Rutin balik kampung sarapan depan rumah je. Teh 'o' satu jag, kopi 'o' satu jag nasi goreng, kuih-kuih yang dibeli sarapan lah ramai-ramai termasuk rumah kakak kat sebelah kiri, rumah mak saudara sebelah kanan, jiran-jiran yang lalu lalang mahupun pelanggan JMR Motorwork. Rezeki yan sedikit dikongsi bersama. Boleh duduk berborak kat situ dari pagi sampai tengahari.
`Mak suatu hari kita pergi ya,
moga Allah s.w.t makbulkan doa setiap kali sujud Kak Yang agar kita dapat
bersama menjadi tetamunya kelak. Bersama mak, Syed dan anak-anak Kak Yang Iqbal Hadi, Hayani dan Hikram.
Insan-insan kesayangan yang sentiasa berada di hati, kalau dapat hendak mereka
bersama merasa kegembiraan beribadah di sana’.
Semalam mak pergi majlis perkahwinan di Gurun seperti biasa anak-anak lelaki mak melayan kehendak mak ke Botanical Park di Puncak Gunung Jerai.
Semalam telefon emak seperti biasa seminggu 2 kali tetapi sekiranya ada isu-isu penting dalam keluarga seminggu 7 kali telefon emak selain meredakan kerinduan sendiri sekurang-kurangnya meringankan resah di hati emak apabila ada masalah timbul dalam keluarga. Mak seperti biasa ceria bersama anak-anak lelaki yang sentiasa melayan setiap permintaan dia. Alhamdulillah. Adik-adik masih kuat memimpin tangan emak walaupun masing-masing ada tugasan dan tanggungjawab hakiki yang lain.
Emak sampaikan satu berita gembira namun dihujungnya ada satu getaran yang sangat sukar untuk diungkapkan. Telinga mendengar namun hati ini dapat menangkap sedikit kesedihan yang cuba di sembunyikan dalam perbualan. Terasa. Kawan baik emak yang merupakan saudara jauh akan menunaikan umrah bulan depan walaupun tidak berkemampuan namun rezeki Allah s.w.t hantarkan orang lain untuk memudahkan dia. Ada insan yang sanggup cukupkan perbelanjaan saudara ini untuk menunaikan umrah.
Balik mak temankan anak-anak main bowling pula.
Rezeki dia namun saya sangat
terasa. Takut andai emak berkecil hati. Saya mampu membeli rumah bernilai
ratusan ribu ringgit, saya tidak lokek membeli setiap keinginan anak namun saya
menolak ketepi keinginan emak yang satu ini. Dia tidak pernah menyuarakan
keinginan ini tetapi bukankah keinginan itu lahir dalam setiap hati umat Islam?
Saya abaikan perasaan itu dengan mendahulukan perkara lain yang pada pendapat
saya lebih penting sehingga saya terlupa mungkin semua itu mengguris hati emak
sedangkan selama ini emak sentiasa mendahulukan kami anak-anaknya. Hidup tanpa suami dengan seribu kepayanah tanpa kerja tetap untuk membesarkan 6 orang anak.
Sukar sangatkah untuk menyelam ke dasar hati emak?
Tiba-tiba Allah s.w.t jentik hati
saya. Bergetar sebuah kesedaran, mengalir seribu kekesalan dalam setiap urat
darah, nadi berdegup laju. Allah…sesungguhnya kemudahan orang lain itu memberi
pengajaran kepada aku hambamu. Suatu hari moga harinya bakal tiba emak
tersenyum manis merenung Kaabah.
Catatan Hiba :
Suatu Hari Anak Mula Terasa
Menjelang akhir tahun air di sawah, di sungai mula sedikit mengering,
padi nan menguning mula dituai, cuaca panas dan kering datang bersama angin kencang maka berterbanganlah miang padi serata bumi. Kemudaian salji hitam mula berguguran hasil pembakaran jerami beberapa minggu selepas tuaian dan jerami mula mengering. Panas serta berangin pada waktu siang dan sangat sejuk pada sebelah malam
menjelang ke pagi. Dini hari menjadi terlalu dingin sehingga ke tulang sum-sum.
Dulu zaman bersekolah menetap di rumah kampung yang telaga
berada di luar rumah dipagari oleh zink namun kedinginan itu tetap terasa. Dalam
kegelapan pagi di bawah rimbunan pohon-pohon di kampung tangan pantas mencedok air di perigi lalu dijirus kebadan. Dingin air telaga dipagi hari yang semalaman
berembun sehingga menggigil menetap bibir menahan sejuk disapa pula oleh angin
sepoi-sepoi bahasa membuat tubuh menjadi kaku. Selesai mandi kadang-kadang
tanpa sabun pun cepat berlari ke dalam rumah berkelumoih (berselimut) gebar. Itulah kenangan zaman kecil yang
tak akan kembali lagi.
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu kami sekeluarga berkesempatan bercuti di kampung selama seminggu, kampung sebelah sayalah di Perlis. Musin angin timoq katanya sempatlah mengimbau setiap kenangan yang ditinggalkan ketika musim timoq sejak dulu. Dalam 12 bulan kalau dapat bercuti di akhir tahun sehingga bulan Mac itulah nikmat yang tak ternilai bagi saya. Kebetulan kami meraikan perkahwinan adi kedua bungsu tahun ini jadi saya berpeluang menikmati sepuas-puasnya angin timoq.
Kali ini saya sempat memberi pengalaman baru buat dua anak bujang Iqbal dan Hikram, pengalaman pertama mereka bergelumang dengan selut dan menangkap ikan! Pengalaman yang tak akan mereka dapat di mana-mana juga pun. Abang dan adik sangat 'enjoy this moment'. Adik yang dikenali sebagai seorang yang sangat pembersih, pantang ada yang kotor mula berkerut muka sehinggakan buang sampah pun boleh muntah tapi kali ini boleh bergelumang dengan selut, bermain lumpur dan berenang di dalam air berwarna coklat. Kali ini baru dapat tengok yang dua beradik ini 'Anak Kampung Yang Sebenar'.
Pengantin pun sibuk nak tangkap ikan, teruja tengok ikan berenang-renang salam selut. Orang baru belum seminggu bergelar suami isteri. Moga bahagia milik mereka selamanya.

Tengah menimba air ke bahagian yang di sekat, proses ini memang sedikit memenatkan. Kat atas masih tunggu giliran untuk mengerah tenaga.
Haaaa...tu gambar adik yang sangat alergik dengan benda-benda kotor tapi kali ini dia sangat teruja nak bermain selut, nak tangkap ikan. Tengok dia gembira sangat mengejar ikan di dalam selut.
Abang pun sama sibuk dengan serkap di tangan tapi entah dapat ikan entah tidak, main selut je yang lebih.
Antara ikan haruan yang paling besar dapat ditangkap seberat kira-kira hampir sekilogram. Menjadi habuan bakar-membakar sebelah malamnya.
Sebelum mula aktiviti menangkap ikan awalnya kami makan-makan bawah rumah. Ini adalah rumah kampung bapa kepada adik ipar kami yang baru.
Parit kecik sahaja tempat menangkap ikan ini, parit ladang harum manis. Sekat dibahagian tengah kemudian timba air kebahagian yang satu lagi sehingga kering dan tangkap ikan yang berenag di dalam selut.
Adik saya baru sahaja keluar hospital pada hari tersebut setelah dimasukkan ke hospital pada malam kenduri, jadi dia tak dapat meraikan majlis perkahwinan Shahizat tetapi tak nak lepaskan peluang tengok orang timba ikan. Tengah panas sanggup berpayung.
Walau letih berulang berkali-kali dari tengah ladang harum manis ke rumah mengambil barang di tengah terik mentari tetapi hati sangat terhibur. Satu kepuasan bila dapat melakukan aktiviti yang biasa kita buat dizaman kecik-kecik dahulu. Insyaallah tahun hadapan nak ulang lagi akiviti ini lagipun tuan tanah dah bagi green light dan bercadang untuk pagarkan parit tersebut dari dimasuki oleh memerang dan biawak. Kalau tak ada binatang dua ekor ni lagi banyak ikan dapat ditangkap. Paling penting ini juga cara Allah s.w.t mengeratkan ukhwah bersama keluarga baru adik Shahizat.
Kampung saya jauh nun di utara tanah air bersempadan dengan Thailand, berkelana mencari rezeki di bumi Allah sehingga ke Kuala Lumpur. Takdir rezeki saya tertulis di sini demi kelangsungan hidup maka menjadi pemastautin tetap saya di sini.
Kebiasaannya bila ada cuti berkembar saya akan mengambil kesempatan untuk bercuti di kampung dan saya akan sambung dengan cuti tahun sekurang-kurangnya cuti menjadi 5 hari. Perjalanan balik kampung mengambil masa 6-7 jam begitu juga sebaliknya jadi untuk pulang pada hari cuti hujung minggu adalah tidak berbaloi dengan penat dan belanja perjalanan.
Menjadi kelaziman kami bercuti pulang ke kampung pada Tahun Baru Cina dan cuti Hari Raya Puasa selebihnya mengikut keperluan keadaan.Setiap kali pulang bukan sedikit perbelanjaan yang perlu jadi bajet melancong banyak dihabiskan untuk pulang ke kampung tetapi itulah kegembiraan kami walaupun tak dapat melancong tempat best-best hati kami sekeluarga tetap sangat gembira bila dapat balik ke kampung.
Esok saya dan anak-anak akan mengharungi perjalanan lebih 500km kebiasaanya juga jalan akan sesak. Kesihatan pulak agak kurang bagus selsema dan demam mula menyerang. Harap esok saya dapat memandu dengan baik dan selamat tiba ke kampung. Rindu langit kampung! Mak baru sahaja 2 minggu balik dari Kajang jadi rindu masih mampu ditahan.
Walaupun saya gembira bila berada di bawah langit tenah kelahiran hati tetap terkenang si dia yang ditinggalkan. Janan nakal-nakal sepanjang kepergian isteri. Pandai-pandailah jaga diri. Rindu akan tetap meruntun hati.
Kisah seorang yang kreatif menggunakan tanah dan bijak menguruskan aset yang ada. Jauh mata memandang di penuhi kehijauan sawah padi yang semakin menunduk, di tengah sawah yang terbendang mata menangkap sekeping tanah dipenuhi pohon naga. Menongkah arus. Sawah di tebus guna menjadi ladang buah naga yang memberi pulangan yang berlipat kali ganda berbanding bersawah.
Pulangan Rm1200 sebulan purata pendapatan yang menjadikan pendapatan tahunan sebanyak Rm14,400 adalah lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah setahun dua kali dengan keluasan terhad sebegitu. Dia berpandangan jauh. Hasil try and error dia berjaya menjadi contoh terbaik petani yang keluar dari kepompong bersawah.
Tuan punya kebun yang sangat peramah berbaju kuning, tidak berbaju adalah pembantunya menguruskan kebun buah naganya. Tidak lokek ilmu. Katanya lebih untung tanam buah naga dari tanam padi. Pernah masuk surat khabar Berita Harian jugak.
Dia sibuk suruh saya bergambar dekat pasu besar yang ditanam pokok naga, saya pulak malu-malu tapi sempat juga bapa saudara snap sekeping gambar saya. Katanya memang letak dalam pasu besar untuk orang bergambar.
Pokok naga yang ada sedikit rosak daun-daunnya kerana menerima hujan agak banyak, pokok ini jenis kaktus kalau air terlampau banyak cepat rosak. Buah di hujung-hujung katanya dah banyak yang kecik-kecik. Saya beli Rm20 tapi saya dapat yang di sedekah lagi banyak dari yang dibeli. Buah merah campur buah putih ikut rezeki tapi memang manis.
Saya suka pemandangan ini, jiwa saya dekat dengan padi dan bendang tetapi menjadi bersemangat bila melihat deretan pokok naga yang kemas ditengah bendang. Mula berangan-angan, kalaulah saya ada tanah!
Rezeki adan sentiasa ada buat yang berusaha. Setelah berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t. Walaupun nampak keluasan kebun ini adalah terhad dengan usaha yang gigih selain dapat menjana pendapatan dapat juga membantu orang lain mendapatkan pekerjaan. Menurut tuan punya permintaan buah naga adalah sangat tinggi, tak menang tangan menguruskan tempahan. Pasaran dalam kampung pun dah tak dapat nak tampung jangan kata nak dipasarkan diluar. Kalau teringin telefon sahaja nanti buah akan sampai di depan pintu kalau suka dan teringin nikmati buah di kebun juga dengan tangan terbuka tuan punya menerima tetamu.
Kebun ini terletak di Kampung Padang Kilang, Arau, Perlis.
