Menghabiskan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak

2:45 PTG JunAina 6 Comments



Meluangkan amsa bersama anak-anak di Paya Indah Wetland.

Sebagai ibu yang bekerja pastinya kita mempunyai masa yang sangat terhad dalam melayan anak-anak. Seawal 5am kita telah bangun tidur kemudian sibuk di dapur memasak untuk sarapan mahupun makan tengahari untuk anak-anak sebelum kita keluar bekerja. Sesibuk mana pun sebagai seorang ibu tanggungjawab masih perlu dilaksanakan sebaik mungkin. 7am kita mula keluar rumah menghantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Masa kita menjadi terlalu terhad lalu kita harus mencari masa yang sesuai untk menghabiskan masa bersama anak-anak.



Makan-makan di Shushi King, Avanue K.

Balik kerja sekitar 6pm sampai ke rumah atau mungkin lebih, kita sekali lagi sibuk dengan urusan di rumah, memasak makan malam, mencuci baju dan mengemas yang mana patut sebelum makan malam yang kebiasaannya selepas solat magrib. Usai makan anak-anak akan mula sibuk dengan buku membuat kerja rumah mahupun sekadar mengulangkaji pelajaran. Masa inilah antara masa-masa berharga untuk kita menghabiskan masa bersama anak-anak dengan berkualiti, walaupun nampak masa yang terhad namun itulah antara masa-masa berharga buat mereka.






Menghabiskan masa cuti bersama anak-anak di Taman Wetland Putrajaya.


Hujung minggu adalah masa yang dinantikan seisi keluarga selain dapat berehat, masak mengikut selera keluarga dengan lebih sempurna saya akan memilih untuk meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak. Antara aktiviti yang menjadi pilihan beriadah di taman-taman sekitar Putrajaya, berjoging atau keluar makan-makan walaupun hanya sekadar hanya `mencendol’. Sekiranya ada movie menarik di panggung wayang yang bersesuaian untuk aktiviti keluarga sesekali kami juga akan menonton wayang bersama. Mungkin ibu-ibu boleh mencuba idea ini `5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool &Trendy Di Dunia!’.






Bercuti ke Kelantan.


Masa anak-anak bersama ibu-bapa adalah sangat singkat, selepas persekolah dan mula ke kolej mereka akan mula keluar dari rumah dan berdikari. Kemudian memulakan alam pekerjaan sehinggalah mereka berkahwin dan membina hidup sendiri. Selagi anak-anak kecil masih bersama kita luangkanlah waktu bersama mereka semaksima mungkin agar ikatan kasih sayang utuh. Kekangan masa bukan alasan untuk membina keluarga bahagia kerana kita yang mengurus masa bukan sebaliknya. Suatu hari bila termenung sendiri memandang ruang rumah yang mula sunyi kita akan mula terbayang saat anak-anak berlari di dalam rumah penuh riauh rendah, tika mereka makan dan bergaduh di meja makan, ketika anak-anak leka menonton teleivisyen yang pasti kita bakal merindui setiap detik itu.





6 Rider Beraksi:

MyTeksi Diskaun 30%

10:25 PG JunAina 5 Comments

Pejabat saya agak jauh dari LRT serta tiada bas yang lalu di sini, bagi yang menggunakan LRT mereka perlu berjalan agak jauh kira-kira 700 meter hampir-hampir sayu kilometer jugak lah kan. Jadi perkhidmatan teksi memang penting bagi kami yang bekerja di sini sekiranya ada perkara yang perlu diuruskan semasa rehat tengahari. Kebiasaannya teksi yang berwarna biru senang sahaja nak dapat sebab pejabat saya berada bersebelahan dengan Micasa Hotel & Resort tetapi harganya agak mahal berbanding teksi biasa, almaklumlah teksi executive.




Kebanyakan dari kami di pejabat ini biasanya akan telefon untuk booking teksi dan terpaksa menunggu agak lama, kadang-kadang pemandu pula tidak mahu datang ke lokasi kerana kesesakan lalu lintas. Pernah dengar mengenai applikasi MyTeksi? Sekarang kebanyakan dari kami pekerja di bangunan The Icon menggunakan applikasi ini. Memang sangat mudah dan tidak perlu menunggu lama. Hanya request teksi di applikasi  MyTeksi masukkan lokasi dan applikasi akan menunjukkan teksi yang berada berdekatan dengan lokasi kita dan pemandu teksi akan telefon kita. Tidak perlu membuang masa. Cuma kita perlu membayar Rm5 lebih sebagaimana kita book melalui telefon.


MyTeksi memberi diskaun sehingga 30 bagi pengguna Samsung Galaxy dan anda boleh download applikasi MyTeksi serta nikmati diskaun  tersebut. Download applikasi MyTeksi Diskaun 30 Peratus. Mudah lepas tu dapat diskaun pula bukankah itu sangat berbaloi selain kita tak perlu membuang masa menunggu teksi.


Zaman moden semuanya hanya berada dihujung jari, booking teksi di dalam pejabat yang sejuk turun ke bawah teksi sedia menunggu tak perlu berpanas berpeluh melekit atau basah berhujan. Urusan pengangkutan anda akan berjalan dengan lancar tanpa mengaggu mode anda. Teknologi memunungkinkan segalanya. Apa yang penting pastikan data internet telefon anda masih ada dan internet berfungsi dengan baik. Tak rugi pun download applikasi MyTeksi mungkin hari ini kita tak perlukan applikasi ini tetapi mungkin suatu hari kita akan menggunakannya juga. Applikasi MyTeksi memudahkan urusan seharian.



5 Rider Beraksi:

Apa Yang Best di Busan?

4:00 PTG JunAina 10 Comments


Beberapa hari lepas saya ada bercerita tentang keinginan anak-anak untuk jalan-jalan ke Korea dan salah satu tempat yang mereka nak lawati adalah Busan yang merupaka bandar ke dua terbesar di Korea entri tersebut ada di sini. Pemilihan Busan adalaha kerana di sana terdapat pelbagai tarikan pelancongan yang dapat dilawati dan dinikmati seperti pantai, gunung, rumah-rumah ibadat dan yang paling saya suka adalah makanan laut yang pastinya sangat segar di sana.






Selain tempat-tempat yang telah saya tulis di dalam entri yang lalu rupanya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Busan yang belum saya ketahui. Kita boleh meneroka lebih banyak info tempat-tempat pelancongan dengan merujuk ke sini `A ReasonsWhy Busan, Korea's The Ultimate Vacation To Eat, Chillax & Take BeautifulPics’






Sebelum membuat keputusan untuk ke sesuatu tempat eloklah kita membuat sedikit carian mengenai tempat tersebut. Selain membantu menjimatkan masa menguruskan perjalanan sedikit sebanyak kita boleh belajar budaya kehidupan masyarakat di sana selain supaya tidak kekok adalah sesekurang-kurangnya bila kita mengetahui cara hidup mereka kita boleh menghormati cara mereka. Ia juga akan banyak membantu kita untuk mencari tempat-tempat makanan halal sekiranya perlu, pengurup wang dan sebagainya sekurang-kurangnya amat membantu ketika kecemasan. Bila bercuti di luar negara perkara paling penting adalah sila simpan nombor telefon kedutaan Malaysia di sana.


Kebisaannya kalau berjalan saya jarang mengambil package sebab lebih senang jalan-jalan menggunakan itenery sendiri. Boleh pilih ke mana sahaja kita nak pergi, kalau rasa penat rehat, bila-bila masa lapar boleh berhenti makan seseuka hati, rasa best sesuatu tempat boleh lepak lebih lama pendek kata kita bebas menguruskan masa sendiri tanpa perlu terkejar-kejar. Bila berjalan dengan anak-anak banyak perkara terpaksa diambil kira sebab budak-budak kadang-kadang suka buat perangai.


10 Rider Beraksi:

Resepi Sambal Ikan dan Kelapa

10:47 PG JunAina 3 Comments


Kalau makan nasi kerabu mesti ada sambal ikan dan kelapa, di campur pula dengan lada hitam memberi rasa manis, lemak, pedas serta beraroma kepada sambal tersebut. Pembuatan Sambal Ikan dan Kelapa ada sama sahaja sebagaimana kita membuat serunding ikan cuma lada hitam digantikan dengan cili kering.




Bahan-bahan :
1 cawan kelapa parut
1 cawan isi ikan (bakar/rebus)
¼ cawan dihiris dan cincang halus
¼ cawan serai hiris dan kisar
½ cawan bawang dicincang
Garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam

Cara-cara :

1.      Goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga ringan dan kering.
2.      Masukkan semua bahan kecuali lada hitam. Goreng sehingga bawang layu. Kacau rata.
3.      Masukkan lada hitam dan kacau sebati.
Mudah sangat nak buat resepi Sambal Kelapa dan Ikan tersebut. Boleh juga digunakan untuk membuat ini karipap mahupun inti pulut lepa (pulut udang) atau makan bersama pulut yang telah disibar santan pasti sedap. Sambal ini antara penyedap makanan yang mudah dan senang dibuat. Banyak lagi sambal-sambal lain yang boleh menambah kesedapan makanan seharian kita, nak belajar cara-cara nak membuat sambal-sambal yang lain boleh tengok kat sini `HowTo Make Sambal Belacan And 9 Other Awesome Malaysian Condiments’.


Melalui 9 resepi tersebut bolehlah kita ubah selera dengan menghidangkan satu sambal yang berlainan untk setiap hari. Sesekali mencuba menu sambal yang baru pasti akan membuka selera tambahan pedas ini akan menambah nikmat makan kalua tak terasa hambar tanpa rasa pedas.




3 Rider Beraksi:

Mati Tak Menunggu Sakit Berat

2:46 PTG JunAina 4 Comments

Pagi ini 23hb September 2015 keluarga besar kami di kejutkan dengan pemergian suami kepada sepupu emak yang berusia 47 tahun. Itulah hukum Allah buatnya diambil ketika usia masih muda tanpa sakit lama dan berpanjangan. Kejutan buat semua keluarga namun Allah s.w.t lebih mengetahui yang terbaik buat setiap hambanya. Pergi di ketika umat Islam seluruh dunia sedang berwukuf di Arafah. Moga makbullah doa-doa mereka yang menziarahi arwah hari ini.


Pada mulanya arwah Pak Long Kamal Bin Harun mengalami demam, setelah 10 hari itupun selepas puas dipujuk isteri, beliau mendapatkan rawatan di hospital dan ditahan untuk rawatan lanjut. Disahkan menghidapi denggi tetapi kesihatan arwah  semakin merosot kemudian doctor mengesahkan pula dia mengidap batu karang. Hanya dalam masa 4 hari dia koma dan dimasukkan ke ICU kerana kegagalan kedua-dua buah pinggang berfungsi. Hari kelima arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Pergi tanpa menaggung sakit yang terlalu lama.


Lelaki tetap tinggi egonya, keras kepala dan sangat takut bila disebut doktor mahupun hospital apatah lagi sekiranya perlu mengambil ubat secara rutin. Berbeza dengan wanita yang lebih perihatin dengan kesihatan diri, terasa kelainan pada badan cepat-cepat berjumpa doktor. Mungkin salah satu sebab sakit arwah menjadi tenat dalam kadar yang cepat kerana mengabaikan rasa sakit yang sedikit pada badan dengan alasan masih mampu bertahan  dan bila penyakit dikesan telah berada ditahap yang agak serius.



