIVEA In-Shower Skin Conditioner dalam tiub yang mudah digunakan. Harga pasaran Rm16.90 tetapi saya membeli dengan harga diskaun Rm15.90.
Kulit sebelum menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner. Jelas kelihatan liang-liang roma, kulit kelihatan kering dan tidak sekata.
Krim berwangian lembut, buka penutup dan tuang di tapak tangan. Sekali lagi saya ingin tekankan ia tidak berbuih.
Bilasan pertama selepas menggunakan 'shower foam' nampak bintik-bintik air di lengan.
Selepas disapu dengan NIVEA In-Shower Skin Conditioner kelihatan lebih licin dan sekata.
Lengan selepas dibersihkan dan dilap sehingga kering. Liang roma tidak kelihatan, kulit nampak sekata dan paling penting kulit sangat lembut tanpa perlu memakai losyen. NIVEA In-Shower Skin Conditioner sangat membantu untuk menghilangkan kulit kering dan kusam, 2 in 1 service hanya lakukan semasa mandi tanpa perlu membelek diri untuk menyapu losyen selepas mandi. Sapuan semasa mandi NIVEA In-Shower Skin Conditioner juga meliputi keseluruhan badan jadi seluruh badan terasa lembab, lembut dan segar. Menambah keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai terutama bagi wanita berkerjaya. Bagi surirumah NIVEA In-Shower Skin Conditioner akan membantu melembut dan melembapkan kulit kesan dari sibuk dengan kerja rumah.
Dunia serba moden kita mengejar masa sehinggakan 24 jam yang ada seolah-olah tidak cukup, NIVEA In-Shower Skin Conditioner membantu menjimatkan masa yang ada supaya kita dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting. Tak salah menggunakan kemudahan yang ada bukan? Zaman berubah jadi penggunaan produk juga turut berubah mengikut masa. Dengan penggunaan NIVEA In-Shower Skin Conditioner kulit tidak lagi kering, bergembiralah dengan momen-momen indah kulit lembab, lembut dan berseri. Jadikanlah NIVEA In-Shower Skin Conditioner sahabat sejati anda.
Hari tu dah bersedih-sedih sebab tengok blog kawan-kawan sana-sini dok tunjuk BE yang beribu lemon kat blog dia orang, sedih...sob...sob...sebab saya hanya ada satu iklan yang tengah ongoing. Hati ini lemau je nak update blog. Sedih-sedih tetap update juga sebab dah jadi makanan jiwa dan terapi minda bila boleh menaip kat sini.
Minggu lepas buka le akaun
Nuffnang tiba-tiba tengok ada iklan baru, hari ini pun tengok ada lagi satu iklan lagi. Hati terus berbunga-bunga, ada harapan boleh buat tabung raya tahun depan ni...heheheee...
Jadilah ada 3 iklan yang sedang on going walaupun earning tak seberapa. Kalau nak banyak kena kerja keraslah naikkan traffik lagi dan lagi...
Lama tungggu untuk dapat CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dari
Nuffnang tapi bila dah dapat tak putus-putus pulak dan ini adalah CPUV yang ke-7 buat blog Rider Sejati yang mula mendapat iklan CPUV yang pertama pada 17 Julai 2013. Walaupun
earning tak banyak tapi bila tengok angka-angka tu berubah setiap hari rasa best jugak berblog dan beriklan dengan
Nuffnang.
Duit tu nak simpan sampai tahun depan, raya boleh cash-out boleh bagi duit raya lebih sikit (verangan sampai ke bintang!). Kalau banyak boleh keluarkan belum sampai masanya, si kecik tu asyik dok menyebut PSP sahaja. Kesian pulak mak.
Satu
credited diganti dengan yang baru pula, terima kasih
Nuffnang team. Saya senyum-senyum walaupun iklan tu sekejap sangat menari-nari dalam blog. Lain-lain tu menarilah lama-lama sikit ya. Saya kagum dengan blog
Mrs. Secretary satu iklan dia menari-nari sejak bulan May. Perghhh...lama tuuuu... Tengah
running pulak ada 5 iklannya.
Lain orang lain pendapatnya tetapi saya rasa sebagai permulaan eloklah saya beriklan dengan
Nuffnang sahaja. Kalau nak buat advertorial dari syarikat-syarikat lain rasa macam blog
'Rider Sejati' kecik sangat berbanding blogger tersohor dan telah ternama lain belum tentu kita dipandang.
Hari ini saya berada di kampung. Kakak Hayani akan menduduki peperiksaan UPSR 2013. Sebagai ibu hanya doa yang mampu di titipkan agar kejayaan sentiasa bersamanya. Sebagai tanda kasih buat anak tersayang mama korbankan RM yang akan dipotong pada Disember 2013 kerana ini adalah cuti tidak berbayar sebab cuti mama sudah habis untuk tahun ini.
Masuk tahun ke 4 berblog sejak Julai lalu mula mendapat CPUV dari
Nuffnang. Selama ini memang tak pernah ambil peduli dan tak pernah ambil tahu pun berkenaan iklan yang dapat menjana pendapatan buat blogger kerana tujuan asal menulis adalah untuk berkongsi luahan hati. Sejak rajin membaca minda sedikit terbuka, lagkah pertama saya mengikut tip-tip blogger yang sudah berjaya dapatkan CPUV dari
Nuffnang.
Sikit-sikit tetapi lama-lama akan jadi bukit. Hari ini saya buka akaun Nuffnang dan dapati ada dua iklan baru sedang berjalan tetapi iklan Twisties Traxxobeats start sejak 30 Julai tapi hari ini baru dipaparkan di akaun saya. Iklan The Mortal Instrument pula bermula sejak 20 Ogos bermakna semalam.
Ini buatkan saya semakin bersemangat nak update blog setiap hari, buat masa sekarang memang satu entri sahajalah. Saya tak kreatif untuk menggunakan persekitaran sebagai idea update blog. Uniques setiap hari pula lebihkurang 200-300 sahaja. Rugi saya bermula agak lewat tetapi tanpa langkah pertama tak akan ada angkah seterusnya.
Terima kasih
Nuffnang kerana beri perhatian kepada blog kecil saya. Ibarat kata pepatah
'Rezeki Tak Molek Ditolak' dan
'Kecil Tapak tangan Nyiru Saya Tadahkan'.
Syukur alhamdulillah syukur padamu Ya-Allah selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pagi-pagi dapat dua berita baik. Rezeki pagi Jumaat. Tak terluah dengan perkataan.
Rezeki pertama tentulah berkenaan tempat kerja yang dikatakan sedikit goyah bila lesen telah digantung oleh sebab-sebab tertentu. Masuk suratkhabar. Saya juga menulis tetapi terpaksa menarik balik atas arahan pejabat (depa skodeng blog saya rupanya). Hari ini masuk suratkhabar lagi The Star. Statement yang buat semua staff bertepuk tangan semasa Town Hall Meeting tadi “The uptsream licence has been fully reinstated...(selanjutnya baca kat Suratkhabarlah ye).
Perkara kedua yang buat saya senyum-senyum bila saya dapat satu lagi
CPUV/BE dari
Nuffnang. Alhamdulillah. Bermakna ada dua iklan sekarang yang menari-nari kat blog saya. Bertambah-tambah rezeki pagi Jumaat ini.
Yeyyyy...dua iklan sedang menari-nari di blog saya.
Terima kasih
Nuffnang sebab masih sudi bagi iklan
CPUV/BE pada blog
Rider Sejati. Satu hari mana tahu boleh dapat Advertorial pulak (huh berangan!). Cita-citau mesti mau besar tapi mesti seiring dengan usahalah.
Jumaat yang indah buat saya semoga indah juga buat semua pembaca blog
Rider Sejati.
Event : (X-PAX) To Reward First Batch Of Luxury Watch Winners
Motif tunjuk gambar kat atas? Ungu. Tentulah X-PAX! Biru di sampul surat tu tentulah Celcom yang menjadi tuan rumah. Majlis yang sangat meriah.
Ceritanya saya dapat jemputan ke event ini dari
Nuffnang. Meraikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
batch pertama
'Time to Realod, Win a Watch'. Kiranya
X-PAX memberi
reward kepada pengguna setia yang sentiasa top-up telefon bimbit dia orang. Kempen ini adalah khas untuk pengguna prepaid sahaja.
Chief Marketing Officer of Celcom Axiata En. Zalman Aefendy Zainal Abidin yang segak bergaya telah dengan gembiranya menyampaikan hadiah kepada 11 pemenang pada hari tersebut. Pada masa yang sama beliau sempat mewar-warkan produk terbaru iaitu
X-PAX 24 HOURS yang bakal memberikan kehebatan berganda dan penggunaan bergaya buat pengguna-penggunanya.
Tetamu-tetamu jemputan yang hadir. Media, blogger, pemenang dan juga petugas X-PAX. Riuh rendah menggamatkan suasana. Menumpang gembira. Saya suka UNGU!
Hadiah yang bakal di terima pemenang-pemenang. Jam tangan bernilai Rm10k. Hanya top-up dan guna, anda bakal memenangi jam mewah tersebut. Guna, guna dan guna tiba-tiba dapat hadiah jam. Nak tak?
Ini pula bakal menjadi (telah menjadi) pemilik hadiah pertama. Jam bernilai Rm30k. Berbaloi-baloi bagi pemenang yang menerima jam ini. Nampak hebat bergaya di tangan. Bertuah lah badan. Nak beli tak mampu bila dah dapat macam ni haruslah melompat bintang!
Pemenang memegang hadiah masing-masing dengan dihujani hujan buatan tapi hujan kertaslah. Semua tersenyum gembira dengan hadiah masing-masing. Puas hati. Terasa diri di hargai! Selepas ini semakin bertambahlah penggunaan telefon dia orang manalah tahu ada rezeki kali kedua! Pemenang utama berbaju biru memenangi jam bernilai Rm30k iaitu Encik Md Noor Haizan.
Jangan risau, usah bersedih anda semua masih ada peluang lagi untuk memenangi jam-jam tersebut kerana ini adalah batch yang pertama. Masa masih ada. Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk
xpax.com.my pasti anda semakin teruja dengan jam-jam yang di paparkan di sana.
Semalam 4hb Julai saya freekan diri untuk join Nuffnang Event.
Kat Menara Celcom je pun.
Ada blogger-blogger hebat kat sana.
Saya hanya blogger biasa, tulis blog hanya untuk kepuasan diri.
Nanti lah saya syer apa yang terjadi kat sana.
Tak sempat nak jumpa wakil Nuffnang pun kat sana sebab saya sampai event hampir-hampir nak bemula. Rasa menyesal pulak keluar lewat dari pejabat. Hanya register nama masa nak masuk. Ramai blogger bergambar sakan-sakan dengan wakil Nuffnang dan petugas. Saya pandang dari jauh coz dah tak boleh nak bertegur sapa dia orang tengah happening gitu berposing skan-sakan. Lagipun saya segan (malu).
Saya join event inilah.
Ini kawan baru saya
Niza. Jugak seorang blogger macam saya baru nak belajar.
Ini jugak kawan-kawan baru yang sempat saya sapa.
Kak InaKL,
Ruby dan
Wendy. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot blogger yang dah ada nama seperti dia orang. Sungguh
blogger hebat macam dia orang memang tak sombong. Ramah ja melayan kita bersembang.
Nanti saya update pasal event ini ya. Sekarang saya perlu menghadiri kelas design setiap Jumaat. Minggu lepas saya dah ponteng kelas kalau minggu ni ponteng lagi haruslah Design Specialist saya tu black listkan nama saya nanti.
Saya dapat email jemputan dari
Nuffnang. Dekat sahaja dengan pejabat saya. Kuala Lumpur jugak. Masih belum bagi
detail confirmation untuk hadir. Serba salah nak pergi ke tidak. Hari tu hari kerja. Cuti saya pulak tinggal 6 hari ja lagi. Esok baru nak buat keputusan.
Alangkah bagusnya kalau saya masih menjadi Rider Sejati. Saya rempit sahaja sekejap ke sana 3 minit dah sampai, habis event saya merempit balik ke pejabat lagi 3 minit dan ganti hours sejam yang dah saya salah guna. Masa ni rasa menyesal pulak saya gantung lesen motor. Tiba-tiba bersemangat nak merempit semula!
Ada ke kawan-kawan yang nak join event ni?
Suka shopping? Pernah tak bila kita beli sesuatu barang kat shopping kompleks the next day kita jalan-jalan kat shopping kompleks yang lain tetiba rasa terkedu seperti tertelan biji durian kerana harganya teramatlah berbeza. Dan-dan tu rasa seperti mahu sahaja teriak guling-guling. Ohhh!!! Rupanya kat sini ada sale gila-gila (jadinya kita pun separuh gila mengenang nasib). Nak pulakkan barang itu dah lama sangat kita dok idam, gigih simpan duit kat tabung ayam baru dapat beli tetiba lepas beli sehari harga jatuh menjunam. Kalau tahu tak perlulah beria-ia pecahkan tabung ayam tu. Cilok je duit belanja dapur (lebih-lebih belanja seharian masuk tabung jugak tabung dapur).
Sekarang tak perlu risau lagi. Penyelesaian dah ada. Rajin-rajinlah menggunakan khidmat
http://www.save22.com.my/. Smart shopping. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat duit. Kurangkan stress. Hidup sihat.
Kat sini memang mesra pengguna. Pilih sahaja apa yang kita hendak cari. Diskaun untuk shopping, makan-makan, travel mahupun alatan telekomunikasi semuanya ada (sila rujuk gambar di atas). Choose and clik. Kemudian akan dipaparkan lable pilihan anda.
Tak cukup menu kat atas, di bahagian tepi juga diletakkan lable supaya kita mudah untuk melihat serta memilih. Ada juga di senaraikan 'Top 25 Shop'. Kalau kita hanya nak tengok satu tempat sahaja hanya klik kat situ. Contohnya kita akan ke Pavillion so klik Pavilion dan semua kedai yang sedang mengadakan jualan dan memberi diskaun yang best akan tersenarai. Selepas itu hanya sediakan budgetnya sahaja. Boleh shopping dengan teratur tanpa perlu berkejaran.

Ini pulak kalau kita pilih shopping mall. Akan tersenarai semua kedai di shopping mall yang sedang mengadakan jualan. Pilihlah yang terbaik antara yang baik bererti kalau di KLCC tak ada sale untuk barangan yang sama mungkin di 1 Utama sedang mengadakan jualan, jadi kita tidak perlu membuang masa terus sahaja ke 1 Utama dan dapatkan barangan yang kita kehendaki.
Shopping ini boleh jadi terapi terutama untuk kaum wanita. Sekarang banyak pilihan untuk shopping, dari shopping kompleks yang kecil, sampailah sebesar Suria KLCC, segah jugak Pavillion pilih sahaja. Rasa perlukan sesuatu tetapi malas pulak hendak keluar mengadap jem, buang masa atau sibuk juga sebagai wanita bekerjaya boleh sahaja shopping dalam talian. Hanya di hujung jari, sentuh sahaja skrin telefon pintar anda dan pilih, bayar kemudian tunggu sahaja barangan sampai di depan pintu.
Ramai juga yang memilih untuk bershopping sehingga ke luar negara, mencari jenama terkemuka atau juga keluaran terhad sesuatu barang. Jauh berjalan asalkan dapat apa yang dihajati semuanya sanggup. Apa salahnya memanjakan diri sekiranya berkemampuan.
Jadikanlah diri anda 'Smart Shoppers' dengan
save22 Inilah yang dikatakan 'Smart Shopping'!
Nak join jom ramai-ramai melawat
Nuffnang.
Mesti best kalau tercalon. Glamour you!
Kalau nak tahu lebih lanjuk korang klik-klik le kat gambar di atas.
Malas mak nak cerita buat sakit hati coz tak dapat nak ngendeng-ngendeng!