Hari raya pertama banyak masa dihabiskan di rumah menerima kunjungan tetamu jauh dan dekat, alhamdulillah tahun ini anak cucu serta cicit Almarhum Tok Ayah Senapi Man dan Almarhumah Saripah Salleh masih berkumpul seperti dulu. Keluarga besar kami. Silaturrahim ini moga terus berpanjangan. Syukur padamu Allah. Mak macam biasa bila anak bungsu beraya di Kelantan dia sedikit lemau raya pun mak macam tak ceria.
Beraya di rumah Pak Tih Hussin adik mak sebelah menyebelah sahaja, paling terkesan bila tengok Angah lengkap berbaju melayu dan bersampin. Berubah juga akhirnya abang aku ni bisik hati, selama ini hari raya dia sama sahaja seperti hari biasa sejak ada isteri kenalah ikut rentak orang berkeluarga.
Rumah mak memang bersila jelah jangan hairan sebab kebanyakan rumah kampung di Perlis masih mengekalkan duduk di lantai. Rumah mak saya memang tak ada sofa bagai, lapang dan senang nak mengemas. Edisi mak menakan, pak menakan dan sepupu sepapat beraya di rumah mak. Gambar di atas my Pak Long dan isteri ke tiga dia.
Inilah raya cara keluarga besar kami pergi raya ramai-ramai 7-8 biji kereta, masak nasi sama-sama, pusing rumah kait kelapa muda, panjat pokok buah yang ada, petik ulam keliling rumah, ligan ayam-itik tuan rumah, buli kucing tuan rumah kemudian makan sakan-sakan atas pelenggaq tepi bendang. Lauk kampung yang boleh membuatkan semua orang kecoq ayaq lioq! Tahun ini mata kucing dah kena serbu pada hari raya pertama kami tengok putik mata kucing sahaja. Hidangan nasi putih, masak lemak kubis, som tam, ayam goreng, ikan goreng, ulam dan sambal belacan pada hari raya kedua.
Lepas kenyang makan kami serbu kolam pulak. Main jala-jala dalam kolam sekali dapat ikan besar! Aktiviti wajib setiap tahun di rumah adik mak Pak Njang Ismail di Hutan Lembah, Mata Air, Perlis.
Balik dari mata air ramai-ramai singgah di rumah Makcik Yati adik mak jugak. Makan mee kari kali ini terus ke dapur tak yah nak di layan bagaikan tetamu sangat buat macam rumah sendiri.
Raya adalah masa untuk mengeratkan silaturrahim, saban tahun itulah gaya kami berhari raya. Sedikit berbeza dari keluarga orang lain mungkin tetapi itulah 'Cara Keluarga Besar Kami Berhari Raya'. Ada orang sukar menerima tetapi apa saya kisah!
Gambar raya yang sedikit formal bersama anak-anak. Walaupun tanpa suami dan anak-anak tanpa ayah kami tetap beraya seperti orang lain. Kehidupan tidak akan terhenti dengan meratapi apa yang tak mampu kita miliki. Nikmat hari raya tetap kami tempuhi dengan seriibu kesyukuran.
Lepas puas bergaya secara sopan gambar happy-happy tetap nak jugak cuma tak mampu nak melimpat bintang dalam busana tradisional ini.
Kesan
ribut yang melanda Perlis baru-baru ini. Inilah ujian ribut yang sedikit buat kita. Kalau hendak dihitung kita hanya kehilangan rumah tempat berteduh, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Di saat kita berkeluh kesah dengan sedikit ujiannya pujuklah hati, kita selamat, anak isteri selamat hanya harta dunia yang terlibat. Kenangkan juga tempat lain yang dilanda taufan sehingga tiada yang tinggal, banjir melanda menghanyutkan segalanya isi rumah, tanam-tanaman mahupun haiwan peliharaan. Paling penting kita masih ada insan-insan yang kita sayang di sisi.
Bersedih kita tetap bersedih namun siapa kita untuk menolak takdir Ilahi. Redha ubat paling mujarab untuk penyakit hati. Ujian Allah s.w.t mungkin sebagai teguran buat kita atau Dia ingin melihat tahap kesabaran kita. Paling pasti setiap ujian ada hikmahnya.
Seperti biasa bantuan awal tetap tiba dari badan-badan berwajib. Bukan mudah untuk membina sebuah rumah semula kerana rumah lama membawa bersama kenangan yang turut sama menyembah bumi. Yang baru tak kan sama dengan yang lama tetapi hidup perlu diteruskan.