Itu bahagian dia kita pula entah bila moga bila saat-saat itu menjelma kita sudah cukup bersedia dan menghadapinya dengan senyuman. Doa setiap kali solat agar Allah s.w.t permudahkan perjalanan hidup juga perjalanan mati buat kita semua. Mati tak menunggu sakit sebaliknya apabila tiba waktunya malaikat maut tanpa tercepat mahupun terlewat sedetik pun akan tetap menyapa dan membawa nyawa kita pergi. Tinggallah tubuh terbujur kaku menjadi ratapan insan-insan kesayangan kita.



4 Rider Beraksi:

Ke Korea Kita Seoul Dan Busan

2:03 PTG JunAina 4 Comments

Ke Korea Kita? Itu antara rancangan yang akan anak-anak tunggu setiap minggu di televisyen, Wak Doyok dan Myo menjadi hos rancangan tersebut. Masing-masing teruja melihat pengalaman mereka di Korea dan masing-masing menyimpan keinginan untuk menjejakkan kaki ke Korea. Mulalah pujuk mama dengan pelbagai janji manis untuk belajar bersungguh-sungguh, tak tinggal solat dan nak jadi anak yang baik. Tak apa anak-anak nanti mama simpan duit banyak-banyak kita pergi, bukan senang nak jalan-jalan luar negara seramai 5 orang memerlukan bajet yang besar. Kalau mama dan abah sahaja yang pergi memang dah lama terbang berdua tapi sebab kesiankan kesungguhan anak-anak mama dan  abah tangguh jalan-jalan berdua.




Seoul tetap menjadi tempat pertama yang akan di lawati dengan pelbagai tarikan di sana, antara tempat-tempat yang hendak sangat anak-anak pergi adalah Gyeongbokgung yang merupakan istana terbesar di era pemerintahan Dinasti Joseon. Myeongdong pula syurga fesyen dan barangan kosmetik jadi anak-anak umpan mama nanti bolehlah mak shopping sakan-sakan kat sana. Namsan Park terdapat sebuah perkampungan budaya Korea iaitu Namsagol Hanok Village terdapat juga hutan rekreasi serta kompleks pelancongan paling penting anak-anak hendak melihat kawasan `love pad lock’ sambal menikmati pemandangan di puncak gunung juga. Insa-dong sebab anak-anak nak shopping cenderahati untuk kawan-kawan sekolah masing-masing kat sini. Ke Itaewon untuk melihat penempatan Muslim di Seol sambal ziarah Masjid Besar Korea. Pulau Nami siapa tak nak pergi ke Pulau Winter Sonata ni kan?







Destinasi ke dua impian anak-anak adalah Busan sebab utama anak-anak sangat tertarik dengan Gamcheon Cultural Village, di dalam rancangan Ke Korea Kita Wak Doyok dan Myo pun ada pergi ke sini dalam rancangan itu mereka diberi task untuk membeli senarai barangan yang diberi. Perkampungan ini dipenuhi rumah berwarna-warni yang sangat menarik perhatian. Jagalchi Market masuk dalam senarai tempat mama nak pergi sebab nak nikmati udang kara di Korea! Beli fresh seafood balik masak macam Nekcik buat, makan puas-puas. Haeundae Beach sebab pantai ini sangat terkenal di sana haruslah menjadi salah satu tempat yang mesti dilawati bila sampai ke sana. Masjid Al-Fatah kunjungan ke masjid tetap menjadi pilihan selain melihat pembangunan Isalm di bumi Korea ia dapat membina ukhwah sesama umat Islam. 



Banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati dan makanan yang best-best di Busan. Sebelum pergi elok kita belajar dan buat sedikit research untuk panduan kita di sana kelak. `Ke Korea Kita Seoul Dan Busan’


Banyak lagi tempat-tempat di Korea yang ingin di lawati, insyaallah suatu hari moga impian anak-anak akan menjadi kenyataan impian mama juga. Saya jenis bila bercuti tak boleh nak tinggalkan anak-anak lagi pun anak-anak pula jenis bila mama hendak berjalan terus buat muka sedih. Korea tetap sentiasa bermain di mata dan impian mereka. Seoul atau Busan keduanya pasti akan memuaska hati anak-anak.



4 Rider Beraksi:

22 Tulisan Tangan Paling Cantik

6:03 PTG JunAina 3 Comments



Masa saya mula-mula belajar dahulu perkara asas yang di ajar adalah tulisan tangan  atau di sebut sebagai `LETTERING’. Enam bulan pertama kami mesti fokus kepada cara-cara untuk menulis dengan cantik dan kemas. Tulisan mestilah tegak seperti menggunakan mesin taip kerana tulisan pada tajuk lukisan akan turut mempengaruhi markah yang akan diberi untuk setiap Lukisan Kejuruteraan  Mekanikal yang kami buat. Tulisan dibuat di dalam huruf kecil dan huruf besar menggunakan pensil pada mulanya kemudian bila naik semester ke dua kami menggunakan pen. Itu kisah 21 tahun yang lalu. Kenangan yang sangat kejap saya simpan di hati. Apa yang saya pelajari di sana telah mencorakkan masa depan saya kini.



Cara tulisan dikatakan adalah melambangkan sifat kita sendiri contohnya sekiranya tulisan kecil biasanya orangnya adalah pendiam tetapi cemerlang dalam hidup. Tulisan yang sedang pula adalah orang yang tidak `up to date’ atau agak ketinggalan. Orang yang mempunyai tulisan tangan yang besar pula selalu digambarkan seorang yang sangat bermurah hati, ingin selalu dihargai dan suka bercakap kosong. Sekiranya anda bertulisan sangat besar dan jelas serta mudah dibaca anda digambarkan seorang yang sangat berhati-hati dan berani mengambil risiko. Sekiranya tulisan berbentuk bulat kebiasaannya orang itu adalah seorang yang beremosi, prihatin, seorang yang lembut dan kreatif manakala tulisan agak leper menggambarkan dia seorang yang bekerja kuat dan pandai mengurus serta mampu melakukan setiap kerja dengan penuh sistematik.



Sedari kita mula pandai memegang pensil kita sudah mula menulis, dari tulisan yang tak mampu dibaca sehinggalah menulis dengan baik sekali. Cuba bayangkan tulisan kita di zaman bersekolah tadika? Comot dan tidak teratur kemudian bila berada di sekolah rendah kita semakin memperbaiki cara menulis sehinggalah kita ke sekolah menengah sudah mula pandai membuat tulisan yang agak `fancy’ seperti tulisan bersambung. Proses pembelajaran untuk menulis dengan lebih baik terus menerus berlaku. Mungkin tidak bagi orang lain tetapi bagi insan-insan yang kreatif mereka tidak jemu berlatih menulis dengan cantik, kemas dan menarik sehingga memuaskan hati mereka.

 

Kita mungkin tidak mampu menjadi mereka yang mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik sehingga tidak memerlukan mesin taip atau computer untuk menulis. Mereka mempunyai tulisan tangan yang sangat cantic, bersih dan teratur. 22 Tulisan Tangan Paling Cantik!`Practice make you perfect’. Kalau macam inilah tulisan tangan yang kita hadap tiap-tiap hari alangkah nikmatnya mata dan gembiranya hati bila membaca.


3 Rider Beraksi:

Brownies Sedap di Sembang Brownies

1:12 PTG JunAina 2 Comments

Abuain Kitchen kisah perjalanan sebuah pengorbanan masa serta keringat kerana minat namun kejayaan akan tetap bersama bagi mereka yang berusaha. Kami saling mengenali di dunia blog bertegur sapa beramah mesra di alam maya. Lahir sahaja `Abuain Kitchen’ saya dan kawan-kawan blogger lain mendapat jemputan khas dari Khairul Hakimin pemilik Abu Ain Kitchen untuk meraikan pembukaan dan majlis bersama Chef Adu Amran.



13hb Sept 2015 sekali lagi saya mendapat jemputan ke Abu Ain Kitchen untuk menghadiri kelas Sembang Brownies. Peserta diajar membuat Peanut Butter Brownies dan Chocolate Fudgy Brownies secara demo dan di sulami dengan sembang-sembang mengenai bisness brownies bersama Chef Khairul Hakimin. Beliau bukan sahaja mengajar membuat brownies yang sedap tetapi beliau juga tidak lokek memberi tip-tip dari pemilihan barang, harga barang sehinggalah tip untuk membuat brownies supaya ‘menjadi’ dengan baik. Semua soalan peserta akan akan dijawab dengan penuh tertib.





Kelas bermula chef lelaki yang mengikuti kelas majoriti perempuan hanya seorang peserta lelaki. Chef Abang Kacak!



Chef gigih mengajar dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang ingin melihat lebih dekat teksture bancuhan brownies. Masing-masing memberi tumpuan.



Alhamdulillah. Hasil kelas pada hari tersebut `menjadi' dengan baik. Pagi sebelum memulakan kelas kami turut dihidangkan dengan brownies yang sama kami pelajari pada hari tersebut.



Peserta pada hari tersebut bergambar kenangan beramai-ramai, ada yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk menghadiri kelas ini. Terselit dibelakang seorang peserta lelaki.




 Blogger jemputan. Saya (bebaju ungu), Ayu, Chef Abang Kacak, Kak ida Mahmod, Bunga Mawar, Atie radzuan dan Elly Nadra yang singgah menjengah kawan-kawan yang baru sahaja habis kelas.


Syukur alhamdulillah. Kelas berlangsung dengan baik, brownies juga menjadi dengan baik. Hubungan ukhwah sesama kami juga terus bertaut erat. Pelajaran hari ini semoga menjadi bekalan buat kami semua, siapa tahu dari buat hanya untuk makan-makan keluarga mungkin suatu hari boleh dikembangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga diantara peserta yang sememangnya telah mempunyai perniagaan makanan sendiri.


Terima kasih kepada pemilik Abuain Kitchen iaitu Chef Khairul Hakimin yang menjemput blogger untuk turut menyertai kelas pada hari tersebut. Setiap dari kita mempunyai cara tersendiri untuk berjihad dan bagi saya inilah jihad beliau dalam membekalkan produk halal dan  membantu ekonomi orang Islam dengan menjadi pembekal makanan halal melalui tempahan dan mengadakan kelas-kelas masakan yang membantu orang lain menjana pendapatan juga dan seterusnya membantu mengembangkan pembangunan ekonomi umat Islam.



2 Rider Beraksi:

Politik Pejabat Suka Bila Dapat Menjatuhkan Orang

10:00 PG JunAina 5 Comments

20 tahun mungkin lebih sedikit saya mengenali alam pekerjaan, sepanjang perjalanan itu terlalu banyak pengalaman pahit serta manis yang dikutip. Seawal 18 tahun selepas tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di salah sebuah kilang elektronik di Kawasan Mel Jejawi kemudian menyambung pelajaran di Besut, Terengganu. Meneruskan pekerjaan di Kuala Lumpur dan setakat ini saya bekerja secara tetap di 4 buah syarikat dan 2 syarikat lagi hanya sebagai pekerja gantian kerana pekerja asal bercuti panjang.


Bila berada di dalam komuniti yang ramai suka atau tidak kita juga akan terpalit dengan politik pejabat mahupun kospirasi yang ada di dalam organisasi. Walaupun kita tidak terlibat secara langsung sedikit sebanyak ia akan memberi kesan. Semakin besar sesebuah syarikat semakin banyak politik kotor yang akan kita nampak, semua itu tak akan mampu kita elak. Pasti ada sahaja sifat manusia yang dengki mendengki, iri hati dengan kebolehan mahupun kejayaan orang lain.


Saya sendiri pernah melalui satu peristiwa yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Menyertai syarikat baru saya menjadi junior di pejabat namun dari segi pengalaman saya merupakan senior. Sedikit demi sedikit bos mula mengalihkan tanggungjawab pengurusan kerja kepada saya memandangkan kelulusan serta kebolehan saya melebihi mereka yang telah lama berada di situ. Setiap kerja serta arahan dari projek engineer akan melalui saya sebelum diagihkan kepada pekerja lain di bahagian saya sehinnga suatu hari saya mendapat panggilan telefon dengan arahan untuk salah satu projek dan saya menyampaikan kepada pekerja yang menguruskan projek tersebut. Bermula isu tunding menunding jari sehingga meletakkan saya sebagai seorang `kaki bodek’ `pengampu’ kerana bos yang kebetulan satu negeri dengan saya (negeri kelahiran saya kecil sahaja). Saya di gempur dengan pelbagai tuduhan paling sedih bila dia berjaya mempengaruhi kawan-kawan yang lain juga.


Saya pernah di katakan sebagai `mengikat kontrak mati’ di syarikat tersebut kerana menjadi anak emas. Suatu hari saya datang bekerja separuh hari sebelah petang dengan sedikit bergaya dan tetap menjadi buah mulut. Seminggu kemudian saya menghantar notis berhenti kerja. Bukan kerana saya tunduk kepada kata-kata mereka tetapi saya mendapat tawaran yang lebih bagus. Saya bersabar atas umpat keji serta kata-kata pedih yang menghiris hati dan Allah s.w.t menggantikan dengan khabar yang sangat manis. Saya sangat bersyukur dapat bekerja di syarikat antarabangsa dan meneroka bidang baru. Percaturan Allah siapa yang tahu. Redhalah dengan setiap perbuatan manusia kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya.



Bersambung…



5 Rider Beraksi:

Anda Penggila Makanan Pedas?

4:00 PTG JunAina 2 Comments

Makan kalau tak pedas rasa macam tak sempurna, macam mana sedap pun makan mesti nak pedas terutama bagi orang Melayu tetapi zaman sekarang semua bangsa pun suka makan pedas Melayu, India, Cina, Kadazan dan lain-lain bangsa tidak akan menolak kepada rasa pedas. Walaupun rasa pedas menyengat tetapi masih makan juga sebab rasa menyengat itulah yang membantu menambah naiknya selera makan. Sambal tumis, sambal belacan siap tambah cili potong bersama kicap setiap kali makan, makanan pedas turut dihidangkan dalam pelbagai versi. Mari kita tengok sama ada ‘Anda PenggilaMakanan Pedas’ atau tidak.





Biasanya cili akan diproses dan dimasukkan ke dalam masakan untuk menaikkan rasa pedas yang mempunyai pelbagai khasiat yang jarang-jarang kita ambil tahu seperti antikanser, melancarkan pernafasan boleh membantu pesakit asthma dan penyakit berkaitan pernafasan, melawan penyakit ulser tetapi bila ulser sudah mula menyerang di bahagian perut cili sudah tidak dapat membantu, meningkatkan fungsi pencernaan, paling menarik cili mampu menurunkan berat badan,menyihatkan jantung serta melancarkan peredaran darah di dalam tubuh serta banyak lagi manaafaatnya. Setiap satu tumbuhan yang tumbuh di muka bumi ini pasti ada kegunaannya. 


Pokok cili juga amat mudah ditanam selain perusahaan secara ladang kita juga boleh menanam  di dalam pasu di rumah, rumah zaman sekarang tanahnya terhad lagilah kalua tinggal di apartment atau flat. Mengikut kaedah yang betul tanah campuran digunakan dengan pembahagian 3 bahagian tanah, 1 bahagian kompos  dan 1 bahagian pasir. Semai 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu bila tumbuh cabut anak pokok dan tinggalkan sepokok sahaja di dalamp pasu untuk mengelakkan persaingan. Pekebun zaman moden manafaatkan ruang yang kecil untuk tanam pokok kegunaan asas di dapur.



Bagi saya pesakit gastrik cili adalah antara hidangan yang perlu diminimakan pengambilannya untuk mengelakkan berlakunya luka di dalam perut yang boleh mengakibatkan gastrik dan ulser. Pesakit gastrik boleh megambil makanan pedas tetapi dalam kuantiti yang sedikit tetapi sekiranya berlaku serangan gastrik pesakit langsung tidak boleh mengambil cili sehinggalah perut pulih sepenuhnya.


Bagi penggemar pedas hidup tidak sempurna tanpa cili dan hidup akan lebih bermakna dengan warna-warna merah didalam pinggan yang mungkin orang lain tak mampu untuk menanggung kepedasan makanan di dalam pinggan anda.



2 Rider Beraksi:

Hidung Buta Tidak Dapat Mengesan Bau.

11:36 PG JunAina 3 Comments

Pernah dengar perkataan ‘noseblindmess’ ataupun bau sebati yang mana hidung kita tak dapat mengesan kelainan bau disekeliling sedangkan orang lain dapat meghidunya. Contohnya di rumah bau carpet yang lembab terperap di dalam rumah. Hidung kita sudah sebati dengan bau tersebut jadi kita tidak dapat mengesan kelainan bau tiba-tiba kawan kita datang masuk ke rumah dengan dahi berkerut.  Menahan bau carpet yang menusuk hidung.


Semua orang mungkin biasa hadapi situasi tersebut, bau karpet, bau langsir, bau stokin, bau kasut sekolah anak-anak di dalam almari kasut. Mari sama-sama kita lihat mengapa Harith di reject mentah-mentah serta mempelajari apa itu bau sebati dengan Harith dan Jezmine. Bau sebati itu mampu di atasi mari kita sama-sama belajar cara mengatasi `noseblindness’. Hidung Buta Tidak Dapat Mengesan Bau.



3 Rider Beraksi:

Daftar 8Share Boleh Kaya Ke?

12:03 PTG JunAina 5 Comments

Pasti ramai yang pernah dengar tentang 8share, ini juga salah satu platform untuk buat duit dengan internet. Hanya share iklan yang diberi dan akan dibayar mengikut visitor yang klik link tersebut. Daftar 8Share Boleh Kaya Ke? Walaupun bayaran tidak berpuluh-puluh ringgit tetapi bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Saya sudah lama daftar dengan 8share tetapi tak pernah `study’ apa tu 8share dan bagaimana cara ia berfungsi. Daftar dan mati di situ sahaja. Saya banyak belajar dari blog Lekatlekit sebab dia antara yang aktif dalam 8share. Banyak ilmu serta tips yang dikongsi mengenai 8share termasuk cara-cara yang betul untuk kongsi iklan di 8share. Kiranya dia menulis dari pengalaman sendiri.


Suatu hari terpandang `cashout’ yang dibuat oleh blogger Lekatlekit Rm600++ yang di share di FBnya banyak tu. Saya terfikir boleh tahan juga walaupun nampak macam apalah sangat pendapatan 8share tapi kalau tengok jumlah hati berbunga riang. Tak suka ke tiba-tiba dapat duit selain daripada duit gaji yang masuk tiap-tiap bulan? Boleh la buat belanja beli barangan yang kita suka, atau boleh simpan untuk tabungan masa hadapan.


Sesuatu yang kecil tidak semestinya nilainya kecil, mungkin kecil bagi orang lain tetapi besar untuk kita. Nilai yang kecil tetapi tetap berharga bagi orang yang pandai menghargai apa yang dia dapat. Jangan sia-siakan platform untuk buat duit yang ada disekitar kita kerana dari `empayar yang kecil bermula dari perusahaan yang kecil’ dahulunya.


Sekiranya berminat menyertai 8share boleh daftar dan share apa yang terdapat di sana dengan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya. Sama-sama berusaha menambah pendapatan dengan blog menggunakan platform 8share.






5 Rider Beraksi:

Kuala Lumpur Yang Kelabu 2015

10:30 PG JunAina 3 Comments

Lebih seminggu pemandangan Kuala Lumpur hanya berbalam-balam, jarak penglihatan agak terhad. Minggu ini semakin teruk pula jarak penglihatan. Saban tahun berlaku saban tahun juga rakyat menanggung azab jerebu. Indonesia tetap tak ambik pengajaran, apa yang mampu kita lakukan. Hukum alam bakar di sana sehingga ke Tanah Malaya kesannya.



Badan sudah mula sakit-sakit, nafas mula semakin pendek semput mula menyerang. Berulang Kajang-Kuala Lumpur dan sebaliknya setiap hari dengan motor membuatkan diri semakin terdedah kepada risiko dan kesan jerebu. Kesan bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga kesan jangka panjang yang suatu hari tiba-tiba sahaja datang walaupun waktu itu sudah tiada jerebu.


 

Marah. Sesungguhnya saya marahkan Pemerintah Indonesia. Sepatutnya Kerajaan Malaysia saman sahaja Pemerintah Indonesia kerana tidak berkeras dengan rakyatnya yang melanggar undang-undang larangan pembakaran terbuka. Letakkan ketepi hubungan diplomatik sebagaimana mereka lakukan terhadap nelayan-nelayan yang masuk ke perairan mereka yang kapal mereka diletupkan dan dikaramkan ke laut tanpa memikirkan hubungan diplomatic dengan negara terbabit. Tak perlu berehsan dengan mereka, ambil tindakan tegas supaya negara kita tak dipandang rendah.

Harapan rakyat Malaysia agar kedua negara dapat mencapai persefahaman antara dua negara yang bakal memberi manafaat kepada bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi untuk kepentingan rakyat Indonesia juga.


15.09.15 sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor diarah tutup kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200. Bagaimana pula pekerja-pekerja yang masih terus mengharungi jerebu ke tempat kerja kerana arahan itu hanya untuk sekolah. Kita semua terpaksa terus mendedahkan diri kepada jerebu. Sekiranya ada yang mengambil cuti sakit harap bos dapat bertimbang rasa. Aambil juga langkah-langkah pencegahan yang lain paling penting banyakkan minum air.



3 Rider Beraksi:

Nama Tempat di Malaysia di Fusion Kan

5:09 PTG JunAina 2 Comments

Macam-macam hal. Kalau nama-tempat kat Malaysia sama kita biasa dengar seperti Bukit Tinggi ada juga di Pahang satu lagi di Kedah, Serdang di Perak Serdang di Perlis dan Serdang di Selangor, Batu Pahat di Johor berkongsi nama dengan Batu Pahat di Perlis. Jauh sikit Arau di Perlis dan Aarau di USA dan Batang Arau di Padang, Indonesia yang sedikit berbeza cuma ejaannya, gempak betul nama Arau ciplak dari luar negara.



Ada pulak yang lebih kreatif cuba kita intai-intai apa akan jadi bila `NamaTempat di Malaysia di Fusion Kan gila gempak. Mungkin kita langsung tak pernah terfikirkan nama-nama tersebut. Sambil tu asah-asah minda cuba tukarkan nama tempat sendiri pulak.


 KUALA PILAH + PHILADELPHIA
=PILAHDELPHIA


Banyak lagi nama-nama tempat lain yang menarik perhatian setelah di `Fusion Kan!



2 Rider Beraksi:

Komen Gagal Di Terbitkan Di Blog Yang Di Kunjungi

2:46 PTG JunAina 3 Comments





Blog Rider Sejati setelah sekian lama terabai tiba-tiba terasa satu semangat baru meresap kembali. Ingin menulis seperti dulu yang kadang-kadang sehingga 2-3 entri sehari, 1 entri adalah wajib 2-3 adalah mengikut kelapangan dan idea. Itu suatu ketika dahulu tahap kerajinan berada di puncak, sekarang cuba bangun kembali mungkin ada hikmahnya kelak.


Blogwalking menjengah kawan-kawan, membaca kemudian meninggalkan komen menjadi rutin. Rupanya ada masalah lain yang timbul bila buka email terdapat berpuluh-puluh email bertajuk `Mail Delivery Subsystem’. Rupanya selama ini `Komen Gagal Di Terbitkan Di Blog Yang Di Kunjungi’, jadi tiada jejak yang saya tinggalkan untuk kawan-kawan-kawan oleh sebab itu kawan-kawan tidak tahu yang saya telah singgah dan telah membaca entri tersebut. Rasa buang masa mengarang panjang lebar komen yang ditinggalkan.


Masih mencari penyelesaian bagaimana harus dibuat. Mungkinkah setting di blog ataupun di kumputer. Google kan ada tapi kalau tak tahu keyword yang sesuai pun susah jugak. Harap perkara ini dapat di atasi segera. Kadang-kadang bila buka email sehingga 20-30 email notification failure yang sampai sehari. Sedih betul.



 Kalau ada kawan-kawan yang pernah mengalami pengalaman yang sama bolehlah berkongsi di sini atau pun bagi link di mana saya boleh rujuk masalah tersebut. Susah hati juga berpuluh-puluh email gagal sampai, tak seronok pula nak komen sana-sini yang akhirnya gagal di kesan oleh pemilik blog.



3 Rider Beraksi:

Chef Wanita Mereka Cantik Lagi Sangat Hot

10:25 PG JunAina 3 Comments

Chef yang hebat sinonim dengan lelaki-lelaki hensem, macho dan berketerampilan yang sentiasa menggugat nurani wanita untuk melihat kelincahan mereka memasak di dapur. Siapa yang tidak kenal Chef Wan, Chef Nik Michael, Chef Adu Amran, Chef Sherson Lian, Chef Zubir, Chef Ismail antara bintang yang begemerlapan diarena masakan Malaysia tidak termasuk lagi chef-chef lelaki yang bertugas di dapur-dapur hotel bertaraf 5 bintang. Mereka mencipta nama serta menaikkan martabat lelaki yang mampu menguruskan kerja-kerja wanita di dapur dengan sangat baik.


Namun kita juga tidak kekurangan chef-chef wanita yang hebat serta mampu bersaing dengan chef-chef lelaki. Anis Nabilah antara chef yang hot sangat cantik dan sentiasa anggun semsa memasak, Chef Florence Tan yang kaya pengalaman memasak, Chef Liza, Chef Zaida yang sentiasa kaya idea-idea memasak mereka. Jangan kata hanya chef lelaki mendominasi takhta sebaliknya chef-chef wanita juga tak kurang hebatnya.


Menjadi bonus bila seorang chef wanita pandai memasak, cantik, anggun, bergaya dalam erti kata lain sangat `hot’ bila beraksi di depan kamera sehinggakan setiap masakan yang disediakan nampak sangat lazat. Mata kita bukan sahaja tertumpu kepada masakan tetapi juga terpegun dengan kecantikan serta kepetahan mereka. Kita tengok siapa mereka `Chef Wanita Mereka Cantik Lagi Sangat Hot’



Kalau sudah begini cantiknya Chef bukan setakat terasa nak makan masakan dia sahaja rasa nak gigit-gigit tangan dan pipi dia sekali.


3 Rider Beraksi:

Free Sangat OHSEM

12:48 PTG JunAina 3 Comments

Zaman ekonomi dunia menujukkan kemelesetan, matawang mula jatuh bukan hanya di Malaysia, masa banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan pekerja mahupun menutup operasi. Berjimat cermat haruslah menjadi perkara pokok di dalam urusan kehidupan seharian. Walaupun sedikit namun penjimatan akan banyak membantu kita suatu hari kelak.


Namun kehidupan masih harus diteruskan. Aktiviti seharusnya berjalan seperti biasa tanpa sekatan. FB, Twitter, Instagram, WeeChat adalah bukan sekadar kegilaan baru dunia moden tetapi juga keperluan buat semua orang ketika ini. Bukan sekadar berkongsi aktiviti seharian namun lebih dari itu dalam menghubungkan silaturrahim.

Beza orang yang cerdik mereka akan mampu mengambil peluang atas kesempatan yang ada. Meminimumkan bayaran dengan penggunaan optimum. Bayar sedikit tetapi guna lebih, siapa yg tak suka? `Free Sangat OHHSOME!!’
  
  

3 Rider Beraksi:

Minyak Naik Susah Minyak Turun Saya Lagi Susah

10:00 PG JunAina 3 Comments

 Rasa jantung bagaikan terhenti berdegup dengan khabar angin yang sedang berlegar-legar di serata tempat. Bicara yang tak mampu kita tahan dari diperkatakan, namun yang pasti semua itu berbekas dihati setiap orang. Minyak naik susah minyak turun saya lagi susah. Bila industry ini menjadi kebergantungan untuk rezeki yang dikais setiap hari. Jadi naik turun minyak turut mempengaruhi prestasi syarikat serta kedudukan kakitangan.


Setahun yang lalu saya telah melalui saat-saat sedih apabila terpaksa meninggalkan syarikat tempat saya bekerja secara terpaksa. Tujuh tahun menabur bakti, menimba ilmu semuanya terpaksa ditinggalkan dengan berat hati. Saya dibayar namun semua itu bukanlah nilai trauma yang saya hadapi akibat dari hilang pekerjaan. Setahun dua bulan berlalu khabar kurang enak mula bermain-main di sini. Hati mula bergetar. Apakah kisah itu akan berulang kembali?


Harga minyak yang kian jatuh mengakibatkan semua projek sama ada diberhentikan atau ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak diketahui. Syarikat di dalam bidang yang sama, satu persatu mula mengurangkan kakitangan akibat dari kesan kejatuhan harga minyak dunia bagi mengurangkan kos. Tak kurang juga yang mengurangkan gaji kakitangan sehingga 10%. Hanya mampu berdoa ‘naiklah wahai minyak’ bukan untuk kepentingan sendiri tetapi masih ramai yang terus berharap kerana harga minyak turut mempengaruhi ekonomi dunia.


Rezeki Allah s.w.t yang tentukan. Berdoa dan terus berdoa agar semua berjalan dengan lancar. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya. Paling penting hiduplah sekadar kemampuan, agar bila jatuh tidak terus terduduk terduduk masih bisa meneruskan kehidupan tanpa perlu meminta-minta.




3 Rider Beraksi:

Teksi Ferrari Merah

4:58 PTG JunAina 3 Comments

Kadang-kadang ada perkara yang diluar jangkaan kita berlaku, sesuatu yang boleh membuatkan kita terkejut besar. Di tunggu benda lain yang datang benda lain pula tambahan yang datang tu sesuatu yang diluar kemampuan mahupun pemikiran kita.


Rezeki datang dalam pelbagai cara ini pun salah satu rezeki juga telefon teksi yang datang sebuah kereta mewah yang kita tak pernah termimpi pun untuk naik. Nak pegang dan gosok-gosok pun takut ini kan pula dapat naik dan merasai keterujaan menaiki kereta mewah. Kalau mampu pun mungkin setakat ambik gamabr tepi kereta itu pun kalau tuan punya tak jelling-jeling.


Bayangkan anda berada di tempat mereka yang beruntung boleh melalui saat-saat ini. Nak tengok wajah-wajah terkejut, wajah-wajah gembira serta teruja bila yang di tunggu lain yang tiba? Teksi Ferrari Merah ko mampu?



Dalam mimpi pun tak mampu naik kereta merah menyala tu. Berangan sahaja. Tiba-tiba dapat rezeki seperti itu itu namanya rezeki terpijak. Nak merasa? Makcik pergi pasar pun mampu naik teksi Ferrari tu!


3 Rider Beraksi:

Tip Jimat Petrol Pemandu Malaysia

1:19 PTG JunAina 4 Comments

Harga minyak sudah turun sekarang Rm1.95/seliter untuk RON95, Rm2.35/liter untuk RON97 dan Rm1.80/liter untuk diesel. Penurunan yang membuatkan ramai yang menarik nafas lega, sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan untuk belanja bahanapi setiap hari ke tempat kerja. Kalau dulu berbelanja Rm300 untuk minyak sekarang mungkin menyusut sehingga 25%, bolehlah duit itu disimpan atau menampung perbelanjaan lain.



 Walaupun harga minyak turun tak rugi sekiranya kita mengamalkan tip-tip untuk lebih menjimatkan petrol. Mungkin kita boleh mengurangkan lagi 2% daripada perbelanjaan minyak sebulan, siapa tahu usaha kita membuahkan hasil. Mungkin ramai yang sudah tahu tip-tip untuk menjimatkan petrol cuba kita lihat `Tip Jimat Petrol Pemandu Malaysia’ yang dilakukan dan apa rasionalnya. Tak rugi tambah ilmu.


Sudah baca? Agak-agaknya daripada semua tip yang dikongsi pernah tak kita buat semua tip tersebut. Nampak macam kelakar tetapi itu adalah satu usaha positif daripada berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu tetapi setiap apa yang dilakukan mesti dilakukan dengan ilmu jangan main redah sehinggakan menjadi bahan ketawa. Jangan lupa membaca tip yang terakhir kerana tip yang teakhir hanya dibuat oleh mereka yang pandai mengambil peluang dan cerdik sahaja.



4 Rider Beraksi:

Hot Dogs Best In Town

10:27 PG JunAina 2 Comments

Sebut hot dogs pasti kita terbayang-bayang keenakan daging berbentk bulat panjang dikepit roti, sayur-sayuran bersama sos, mayonis mahu pun cheese yang  menggoda keinginan dan bakal merosakkan diet dihidangkan bersama kentang dan minuman ringan. Lazat tetapi dalam masa yang sama penuh berkhasiat. Juga menjadi kegemaran anak-anak.





Kepada penggemar-penggemar hot dog banyak pilihan restoran yang menghidangkan menu ini, sekiranya ada masa bolehlah berkunjung ke restoran-restoran ini namun pastikan pilihan tepat di buat kerana ada restoran yang menghidangkan hotdog tidak halal.  Restoran-restoran ini mempunyai pilihan  `Hot Dogs Best In Town’ cuma perlu pastikan halal atau tidak sahaja bagi pengguna Muslim.


Tergoda? Manakan tidak cara hidangan yang betul-betul membuatkan perut cepat rasa lapar. Sesekali mengubah selera dari makanan rutin pasti akan lebih mengujakan. Mungkin juga menjadi pilihan ketika hujung minggu membawa anak-anak bersantai setelah penat belajar, menghabiskan masa berkualiti bersama mereka.



2 Rider Beraksi: