Memaparkan catatan dengan label suka dan duka.. Papar semua catatan

Oh My English!

Masa sekolah tak mau belajar betul-betul bila dah tua bangka macam ni baru rasa nak menyesal, tak berguna dah semua tu. Ibarat nasi dah menjadi bubur. Macam mana pulak le nak jadikan nasi balik coz dah lembik berair. Nak tak nak telanlah jugak walaupun makan bubur ni kejap je kenyangnya.

Membebel!

Masa sekolah dulu tak ambik port sangat pun tentang ilmu yg kita dapat. Belajar untuk lulus periksa supaya dapat sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Lepas habis belajar dapat kerja bagus-bagus. Dapat gaji banyak-banyak. Boleh beli barang sendiri suka-suka. Ada duit lebih boleh jalan-jalan. Lebih banyak lagi joli katak.

Budak kampung. Sekolah biasa-biasa sahaja. Tak ada yang istimewa. Tiada jugak yang menarik. Pandai tidak. Cantik jauh sekali. Kami berusaha untuk keluar dari kepompong kehidupan anak bendang (walaupun mak langsung tak dak bendang). Usaha untuk menjadi yang lebih baik dari ibu-bapa sendiri sekurang-kurangnya (bagi aku mak sahajalah coz bapa dah tak ada sejak aku kecik).

Cabaran utama budak kampung yang sekolah kampung tentulah persekitaran. Ibu bapa tak ambik port sangat berkenaan pelajaran anak-anak. Bila periksa pun tak tau yang tau bila anak-anak bawak balik buku laporan masa tu lah nak pedih peha (itu kalau bawak balik ada jugak yang sign sendiri). Kelas tuisyen jauh sekali, haraplah kelas tambahan yang cikgu bagi. Buku rujukan bergantunglah pada buku kat perpustakaan sekolah, hanya yang berada mampu beli.

Melencong lagi!

Aku dulu English dapat 7 masa SPM. Kira oklah dari tak lulus. Bukan dok MRSM...hikhik. Budak kampung yang tak dak motivasi. Habis SPM kawan-kawan naik tingkatan 6. Aku dok fikir nak sambung belajar dan dapat kerja cepat nak tolong mak. Satu hari bapa saudara bawak pergi rumah dia di KL, dia ambikan borang IKM. Ini adalah langkah pertama yang mengubah hidup aku sampai sekarang. Teringat lagi lepas isi borang jalan kaki ke Pejabat Pos Pantai Baharu melalui Kampung Kerinci dari Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam dengan anak sulung dia masa tu belum sekolah lagi pun.

Balik ke pangkal jalan!

Kesedaran berkenaan Bahasa Inggeris ni kena ada. Penting bagi setiap orang. Bukan bermakna kita mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa sendiri. Tak salah pandai bahasa asing bukankah itu satu cabang ilmu jugak. Banyak kelebihannya kalau kita tahu coz banyak buku-buku ilmiah dalam Bahasa Inggeris dan banyak yang tak diterjemahkan. Itu dari segi ilmu. Pergaulan pulak? Kalau tak pandai sangat pun paling penting ada keyakinan untuk bercakap. Buat salah ketika bercakap itu adalah normal. Belajar dari kesilapan.

Pengalaman. Biasa bekerja dalam kelompok Melayu sahaja membuatkan Bahasa Inggeris yang senipis kulit bawang bertambah bersawang. Suatu hari dipanggil temuduga. Tunggu penuh debaran tiba-tiba seorang lelaki Cina masuk bersama seorang perempuan India. Nasib baik depa cakap campur dengan Bahasa Inggreis dan Bahasa Melayu. Habis sesi dibawak ke bilik bos. Mahu pitam bila seorang Mat Saleh senyum sambil hulur tangan. Pertama dia sebut 'Mistake Make You Perfect. Just talk'. Hahahaaa...tengok muka aku pun dia tau dah Bahasa Inggeris hancoq, muka blur.

Jadinya di samping memartabatkan dan mengagungkan Bahasa Melayu jangan diketepikan Bahasa Inggeris. Kita perlu belajar kerana ia adalah ilmu. Bukan mengangungkan. Kenapa tidak berusaha untuk jadikan Bahasa Melayu setara Bahasa Inggeris? Semua itu akan ambik masa. Kita perlu berubah sebelum minta orang lain berubah.


Andai Bukan Rezeki Kami

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Aina. Sms bertalu-talu masuk sejak pulul 12.08am. Ucapan dari adik beradik, anak-anak, anak saudara, sepupu dan kawan-kawan. Terima kasih atas ingatan dan segala doa kalian. Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya.

Senyum. Suka tetapi terselit sedikit cerita duka. Bukan menyesal tetapi cuma ralat. Pertama. Telefon bimbit yang Aina belikan sempena ulangtahun kelahiran Pak Tuan pada 3hb Jan lepas hilang. Lalai. Cuai. Silap diri sendiri. Pak Tuan minta di chargekan telefon tu kat pejabat dan dia masih menggunakan telefon bimbit lamanya, sementara itu dia ke Damansara berjumpa seseorang. Telefon bimbit itu tidaklah mahal.

Petang Pak Tuan jemput. Masukkan surat khabar, dokumen di dalam sampul surat ke dalam beg. Sebelum itu masukkan beg duit, kamera, beg telefon bimbit. Paling akhir selepas masukkan suratkhabar masukkan telefon bimbit Pak Tuan, bermakna berada di bahagian atas. Singgah R&R Sungai Besi, minum. Buka beg keluarkan beg telefon bimbit kerana duit kecil memang diletakkan di situ. Bayar harga kuih, keluar oder air dengan baki duit di tangan. Lebihan selit di celah poket kecil tanpa membuka beg. Balik rumah telefon bimbit tak ada. Telefon kawan kat pejabat minta tengokkan manalah tahu lupa, juga tak ada. Menangis. Pak Tuan pujuk mungkin itu bukan rezeki kita.

Pak Tuan pula kelihatan agak resah. Rupanya dia juga kehilangan sesuatu semasa solat di Masjid KLCC. Kebiasaannya dia akan membuka jam dan cincin. Letakkan di dalam poket beg, berwuduk dan bersolat. Usai solat jam dan cincin dicari. Malangnya hanya jam yang ada tetapi cincinya tiada. Cincin suasa bermata delima pemberian Aina sempena hari lahirnya hampir 10 tahun yang lalu. Memang terasa janggal bila cincin yang setiap hari tersarung di jari sejak 10 tahun kini tiada. Kelihatan bertapa terkilan di raut wajahnya.

Telefon mengadu dengan mak. Rupanya Syahizat iaitu adik kat kampung juga kehilangan telefon bimbitnya semalam. Ralat baginya kerana bercadang hendak memberi telefon itu kepada Angah setelah dia membeli telefon baru minggu lepas. Di masukkan telefon ke dalam jacket ke pekan bila hendak balik terasa poketnya ringan dan zip terbuka.

Aina menangis semalam. Pak Tuan memujuk. Andainya masih rezeki kita insyaallah ada dan sekiranya hilang itu bermakna bukan rezeki kita. Insyaallah Allah s.w.t akan memberi rezeki lain yang lebih manis. Juga peringatan untuk kita mungkin kerana terlalai. Sama-samalah kita memperbetulkan dan bersangka baik. Akur. Hari ini tiada lagi perasaan tertekan. Aina redza.


Derita Cinta

Bertahun-tahun yang lalu mereka sepasang kekasih yang pernah berjanji untuk mengakhiri hunbungan dengan sebuah perkahwinan. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi Allah (s.w.t) juga yang menentukan. Di takdirkan tiada jodoh antara mereka. Kehadiran orang ketiga berjaya mencairkan hati si dara dan si teruna menaggung kekecewaan yang sarat.

Selepas bertahun-tahun tanpa khabar dan berita dengan takdir Allah mereka kembali berjumpa tanpa disangka. Masing-masing telah berkeluarga. Bermulalah tunding-menunding dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Sehingga satu peringkat mereka terasa seperti anak kecil yang saling bercakaran.

Pertengkaran membuatkan si lelaki telah meluahkan segala isi hatinya yang boleh membuatkan hati seorang wanita tergugat.

"Kasih, sayang dan cinta abang tak pernah berkurangan walaupun sedikit. Tetap sebegitu dulu, kini dan selamanya. Tiada sesiapa pun dapat mengisi kekosongan ruang itu."

Titik.

Sayangnya hatiku telah dimiliki. Walau kenangan itu sentiasa bermain-main dan mempermainkan aku seharusnya kita berdiri di bumi yang nyata. Simpanlah ia sebagai kenangan kerana kasih sayang aku hanya miliknya kini!.


Aku sayang budak kecik ni melebihi dari aku sayang bapaknya...opssss... Tak pasal-pasal ada yang kecit hati pulak, karang merajuk tapi mudah je nak pujuk...hehehe. Love u 2 abah Hikram....love u so much...

 

Rezeki-Hatiku Berbunga-bunga

Akhirnya selepas entri STRESS yang menggugat hati dan perasaan, berita pula hampir menjadi basi tanpa menunggu si baju hitam balik dari Turki dan hanya berwakilkan si rambut putih (sila rujuk gambar di bawah) semua staff Electrical Department telah mendapat surat masing-masing. Yessss!!!!! 

Syukur alhamdulillah penantian penuh debaran Julai saban tahun diakhiri dengan senyuman dan hati yang berbunga-bunga. Rezeki Allah pada setiap hambanya. Nak tahu apa yang membuat Aina tersangat senang hatinya sila rujuk gambar di bawah.


Surat inilah yang boleh membuat semua orang tersenyum tapi ada jugak yang mengerutkan dahi tapi Aina terus tergelak besar. Walau apa pun isinya senyum mesti mau manis. Rezeki janji Allah pada setiap hambanya kalau sedikit syukur alhamdulillah kalau banyak pun syukur alhamdulillah... Berbelanja ukurlah di badan sendiri.



 Inilah dia yang di tunggu. Siapa yang tak suka sekiranya angka-angka pada slip bayaran gaji bertambah tapi angka-angka yang di bayar pada LHDN juga bakal meningkat (peringatan-jadilah rakyat yang baik, bayarlah cukai pendapatan anda).

Masih lagi menunggu kerana surat kali ini hanya mengumumkan kenaikan gaji dan janjinya bonus ada surat yang akan menyusul! Keadaan ekonomi juga baik dan projek juga bertambah banyak jadi harapan semua staff bonus juga akan meningkat tahun ini!

**Sekadar berkongsi kegembiraan bersama teman-teman di alam maya.