Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Pertama kali dengar lagu ini saya sudah jatuh cinta. Saat pertama kali mendengarnya juga saya menyangka lagu ini adalah nyanyian Yuna walaupun berkali-kali mendengarnya saya masih mengatakan Yuna penyanyinya. Bait-bait kata yang menyentuh perasaan, penuh seribu tafsiran.
Nak meroyan menangisi perkara yang lalu pun tak guna, hidup harus diteruskan kaki harus terus melangkah. Paling penting kesilapan lalu jangan diulang, perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Jadikan pengalaman lalu itu guru yang terbaik untuk mengharungi kehidupan seterusnya.
Sama cantik dan sama padan. Dulu kahwin lari tak sempat nak merasa semua ini. Bukan gambar pre-weeding gambar kahwin pun tak ada kot. Dah jangan nak sentap! Gambar-gambar lagi meletup sila tengok kat blog
Abang Nara.
Hari ini mereka selamat diijab kabulkan, ketentuan jodoh rahsia Allah. Doa agar keduanya akan berbahagia sehingga ke akhir hayat serta menjadi suami isteri yang saling bertolak ansur. Aidil Zafuan sudah ada pengalaman tak menjadi masalah rasanya dalam menjadi nakhoda terbaik.
Saya jarang mengikuti perkembangan dunia selebriti tetapi bila Aidil Zafuan berkahwin semula hati saya sedikit bergetar. Bagi saya terlalu cepat kerana masih terasa panasnya kemelut rumahtangga Aidil Zafuan dan Rita Rudani. Kita tidak boleh menghakimi sebab mereka berdua yang menghadapi kemelut tersebut dan kita tidak tahu siapa betul atau siapa salah. Tetapi sebagai wanita yang pernah diceraikan suami saya berdebar dan menggigil kaki melihat berita ini, entah kenapa. Apalah perasaan Rita Rudani ketika ini.
Dulu nak kahwin sanggup pi menikah di Songhla belakangkan mak dan bapak sendiri tapi bila nak cerai mak bapak juga yang dok backup dia. Entahlah. Paling kesian anak-anak. Harap walau dah dapat isteri lagi cantik, lagi muda dan bakal ada anak-anak sendiri anak-anak yang ada tidak di lupakan. Bukan hanya soal wang tetapi soal kasih sayang terhadap anak-anak dan tanggungjawab.
Masa suka peluk-peluk, manja-manja, senyum tak lekang. Bila tak suka tengok muka pun tak hingin buat baik pun jadi jahat. Cantik pun jadi hodoh.
Cukuplah kemerapuan saya petang ini.
Jodoh itu rahsia Allah. Berkawan bertahun-tahun, bercinta bagai nak rak andai bukan jodohnya terpisah jua, berkenalan hanya sebulan-dua kalau sudah tertulis jodohnya ke jinjang pelamin jua akhirnya. Bagi mereka Rozita Che Wan dan Zain Saidin ikatan dua hati janda dan teruna itu bukan penghalang untuk mereka bahagia.
Sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua agar rumahtangga yang terbina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Cakap-cakap itu umpama doa jadi bercakap hanyalah yang baik-baik agar mereka hidup aman sejahtera.
Akad nikah Zain Saidin dan Rozita Che Wan (tapi saya tak berapa nak berkenan bila majlis nikah pengantin tak pakai tudung sebab rata-rata artis yang lebih muda kawen pun pakai tudung bukan kata hipokrit tapi hormatlah sikit pada majlis yang suci ini, majlis yang akan menghalalkan dua jiwa lebih manis jika bertudung).
Upacara membatal air sembahyang dengan menyarung cincin kahwin.
Rasa nak tengok banyak lagi gambar silalah ke Fuh.my sebab gambar ini pun di pinjam dari sana dan juga lagi di beautifulnara.com.
Jatuh cinta kali pertama padanya ketika pertama kali melihat
Situ Nurhaliza menggayakan busana anggun untuk iklan
SimplySiti Argan. Dari mata terus turun ke hati. Sangat sedap mata memandang tapi mungkin orang yang mengganyakannya jugak cantik jadinya bertambah cantik warna itu. Harus tahun depan jadi warna tema untuk hari raya.
Credit picture to
budiey.com. Sekitar pelancaran produk
SimplySiti Argan.
Iklan ini bermain-main kat televisyen berkali-kali. Emerald Green kata omputeh ataupun Hijau Zamrud kata orang Melayu. Warna cantik, orang cantik, design baju pun cantik jadinya memang package menariklah. Saya tetap jatuh cinta dengan warna Hijau Zamrud ini.
Kerana tarikan Emerald Green/Hijau Zamrud juga saya membeli majalah Mingguan Wanita ini. Nampak sahaja terus ambil tanpa perlu melihat isu kandungan utama keluaran minggu tersebut yang penting hijau itu sangat lekat di hati saya.
Kecintaan saya juga membuatkan edisi membeli
langsir untuk bilik tidur juga tidak lari dari warna
Hijau Zamrud ini. Hasilnya warna seakan-akan baju yang dipakai oleh Siti Nurhaliza juga dibeli (mungkin terdapat sedikit perbezaan warna almaklumlah hanya menggunakan
compact kamera).
Hati kadang-kadang berubah citarasa, dulu kuning dan biru menjadi pujaan hati sehinggakan bila buka almari hanya itulah warna-warna yang ada di dalam almari. Tak lama berubah kepada warna-warna pastel sehingga tukang jahit merungut kerana warna-warna baju yang bagi dia tidak menarik dan tidak ceria. Kini jatuh cinta pula dengan Hijau Zamrud. Harus bertungkus lumus cari kain untuk warna tema tahun hadapan. Insyaallah.
Lakonannya mantap Cik Puan suka sangat tengok dia berlakon.
Raut wajahnya cantik.
Suaranya yang manja-manja kekadang serak-serak basah memang menggoda.
Selalu tertunggu-tunggu kemunculannya.
Busana yang di pakai selalu kena sahaja dengan badannya.
Fasha Sandha di majlis pelancaran Majalah LISA Malaysia yang di adaptasi dari majalah keluaran luar negara.
Owhsem tak...owhsem tak...??
Sumber : rotikaya
Tin Pepsi Limited Edition Siti Nurhaliza Berharga RM2000 keluaran tahun 2000 jugak - siapa yang sanggup? Mesti adakan yang sanggup, Siti banyak peminatnya tapi kalau Aina tak naklah bayar banyak tu untuk satu tin kosong...walaupun rupamu dan suarumu menjadi idaman hatiku tak ku sanggup berhabis kerana tin! Heehee...
Suka lagu-lagu Siti Nurhaliza walapun bukanlah peminat berani mati dia. Paling suka lagu `Aku Cinta Padamu' berbekas sampai kini. Suka juga peribadinya yang tak banyak gossip-gossip liar singgah dalam kehidupan peribadinya tetapi sedikit terkejut bila Siti memilih Datuk K sebagai suami tetapi alhamdulillah mereka bahagia. Itulah di namakan jodoh.