Saya dapat jemputan ke kenyataan akhbar
Pameran Herba Malaysia tetapi saya tidak dapat memenuhi jemputan yang sebenarnya memang saya tunggu sejak saya hadiri
soft launching dulu. Saya cuma terima email pada 10hb April 5.57 petang sedangkan majlis berlangsung keesokkan harinya 11hb April. Saya tidak sempat mengubah
schedule saya pada hari tersebut. Rasanya semua blogger yang pergi semasa
soft launching dulu turut dijemput. Bukan rezeki sebab saya percaya perancangan Allah s.w.t itu adalah yang terbaik buat saya.
Seminggu hanya satu entri setelah pemergian ibu mertua. Saya sedang mengutip semangat dalam kesakitan, gastrik saya kembali lagi.
Penting ke trafik blog kepada seorang blogger?
Perumpamaan paling mudah. Kita buka sebuah kedai makan semakin banyak pelanggan semakin banyaklah pendapatan. Kita masak sedap-sedap semakin pelanggan suka, sepertinya kita buat entri yang bagus serta berkualiti semakin pembaca hendak datang. Bila pelangan datang secara automatiknya mereka akan bercakap mengenai kesedapan makanan kedai kita jadinya akan jadi iklan mulut ke mulut bermakna semakin bertambahlah pelanggan. Begitulah juga blog kita. Semakin berkualiti serta berguna entri yang kita buat semakin akan ramai pembaca akan datang.
Jika tukang jahit bergantung kepada kualiti jahitan serta design baju yang dibuat begitu juga dengan penulis blog. Selain isi kandungan, design blog yang cantik dan bagus juga penting untuk menarik minta pembaca kembali bagi membantu menaikkan trafik blog. Bayangkan design blog yang cantik, kemas serta mesra pengguna pembaca tidak akan berfikir banyak kali untuk datang lagi.
Menulis blog sama ada mengharapkan pendapatan sebagaimana penulis blog sepenuh masa tetapi juga merupakan bonus bagi penulis blog separuh masa. Menulis tiba-tiba dapat duit! Mesti senyum-senyum sampai telinga. Duit terpijak dari hobi menulis serta berkongsi kisah. Mudah.
Apabila trafik blog tinggi ini akan menarik pengiklan untuk menggunakan khidmat kita. Zaman telah berubah ramai pengiklan mula beralih arah untuk menggunakan khidmat blogger. Pengiklan dapat menjimatkan kos kerana untuk mengiklan di media cetak dan media elektronik mereka memerlukan modal untuk membuat iklan juga membayar pengiklan. Sekiranya mengiklan dengan blog mereka hanya memerlukan input barangan yang hendak diiklan dan selebihnya tuan punya blog akan selesaikan. Mudah. Bila trafik sesebuah blog tinggi bermakna pembacanya ramai jadi pengiklan akan lebih percaya untuk mengiklankan produk dengan kita.
Contoh paling mudah kenapa trafik sangat penting kepada blog adalah
Nuffnang. Ramai blogger berlumba-lumba memasang iklan
Nuffnang di blog masing-masing terutama blogger yang baru hendak mengenal sepak terajang dunia blog, pendapatan pula bergantung kepada jumlah pengunjung blog semakin tinggi trafik sesebuah blog semakin tinggi juga pendapatan itu contoh mudah. Banyak lagi contoh pengikalan yang menawarkan pendapatan mudah sebegini.
Bukankah trafik itu sangat penting?
Berkerja keraslah untuk menaikkan mahupun mengekalkan trafik blog masing-masing. Bukan mudah untuk dikenali kerana sesebuah blog perlu kekuatan tersendiri. Trafik blog sangat penting bagi sesebuah blog kerana ia menunjukkan kekuatan sesebuah blog dialam maya.
Ingin mendapat hadiah bernilai RM300 jadi utarakanlah pendapat anda di Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? Mungkin pendapat anda dapat membantu blogger-blogger di sekeliling kita, berkongsi ilmu. Sesekali memberi lebih baik dari asyik menerima!
Jom join ramai-ramai. Syarat mudah sangat.
Saya dalam sibuk-sibuk tetap sempat buat entri pendek ini.
Tambah kenalan dan kukuhkan ukhwah.
Suka shopping? Pernah tak bila kita beli sesuatu barang kat shopping kompleks the next day kita jalan-jalan kat shopping kompleks yang lain tetiba rasa terkedu seperti tertelan biji durian kerana harganya teramatlah berbeza. Dan-dan tu rasa seperti mahu sahaja teriak guling-guling. Ohhh!!! Rupanya kat sini ada sale gila-gila (jadinya kita pun separuh gila mengenang nasib). Nak pulakkan barang itu dah lama sangat kita dok idam, gigih simpan duit kat tabung ayam baru dapat beli tetiba lepas beli sehari harga jatuh menjunam. Kalau tahu tak perlulah beria-ia pecahkan tabung ayam tu. Cilok je duit belanja dapur (lebih-lebih belanja seharian masuk tabung jugak tabung dapur).
Sekarang tak perlu risau lagi. Penyelesaian dah ada. Rajin-rajinlah menggunakan khidmat
http://www.save22.com.my/. Smart shopping. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat duit. Kurangkan stress. Hidup sihat.
Kat sini memang mesra pengguna. Pilih sahaja apa yang kita hendak cari. Diskaun untuk shopping, makan-makan, travel mahupun alatan telekomunikasi semuanya ada (sila rujuk gambar di atas). Choose and clik. Kemudian akan dipaparkan lable pilihan anda.
Tak cukup menu kat atas, di bahagian tepi juga diletakkan lable supaya kita mudah untuk melihat serta memilih. Ada juga di senaraikan 'Top 25 Shop'. Kalau kita hanya nak tengok satu tempat sahaja hanya klik kat situ. Contohnya kita akan ke Pavillion so klik Pavilion dan semua kedai yang sedang mengadakan jualan dan memberi diskaun yang best akan tersenarai. Selepas itu hanya sediakan budgetnya sahaja. Boleh shopping dengan teratur tanpa perlu berkejaran.

Ini pulak kalau kita pilih shopping mall. Akan tersenarai semua kedai di shopping mall yang sedang mengadakan jualan. Pilihlah yang terbaik antara yang baik bererti kalau di KLCC tak ada sale untuk barangan yang sama mungkin di 1 Utama sedang mengadakan jualan, jadi kita tidak perlu membuang masa terus sahaja ke 1 Utama dan dapatkan barangan yang kita kehendaki.
Shopping ini boleh jadi terapi terutama untuk kaum wanita. Sekarang banyak pilihan untuk shopping, dari shopping kompleks yang kecil, sampailah sebesar Suria KLCC, segah jugak Pavillion pilih sahaja. Rasa perlukan sesuatu tetapi malas pulak hendak keluar mengadap jem, buang masa atau sibuk juga sebagai wanita bekerjaya boleh sahaja shopping dalam talian. Hanya di hujung jari, sentuh sahaja skrin telefon pintar anda dan pilih, bayar kemudian tunggu sahaja barangan sampai di depan pintu.
Ramai juga yang memilih untuk bershopping sehingga ke luar negara, mencari jenama terkemuka atau juga keluaran terhad sesuatu barang. Jauh berjalan asalkan dapat apa yang dihajati semuanya sanggup. Apa salahnya memanjakan diri sekiranya berkemampuan.
Jadikanlah diri anda 'Smart Shoppers' dengan
save22 Inilah yang dikatakan 'Smart Shopping'!
Nak join jom ramai-ramai melawat
Nuffnang.
Siapa nak kamera percuma? Percuma ni! Serius beb. Jom terjah reramai.
Korang tau ke
Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.
Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :
- Follow blog NabeelStories.com
- Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
- Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
- Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja
Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..
TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013
Jom santai-santai dan bergaya sakan. Nak tau lebih lanjut boleh le terjah blog Mak Dara. Kebetulan terasa ada gambar yang terover santai.
Santaikan gambar ini. Santai gaya pemancing tegar di sawah menghijau. Sambil memancing atau kata orang Perlis mengai sambil-sambil jamu mata dengan orang yang lalu lalang kat jalan serta cuci mata dengan pemandangan yang hijau. Lepas tu boleh layan perut pulak dengan hasil tangkapan. Gaya Santai Ku sebagai anak kampung.
Segmen ini Aina telah di tag oleh CIKGU MA. Sebagai memberi sokongan kepada penganjurnya Phat Corner Aina dengan gumbiramya menyertai 'Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama Phat Corner'.
Seperti lazimnya Aina akan balik ke Arau, Perlis. Nama kampung Aina agak klasik iaitu Kampung Pida Dua Sekerat. Haaaaa...klasikkan namanya mana pi lagi sekerat? Kenapa dinamakan Pida? Sejarah Aina tak tahu tetapi oleh kerana kawasan sawah yang luas, jalan dibina seperti berbaris dan rumah pulak berada di kiri dan kanan jalan sahaja. Mendapat nama 'Sekerat' bilamana jalan kampung ni di akhirnya adalah jalan mati tetapi sejak setahun lepas tidak lagi. Kampung Aina di penuhi sawah padi, depan, belakang, kiri dan kanan rumah penuh sawah padi. Memang sejuk mata memandang. Kalau kena musim angin timoq sejuk sangat dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Aina akan beraya bersama mak, anak-anak dan adik beradik yang lain. Bertambah meriah bila semua ibu dan bapa saudara seta sepupu-sepupu juga balik beraya di rumah tok yang terletak bersebelahan. Memang rumah mak akan menjadi tumpuan kerana hidangan nasi impit bersama gulai ayamnya. Kalau kat rumah orang lain pasti dihidangkan ketupat palas.
Kalau nak merasa nikmatnya angin timoq, jalan-jalanlah ke Perlis pada akhir tahun. Pasti best dan ada Pesta Angin Timoq jugak.
Inilah kampungku...masa ini sawah tengah kekontangan selepas musim menuai.
Sebagai memeriahkan lagi segmen Phat Corner ini Aina nak tag teman-teman, rajin-rajinkanlah ketuk keyboard ye utk zafiranabilah dan niena dan jugk nadia ar-rumaisha.
Macam best je baca segmen senyum tak nampak gigi kat
sinarraudah so tergerak pulak hati ini nak join segmen yang di anjurkan
muazatuladawiyyah coz Amy dah tag semua pengujung kat blog dia Aina pun ambik kesempatan le memeriahkan lagi segmen.
Kebetulan Aina memang jenis senyum tak suka buka mulut, ambik gambar kebanyakannya senyum tak nampak gigi dan kawan-kawan selalu bising buka le mulut tu baru nampak meriah. Kebanyakannya senyum macam paksa je tapi gambar kali ini macam best je so Aina pilih gambar ini...!!!!
Nampak sangat macam terpaksa senyum....tapi itulah senyum original tak der paksa-paksa mungkin Aina ni tak pandai senyum kot.
Alamak lupa pulak...dengan ini secara rasminya Aina TAG semua pengunjung-pengunjung blog ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini.