Bermudik ke hulu di Pekan Baru
Bermudik dari Sungai Dua
Manis sungguh pengantin baru
Bagai pinang di belah dua
Si cantik manis berwajah sugul
Mengenang jejaka si buah hati
Saat sudah terijab qabul
Cinta bersemi sehidup semati
Syukur alhamdulillah dalam penuh kesederhanaan tiga majlis berjalan lancar, majlis pernikahan di Masjid Tambun Tulang pada Jumaat tanggal 6hb Febuari bererti kisah cinta mereka bermula secara rasmi, 7hb Febuari majlis menyambut menantu di sebelah pihak perempuan berlangsung di homestay di bandar Kangar dan majlis menerima menantu di sebelah lelaki meriah seadanya pada 8hb Febuari 2016 di Kampung Pida Dua.
Semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman
bersama Pak Tuan dalam misi mencari baju kemeja sutera warna sedondon untuk
majlis perkahwinan adik pada Febuari akan datang. Rata-rata kedai menunjukkan
peningkatan harga kerana kebiasaannya kemeja sutera yang biasa dibeli ini
berharga Rm195 selepas tawar menawar dapatlah Rm180. Kali ini dengan kualiti
kain yang sama harganya mencecah Rm295 dan harga tetap. Boleh tahan mahal jugak
harganya jadi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini saya dan suami memilih
untuk mencari pilihan lain.
Tempat kedua mejadi tujuan adalah Wisma Yakin dengan deretan
kedai menjual baju Melayu serta kelengkapan seperti songkok dan sampin. Kedai
pertama yang kami masuk harga sepasang baju Rm245 dan sekiranya tempahan Rm300
sepasang. Meninjau-ninjau baju di dalam kedai tiada warna yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang saya akan
pakai. Keluar ke kedai seterusnya kami mendapat sepasang baju dengan harga
Rm145, oleh kerana saya hendak membeli 3 pasang untuk Pak Tuan, Iqbal dan
Hikram saya mendapat potongan harga sehingga Rm110 sepasang. Bila dicongak
kembali ianya lebih menjimatkan berbanding membeli kemeja sutera, lagi pun
baju Melayu ini boleh digunakan untuk hari raya nanti.
Memilih warna yang sesuai pun memakan masa sebab warna yang
saya kehendaki cuma ada saiz untuk Pak Tuan. Tuan kedai keluarkan warna terqoise
kehijaun sedangkan saya berkeras hendakkan warna terqoise kebiruan sedangkan
saiz untuk Hikram tak ada dan terpaksa juga beli bila Pak Tuan tak habis-habis
berkata boleh…boleh… Hikmahnya bila balik rumah rupa-rupanya baju tersebut
memang sama dengan baju saya yang telah siap dijahit. Alhamdulillah.
Peringatan buat semua yang biasa menggunakan debit kad atau
kredit kad juga. Semasa membuat bayaran saya menggunakan kemudahan debit kad
sebab tak bawa cash, pelan asal cuma nak tengok-tengok sebaliknya terbeli terus
pula. Jadi swep Maybank ATM kad. Dua pasang baju untuk Pak Tuan dan Hikram
bersama 2 set butang baju Melayu berharga Rm225 dan kali ini saya sangat cuai.
Terus sign resit dan masukkan resit satu lagi ke dalam beg duit yang mana
kebiasaannya saya akan teliti dahulu setiap bil tetapi kali ini tidak. Hanya 2-3 orang
pelanggan yang ada jadi saya menganggap tidak akan berlaku kesilapan sebaliknya kad saya
telah di charge Rm250. Saya bernasib baik kerana juruwang seorang yang jujur
semasa sedang berjalan mereka memanggil dan memulangkan duit tunai sebanyak
Rm25 sebagai ganti.
Manusia memang begitu suka mengambil kesempatan bila terasa
selamat maksudnya kebiasaannya bila ramai pelanggan saya kan periksa dengan
teliti bil-bil sebelum bergerak dengan menganggap tak ramai pelanggan jarang
berlaku kesilapan saya hanya terus simpan reset begitu sahaja. Bernasib baik
sekiranya kita boleh minta balik duit tetapi sekiranya jauh pula tempat kita
membeli barang memang akan terasa ralat. Jadi hati-hatilah dalam apa juga
keadaan terutama bila melibatkan keewangan yang menggunakan duit plastic. Mudah
dan cepat tetapi sekiranya cuai buruk padahnya.
Bab baju pengantin, baju untuk keluarga sudah selesai satu perkara yang masih di dalam penelitian adalah jurugambar. Keewangan agak terhad jadi mustahil untuk mengupah jurugambar profesional masih berkira-kira untuk mencari jurugambar khas untuk majlis yang mengenakan bayaran yang berpatutan. Mungkin boleh menggunkan tip dari "Here’s How To Take Amazing #Travel Photos For Your Instagram".
Bila adik lelaki yang kahwin tentunya yang bertungkus lumus buat kerja kakak-kakak sebab adik lelaki nak buat apa-apa semua tanya kakak-kakak. Dapat pula bakal adik ipar yang memang sangat simple dan tak suka sangat melaram jadi sikit-sikit tanya Kak Yang, tanya Cik Ja. Jadilah kami perunding majlis untuk kali ini.
Persiapan dibuat perlahan-lahan, dari beli kain serta tempahan semuanya Cik Ja yang uruskan. Bawa bakal pengantin shopping di Kuala Lumpur kerana majlis sebelah perempuan nak pakai songket sebelah lelaki pula lebih simple hanya menggunakan kain chiffon berwarna ungu. Masih tertangguh baju untuk majlis akad nikah sebab keluarga pengantin minta majlis pernikahan dilangsungkan pada hari Jumaat sedangkan mak pula minta majlis diadakan pada hari majlis di rumah pengantin perempuan. Lagipun Jumaat kami yang jauh masih bekerja.Fesyen designer by Hasniza Abdullah Couture dari pembelian kain, design baju, jahit sehinggalah hiasan di baju. Alhamdulillah ada kakak yang pandai menjahit jimat kos.
Songket dah yang ditempah telah
sampai stok jadi bolehlah mula design baju, warna ni sangat hot di pasaran jadi
selalu taka da stok ini pun terpaksa booking dahulu.
Langsir untuk ruang tamu rumah,mini pelamin, meja makan beradab dan untuk bilik sudah siap dibeli hanya menunggu tukang jahit menjalankan kerja-kerja seterusnya. Bahagian ini masih tertangguh adalah cadar untuk bilik pengantin dan bunga-bunga serta hiasan-hiasan lain untuk pelamin dan meja makan beradab.
Goodies pula hanya mencari yang simple dan meninggalkan kenangan buat yang datang meraikan pengantin. Kebiasaanya adik beradik emak akan menyediakan bunga telur tetapi sebab kali ini kami merancang untuk memberi 'goodies' emak memnita adik-beradiknya menyediakan kuih atau lain-lain barang yang boleh digunakan pada hari kenduri.
Cadangnya letak makanan dalam beg
kertas macam ini sahaja, mungkin akan tambah sedikit benda lain untuk keluarga
terdekat dan orang kampung yang bergotong royong.
Baju untuk sekeluarga kami merancang untuk menggunakan warna
yang agak kontra dari warna tema pengantin. Setakat ini warna 'mint green'
menjadi pilihan dan mungkin akan berubah mengikut kesesuaian keadaan. Masih
mencari-cari warna tudung yang sesuai mungkin 'dusty pink' atau 'peach'. Bagi
lelaki pula mungkin hanya akan beli kemeja siap sedia sahaja.
6 minggu lagi untuk membuat persediaan. Moga majlis akan
berjalan dengan lancar serta dipermudahkan hendaknya. Harap mak juga sihat pada
tarikh perkahwinan adik nanti. Dengan usia yang hampir menginjak 65 tahun dan
kesibukan menguruskan majlis takut juga emak kehilangan tenaga. Berilah yang
terbaik kepada kami Allah.
Rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan
Allah s.w.t yang tentukan. Semampunya kita merancang sebaik mungkin namun Allah
jua yang lebih mendahului segalanya. Walalupun segalanya telah dirancang akan
berlangsung pada Dec 2016 namun jodoh itu rahsia Allah. Dengan izin Allah dua bulan dari sekarang kami bakal menerima ahli keluarga baru. Suntuk
namun kami sekeluarga terima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Walaupun
mengejut namun itulah yang terbaik bagi kedua belah pihak, bertolak ansur.
Tiga minggu yang lepas bapa kepada
tunangan Shahizat yang bertunang pada hari raya ke tiga yang lalu menyuarakan
kegusarannya. Memandangkan dia semakin uzur, selalu sakit-sakit jadi dia mita
dipercepatkan urusan perkahwinan. Dia juga dengan rela hati ingin memudahkan
urusan pernikahan anaknya. Emak menerima dengan tenang namun jauh di sudut
hatinya tetap gusar namun bila mengenangkan tahap kesihatan bapa tunangan adik
emak tetap menerima dengan redha. Semua itu janji Allah. Insyaallah akan dipermudahkan.
Dua bulan dari sekarang segalanya
perlu disiapkan dari urusan baju, doorgift, kad jemputan, hantaran dan urusan
kenduri. Perancangan awalnya perkahwianan Shahizat hendak diraikan dengan
sedikit lebih meriah darpada perkahwinan Angah tetapi bila masa sudah suntuk
sebegini kami hanya mampu berbuat apa yang termampu sahajalah. Kakak-kakak
jugalah yang akan menjadi lebih sibuk dari biasa.
Pembahgian tugas telah dibuat bagi
memudahkan keadaan. Baju, langsir, cadar, doorgift saya dan adik yang duduk di
Kajang akan uruskan, mak dan Yong (kakak sulung) akan uruskan manisan yang akan
dimasukkan ke dalam beg doorgift. Urusan kenduri-kendara pula mak akan uruskan
untuk membeli bahan-bahan kering dan jemputan. Kad jemputan Shahizat akan uruskan
sendiri dan Angah serta adik bungsu Shafiq akan menguruskan khemah serta kerusi
meja untuk hari kenduri. Daging akan diuruskan oleh Abang Long suami kakak.
Pada hari kenduri bahagian masak-memasak serta hidangan akan diserahkan
sepenuhnya kepada Makcik Uji dan Pakcik E adik bungsu mak dan suaminya.
Harapan saya agar majlis ini akan
berjalan dengan lancar serta sempurna, moga Allah s.w.t memudahkan urusan
perkahwinan Shahizat, melancarkan majlis kenduri juga. Belajar dari kesilapan
kali ini majlis sebelah perempuan diadakan berlainan hari supaya tidak sesak
masa. Nikah, majlis sebelah lelaki dan majlis sebelah perempuan diadakan pada
hari yang berlainan. Dalam ghairah menguruskan segalanya hati tetap menitip
seribu kesyukuran kerana masih dapat menggembirakan orang sekeliling dengan
sedikit kudrat yang ada.
Kemeriahan Aidilfitri keluarga besar kami semakin bertambah meriah tahun ini apabila pada 3 Syawal berlangsung majlis pertunangan adik tersayang. Persiapan yang agak kalang kabut apabila majlis yang di rancang pada raya puasa 6 di percepatkan ke 3 hari raya. Pihak kami langsung tidak membuat apa-apa persiapan untuk hantaran. Hari raya ke dua kebanyakan kedai di Perlis masih tutup namun Allah s.w.t permudahkan juga urusan bila ada sebuah kedai Melayu yang buka hari tersebut dan pemiliknya sangat baik dan tidak lokek dalam memberi perkhidmatan.

19hb Julai 2015 tersarunglah cincin di jari manis si dara mengikat janji insyaallah bakal disatukan mengikut kesesuaian masa serta perbincangan keluarga kelak. 5 hantaran berbalas 7 dari pihak perempuan dan kebiasaannya bagi majlis pertunangan di Perlis adatnya hanya manisan menghias dulang. Pada hari tersebut pihak kami membawa dulang cincin, gula dan garam menjadi pelengkap adat, kek, buah dan agar-agar kering dihias cantik dengan hijau sebagai warna tema dan kami sekeluarga turut mengenakan baju hijau.
Hari raya tentulah ahli keluarga masih ramai berkumpul di kampung, keluarga besar kami pula sangat bersepakat. Jadinya pada hari pertunangan tersebut 11 kereta mengiringi cincin yang bakal di hantar. Ibu pengantin perempuan pun nampaknya agak terkejut tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mana mungkin kami mampu menolak emak saudara serta sepupu-sepupu yang ingin menyertai rombongan kami.
Raya kedua malam keluarga kami sibuk uruskan dulang hantaran, bapak saudara sibuk hias dulang kami yang perempuan tengok sahaja. Dia seorang mekanik tetapi berjiwa seni pandai menggubah pandai menghias, pandai melukis dan pandai juga mengukir.
Setahun mungkin mengikat janji majlis akan dilangsungkan bermakna dalam tempoh tersebut kakak-kakak akan mula membuat sedikit sebanyak persiapan sebab anak lelaki bila kahwin semuanya mengharapkan kakak atau adik perempuan. Harapan agar majlis ini nanti akan lebih sempurna berbanding majlis Angah dahulu.
Merdeka Promo serendah Rm5.90. Banyak barang yang boleh dipertimbangkan sempena bulan kemerdekaan ini. GEMFIVE menawarkan yang terbaik buat kaki shopping. Mudah hanya dihujung jari dan buatlah pilihan barangan anda.
Jumaat 1hb Mei saya bersama mak, adik, suami adik, anak-anak serta seorang anak saudara bergerak ke Kota Bharu Kelantan mengharungi perjalanan lebih kurang 470km, perjalanan mengambil masa 10 jam termasuk berhenti rehat untuk solat Jumaat dan solat Asar. Malamnya keletihan tika cuba melelapkan mata mendapat berita adik di kampung kemalangan. Gambar sebelum mendapatkan rawatan di hantar melalui 'whatsapp' tetapi kami tak tunjukkan pada emak sebab takut emak risau.
Kemalangan berlaku di sebabkan oleh 2 orang budak menaiki motosikal tanpa lampu di jalan berdekatan rumah, Shahizat cuba mengelak mereka lalu dia mengalami kecederaan yang agak teruk. Luka-luka paling banyak di bahagian kanan badan, tulang lengan kanan retak dan salah satu tulang bahagian belakang bahu patah. Selepas luka dicuci dan x-ray dia dibenarkan balik kerana tiada rawatan khusus untuk tulang yang patah. Sekarang emak mencuba rawatan alternatif. Saya tersiksa memikirkan keadaan dia, resah juga memikirkan emak pasti dia risau dengan keadaan anak teruna yang sedang sakit.
Kami adik beradik sangat rapat jadi bila melihat dia dalam keadaan begini rasa nak menangis, moga Allah ringankan sakitnya. Saya sentiasa memujuk yang pasti ada hikmah Allah berikan dia rasa sakit ini. Semakin sedih bila saya tidak dapat balik ke kampung untuk ziarah dia.
Sabtu 2hb Mei kami tetap meneruskan rancangan untuk bersama keluarga adik ipar ke Pantai Melawi, Bachok kerana chalet telah di tempah. Melayan kerenah anak-anak di sana sedangkan hati masih resah memikirkan keadaan adik walaupun ada Yong, Angah dan Adik Syafiq yang menjaganya. Keesokkan harinya selepas keluar dari chalet terus ke Perhentian Bas Ekpress cari tiket untuk emak, cuti umum kebanyakan tiket telah habis dijual hanya berjaya dapatkan tiket bas tambahan ke Alor Star. Redha.
Menaggung kesakitan tetapi hati dia resah memikirkan bengkel motosikal yang baru 2 bulan di buka di Tambun Tulang, takut pelanggan lari katanya sebab walaupun baru dibuka sambutan agak menggalakkan. Saya faham perasaan dia sebab dia kini mengambil alih tanggungjawab yang dipikul Angah dahulu. Seminggu berlalu dia sudah mula keluar rumah mencari alat ganti motor untuk bengkel didepan rumah mak yang itu pun perlu diuruskan juga. Saya sabarkan sahaja hati sebab sememangnya saya tak sanggup melihat adik-adik di dalam kesusahan.
Kami beruntung kerana ikatan kekeluargaan yang ada masih kuat, bila mak tak ada bapa saudara, emak saudara serta sepupu-sepapat datang berziarah. Rumah juga sentiasa penuh dengan kawan-kawan Shahizat dari siang sehingga ke malam. Alhamdulillah. Inilah untungnya orang yang sentiasa menjaga silaturrahim. Walaupun begitu tetap ada terselit sedikit sedih di hati bila ada antara saudara sendiri yang sibuk dengan urusan lain sehinggakan tiada masa menjengah walaupun rumah hanya sepelaung tetapi bila mak balik boleh pulak dia datang. Saya hendak meluahkan tetapi saya masih memikirkan untuk menjaga silaturrahim yang ada.
Setiap ujian datang bersama hikmah. Redha ubat hati paling baik. Senyum.
Mengejar 9/10 dari rezeki yang Allah s.w.t janjikan di dalam perniagaan dia bertungkus lumus membina perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah kemudian bila terkumpul modal dia membina bangunan sendiri di depan rumah mak. Perancangan dia sangat jauh bukan untuk setahun dua tetapi lagi jauh kehadapan. Alhamdulillah
JMR Motorworks membuka bengkel membaiki motosikal ke dua di daerah kelahiran Tambun Tulang, Perlis bersebelahan Kolej Komuniti. Kedai yang di sewa tidak sebesar mana namun itulah permulaan untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Mac 2014 sebulan pembukaan permulaan sememangnya perniagaan tidaklah memberangsangkan almaklumlah masyarakat masih tidak mengetahui wujudnya bengkel motosikal di situ. Kemudian sedikit modal dikeluarkan untuk cetak 'flyers' yang di masukkan ke dalam motor pelajar Kolej Komuniti. Strategi seterusnya naikkan 'banner' di hadapan kedai. Masuk bulan ke dua alhamdulillah tak menang tangan pula nak melayan pelanggan.
Ruang kedai yang kecil semakin sempit dibuatnya bila bilangan motor mula bertambah. Masuk bulan kedua segalanya perlahan-lahan berubah.
Kami melawat kawasan semasa pulang ke kampung sempena cuti Tahun Tahun Baru Cina pada bulan Febuari yang lalu. Mak, Yong, saya, adik dan Kakak Hayani. Mak nampak gayanya berpuas hati dengan suasana kedai. Sepatutnya kedai yang di sewa adalah lebih luas di pintu sebelah namun mak kurang berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan yang ada jadi terpaksa memilih yang ini walaupun kecik sedikit.
Kami saling menyokong antara satu sama yang lain, seorang kesusahan pasti yang lain akan dengan senang hati membantu selain soal modal juga sokongan moral yang dapat menaikkan semangat dia dalam perniagaan. Sekali-sekala saya akan telefon atau Whatsapp bertanya khabar perniagaan dia, hubungan kami adik beradik sangat rapat walapun kami berlainan bapa. Suatu hari moga cita-cita Shahizat akan menjadi kenyataan membina empayar perniagaan yang gah di Perlis namun tetap menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa bertimbang rasa pada orang di sekelilingnya. Sekarang dialah yang mengambil alih tugasan menjaga mak, menjaga adik Syafiq, menjaga anak-anak Yong yang sudah yatim.
"Ya-Allah bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat dia."
Hidup dia penuh cita-cita yang dicapai sedikit demi sedikit
atas sokongan keluarga. Hatinya cuma tergoda dengan kerja-kerja bergelumang
minyak hitam. Kini dia menghitung sedikit demi sedikit kejayaan. Sedikit
berbeza dari budak-budak lain dia memilih untuk mencari 9/10 rezeki yang
dijanjikan Allah s.w.t. Maka lahirlah JMR Motorwork dari sebuah angan-angan
menjadi kenyataan dan semakin berkembang.
Semangat yang ada pada anak nombor lima emak memang sedikit berlainan. Mengikuti
Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik kemudian menghabiskan peringkat Sijil
Teknologi Motorsikal di Giatmara dan seterusnya menongkah arus ke bidang
masakan di Kolej Komuniti dicelah kesibuakn menguruskan bengkel motor. Dua cabang berbeza yang mungkin ada misi kedua
yang ingin digapai.
Shahizat Bin Rosle pemilik JMR Motorwork yang terletak di
Kampung Pida Dua Sekerat, Jalan Changkat Jawi kini boleh berbangga dengan
usahanya. Bermula hanya dari rumah kini dia mampu menjalankan operasi di sebuah
bengkel dengan kelengkpan yang sempurna. Cawangan ke dua pula di dalam
perancangan dan usaha kearah itu giat dilakukan. Walaupun ianya hanya sebuah
perniagaan kecil dengan keazaman yang ada moga perniagaan dia berkembang serta mampu
bersaing secara sihat.
Jatuh, bangun perniagaan asam garam kehidupan. Sebelum berjaya
pelbagai ujian datang dan pergi kekuatan semangat serta dorongan keluarga
membuatkan dia tidak mudah mengaku kalah. Adat Melayu berniaga di kawasan kampung
sebelum bermula sudah ada nista dilemparkan, ketika mampu berdiri ada tuba yang
dituang namun penyerahan hanya pada Allah s.w.t membuatkan hati dia sentiasa
redha dan Allah tidak akan selamanya menguji.
Entri ini di dedikasi khas buat adik tersayang yang membina
sedikit demi sedikit kejayaan walaupun pada mulanya kami seakan tidak setuju
dengan keputusannya dan akhirnya memberi sokongan penuh pada kerjaya pilihan
dia. Suatu hari moga JMR Motorwork akan segah nama-nama besar taikun permotoran di Kedah/Perlis yang selama ini lebih dimonopoli oleh bangsa asing.
Shahizat (kiri) dan Syafiq adik bongsu yang juga mempunyai minat yang sama dengan abangnya, menjadi pembantu walaupun mak mengharapkan untuk adik menyambung pelajaran dan kerja bergaji tetap. Berusahalah demi rezeki selebihnya serah kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang.