Berlian Di Dalam Lumpur Pun Tetap Bersinar
Kami berkenalan hampir setahun yang
lalu apabila dia mula bertugas sebagai SHE Lead bagi projek yang sedang saya
buat sekarang. Seorang yang sangat energetic, aktif dan sangat perihatin dengan
bidang kerja yang menjadi tanggungjawab beliau. Bayangkan sehingga September
dia sudah menyiapkan kerja-kerja sehingga akhir tahun, sangat kehadapan.
Menjadi aset yang sangat berharga buat syarikat, beliau turut disenangi
kawan-kawan.
Kak Lily bertudung merah sangat mudah
di dekati tengoklah dalam setiap gambarnya sentiasa terukir senyuman.
Selain itu dia yang mesra dengan
panggilan Kak Lily sangat berpengalaman luas sebagai Safety, Health &
Environmental Lead salah satu pengalaman paling berharga buat beliau adalah
semasa berdepan dengan Tsunami di Aceh dan menangani pekerja yang berteriak
serta berlarian ingin turun dari bukit
untuk menyelamatkan keluarga masing-masing. Ketika itu dia bertugas di Aceh. Segalanya
berlaku di depan mata, itu adalah antara pengalaman paling mencabar sepanjang
kerjayanya selain kemalangan nyawa pekerja
yang melibatkan voltan besar.
Adat bekerja cabaran orang yang busuk
hati melihat kejayaan seseorang jadi beliau menjadi mangsa keadaan akibat dari
bos sendiri yang takut dengan bayang-bayang. Kelebihan serta kebolehan Kak Lily
di takuti meneggelamkan kerjaya dia sebagai bos lalu pelbagai cara dibuat untuk
menjatuhkan beliau dan mungkin juga Allah s.w.t ingin menguji akhirnya dengan
berat hati Kak Lily meletakkan jawatan akibat tekanan-tekanan yang tidak
sepatutnya sehingga melibat Ganeral Manager yang percaya bulat-bulat pada
fitnah yang dilemparkan.
Hari ini kami meraikan jamuan perpisahan
buat Kak Liliy Zuryani yang gojes. Beruntung sangat kerana dapat berkenalan
dengan dia yang sentiasa berfikiran terbuka. Alhamdulillah. Manusia menutup
pintu rezeki dia di sini dengan menanam kebencian tetapi Allah s.w.t telah
membuka seribu lagi kebaikan buat dia. Menerima tawaran pekerjaan baru yang
lebih baik dari sini dengan gaji yang lebih bagus dan moga-moga akan di
kelilingi orang yang baik-baik juga. Seramai 20 orang ‘gigirl’ kami buat plan
mengejut untuk Kak Lily, makan tengahari di Serai, Pavillion siap dengan
belon-belon. Terharu sangat wajah dia dengan kejutan yang di buat. Puaslah 'gigirl' bergedik bergambar sakan-sakan tapi jangan lupa tip-tip ini kalau nak bergambar "11 Essential Photography Tips BeautyBloggers Shouldn't Ignore"
Selepas puas makan-makan semasa nak
balik kami berposing pulak di depan Serai.
Di tempat baru moga semakin banyak kejayaan bakal diukir dan ditempa sebagai kawan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Lily. Allah s.w.t menguji tetapi kemudian Dia juga akan memberi mungkin yang lebih baik. Sinar mentari yang hilang seketika akan diganti dengan pelangi yang indah.
